You are on page 1of 40

PKP 3113 : PENYELIDIKAN

TINDAKAN 1

TOPIK 7 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Disediakan Oleh :
Muhamad Hafiz Ezani
Mohd Qhairil Anwar
Muhammad Iqram Akeef
TUJUAN, KEKUATAN DAN
KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian terdapat di dalam pendekatan
kualitatif.
Kaedah pemerhatian ini terbahagi kepada 2 iaitu :
Pemerhatian Bukan Peserta
(Pemerhatian penuh)
Pemerhatian Peserta
(Peserta sebagai pemerhati)
DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan.
Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada
dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan
data selain soal selidik dan temuduga.
Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta
melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau
dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati
perlu memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh
masa yang tententu.
Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam
bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam
makmal sains dan bidang sains sosial.
Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat
halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan
yang dibuat lebih tepat.


Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya
apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah
laku sesuatu unit sosial, misalnya :
a) Mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-
kanak.
b) Kesan kesesakan terhadap kecenderungan
pemberontakan.
c) Kesan kebisingan terhadap tingkah laku
agresif .
Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam
penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan
mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu
membuat perancangan yang baik dan teliti.
Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan
tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai
fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan
betul.
Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh
dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa
kategori pemerhatian iaitu ;
a) kategori tingkah laku
b) unit tingkah laku
c) paras tafsiran pemerhati
d) generalisasi dan penggunaan
e) pensampelan tingkah laku.
Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri
tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain.
Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini
perlu dikategorikan ke dalam golongan yang
eksklusif.


Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku
yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan
tidak bertindan antara satu sama lain.
Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh
Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah
merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses
merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah
dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk
merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku
tersebut diperhati dan direkodkan.
Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
pemerhatian.
Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan
mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai
tingkah laku yang diperhatikan.
Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras
tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan
dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat
generalisasi sesuatu tingkah laku kerana
sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk
penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah
yang lain boleh digunakan dalam pelbagai
penyelidikan.



Pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku
yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak
mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku
tersebut secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah
membuat pensampelan sama ada pensampelan
tingkah laku atau pun pensampelan masa.
Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis
kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara
pensampelan masa pula merujuk kepada
perwakilan masa yang dapat mewakili masa
berlakunya tingkah laku yang diperhati.
TUJUAN PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian berasal dari kajian
ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif
populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri.
JENIS-JENIS PEMERHATIAN
i. Pemerhatian Bukan Peserta
(Pemerhatian penuh)

i. Pemerhatian Peserta
(Peserta sebagai pemerhati)
Pemerhatian Bukan Peserta
(Pemerhatian Penuh)
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati
memilih tempat yang sesuai untuk membuat
pemerhatian.
Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang
semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk
membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala
gerak geri ahli kumpulan atau individu yang
diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan
peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk
teropong, kaset, dan kamera video.

Pemerhatian Peserta
(Peserta sebagai Pemerhati)
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi
seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak
diperhati dan pada masa yang sama ia membuat
pemerhatian.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik
memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.

PERBEZAAN
PEMERHATIAN BUKAN
PESERTA
PEMERHATIAN PESERTA
Responden kajian mungkin
tidak menyedari akan
kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah laku
yang tulen dan tidak berpura-
pura.
Penyelidik dapat mengalami
sendiri aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan ini
menjadikan dapatan
pemerhatian lebih sah dan
boleh dipercayai.
Data-data yang diperoleh lebih
tulen dan ini akan
menyumbang kepada
ketepatan maklumat yang
dikumpul.
Menggunakan kaedah ini juga
memungkinkan maklumat-
maklumat yang tersembunyi
atau yang tidak dijangka dapat
diperhati diperingkat awal.
KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN
Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah
lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan
menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah
serta boleh dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian
sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan
rujukan penting dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat
yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar
dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel
yang telah dikenal pasti.

