You are on page 1of 44

PENGENALAN

Konsep dan Definisi


Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan
pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid
tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian
murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap
penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.
Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka
intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran
memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan
murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan
dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa
untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk
dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti
dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk
penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran
digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat
keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan
Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah
langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan
pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau
kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek,
portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan.
Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap
boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai
agar pentaksiran yang dibuat itu sah.

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru
mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi
murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
v. Mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran.
viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
ix. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
x. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
Instrument
Kumpulan yang ditaksir
Respon
Kumpulan yang menaksiran
Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Kesahan skor
Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.
Kebolehpercayaan Skor
Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.
Keobjektifan
Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
Kebolehtadbiran
Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran
Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan
ujian.
Kekomprehensifan
Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
1. Mengenalpastia masalah
Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira.
Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.
Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan
segera.
2. Penempatan
Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.
Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat
perkhidmatan yang khusus.
3. Pemilihan strategi pemulihan
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu mengajar
yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.
Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran.
Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa.
Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa
berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara
berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
xi. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
xii. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.


JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan
kepada: i. Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas
ii. Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku
iii. Pentaksiran Kemahiran Lisan
iv. Pentaksiran Kemahiran Bacaan
v. Pentaksiran Kemahiran Menulis
vi. Pentaksiran Kemahiran Matematik



INSTRUMENT PENTAKSIRAN PENGAMATAN PENDENGARAN
MURID PENDIDIKAN KHAS / SLOW LEARNER
SK FAKEH ABD SAMAD , KUANTAN.


Nama murid :
Kelas :

Aspek yang dinilai:

1. Mendengar arahan mudah dan memberi respon.
2. Mengecam dan membezakan pelbagai jenis bunyi yang ada di persekitaran
3. Mendengar dan mengecam intonansi bunyi ( kuat , perlahan, sederhana)
4. Menunjukkan arah bunyi yang didengar ( kiri,kanan,jauh ,dekat)
5. Membunyikan huruf vocal
6. Mengecam dan mendengar bunyi perkataan
7. Berinteraksi dengan sopan dan bertatasusila
8. Menjawab soalan dengan ayat yang mudah
9. Menyebut semula ayat-ayat pendek
10. Menceritakan perkara yang didengar






SENARAI SEMAK PENGAMATAN PENDENGARAN.
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Bil Aktiviti
( / )

( x )
1. Mendengar arahan mudah dan memberi respon.


2. Mengecam dan membezakan pelbagai jenis bunyi yang ada di
persekitaran

3. Mendengar dan mengecam intonansi bunyi ( kuat , perlahan,
sederhana)

4. Menunjukkan arah bunyi yang didengar
( kiri,kanan,jauh ,dekat)

5. Membunyikan huruf vokal


6. Mengecam dan mendengar bunyi perkataan


7. Berinteraksi dengan sopan dan bertatasusila


8. Menjawab soalan dengan ayat yang mudah


9. Menyebut semula ayat-ayat pendek


10. Menceritakan perkara yang didengar



Kemahiran Skor
/ - menguasai
X Tidak menguasai
Soalan 1:
Kemahiran: Mendengar , mengecam dan membezakan serta arah bunyi
Arahan guru :
1. Murid membunyikan semula bunyi yang diperdengarkan kepada mereka.
a. bunyi kereta b. bunyi ayam c. bunyi ketukan
2. Murid menutup mata dan diminta menunjukan arah bunyi yang didengar.
a. bunyi arah depan b. bunyi arah belakang
c. bunyi arah jauh d. bunyi arah dekat
3. Murid menutup mata dan guru menepuk tangan pada telinga murid, murid meneka arah bunyi.
a. kanan b. kiri c. kuat d. perlahan
4. Murid meneka sumber bunyi yang didengar.
a. ketukan pada botol b. ketukan pada meja
c. ketukan pada buku

Soalan 2.
1. Murid mengucapkan perkataan bertatasusila pada situasi yang betul.
a. selamat pagi b. terima kasih c. asalamualaikum








Soalan 3.
1. Berpandukan kad huruf yang ditunjukkan oleh guru murid diminta menyebut
semula huruf vokal yang ditunjukkan.
CONTOH:











Soalan 4.
Arahan: Dengar soalan guru dengan teliti dan cuba jawab
1. Siapa nama kamu?
2. Siapa nama ibu kamu?
3. Berapa umur kamu?
4. Berapa adik beradik kamu?
5. Siapa nama kawan kamu?

a e i
o
U



Soalan 5:
Arahan: Menyebut semula ayat-ayat pendek yang diperdengarkan.

