You are on page 1of 37

PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA

1
Konsep Pendekatan, kaedah, teknik
Pendekatan
Definisi : arah atau hala tuju yang diambil untuk
menuju ke sesuatu sasaran.
to come near to in any sense
Berasaskan teori atau generalisasi tertentu.
Sebagai pembuka haluan.
contoh pendekatan : Induktif, deduktif, elektik,
komunikatif, tematik, konstruktivisme,
kontekstual, masteri.

2





Kaedah
Definisi : cara atau aturan membuat sesuatu atau
hukum atau prinsip.
Tindakan yang sistematik dan tersusun untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang
telah dirancang dengan teratur.
Hassan Langgulung (1981), kaedah ialah aktiviti
pengajaran yang mempunyai langkah-langkah
tersusun.

3
Jenis-jenis kaedah
Kaedah natural
Kaedah tatabahasa terjemahan
Kaedah terus
Kaedah ajuk hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah kod kognitif
Kaedah bahasa komuniti
Kaedah oral-aural
4
Teknik
Definisi : muslihat atau taktik yang digunakan
oleh guru untuk mencapai hasil segera dan
maksimum pada waktu pengajaran.
Alat atau aktiviti yang digunakan oleh guru untuk
menyampaikan bahan pengajaran yang dipilih.
5
Jenis-jenis teknik
Ada empat jenis teknik

Teknik drama
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita

6
Pendekatan
Kaedah
Teknik
7
Pendekatan Pengajaran Membaca
Pendekatan membina (sintesis)
Pendekatan cerakinan (analisis)
8
Pendekatan membina
Berdasarkan prinsip sintesis
Menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi unit
yang besar.
Contohnya: untuk mengajarkan ayat
Adik ada baju merah
- Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u
- Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da
- Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada
- Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada.
- Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.

9
Pendekatan cerakinan
Berbeza dengan prinsip sintesis.
Berdasarkan analisis atau cerakinan.
Dari unit yang besar ke bahagian-bahagian yang kecil.
- Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.
- Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada.
- Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada
- Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da
- Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u

10
Pendekatan elektik
Menggunakan campuran kedua-dua
pendekatan.
Cara membina terdiri daripada kaedah
bunyi, kaedah huruf, dan kaedah suku kata.
Cara cerakinan terdiri daripada kaedah
perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah
ayat.

11
Kelebihan
Pendekatan ini mengikut prinsip psikologi
membaca.
Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid
dan mengikut situasi.
Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan
paling sesuai mengikut peringkat kesediaan dan
kebolehan murid.
Menggabungkan beberapa kaedah.
12
Cara mengajar
i. Bentuk huruf : setiap huruf diajarkan bunyinya
sahaja bukan nama huruf tersebut.
a - ayam p - payung i - ikan
i. Bentuk bahasa : suku kata diajarkan menerusi
perkataan.
ba - baju, bakul, bawang
i. Alat bantuan sangat penting. Kad imbasan, kad
ayat, kad kata, kad suku kata, power point.

13
Kaedah Mengajar Awal Membaca
Abjad, fonetik, dan suku kata.
Seluruh perkataan
Cerakinan
Kaedah gabungan
14
Abjad, fonetik, suku kata
Kaedah Abjad (huruf )
Kaedah yang tertua, sejak zaman Greek dan
Rom.
Mementingkan pengenalan huruf dan bunyi
huruf.
Dimulakan dengan mengenal nama-nama
huruf.
15
Bunyi-bunyi vokal diperkenalkan.
Huruf-huruf konsonan digabungkan
dengan huruf-huruf vokal dan dibunyikan.
Bunyi-bunyi diftong diperkenalkan
kemudian.
Bunyi-bunyi disambung menjadi suku
kata.
b + a = ba, s + u = su
16
Suku-suku kata disambung menjadi kata.
ka + ki = kaki su + su = susu
kata-kata digabung menjadi rangkai kata.
Pengenalan ayat secara berperingkat.
Akhirnya murid diajar membaca setelah
mampu membaca ayat.
17
Kelebihan kaedah abjad
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa
Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang jelas.
Membolehkan murid membaca perkataan baharu
setelah mereka mengenal huruf dan bunyi vokal
dan konsonan.
Kaedah ini memberikan asas dan binaan yang
kukuh dalam aktiviti membaca.
Murid yakin dan tidak terkeliru.
18
Kelemahan
Aktiviti membaca mementingkan bunyi, kadang-
kadang murid tidak memahami apa-apa yang dibaca.
Hanya sebutan dan kelancaran yang dipentingkan.
Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.
Hal ini menjejaskan pemahaman.
Membosankan murid apabila diberikan latih tubi yang
berlebihan.
Dikatakan tidak selaras dengan psikologi murid
kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
bermakna.
19
Kaedah Mengeja
Mengeja dan mengulang suku kata seperti b,a = ba; t,u
= tu - batu.
Mengeja terus sesuatu perkataan - b,a,j,u
Mengeja kata dengan suku kata pendek terlebih
dahulu.

