You are on page 1of 10

CIKGU DAH TAK TERBALIK LAGI

Hairul Azwan Bin Abdul Razak


Noorwani Binti Che Wil

Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat keberkesanan
penggunaan kaedah VAKT dalam menangani masalah keterbalikkan angka yang
dihadapi oleh murid-murid yang mengalami masalah jenis kesukaran Matematik iaitu
diskalkulia. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Tumpat,
Kelantan. Tinjauan awal mendapati bahawa, murid-murid ini kerap kali menulis bentuk
angka 5, 7 dan 9 dalam keadaan terbalik. Peserta kajian ini melibatkan tiga orang murid
lelaki Program Pendidikan Khas Integrasi yang mengalami masalah lembam. Kajian ini
telah menggunakan reka bentuk Model Laidlaw (1992). Penggumpulan data dilakukan
melalui Ujian Pra, Ujian Pos dan juga pemerhatian. Kajian ini melibatkan empat sesi
pengajaran yang berbeza. Penggunaan kaedah VAKT ini hanya dijalankan pada sesi
pengajaran kedua, ketiga dan keempat. Semasa sesi intervensi dilakukan, pemerhatian
telah dibuat dari aspek tahap keberkesanan murid menulis angka dengan menulis dengan
betul dan minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Keputusan yang diperolehi hasil daripada Ujian Pra, Ujian Pos dan pemerhatian ini
menunjukkan peningkatan selepas intervensi dilakukan. Hasil daripada analisi Ujian Pra
dan Ujian Pos didapati bahawa secara puratanya, peratusan pencapaian murid sebelum
intervensi adalah 50% dan setelah diberikan intervensi dilaksnakan hasilnya meningkat
kepada 66%. Begitu juga dengan keputusan yang diperolehi daripada pemerhatian.
Peningkatan ini menunjukkan keputusan positif dalam menangani masalah keterbalikkan
angka murid-murid Pendidikan Khas. Saya berharap agar kajian ini akan digunakan
secara meluas bagi mengatsi masalah keterbalikkan angka yang dihadapi murid-murid
diskalkulia.

Pengenalan
Kebiasaannya, masalah kanak-kanak menulis abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah
disleksia. Sebaliknya apabila menyentuh berkenaan permasalahan dengan angka ataupun nombor
yang dialami oleh kanak-kanak ini disebut sebagai diskalkulia.
Menurut Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani (2011) peserta kajian yang mengalami
jenis kesukaran matapelajaran Matematik boleh diklasifikasikan sebagai diskalkulia. Jenis
kesukaran Matematik (diskalkulia) ini sebenarnya terdiri daripada gabungan disleksia dan
akalkulia. Akalkulia ini merujuk kepada masalah yang dihadapi kanak-kanak yang tidak dapat
melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol Matematik.
Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menguji kaedah dan cara yang
paling bersesuaian untuk mengatasi masalah ini. Saya memilih untuk menggunakan kaedah
pelbagai deria iaitu menggunakan kaedah VAKT, V-visual (penglihatan), A-auditori
(pendengaran), K-kinestatik (pergerakkan) dan T-tektil (sentuhan).Kajian ini dijalankan untuk
melihat sejauhmanakah keberkesanan dan kesesuaian intervensi ini yang dijalankan ke atas
ketiga-tiga peserta kajian dengan menggunakan kaedah VAKT dalam mengatasi masalah yang
dihadapi oleh peserta kajian ini. Disamping itu juga, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
manakah intervensi yang digunakan dapat menarik minat peserta kajian dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Fokus Kajian
Melalui kajian ini, saya menfokuskan kepada mengatasi kesilapan dalam keterbalikkan menulis
angka pada tahap maksimum daripada berulang kembali pada masa akan datang. Hal ini
berikutan 3 orang peserta kajian tahap 2 yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun Program
Pendidikan Khas Integrasi kerap kali melakukan kekerapan dan kesilapan menulis angka secara
terbalik semasa pengajaran dan pembelajaran saya berlangsung serta semakan lembaran kerja
dengan menggunakan kaedah multisensory iaitu kaedah VAKT.

Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Objektif khusus
I. Membantu peserta kajian menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dengan betul.
II. Meningkatkan minat peserta kajian menulis angka 5,7 dan 9 dengan betul

Soalan Kajian
Merujuk kepada objektif-objektif kajian di atas, soalan kajian telah dibina seperti berikut:
I. Adakah peserta kajian dapat menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dengan betul setelah menggunakan
kaedah VAKT?
II. Adakah minat peserta kajian dapat ditingkatkan dalam menulis bentuk angka 5,7 dan 9 melalui
kaedah VAKT?

Definisi I stilah
Kaedah VAKT
Kaedah VAKT merupakan singkatan daripada:
V- Visual (Penglihatan)
Auditory (Pendengaran)
K- Kinestatik (Pergerakkan)
T- Tektil (Sentuhan)

Menurut Anis Syuhada (2012) kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggunakan pelbagai deria
ataupun disebut multisensori. Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan
tulisan (kinestetik) dan tektil (sentuhan). Dalam kaedah ini peserta kajian melihat dan menyebut perkataan
sambil menulis angka tersebut berdasarkan ingatannya.

Sorotan Literatur
Keterbalikkan Angka
Menurut Siti Norfadilah (2012) dalam kajiannya mengenai masalah keterbalikan angka mendapati
bahawa dengan penggunaan bahan bantu mengajar, kesemua peserta kajian kelihatan berfokus dan
berminat untuk belajar. Rentetan daripada itu, masalah minat dan hilang fokus dapat dikurangi. Selain itu,
penggunaan kaedah secara berulangkali dapat meningkatkan kefahaman peserta kajian namun tidak
menarik minat peserta kajian untuk melakukannya tetapi ia bergantung kepada guru itu sendiri untuk
menjadikan cara tersebut mampu menarik minat peserta kajian peserta kajian.
Sumiyati (2009) telah membuat kajian di salah sebuah sekolah berkaitan menulis nombor dan
abjad terbalik yang melibatkan seorang peserta kajian di kalangan murid Pemulihan Khas. Kajian ini
mendapati peserta kajian menunjukkan ciri-ciri khusus yang dikenalpasti oleh guru melalui pemerhatian
dan senarai semak. Melalui kajian ini, Sumiyati telah menggunakan teknik latih tubi melalui kaedah surih
untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kajian yang telah dilaksanakan ini juga teknik latih tubi dapat
meningkatkan tahap pengamatan dan juga tahap kefokusan peserta kajian untuk lebih memahami
pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah VAKT
Masalah keterbalikkan semasa menulis angka merupakan masalah lazim yang berlaku kepada peserta
kajian Pendidikan Khas ini. Hal ini sebegini telah dikategorikan sebagai diskalkulia. Menurut
Nadhirah(2013), yang menggunakan kaedah VAKT iaitu visual(pendengaran), auditori(pendengaran),
kinestatik(pergerakkan) dan tektil (sentuhan) yang menggunakan kesemua pelbagai deria dapat
meningkatkan ingatan peserta kajian dalam jangka masa panjang dan juga daya fokus serta tumpuan
peserta kajian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, Anis Syuhada (2012) dalam kajiannya yang menggunakan kaedah VAKT
terhadap lima orang peserta kajian dalam masalah kekeliruan abjad telah menunjukkan keberhasilan
peningkatan perubahan markah yang ketara peserta kajian setelah menggunakan kaedah ini melalui
aktiviti yang menggunakan kad huruf tebuk dan plastisin sebagai bahan bantu mengajar multisensori.
Perubahan positif kepada kesemua peserta kajiannya telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
pelbagai deria dapat meningkatkan kefahaman murid dan juga dapat menarik minat peserta kajian dalam
penglibatan kesemua aktiviti yang lebih berfokus dan mempunyai matlamat yang jelas.





Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Reka Betuk Kajian: Model Laidlaw (1992)

Mengenalpasti Isu
Dalam mengenalpasti isu kajian ini, saya telah membuat Ujian Diagnostik Matematik. Melalui hasil
daripada Ujian Diagnostik dan lembaran kerja peserta kajian yang melibatkan angka 1 hingga 10 yang
telah dibuat ke atas peserta kajian didapati beberapa orang peserta kajian telah dikenalpasti mengalami
masalah dalam menulis angka 5,7 dan 9. Selain daripada itu, pemerhatian berstruktur turut dijalankan
untuk melihat minat peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran

Merancang Tindakan
Saya telah merancang satu pelan tindakan yang dijalankan sepanajang kajian saya. Bermula daripada
ujian pra, kemudian saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah VAKT
pada minggu pertama. Bagi P&P sesi kedua yang menggunakan kaedah VAKT ini saya membuat
aktiviti menulis nombor di atas permukaan pasir. Selesai P&P bagi sesi kedua, saya menjalankan ujian
Pos 1 kepada kesemua peserta kajian. Markah bagi ujian tersebut ini direkodkan. Pada sesi ketiga saya
telah menjalankan P&P kedua dengan aktiviti membentuk nombor dengan menggunakan doh sebagai
bahan bantu mengajar saya yang mengekalkan konsep kaedah VAKT dalam P&P. Selesai daripada P&P
tersebut, saya jalankan ujian Pos 2 kepada peserta kajian dan markahnya dikumpulkan serta direkodkan.
Pada sesi keempat, saya jalankan pula P&P aktiviti menulis nombor menggunakan warna air mengikut
garisan nombor yang putus-putus. Selesai sahaja P&P ujian Pos 3 diberikan. Segala data daripada ujian
pra, ujian pos 1 hingga 4, keputusan pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang 4 sesi pengajaran
dan pembelajaran saya kumpulkan dan analisissatu persatu. Akhir sekali baharulah saya melakukan
refleksi mengenai kajian yang telah saya jalankan.



1.Mengenalpasti
Isu
2. Merancang
Tindakan
3. Pelaksanaan
Tindakan
4. Mengumpul &
Menganalisi Data
5.Refleksi

Pelaksanaan Tindakan

Pada peringkat ini, saya telah melaksanakan strategi penyelidikan saya. Rawatan klinikal akan
diberikan selepas ujian pra iaitu sebelum ujian pos dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkahyang
dijalankan semasa rawatan klinikal

P&P Sesi Kedua- (kaedah VAKT berdasarkan aktiviti menulis nombor di atas Permukaan Pasir).



P&P Sesi 3 (Membentuk Nombor Dengan Menggunakan Doh)



Peserta kajian melihat angka yang ditunjukkan oleh pengkaji sambil
menyebut angka 5, 7 dan 9 tersebut berulang kali.
(melibatkan penglihatan dan pendengaran murid)
Peserta kajian diberi nombor 5,7 dan 9 yang diperbuat dengan
polistrin untuk disentuh dan dipegang
(melibatkan penglihatan, pendengaran dan sentuhan)
Menerangkan cara penggunaan bahan bantu mengajar kepada peserta
kajian
Peserta kajian di minta untuk menulis nombor yang dipegang di atas
permukaan pasir
Peserta kajian
melihat dan
menyebut angka
yang ditunjukkan
oleh pengkaji
peserta kajian
membulatkan doh
menggelek doh
sehingga panjang
dan sederhana
halus
membentuk angka
dengan doh di atas
nombor polistrin
P&P Sesi Keempat ( Menulis Nombor Menggunakan Warna Air)


Mengumpul dan Menganalisis Data
Dalam kajian ini, setiap objektif yang ditetapkan mempunyai instrumen yang boleh dianalisis bagi
melihat samada objektif tersebut tercapai ataupun tidak. Oleh itu, saya telah menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pos serta senarai semak pemerhatian. Data-data ini dikumpul
bermula pada awal kajian dilaksanakan. Kemudian dapatan diperoleh dan dianalisis dengan lebih
terperinci supaya hasil yang diperoleh dapat menentukan keputusan kajian ini.

Refleksi/Kesimpulan
Dalam peringkat refleksi ini, saya cuba membuat rumusan tentang apa yang telah dirancang dan
dilaksanakan oleh saya samada berjaya atau tidak. Melalui refleksi juga, saya dapat melihat kekuatan dan
kelemahan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. rentetan daripada itu, penambahbaikan dalam
perancangan dapat dilakukan. Tambahan pula, kesimpulan daripada kajian tindakan ini dapat dibuat
samada mengikut dan menepati objektif kajian yang dirangka ataupun tidak di samping menyatakan
luahan perasaan pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan.