Ini bola.
Bola ini bulat.
Bola ini bola merah.
Bola merah baru beli.

Soalan 6:
Arahan: Ceritakan semula mengenai ayat diatas












1.0
:
:
INSTRUMEN PENGESANAN
MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN


1.0 PENGENALAN
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk
mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini
bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat
pengesahan status masalah pembelajaran murid.
Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga jika didapati murid berkemungkinan
mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama ketika berjumpa
pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid.



Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian:

Bahagian A : Maklumat Murid

Bahagian B : Senarai Semak

i. Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran

ii. Elemen 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan

iii. Elemen 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran

Asas Perkembangan Individu

iv. Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis

v. Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor

2.0 OBJEKTIF

Saringan dijalankan bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:

2.1 Mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai masalah dalam

pembelajaran.

2.2 Memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang

bersesuaian mengikut keperluan.



3.0 KUMPULAN SASARAN

Instrumen ini boleh digunakan bagi kumpulan murid berikut:

(i) Murid LINUS Tegar

(ii) Murid Program Pemulihan Khas

(iii) Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas



4.0 MAKLUMAT AM

4.1 KRITERIA MURID YANG DINILAI


Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang
daripada enam bulan;
Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca,
menulis dan mengira;


Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik;

Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan
dalam kelas atau Program Pemulihan Khas.


4.2 KRITERIA PENILAI


Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya
selama enam bulan.


Contoh guru yang boleh menjadi penilai:
i) guru LINUS;
ii) guru kelas;
iii) guru Pemulihan Khas;
iv) guru Bahasa Malaysia;
v) guru Matematik.



4.3 PROSEDUR PELAKSANAAN

Saringan ini hendaklah dilaksanakan secara tidak formal tanpa dihadkan tempoh
masa.

Carta alir menunjukkan prosedur penilaian yang hendak dilaksanakan.








CARTA ALIRAN KERJA


Mula

1. Saringan kepada murid LINUS Tegar
menggunakan Instrumen Pengesanan Murid
Bermasalah Dalam Pembelajaran.
2. Guru membuat rumusan berasaskan skor yang
dibuat pada instrumen.
3. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program
Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, murid akan ke
proses
4. Guru memaklumkan keputusan kepada ibu bapa /
penjaga dengan mengemukakan surat rujukan
pengamal perubatan (Lampiran 7) dan instrument
yang telah dilengkapkan.
5. Murid dirujuk kepada pengamal perubatan oleh ibu
bapa / penjaga dengan membawa bersama instrumen
pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran.
6. Jika pengamal perubatan mengesahkan murid
tersebut bukan murid pendidikan khas, murid
dihantar ke Program Pemulihan Khas (3).

7. Jika murid disahkan sebagai murid berkeperluan
khas, murid ditempatkan di Program Pendidikan
Khas.

Tamat


5.0 PENTADBIRAN INSTRUMEN

Peralatan Yang diperlukan

Elemen Peralatan
Elemen 1 Tiada
Elemen 2 Carta snellen E, Penutup mata, Kad berbentuk E, Pita Ukur, Tatacara
pengendalian ujian penglihatan
Elemen 3 Teks bacaan (Lapiran 2), Binding tape, Contoh Aktiviti enyabung titik, pensel
warna, Contoh Aktiviti mewarna gambar, bola, Contoh gambar untuk aktiviti
bercerita berpandukan gambar (lampiran 5)
Elemen 4 Contoh Perkataan Mudah (Lampiran 6)
Elemen 5 Kad gambar/kiub atau benda-benda yang ada dalam simpanan guru/sekolah

