You are on page 1of 7

Bahagian B:

Berdasarkan kepada hasil pelaporan di atas, anda diminta bincangkan sejauh


manakah penglibatan Guru Biasa sebagai Guru Pemimbing dalam aspek
mengenalpastikan masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
Salam sejahtera. Saya Vinesh Raj a/l Selvaraj bersama kumpulan saya telah
melawati Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) Mahajothi bagi memenuhi syarat
tugasan kami. Daripada lawatan tersebut, saya mendapati bahawa, pandangan
segelintir masyarakat terhadap profession keguruan iaitu kerja guru senang adalah
tidak benar. Bagi mereka yang tidak menyelami alam pekerjaan seorang guru, guru
merupakan suatu kerjaya yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Tambahan pula, guru dikatakan diberi banyak cuti dan tempoh masa pekerjaannya
hanya sehingga dua petang sahaja. Sebenarnya hal ini merupakan suatu perkara
yang harus dipandang serius di mana profession keguruan kini menjadi semakin
mencabar dan ia hanya boleh dilakukan oleh mereka yang diberi latihan sahaja. Hal
ini kerana, guru merupakan seorang yang bertanggungjawab untuk melahirkan
generasi muda harapan negara. Ia merupakan suatu tugas yang berat dan harus
dikendalikan secara berwaspada.
Seorang guru harus melaksanakan tugasnya iaitu menyampaikan maklumat
dan kemahiran mata pelajaran kepada murid seperti biasa. Malah untuk
melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa
pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi
dalam hidupnya. Hal ini memberikan pandangan yang jelas bahawa guru bukan
sahaja menjalankan tugasnya seperti biasa, malah guru harus menjadi pemimbing
kepada anak muridnya. Sekiranya murid tidak tahu cara menangani masalah emosi
dan masalah peribadinya, guru harus melaksanakan tugasnya sebagai guru
pemimbing. Guru yang gagal melaksanakan tugasnya sebagai pemimbing akan
menjejaskan pembelajaran anak muridnya di dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pemimbing kepada
murid, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam
menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Dengan ini, kita harus
terang dengan konsep guru biasa sebagai guru pemimbing. Pertama sekali, kita
harus kenali tugas guru biasa sebagai guru pemimbing di dalam kelas. Peranan
pertama seorang guru sebagai guru pemimbing ialah menjadi pengurus bilik darjah.
Di dalam bilik darjah, guru harus mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid
supaya menjalankan tugas mereka, mengurus murid supaya mematuhi segala
peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mengurus bahan-bahan
pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan. Kecekapan guru
menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang
sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah saya
sedari daripada melawati unit bimbingan dan kaunseling di mana guru pemimbing
iaitu kaunseling mengurus biliknya dengan cekap. Guru tersebut telah mengurus
bilik tersebut supaya segala aktiviti dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang.
Seterusnya, guru harus menolong murid untuk membuat penyesuaian.
Penyesuaian adalah guru harus membantu anak muridnya untuk menyesuaikan
dirinyan dengan situasi atau pun suasana sekolah. Guru dapat menolong anak
muridnya dengan membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, akademik,
perkembangan mental dan akhlak. Sebagai contohnya, semasa guru sedang
mengajar, guru harus menyelitkan perkara-perkara yang dapat memberi kesedaran
terhadap diri sendiri murid. Selain itu, guru biasa juga harus membantu murid dalam
pelajaran. Hal ini demikian kerana, murid-murid zaman kini hidup dalam situasi yang
agak kritikal di mana mereka terpaksa berdepan dengan banyak masalah yang
kritikal seperti masalah keluarga. Oleh itu, guru harus menggunakan pendekatan
yang sesuai bagi mengajar mereka. Sebagai contohnya, guru yang mengajar
Bahasa Tamil harus membantu murid untuk memahami matlamat pelajaran, cara
belajar, peraturan dan kepentingan subjek tersebut. Guru juga boleh memberi
penerangan yang ringkas dan senang difahami oleh murid. Dengan ini, dapat kita
katakan bahawa murid akan lebih jelas dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.
Seterusnya, guru harus bertindak sebagai perancang. Perancang di sini
membawa maksud guru sebagai perancang pengajaranya secara sistematik
sebelum masuk ke dalam kelas. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru
perlu menimbangkan terhadap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan
pengajaran dan pengurusan kemudahan. Dengan berbuat demikian, guru dapat
memastikan anak muridnya mencapai objektif pembelajaran hari tersebut. Guru juga
dapat memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar.
Apabila, seorang guru melaksanakan tugasnya secara terancang, maka secara
langsungnya anak muridnya tidak akan mengalami sebarang masalah dalam
pembelajaran.
Seterusnya, guru harus memberi kesedaran di peringkat awal tentang
kepentingan sesuatu subjek kepada muridnya. Hal ini kerana, murid-murid tidak
akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran sekiranya mereka
mempunyai masalah. Terdapat juga murid yang aktif belajar dan murid yang
hanyadatang ke sekolah sebagai rutin harian ke sekolah dalam kelas yang sama.