Peserta kajian melihat angka yang ditunjukkan oleh pengkaji.Peserta kajian
menyebut angka yang ditunjukkan
Peserta kajian diterangkan penggunaan berus warna dan warna air
Peserta kajian diberikan kertas lukisan yang angkanya mempunyai garis
putus-putus untuk memudahkan peserta kajian membentuk dan mengingat
angka tersebut.
Dapatan dan Refleksi
Keberkesanan ini dilihat melalui kedua-dua instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra, ujian pos,
pemerhatian. Keberkesanan penggunaan kaedah VAKT ini jelas dilihat dari segi perubahan markah dalam
ujian pra daripada purata keseluruhan markah ujian pos dari minggu 1 sehingga minggu ke-3 rawatan
dijalankan. Perubahan yang berlaku adalah peningkatan markah bagi kesemua peserta kajian. Graf di
bawah menunjukkan perbandingan antara ujian pra dan purata keseluruhan ujian pos.





Bagi instrumen pemerhatian pula, saya telah menggunakan pemerhatian dalam melihat
peningkatan perubahan peserta kajian apabila mereka membentuk angka. Pada minggu pertama, peserta
kajian masih memerlukan bimbingan daripada saya, namun pada minggu kedua dan seteusnya, murid
mampu membentuk angka dengan betul secara sendiri tanpa bimbingan daripada saya.


Minat

Bagi melihat aspek minat ini saya telah menggunakan senarai semak sebagai instrument
pengumpulan data untuk pemerhatian. Hasil keputusan daripada pemerhatian tersebut dicatatkan di dalam
senarai semak yang ditetapkan. Terdapat lapan item yang saya perhatikan bagi mengukur minat murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Item tersebut adalah:


1. Adakah murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
2. Adakah murid memberi tindak balas terhadap soalan yang diajukan oleh guru
3. Adakah murid terlibat secara aktif semasa menjalankan aktiviti pembelajaran sedang
dilaksanakan
40
65
45
55
77
65
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
P1 P2 P3
P
e
r
a
t
u
s

Purata Keseluruhan Ujian Pra dan Ujian Pos
ujian pra
Markah Purata Ujian Pos
4. Adakah murid mendengar arahan guru dengan baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
5. Adakah murid berani untuk mencuba melakukan tugasan sendiri
6. Adakah murid berminat untuk mengikut pelajaran seterusnya
7. Adakah murid gembira semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran
8. Adakah Murid berminat untuk melakukan lembaran kerja yang diberikan



Pada sesi kedua hingga sesi keempat P&P yang menggunakan kaedah VAKT telah berlakunya
peningkatan yang memberangsangkan. Pada sesi pertama iaitu pengajaran tanpa menggunakan kaedah
VAKT hanya mendapat 1.8 sahaja purata keseluruhan. Hal ini disebabkan pengajaran adalah seperti biasa
tanapa menggunakan kaedah VAKT. Pada sesi kedua bermulalah peringkat menggunakan kaedah VAKT.
Pada sesi ini berlakunya peningkatan purata daripada 1.8 kepada 2.8. Pada sesi ini murid berminat untuk
mengikut pengajaran namun tidak mencapai target yang dikehendaki disebabkan penggunaan pasir secara
umumnya kurang menarik disebabkan peserta kajian sudah biasa menggunakan pasir untuk melukis pada
waktu riadah dan tidak mempunyai pelbagai warna. Pada sesi ketiga berlaku peningkatan daripada 2.8 ke
3.8. Peningkatan ini begitu memberangsangkan apabila saya menggunakan doh pelbagai warna yan
menarik sebagai bahan bantu mengajar. Murid amat berminat untuk membentuk abgka yang disuruh.
Pada sesi keempat pula peningkatan sekali lagi berlaku dengan baik disebabkan penggunaan warna air.
Murid begitu teruja untuk melakukan aktiviti. Murid begitu aktif dan berminat untuk menjalani aktiviti
Bil Item soalan Sesi 1 Sesi 2 Sesi
3
Sesi
4
1 Adakah peserta kajian memberikan tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung

2

3

4

4.7
2 Adakah peserta kajian memberi tindak balas terhadap soalan
yang diajukan oleh guru


2

2.7

3.7

4.7
3 Adakah peserta kajian terlibat secara aktif semasa
menjalankan aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan

1.7

2.7

4

4.7
4 Adakah peserta kajian mendengar arahan guru dengan baik
semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2


2.7

3.7

5
5 Adakah peserta kajian berani untuk mencuba melakukan
tugasan sendiri


1.7

2.7

3.7

5
6 Adakah peserta kajian berminat untuk mengikut pelajaran
seterusnya


2

3

4

4.7
7 Adakah peserta kajian gembira semasa berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran


2

3

4

5
8 Adakah Peserta kajian berminat untuk melakukan lembaran
kerja yang diberikan


1

2.3

3.3

4
Purata Keseluruhan 1.8 2.8 3.8 4.7
P&P. Justeru penggunaan aktiviti yang berlainan dan jarang digunakan mampu menarik minat murid
dalam mengikuti P&P kerana sifat murid pendidikan khas mempunyai daya ingatan yang singkat dan
mudah berasa bosan.