Kebaikannya;
Murid mahir mengeja.
Memudahkan guru, tidak memerlukan ABM yang
banyak.
20
Kelemahannya
Murid tidak lancar membaca kerana perlu mengeja
perkataan terlebih dahulu.
Tahap kefahaman murid rendah kerana murid lebih
mementingkan ejaan dan sebutan.
Murid membaca secara berlagu, tidak mempedulikan
rangkai kata dan jeda.
Bertentangan dengan psikologi pendidikan yang
mementingkan pengajaran dari keseluruhan kepada
bahagian-bahagian.

21
Kaedah bunyi
Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu
menjadikan suku kata, dan akhirynya perkataan.
b (beh), a (ah) = ba
j (jeh), u (uh) = ti
ba + ju = baju

Kebaikannya;
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana suku kata
dalam bahasa Melayu agak setara.



22
Membolehkan murid membaca perkataan baharu
walaupun di luar perbendaharaan kata mereka.

Kelemahannya;
Bacaan murid tidak licin kerana tumpuan mereka
terhadap suku kata satu demi satu.
Tidak menarik kerana suku kata itu tidak mempunyai
makna yang nyata pada murid.
23
Kaedah Pandang Sebut
Mementingkan dua perkara

i. Membunyikan perkataan atau rangkai kata
berdasarkan gambar rangsangan.
ii. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
24
Prosesnya;
Mengecam dan mengenal perkataan dengan
memandang keseluruhan gambar rangsangan.
Setelah dicam, tidak dieja tetapi terus disebut
perkataan berkaitan gambar.
Begitu juga untuk pengajaran tentang ayat.
Memerlukan pengulangan dan latih tubi yang
banyak.
Sesuai untuk pengajaran bacaan jawi.
25
Kelebihan
Dapat menarik minat murid kerana
mempelajari sesuatu secara keseluruhan.
Kaedah ini mementingkan makna. Murid
dapat memahami apa-apa yang dibacanya.
Guru dapat melatih murid membaca
dengan sebutan dan rentak irama yang
betul.
26
Kelemahan
Bacaan murid terhadap bahan yang
ditunjukkan dalam gambar sahaja.
Murid-murid tidak mengenal huruf secara
formal.
Murid tidak mempunyai asas bacaan untuk
membaca sendiri.
Lambat tercapai kemahiran membaca.

27
KSSR Tahun 1
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan :
i. membaca pelbagai perkataan, frasa dan
ayat secara mekanis dengan sebutan dan
intonasi yang betul;
ii. membaca dan memahami perkataan dan
frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul;
28
KSSR Tahun 1
iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan
bacaan dengan sebutan yang betul;
iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda
mengikut tanda baca dengan betul;
v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat
daripada pelbagai bahan untuk
mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi
dengan betul;

29
vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat
dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan
kepada bentuk bukan grafik; dan
vii. membaca dan memahami pelbagai bahan
bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa
kata dan menambah
pengetahuan.

30
Tahun 2
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan :
i. membaca dan memahami perkataan, frasa
dan ayat majmuk yang mengandungi
perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul;
31
Tahun 2
ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan
lancar, berjeda, sebutan yang jelas,
mengikut tanda baca dan intonasi yang
betul;
iii. membaca dan memahami maklumat
tersurat daripada bahan multimedia untuk
mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta
menyatakan urutan
dengan betul;

32
Tahun 2
iv. membaca, memahami dan menaakul
bahan grafik dan bukan grafik bertujuan
menyatakan maksud untuk memindahkan
maklumat dengan betul; dan
v. membaca dan memahami pelbagai bahan
kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan,
memperkaya kosa kata serta meningkatkan
kelancaran bacaan.

33
Tahun 3
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan :
i. membaca dan memahami perkataan
berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran
dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul;
34
ii. membaca dan memahami frasa yang
mengandungi diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dalam perenggan
daripada pelbagai bahan
bacaan dengan sebutan yang betul;
iii. membaca kuat bahan bacaan yang
mengandungi pelbagai pola ayat, ayat tunggal
susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang
dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas;

35
iv. membaca dan memahami maklumat
yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan multimedia untuk mengenal pasti
pertautan idea, membuat penilaian dan
ramalan dengan betul;
v. membaca, memahami dan menaakul
bahan grafik untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk ayat dengan
betul; dan

36
vi. membaca dan memahami pelbagai
bahan sastera dan bukan sastera untuk
menambah ilmu pengetahuan dan
mendapatkan pengajaran

37

You might also like