5.1 BAHAGIAN A : MAKLUMAT MURID
Bahagian ini mengandungi item-item tentang maklumat murid dan perlu diisi oleh guru atau penilai.
5.2 BAHAGIAN B : SENARAI SEMAK (rujuk instrument muka surat 5)
Bahagian ini terdiri darupada lima elemen dan 52 item

Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran
Item Pernyataan Item Penjelasan
1 Murid tidah boleh
bertindakbalas terhadap bunyi
Murid tidak bertindak balas kepada bunyi yang
dibuat dalam jarak satu meter.
Contoh:
-guru mengetuk pintu tanpa dilihat oleh murid.
- murid berpaling apabila nama dipanggil.
2 Murid tidak boleh mengajuk
bunyi yang didengar.
Murid yang mempunyai masalah pendengaran
boleh membaca gerak bibir. Oleh itu, guru perlu
mengelakkan murid daripada melihat gerak bibir
semasa membuat bunyi. Murid mengajuk bunyi
yang dibuat oleh guru.
Contoh: bunyi ayam berkokok
3 Murid tidak boleh menunjuk
arah bunyi yang didengar.
Guru memberi soalan secara berbisik dari arah
belakang (kiri dan kanan) murid. Murid memberi
respon kepada soalan.
4
Elemen 2 :
Tanda-tanda
Masalah
Penglihatan
Murid merapatkan buku ke
muka ketika membaca.
Guru memerhati jarak di antara buku dan muka
murid ketika membaca. Jarak membaca yang ideal
adalah 33cm (1 kaki).
5 Bacaan Ujian Snellen Eye . i) Mata kiri 6/9 atau - rujuk lampiran
pelaksanaan Ujian Ketajaman
ii) Mata kanan 6/9 atau lebih.- rujuk
lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman
Penglihatan menggunakan Snellen-E.
6.
Tahap
Penguasaan
Kemahiran
Asas
Perkembangan
Individu
Murid mempunyai masalah
dalam bertutur.
Pertuturan murid tidak lancar ketika berbual /
berkomunikasi dengan rakan atau guru.
Contoh: lambat mengeluarkan perkataan /
tersekat-sekat seolah-olah sukar mencari
perkataan yang sesuai.
7 Murid tidak boleh
menjawab secara lisan
soalan kefahaman
daripada bahan yang
diperdengarkan dalam
bahasa yang difahami.
Berdasarkan penilaian guru,murid tidak boleh
menjawab secara lisan soalan kefahaman
daripada bahan yang diperdengarkan. Soalan
boleh diberi dalam Bahasa Malaysia / Bahasa
Inggeris / bahasa ibunda masing-masing. Contoh
teks adalah seperti di Lampiran 2.
8 Murid mengalami masalah
tingkah laku.
Murid didapati gemar melakukan perkara yang
negatif berulang-ulang seperti:
(i) Sering membuat bising yang mengganggu
(cth: mengetuk meja).
(ii) Mengoyak buku tanpa sebab.
(iii) Mengganggu kawan semasa belajar
(iv) Tidak melibatkan diri dalam pembelajaran
9 Murid mempunyai daya
tumpuan yang singkat.
Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam
sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu
aktiviti terlalu singkat)
10 Murid tidak boleh
mengimbangi diri apabila
berjalan di atas garisan
lurus.
Murid berjalan di atas garisan lurus (binding
tape) sepanjang 5 meter di atas lantai. Guru
memerhatikan cara murid itu berjalan untuk
melihat sama ada dia boleh mengimbangkan diri
dengan baik di atas binding tape.
11 Murid menghadapi
kesukaran menggunting
kertas.
Murid mempunyai masalah dalam penggunaan
gunting ketika menggunting kertas.
12 Murid tidak boleh
menyambung titik-titik.
Murid tidak boleh menyambung titik-titik dengan
baik. Contoh: murid tidak boleh menyambung
titiktitik
untuk melengkapkan gambar (Lampiran 3).
13 Murid memerlukan bantuan
ketika makan
Murid memerlukan bantuan orang lain ketika
makan tidak boleh makan dengan sendiri.
14 Murid tidak boleh bercerita
berpandukan gambar.
Murid tidak boleh bercerita menggunakan
perkataan sendiri berpandukan gambar yang
ditunjukkan. Murid boleh menggunakan bahasa
yang mereka fahami (Lampiran 4).
15 Murid keliru dengan
konsep arah.
Murid tidak dapat menentukan arah yang
dinyatakan.
16 Murid menghadapi
masalah dengan konsep
turutan.
Murid tidak boleh menyatakan salah satu konsep
turutan di bawah:
(i) Turutan nombor
(ii) Turutan abjad
(iii) Nama hari dalam seminggu
17 Murid sering gopoh semasa
bertindak.
Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri
semasa menjalankan sesuatu aktiviti.
18 Murid sering cuai semasa
bertindak.
Murid tidak dapat mengawal diri dalam
pergerakan (cemerkap).
Contoh:
(i) Bila berjalan kerap terlanggar sesuatu di
persekitiran.
(ii) Kerap menjatuhkan barang.
19 Murid tidak boleh
menyesuaikan diri dalam
pergaulan.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid tidak boleh
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sering
menjauhkan diri dari rakan dan suka bersendiri.
20 Murid tidak boleh
menyambut bola besar
dalam jarak satu meter.
Murid tidak boleh menyambut bola yang dibaling
oleh guru dalam jarak satu meter. Saiz bola
adalah sebesar saiz bola sepak.
21 Murid tidak boleh mewarna
dalam ruang yang
disediakan.
Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang
disediakan, sama ada bentuk atau gambar rajah
(Lampiran 5).