Kesimpulan

Rumusan Dapatan

Rumusan data kajian tindakan yang dapat saya buat adalah penggunaan kaedah VAKT ini
membantu peserta kajian dalam menangani masalah keterbalikkan angka yang dihadapi oleh
peserta kajian. Bedasarkan analisis ujian pra dan ujian pos, peningkatan markah yang berlaku
menunjukkan peserta kajian berupaya menulis angka dengan baik. Selain itu, murid juga
menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Hal ini disebabkan kaedah VAKT ini telah menarik minat peserta
kajian untuk belajar. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan instrument-instrumen
pengumpulan data yang digunakan.


Penambahbaikan Amalan

Pelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Kaedah VAKT ini boleh diberi penambahbaikan dengan penggunaan bahan bantu yang pelbagai supaya
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif serta fleksibel digunakan oleh semua murid
dengan menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi kewajaran
kaedah VAKT ini iaitu gabungan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pergerakkan yang sangat
membantu murid-murid ini dalam meningkatkan pencapaian murid-murid.
Aktiviti Berkumpulan
Melalui kajian yang telah saya jalankan ini, saya tidak menjalankan aktiviti secara berkumpulan tetapi
lebih bersifat individu. Saya mencadangkan bahawa kaedah VAKT ini boleh dilakukan secara
berkumpulan agar menwujudkan suasana yang lebih menyeronokkan dalam bekerjasama antara satu sama
lain dalam penglibatan murid-murid secara menyeluruh.


Cadangan Kajian lanjutan
Tempoh Masa Kajian

Cadangan saya yang pertama agar kajian ini boleh dijalankan pada kumpulan peserta yang sama
dalam masa yang panjang untuk melihat sama ada tempoh keberkesanan VAKT dalam menangani
masalah keterbalikkan angka boleh dikekalkan. Kajian lanjutan juga perlu dijalankan ke atas peserta
yang lebih besar dan ditetapkan latar belakang peserta bagi mendapatkan kesahan yang tinggi.
Memperluaskan Kajian dalam Subjek Lain

Kajian juga boleh dijalankan untuk subjek-subjek yang lain seperti Bahasa Melayu, Pendidikan
Agama dan sebagainya bagi murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Kajian ini boleh
diperluasakan untuk digunakan oleh semua murid tidak kira apa jua masalah ketidakupayaan untuk
mereka hadapi contohnya diperluaskan kepada kanak-kanak yang mengalami cerebral palsi, autism
dan ketidakupayaan lain.

Rujukan
Anis Syuhada Binti Nazeri (2012). Saya Lihat, Saya Dengar, Saya Sentuh, Saya Buat Dan Saya Dapat.
Kajian Tindakan IPG Kmapus Kota Bharu
Faraha Latifah Binti Mohd (2006). Kajian Warna: Kecenderungan Pemilihan Warna Oleh Kanak-Kanak.
Universiti Malaysia Sarawak
Mohd Zuri Ghani,Aznan Che Ahmad(2011). Pengantar Pendidikan Khas Pulau Pinang. MPH
Distributor Sdn Bhd.
Nadhirah Yaakob (2013). Sebut Betul Tulis Salah. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu
Nor Zanina Bt Mohamed Zaki(2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Bermasalah Pembelajaran Dalam
Aktiviti Penambahan Melalui Kaedah membilang Menggunakan Bahan Maujud. Kajian
Tindakan IPG Perempuan Melayu Melaka
Siti Norfadhilah (2012). Penggunaan Poket Nombor Dalam Mengatasi Masalah Keterbalikkan Angka.
Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu
Sumiyati Abdul Halim Jikem (2009). Nombor Dan Abjad Terbalik. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL ms.189-198 Dimuat turun pada 27 Mac 2014

You might also like