You are on page 1of 12

KONSEP

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.


Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi
mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.
Terdapat beberapa permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga
yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara
permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi,
mahjong, dan lain-lain.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan
Tradisional
Permainan
sosial
Permainan
kognitif
PERMAINAN SOSIAL
Permainan tradisional yang boleh dikategorikan sebagai permainan sosial ialah permainan
teng-teng.
Permainan teng-teng, atau juga dikenali sebagai ketinting ialah permainan yang selalunya
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia
menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang
didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di
dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia
akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-
petak di dalam satu gelanggang. Selain gelanggang, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah
satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan
seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.
Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain
yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati
dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki
sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus
melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki
kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka.
Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah
kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan
giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat
PERMAINAN KOGNITIF
Permainan yang boleh dikategorikan sebagai permainan kognitif ialah permainan congkak.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan
dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati
sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam lelaman-
lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan
bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit hari ini.
Di beberapa bahagian asia tenggara, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di
indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, dan di filipina ialah sungka.
CARA BERMAIN
Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang
masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan
papan congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain
akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu lubang yang
berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada
waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.
Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang,
mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung
papan congkak itu dipanggil rumah. Setiap pemain akan memilih rumah
mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu
biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
lubang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti,
pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu
mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya
di rumah mereka.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya
sudah habis diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil biji yang masih ada di
mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan
boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkalanya, apabila
salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang pemenang itu mengambil
kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke
dalam rumahnya. Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Perkembangan intelek

Melalui bermain, murid dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan
meningkatkan daya keintelektualan murid-murid. Menerusi bermain juga murid dapat
berfikir sejauh manakah tahap murid dalam memastikan sesuatu permainan tersebut
berjalan dengan lancar dan berkesan.

Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan mencapai
satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam sesebuah atau
sesuatu aktiviti permainan. Menerusi perkembangan intelek, murid dapat mengetahui
pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya. Ketika inilah murid akan berusaha untuk
menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang disekitarnya.
Di samping itu, kepentingan bermain dalam aspek perkembangan intelek ialah
membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Menerusi permainan,
murid dapat belajar mengenai syarat dan peraturan permainan. Seterusnya hal ini
akan membuatkan murid mengikuti segala peraturan untuk mencapai kemenangan
dalam sesuatu permainan. Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda kanak-kanak
malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk membentuk
suatu permainan yang baharu. Melalui bermain, murid juga mendapat maklumat
tambahan serta mendedahkan murid-murid tentang cara menyelesaikan masalah.

Perkembangan sosioemosi

Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk membina kemahiran
kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan
cara yang bijak, ia akan dapat melahirkan individu yang baik pada masa akan datang.
Sebagai contoh, murid yang boleh berkomunikasi ketika bermain sedikit sebanyak
dapat mempengaruhi cara mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan
bagus dalam memberi arahan dan mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa
kelak. Jika kita lihat kepentingan bermain secara ringkas, kita dapat lihat bahawa
murid atau kanak-kanak dapat belajar konsep meningkatkan keupayaan kognitif,
memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan ingin tahu
melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran
sosial dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti
permainan.

Melalui perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati hak
orang lain. Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam
sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya
Perkembangan fizikal

Menerusi aspek ini,murid dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan
sesuatu. Menerusi bermain juga,ianya dapat meningkatkan kemahiran fizikal kanak-
kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.Terdapat pelbagai jenis
permainan yang mengaplikasikan pergerakan asas ini antaranya ialah permainan galah
panjang,kejar-mengejar,ketinting dan sebagainya. Menerusi bermain juga,murid
dapat mengenalpasti kebolehannya dan menguatkan daya iltizam untuk terus bermain
untuk mencapai tahap keseronokan kanak-kanak itu.

Selain itu,aspek fizikal melalui kepentingan bermain menjurus kepada untuk
meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria seperti bau, sentuhdan lain-lain.
Selain itu,bermain dalam aspek fizikal juga dapat meningkatkan kemahiran
manipulatif sebagai contohnya mencantum, melukis, menampal dan
merenyuk.Kemahiran manipulatif yang dimaksudkan ialah kemahiran dalam
menggunakan pergerakan psikomotor halus untuk menjayakan sesuatu aktiviti.Selain
itu,kepentingan bermain menerusi aspek fizikal juga berupaya meningkatkan
kemahiran mengimbang menerusi aktiviti renang dan mengawal pernafasan

You might also like