22 Murid tidak boleh
berinteraksi dengan
rakan-rakan mengenai
perkara-perkara semasa di
persekitaran.

Berdasarkan penilaian guru, murid tidak
berkeupayaan berkomunikasi dengan rakan
sebaya mengenai perkara-perkara semasa yang
berlaku di persekitaran mereka.
Contoh: bercerita tentang watak-watak di
televisyen dan buku cerita.
23 Murid mempunyai masalah
rendah diri

Murid malu untuk melakukan sesuatu kerana
menganggap dirinya tidak mampu menandingi
rakan atau merasakan dia tidak akan berjaya
melakukannya.

24 Murid tidak mempunyai
hubungan mata
(eye contact) ketika
berkomunikasi

Murid tidak memandang mata guru / rakan ketika
berkomunikasi.

25 Murid tidak boleh mengikut Murid tidak memberi tindak balas atas arahan
mudah
26 Murid tidak memberi tindak
balas atas arahan
Murid menghadapi masalah menamakan objek
di persekitaran bilik darjah. Contoh: papan tulis,
pembaris
27 Kebolehan lisan dalam
bahasa yang difahami
murid tidak setanding
dengan rakan sebaya.
Berdasarkan pemerhatian guru , murid
ketinggalan dalam berkomunikasi secara lisan jika
dibanding dengan rakan sebaya.
28 Murid menghadapi
kesukaran memakai kasut
dengan betul.
Melalui pemerhatian guru, murid sering memakai
kasut secara terbalik/ tidak boleh mengikat tali
kasut / memakai kasut di hujung tapak kaki sahaja.
29
Tahap
Penguasaan
mengeja,
membaca dan
menulis
Murid sukar mengeja
perkataan mudah
Contoh perkataan ialah nama sendiri, bola dan
ayam (Lampiran 6)
30 Murid sering mengeja
perkataan yang tiada
langsung kaitan makna
dengan perkataan asal
Sering mengeja perkataan yang tidak ada
langsung kaitan makna dengan perkataan asal.
Contoh perkataan:
batu --- buta
sama --- masa
31 Murid kerap melakukan
kesalahan
a. Menyusun abjad dalam
perkataan
b. Menggabungkan suku
kata secara terbalik
Contoh
Ibu --- ubi
Tisu --- tasu
Dapat --- padat
Kakak --- katak
32 Murid keliru membezakan
bunyi abjad yang hampir
sama dalam suku kata.
Pat dat
Kak tak
33 Murid ketinggalan dalam
kebolehan membaca
berbanding rakan sebaya.
Melalui pemerhatian atau maklumat dari guru
lain / ibu bapa, kebolehan membaca murid jauh
ketinggalan jika dibanding dengan rakan sebaya.
Rakan sebaya bermaksud murid-murid normal
yang sama umur.
34 Kesalahan yang kerap
dilakukan oleh murid
semasa membaca ialah
a. Mengugurkan perkataan
cth: saya makan nasi goring semalam =
gugur perkataan goring
b. Menambah perkataan pada bacaanya cth:
dia ada seekor kucing=dia ada seekor
kucing jantan
c. Menggantikan perkataan cth , saya perigi ke
tamang
35(menulis) Murid sukar menyalin
maklumat dari papan tulis.
Melalui pemerhatian guru, murid samada lambat,
salah atau langsung tidak boleh menyalin
maklumat yang ditulis di papan tulis