Oleh itu, memberi kesedaran terhadap kepentingan subjek oleh guru akan
membolehkan semua murid menyedari dan memahami kepentingan subjek dalam
menentukan masa depan mereka. Kelima pula, adalah menjadi tanggungjawab guru
biasa untuk membantu murid dalam membuat keputusan yang rasional. Guru harus
membantu murid dengan cara menerangkan masalah yang dihadapi, orang yang
terlibat dan situasi sesuatu masalah itu berlaku. Dengan ini, murid akan berfikir
secara keseleruhan akan sesuatu masalah dan akan mengambil tindakan yang
rasioanal.
Selain itu, guru juga harus membentuk tabiat kerja yang baik dalam diri murid.
Tabiat yang dimaksudkan ialah tabiat positif dimana murid harus berani menghadapi
cabaran, sentiasa berfikiran positif dalam membuat sebarang kerja yang diberi oleh
guru. Secara tidak langsungnya, hal ini akan membina personaliti yang sempurna
pada murid. Murid akan menjadi lebih rajin dan tekun dalam membuat kerja yang
diberi. Seterusnya, guru harus bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi
perkembangan murid sejak awal lagi, khasnya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Hal ini akan membantu guru untuk mengenali dan memahami
seseorang murid di samping mengenalpasti masalah sebenar seseorang murid.
Kerjasama antara dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa dapat membantu kedua-
dua pihak untuk mengenali tentang perkembangan murid atau anak secara
keselurahanya.
Bukan itu sahaja, malah guru biasa juga harus mengisi kad 001 dan kad 002
murid. Antara butir-butir peribadi yang akan diisi oleh guru ialah seperti rekod berat,
tinggi, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap dan cita-cita murid.
Kad ini amat penting sehinggakan ia adalah satu-satunya kad peribadi murid yang
diterima pakai dalam mahkamah. Oleh itu, ia merupakan suatu tugas yang harus
dilaksanakan secara berhati-hati. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan
kaunseling untuk mengendalikan program Bimbingan dan Kaunseling juga menjadi
peranan guru biasa. Dengan ini, guru biasa dapat mempelajari cara-cara untuk
member motivasi kepada murid. Selain itu, guru biasa juga harus merujuk kepada
guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan
professional. Hal ini membolehkan guru biasa mendapatkan idea atau pendapat
yang waras di samping mendapatkan maklumat terperinci mengenai masalah murid
tersebut.
Dalam sekolah, guru harus berdepan dengan pelbagai masalah yang
diungkitakan oleh murid. Bagaimanapun masalah-masalah murid biasanya dapat
diklasifasikan kepada dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan
masalah peribadi dan sosial. Secara umumnya, murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q
yang rendah dan murid-murid yang menghadapi masalah tingkah laku adalah terdiri
daripada murid-murid yang datangnya daripada keluarga yang agak bermasalah.
Oleh itu, guru haruslah mengikuti cara-cara yang betul untuk mengenalpasti
masalah murid dengan betul. Cara-cara yang biasanya digunakan oleh guru untuk
mengenalpasti masalah murid ialah pemerhatian, profil dan rekod, ujian, latihan
harian, soal jawab/kuiz, senarai semak dan sosiogram. Kaedah pemerhatian
merupakan cara yang digunakan oleh kebanyakkan guru-guru biasa untuk
mengenalpasti masalah murid. Walaupun begitu, kaedah ini disarankan supaya
dilakukan oleh guru yang mengajar dalam kelas yang hendak diperhatikan. Guru
harus melakukan pemerhatian tanpa disedari oleh murid yang sedang diperhatikan.
Hal ini kerana, sekiranya murid tersebut menyedari bahawa dirinya sedang
diperhatikan, maka dia tidak akan berkelakuan normal. Sekiranya guru
memerhatikan murid yang bermasalah pelajaran, guru dapat memerhatikan murid
tersebut menunjukkan tanda-tanda seperti tidak boleh membaca ayat dengan
lancar, hanya menggerakkan bibir semasa membaca, membaca dengan bunyi yang
terlalu perlahan dan juga lain-lain lagi. Guru yang sedang membuat pemerhatian
harus mencatatkan nota-nota yang relevan semasa pemerhatian dilakukan supaya
dapat mengambil tindakan selanjutnya. Setelah pemerhatian dilakukan sepenuhnya,
guru harus mencatatkan hasil pemerhatianya dalam boring-borang pemerhatian
khusus seperti rekod anekdot dan persampelan masa. Ia akan menjadi bahan bukti
bagi menunjukkan pemerhatian telah dilakukan.
Cara pengenalpastian masalah kedua ialah profil dan rekod. Rekod profil
mengandungi rekod keputusan murid berdasarkan hasil sesuatu penilaian sumatif.
