You are on page 1of 5

1.1.

1 OBEKTIF LATIHAN INDUSTRI



Tujuan utama latihan industri adalah untuk:

. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar
2.) menambah dan meluaskan pengatahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
3.) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di
Politeknik.
4.) Membolehkan pelajar mengaitkan teori teori kepada praktikal dan sebaliknya.
5.) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
6.) Menambah sifat amanah dan bertanggungjawab.
7.) Membina keyakinan diri.
8.) Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di industry.
9.) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja tanpa
mengira kaum, umur dan agama.
10.) Melatih pelajar menepati masa.
11.) Melatih pelajar mengamalkan sikap tidak membazirkan bahan kerja.
12.) Memperkenalkan diri pelajar dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada
bakal majikan.
13.) Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam
pekerjaan yang selepas tamat pengajian.
14.) Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.





BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI


PENGENALAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang wajib bagi pelajar semester ke empat yang
mengikuti Kursus Diploma di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. Latihan industri
dikendali sebagai latihan praktikal iaitu satu program pelengkap yang menjadi syarat bagi seseorang
pemimpin Politeknik untuk dianugerahkan Sijil ataupun Diploma dalam pengkhususan masing-
masing. Dengan kata lain, ia merupakan syarat wajib yang perlu ditempuhi oleh setiap pemimpin
Politeknik. Bagi pelajar yang mengambil kursus Sijil, mereka perlu menjalani latihan industri semasa
di semester tiga. Manakala bagi pelajar yang mengambil kursus Diploma, mereka perlu menjalani
latihan industri di semester empat. Melalui latihan industri setiap pemimpin dapat mendedahkan
dirinya kepada teori dan praktikal. Ia bukan sahaja memberikan pengetahuan dan pengalaman
malah member pendedahan tentang alam pekerjaan. Tambahan pula, pemilihan firma atau jabatan
yang berkaitan dengan kursus yang diambil akan menambahkan lagi kemahiran pelajar.

Sebelum menjalani latihan industri, terlebih dahulu pelajar akan memilih tempat latihan
industri masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pemilihan tempat latihan terpulang
kepada pelajar asalkan ianya bersesuaian jurusan di Politeknik. Jika pelajar tersebut tidak dapat
mencari tempat latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Politeknik akan menyediakan
tempat latihan industri untuk pelajar tersebut. Menjalankan latihan industri di Politenik pula
bergantung kepada kekosongan yang ada di Politeknik itu sendiri.


Tidak semua syarikat menerima kemasukan pelajar untuk membuat latihan industri di syarikat
mereka atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, pelajar hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada unit
latihan industri untuk mendapatkan senarai nama firma atau syarikat yang mengambil pelajar untuk
menjalankan latihan industri di syarikat mereka. Pelajar juga dapat memohon syarikat yang diminati
yang diterima oleh pihak politeknik atas budi bicara sendiri. Pelajar dilarang menanya hal berkaitan
elaun.

Pelajar hendaklah memastikan latihan industri yang dipilih adalah bersesuaian dengan bidang
yang diambil di Politeknik. Hal ini sangat penting kerana segala yang telah diajar di Politeknik akan
diperaktikkan semasa menjalankan latihan industri. Pelajar juga harus ingat bahawa tujuan latihan
industri adalah memberikan satu pengalaman untuk bagaimana situasi yang sebenar sewaktu
berada dalam alam pekerjaan yang sebenar.
Selain itu, melalui latihan ini pelajar juga dapat mendisplinkan diri mengikut acuan firma dan
tidak begitu kekok sewaktu berada dalam dunia pekerjaan. Pelajar dapat menghargai peluang
pekerjaan kerana merekaakan sedar bahawa betapa susahnya untuk mencari kerja pada masa kini.
Sekiranya prentasi pelajar adalah baik di tempat latihan industrinya pihak syarikat itu akan
menawaran peluang pekerjaan setelah pelajar tersebut menamatkan pelajaran. Ia secara tidak
langsung. Menaikkan nama Politeknik.

Unit latihan industri juga menyediakan perlindungan insurans untuk melindungi pelajar
sekiranya berlaku sebarang kemalangan sewaktu menjalankan latihan industri di firma berkenalan.
Sekiranya pelajar tersebut mengambil cuti melebihi tiga bulan disebabkan kemalangan pelajar itu
terpaksa mengulangi latihan industri.




















KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar Politeknik perlu menjalani latihan industri pada semester empat bagi kursus
diploma manakala semester tiga bagi kursus sijil. Tujuan latihan industri ialah untuk mendedahkan
situasi sebenar alam pekerjaan kepada pelajar.

Latihan industri juga mengajar pelajar untuk menepati masa dan mementingkan masa. Di
alam pekerjaan sebenar ketepatan masa amat dititik beratkan kerana disiplin dinilai berdasarkan
ketepatan masa ketika masuk dan keluar. Kerja yang dilakukan tidak boleh dilengah-lengahkan
kerana secara tidak langsung ia akan memburukan prentasi pelajar.

Di samping itu, latihan industri juga menyiapkan pelajar untuk menghadapi realiti alam
pekerjaan. Kini banyak syarikat mencari lepasan pelajar yang mempunyai pengalaman kerja dalam
bidang-bidang tertentu. Oleh itu, lepasan pelajar Politeknik dapat satu peluang untuk mendapatkan
pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang diceburi.

Antara kepentingan latihan industri ialah pelajar dapat menilai kebolehan diri untuk
melakukan kerja secara berseorangan atau secara berkumpulan. Pelajar juga dapat memperbaiki
kelemahan serta dapat menambahkan kemampuan dan prentasi diri.

Dengan ini pelajar hendaklah mengambil berat tentang kepentingan latihan industri. Jika
mereka mengabaikan kepentingan tersebut pelajar mungkin tidak bersedia untuk menghadapi realiti
kerja sebenar.









OBJEKTIF LAPORAN

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri diingati menyediakan satu laporan lengkap
mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah. Laporan yang siap
sepenuhnya hendaklah diserahkan apabila pelajar tersebut meloporkan diri untuk meneruskan
semester seterusnya. Objektif latihan industri ialah untuk mendokumentasi aktiviti dan skop kerja
sepanjang latihan industri. Selain itu, laporan ini juga satu bukti kepada latihan yang telah diikuti dan
satu tugasan wajib dilakukan. Laporan ini juga dapat membantu pelajar seketika temuduka kerjaya.
Dengan adanya buku laporan peluang mendapatkan kerja dapat ditingkatkan.

Laporan pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu laporan harian dan laporan lengkap. Laporan
harian adalah laporan kerja setiap hari yang ditulis buku log yang dibekalkan oleh pihak Politeknik
kepada pelajar. Manakala laporan lengkap pula ialah tugasan yang wajib dibuat setelah tamat
menjalani latihan industri


Di dalam buku harian terdapat :
Cara melakukan kerja mengikut proses yang betul
Gambarajah alatan yang digunakan
Aktiviti yang dilakukan sepanjang latihan industri



Manakala laporan lengkap pula mengandungi :

- Penerangan terperinci tentang proses kerja dan peralatan yang digunakan dan fungsinya
bagi sepanjang tempoh menjalani latihan industri
- Gambar sebenar bahan dan alatan yang digunakan sewaktu melakukan kerja semasa
menjalani latihan industri
- Latar belakang syarikat
- Sumber rujukan

You might also like