KELEMAHAN KAEDAH PEMERHATIAN
Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila
tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.
Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang
hati apabila tingkah laku mereka diperhati.
Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin
akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten
dan sesuka hati mereka.
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang
diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

MAKLUMAT
TAMBAHAN
Berikut disarankan dua cara membuat
pemerhatian :
1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan
setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan
kejadian dalam situasi yang dikaji.
2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas
melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah
penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan
sebelum melakukan permerhatian
Soalan-soalan berikut boleh dijadikan
panduan :
Apakah yang hendak diperhatikan?
- Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih
guru/pensyarah penyelidik hendaklah
menentukan aspek-aspek yang boleh
diperhatikan, sama ada jenis dan turutan
peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan
penyelidik sendiri.
- Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik dan
dapat dinyatakan secara eksplisit.
Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan?
Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri
(existing theories) tentang sesuatu isu.
Pemerhatian membantu seseorang penyelidik
membina semula teori tersebut agat memperolehi
satu fahaman baru (theoretical reconstruction)
Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan
berapakah tempoh masa yang diperlukan?
Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah jelas
tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian
agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak
mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih
utama.
Penggunaan alat perakam
Pengunaan perakam audio dapat membantu
merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara
kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun
antara kalangan kumpulan sasaran.
Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar
dapat dirakamkan dengan tepat.
Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman
audio melalui proses tiga fasa berikut:
- Dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk
mendapat gambaran umum.
- Dengar semula untuk mencari data-data penting.

Gambar foto
Gambar foto merupakan suatu media yang amat
berkesan untuk merekodkan perlakuan atau
keadaan fizikal secara holistik.
Foto juga dapat menonjolkan body language
terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh
pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai
tidak signifikan.
Rakaman video
Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan
rakaman audio dengan menunjukkan juga
pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh
masa peristiwa.
Kaedah Pengumpulan
Data: Temu bual
Berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur
KONSEP TEMU BUAL
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang
melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik dengan
informan atau orang yang ditemu bual.

Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka (probe) dan
mendapatkan maklumat daripada informan secara
mendalam.

Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia,
rakan sejawatan, pihak pentadbir dan ibu bapa.

Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi,
pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang
dijalankan.
TEKNIK TEMU BUAL
Teknik Temu Bual

Ciri Utama

Berstruktur

Soalan disediakan terlebih dahulu
dan temu bual dilaksanakan secara
formal.

Separa Berstruktur

Cuma soalan utama disediakan.
Soalan susulan berdasarkan jawapan
informan.

Tidak Berstruktur

Temu bual dijalankan secara tidak
formal dengan menggunakan soalan
terbuka. Hal ini bertujuan meneroka
idea atau perasaan informan.

PANDUAN TEMU BUAL
Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan berikut boleh
digunakan:

Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual
Pilih masa yang sesuai
Bina hubungan (rapport) dengan informan
Sekiranya perlu, minta kebenaran informan untuk merakamkan sesi
temu bual
Gunakan soalan probing, contohnya:
o Apakah pandangan anda
o Apa yang anda maksudkan dengan
o Bagaimana ia boleh berlaku
o Ulangi soalan/jawapan jika perlu
o Berikan tempoh masa yang sesuai kepada informan untuk
menjawab.
ANALISIS TEMU BUAL
Data temu bual yang diperoleh perlu
dibuat tranksripsi (transcription) iaitu
ditaip dengan lengkap supaya
memudahkan proses menganalisis

Untuk membolehkan analisis dibuat
dengan tepat, bolehlah dibuat transkripsi
secara verbatim, iaitu menggunakan
perkataan atau ayat-ayat yang
sebenarnya diperoleh

Sambungan..
Analisis data boleh dibuat melalui cara-
cara berikut:

i. Analisis Secara Manual
ii. Analisis Melalui Komputer
Analisis secara Manual

Baca keseluruhan transkrip temu bual bagi mendapatkan
gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan
oleh orang yang ditemu bual itu;
Baca sekali lagi dan kemudian highlight atau gariskan
maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu;
Baca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan
tumpuan kepada aspek-aspek yang digariskan;
Bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek yang
digariskan itu;
Semak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu
gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang
sama agar menjadi beberapa kategori tertentu; dan
Gabung tema dan kategori yang terdapat dan buatkan
kesimpulan.
Penentuan kod
1 : Faktor guru (5)
Guru mengajar terlalu cepat
Guru selalu marah
Guru tidak guna bahan bantuan mengajar

2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2)
Tidak pergi kelas tuisyen
Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu mengajar)

3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5)
Tidak digunakan dalam aktiviti seharian
Tidak selalu orang guna pecahan di kedai

4 : Tajuk pecahan susah (2)
Tajuk ini memang susah79

5 : Tidak faham (3)
6 : Tidak berminat/tidak suka (2)
Analisis melalui komputer
Analisis melalui komputer bolehlah
menggunakan perisian NVIVO.
DATA BERBENTUK DOKUMENTASI
DEFINISI
Dokumen pada hakikatnya adalah segala
bahan tertulis mahupun filem yang telah
tersedia pada tempat tertentu. (Noeng,
2000 : Nana, 2005 : Sudarwan, 2005).

You might also like