Guru boleh menggunakan rekod ini untuk mengesan pencapaian murid dalam
beberapa unit pembelajaran. Guru boleh mengenalpasti dan memilih murid yang
mempunyai masalah melalui maklumat-maklumat yang direkodkan dalam rekod
profil. Bagaimanapun, maklumat yang tertera pada profil tidak dapat menunjukkan
masalah yang dihadapi oleh murid secara terperinci. Oleh itu, guru harus
merancangkan suatu lagi ujian yang mengandungi soalan-soalan yang terperinci
dan soalan-soalan yang dapat menentukan bidang kelemahan murid.
Guru boleh mengenal pasti masalah pembelajaran murid melalui
melaksanakan pemeriksaan ke atas keputusan ujian murid dan latihan harian
bertulis. Keputusan ujian akan memberi suatu gambaran kepada guru mengenai
masalah murid dalam sesuatu subjek. Manakala, latihan harian pula akan
menentukan bidang yang dihadapi masalah oleh murid secara terpeinci. Maka, guru
juga berpeluang untuk memberikan latihan yang mengandungi bidang masalah
murid kebanyakkanya supaya dapat memastikan masalah murid dengan lebih
terperinci.
Seterusnya, bagi mengenalpasti masalah pembelajaran murid dengan cepat,
guru biasa harus menggunakan teknik soal-jawab atau pun lebih dikenali sebagai
kuiz. Guru harus melakukan aktivi soal-jawab di dalam kelas, dan melalui soal-jawab
yang dilakukan guru dapat mengesan bidang kelemahan pembelajaran murid serta
merta. Hasil perbincangan saya dengan guru di sekolah saya, saya mendapati
bahawa kaedah ini merupakan suatu kaedah yang wajib digunakan oleh semua guru
biasa dalam mengenali bidang masalah pembelajaran murid secara terperinci.
Beliau juga mensarankan cara pengenalpastian masalah murid ini kerana melalui
cara ini guru biasa dapat membetulkan kesilapan murid dan menambah aktiviti
pembelajaran bagi kemahiran yang berkenaan.
Daripada hasil perbincangan dengan guru kaunseling SJK(T) Mahajothi,
antara masalah murid yang berkaitan masalah peribadi dan sosial yang kian berlaku
di sekolah ialah masalah ponteng sekolah, budaya lepak, delikuen juvenile, tingkah
laku delinkuen dan menghisap rokok dan penyalahgunaan dadah. Peranan guru
biasa sebagai guru pemimbing amat berat di sini dalam mengenal pasti masalah
sebegini, kerana guru harus lebih berhati-hati dengan cara pengenal pastian yang
hendak digunakan. Masalah murid seperti delikuen juvenile tidak boleh dikenal pasti
dengan cepat, kerana sosioemosi murid tidak dapat ditentukan pada kesemua
waktu. Oleh itu, guru harus menggunakan cara seperti pemerhatian di samping
penggunaan senarai semak untuk mengenal pasti masalah murid tersebut. Senarai
semak tidak akan mengambil konteks di mana satu-satu tingkah laku itu berlaku
ataupun perbezaan individu. Maka, senarai semak digunakan sebagai tambahan
kepada maklumat yang telah dikumpul dengan cara pemerhatian. Guru biasa juga
harus merujuk kepada guru kaunseling untuk mengambil sebarang langkah
seterusnya dengan menggunakan maklumat daripada senarai semak.
Selain itu, penggunaan sosiogram juga merupakan salah satu cara yang
boleh diguanakan oleh guru biasa dalam mengenalpasti masalah peribadi mahupun
social murid. Masalah-masalah yang wujudnya secara berkumpulan seperti budaya
lepak dan buday buli dapat dikenalpasti melalui kaedah ini. Sosiogram sebenarnya
satu peta atau rajah yang menunjukkan pola interaksi satu kumpulan murid.
Sosiogram juga akan menunjukkan secara jelas tentang siapa yang disukai ramai,
murid yang perlukan bantuan dan sebagainya. Maka, dalam masalah berkumpulan
seperti buli dan lepak, sosiogram akan menggambarkan siapa yang menguasai
kumpulan tersebugt dan siapa yang tersingkir dan secara tidak langsungnya menjadi
hamba dalam kumpulan tersebut. Oleh itu, guru dapat menggunakan maklumat
tersebut untuk berbincang dengan guru kaunseling untuk mengambil tindakan
susulan.
Secara konklusinya, saya dapat mengetahui bahawa peranan guru biasa
sebagai guru pemimbing amat penting dan peranan tersebut harus dilaksanakan
dengan betul dan tepat supaya segalah masalah yang dihadapi oleh murid dari segi
pembelajaran mahupun peribadi dan social dapat diatasi. Guru kaunseling SJKT
Mahajothi juga telah memberikan suatu gambaran yang jelas mengenai peranan
guru biasa sebagai guru pemimbing dan beliau juga telah menekankan kerjasama
anatara guru biasa dengan guru kaunseling akan menjadi titi penyelesaian masalah
murid di sekolah.

You might also like