36 Tulisan murid sukar dibaca. Melalui semakan buku tulis murid, huruf /abjad
yang ditulis tidak jelas bentuknya, bercampur
huruf besar dan kecil, terlalu rapat di antara
satu perkataan dengan perkataan yang lain.
37 Murid menulis lambat
berbanding dengan rakan
sebaya.

Murid lambat menyiapkan kerja bertulis jika
dibanding dengan rakan-rakan lain di dalam
kelas. Rakan sebaya bermaksud rakan yang
normal yang sama umur.
38 Murid menulis secara
terbalik.

i. Abjad-abjad tertentu Contoh:



p q u n
m w b d
ii. Perkataan

Contoh:

tanam taman
batu buta
masa sama



Elemen 5: Tahap penguasaan nombor
Item Pernyataan Item Penjelasan
39 Murid tidak boleh
membezakan konsep
banyak dan sedikit.

Murid tidak boleh menunjukkan himpunan yang
banyak dan sedikit pada kad gambar / objek
sebenar yang ditunjukkan.

40 Murid tidak boleh
membezakan saiz.

Murid tidak boleh mengasingkan / membandingkan
benda mengikut saiz kecil dan besar / panjang dan
pendek.

41 Murid tidak boleh
mengenal angka 0 hingga
9.
Murid tidak boleh menyebut angka yang
ditunjukkan pada kad (secara rawak).

42 Murid tidak boleh
membilang angka dalam
lingkungan 10 secara
lisan.
Murid tidak boleh membilang satu-satu angka
dalam lingkungan 10 mengikut turutan.

43 Murid tidak boleh menulis
angka 0 hingga 9.

Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9 yang
disebut oleh guru secara rawak.



6.0 PEMARKAHAN

Borang pemarkahan disediakan pada Lampiran 1 dalam Instrumen Pengesanan Murid
Bermasalah Dalam Pembelajaran hendaklah dilengkapkan oleh guru / penilai mengikut
arahan yang diberikan.



Lampiran 1
UNTUK SOALAN 6

UJIAN PENGLIHATAN UNTUK SARINGAN MURID BERMASALAH
DALAM PEMBELAJARAN


PERALATAN BAGI UJIAN SNELLEN E



1. Tempat pemeriksaan yang mempunyai pencahayaan yang terang. Sekiranya pencahayaan dalam
bilik kurang baik, lakukan ujian di luar bilik darjah.
2. Pita pengukur
3. Carta Snellen E
4. Penutup mata/ occluder (elak menggunakan tangan untuk menutup mata)
5. Kad bentuk E


LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGLIHATAN


1. Tampal carta E pada dinding. Pastikan kedudukan Carta Snellen separas dengan mata murid.
2. Buat garisan di lantai pada jarak 6 meter dari Carta Snellen.

3. Murid berdiri pada garisan tersebut seperti ditunjukkan pada Gambar 1.

Gambar 1
5
4
3




4. Uji mata kanan dahulu,
5. Minta murid tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata dengan tangan
kiri.

Gambar 2

6. Minta murid memegang kad bentuk E di tangan kanan seperti contoh ditunjukkan dalam Gambar
2.
7. Guru memberi penerangan cara menggunakan kad E semasa ujian dilaksanakan. Murid perlu
memusing kad E mengikut bentuk E yang terdapat di Carta Snellen E.
8. Penilai berdiri di sebelah Carta Snellen E seperti pada Gambar 4.
9. Penilai mula menjalankan ujian penglihatan dengan meminta murid membaca carta pada barisan 9
(barisan dengan nombor 9 di Carta Snellen E). Terdapat 6 huruf E pada barisan 9. Arah murid
memusingkan kad E seperti yang ditunjukkan pada carta.

Gambar 4
Nota untuk guru:
Beri masa bagi murid.
Guru tidak boleh memberi tunjukajar arah kad E kepada murid semasa ujian
sedang dilaksanakan.
Jangan buat pembetulan sekiranya arah yang di tunjuk oleh murid salah.


10. Perhatikan tindakbalas murid. Murid perlu memusingkan kad E mengikut arah nombor E
yang yang ditunjukkan oleh guru atas Carta Snellen E.








7. Ulangi langkah bagi setiap huruf E yang terdapat di barisan 9.
8. Sekiranya murid tidak boleh mengecam lebih separuh huruf E di barisan 9 ( lebih dari 4),
berhenti ujian.
9. Ulangi setiap langkah bagi mata kiri.

KEPUTUSAN UJIAN
1. Sekiranya murid boleh mengecam sekurang-kurangnya 4 huruf E pada barisan 9, bacaan
adalah kurang 6/9.
2. Sekiranya murid gagal mengecam lebih 4 atau lebih huruf E pada barisan 9, bacaan adalah
lebih 6/9.
3. Keputusan ujian mesti dibuat untuk mata kiri dan kanan.
4. Rujuk murid untuk pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan ujian snellen E pada salah satu atau
kedua-dua mata melebihi 6/9.





CARTA ALIR UJIAN PENGLIHATAN




































Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Lampiran 2
Ya
Pastikan tempat pemeriksaan mempunyai pencahayaan yang terang
Pelajar berdiri pada jarak 6 meter dari carta Snellen
i. Uji mata kanan dahulu (tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad
penutup mata
ii. Ulangi langkah di atas pada mata kiri.
Lekat Carta Snellen E di dinding
Boleh baca lebih dari
4 /semua huruf E
pada barisan 9 meter
Tidak
Pelajar membaca arah nombor setiap huruf E pada barisan 9 meter
Bacaan lebih 6/9
Bacaan kurang 6/9
Rujuk klinik kesihatan
untuk pengesahan
Ukur jarak 6 meter dari carta snellen
CONTOH TEKS BACAAN BAGI SOALAN 7

Lina ada kucing.
Nama kucing Lina Tompok.
Tompok suka makan ikan.
Tompok tidur bawah meja.




Soalan :
1. Lina ada apa?
2. Apa nama kucing Lina?
3. Tompok suka makan apa?
4. Tompok tidur di mana?


Lampiran 3
CONTOH BAGI SOALAN 12





























Lampiran 4
CONTOH UNTUK SOALAN 14








Lampiran 5
CONTOH UNTUK SOALAN 21









Lampiran 6
CONTOH PERKATAAN MUDAH BAGI SOALAN 29
api
buku
bakul
cermin







Lampiran 7
CONTOH SURAT RUJUKAN MURID KEPADA PENGAMAL PERUBATAN
No.Rujukan:
Tarikh:
Kepada:
(Nama ibu bapa/penjaga)____
(Alamat)__________________

Tuan,

RUJUKAN MURID UNTUK PEMERIKSAAN LANJUTAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Berdasarkan skor daripada Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran, dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ______________________
No. MyKid/Sijil Lahir ___________________ dari kelas __________dicadangkan supaya
menjalani pemeriksaan lanjutan oleh Pengamal Perubatan.

3. Bersama ini dilampirkan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran yang telah dilengkapkan oleh guru untuk dibawa bersama semasa merujuk
kepada Pengamal Perubatan.

4. Kerjasama pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________
(NAMA GURU BESAR)
(COP JAWATAN DAN SEKOLAH)



INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN


BAHAGIAN A : MAKLUMAT MURID


Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.


1. Nama murid :





2. Jantina : 3. Etnik :

Lelaki
Perempuan


4.Adakah murid ini mempunyai masalah fizikal

Ya
Tidak
Jika Ya, nyatakan : ________________

5. Tarikh Lahir : _________________ 6. No. KP/Sijil Lahir: ________________

7. Tahun persekolahan semasa: 8. Murid mengikuti program :

Tahun

Nama Kelas
1
2
3
4
5
6

9. Kategori LINUS Tegar:

Literasi
Numerasi
Literasi dan Numerasi

10. Kedatangan ke sekolah :

Baik ( 90% ke atas)
Melayu
Cina
India
Bumiputra Sabah
Bumiputra Sarawak
Bumiputra Orang Asli
Lain-lain
YA TIDAK
Prasekolah/Tadika
LINUS
Pemulihan Khas
Memuaskan (70-89 %)
Sederhana (50-69%)
Lemah (0-49%)

11. Keputusan Ujian Akhir Tahun :

A B C D E
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Kemahiran Hidup
Pend. Islam/Moral
P.Jasmani & Kesihatan
Muzik


12. Pendapatan ibubapa/penjaga
Sebulan
>RM5000
RM4000 RM5000
RM3000 RM4000
RM2000 RM3000
RM1000 RM2000
<RM1000


13. Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa (tandakan / pada petak yang berkaitan):

Sijil
Diploma
Ijazah
Phd
Lain-lain:
Nyatakan


14. Sejarah Kesihatan Murid :

Penyakit Kronik Ada Tidak
Lelah
Asma
Masalah Jantung
Leukimia
15. Nama Sekolah :





16. Lokasi Sekolah : 17. Negeri : 18. Jenis Sekolah

Bandar Perlis SK
Luar Bandar Kedah SJKC
Pulau Pinang SJKT
Perak SKM
19. Daerah
______________
Selangor
WP Kuala
Lumpur

Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
Sabah
WP Labuan
WP Putrajaya

20. Kategori Tegar : 21. Gred Sekolah

Literasi A
Numerasi B
C


Nama Penilai :





Tarikh : Tanda Tangan Penilai :




BAHAGIAN B : SENARAI SEMAK DERIA

Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.


ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran
Ya Tidak

1. Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi

1

2. Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar

2

3. Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar

3


ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan

Ya Tidak

4. Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca

4

5. Bacaan Ujian Snellen E 5
i. Mata kiri 6/9 atau lebih

ii. Mata kanan 6/9 atau lebih

6


ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu

Ya Tidak

6. Murid mempunyai masalah dalam bertutur.

7

7. Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan
kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam
bahasa yang difahami.
8

8. Murid mengalami masalah tingkahlaku 9



9. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat

10

10. Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan di
atas garisan lurus.

11

11. Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas.

12

12. Murid tidak boleh menyambung titik-titik.

13

13. Murid memerlukan bantuan ketika makan.

14

14. Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar.

15

15. Murid keliru dengan konsep arah.

i. Kanan atau kiri


16





ii. ii. Atas atau bawah

17

iii. Depan atau belakang

18

16. Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan.

19

17. Murid sering gopoh semasa bertindak.

22

18. Murid sering cuai dalam pergerakan.

23

19. Murid sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan. 24


20. Murid sukar menyambut bola besar dalam jarak satu
meter.
25




21. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang
disediakan.
26

22. Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan
mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran.
27

23. Murid mempunyai masalah rendah diri.

28

24. Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact)
ketika berkomunikasi.
29


25. Murid sukar mengikut arahan mudah.

30

26. Murid bermasalah menamakan objek.

31

27. Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid
tidak setanding dengan rakan sebaya.
32

28. Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan
betul
33




Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis


A. Mengeja
Ya Tidak

29. Murid sukar mengeja perkataan mudah.

34

30. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung
kaitan makna dengan perkataan asal.
35



31. Murid kerap melakukan kesalahan;
i. Menyusun abjad dalam perkataan
36

ii. Menggabung suku kata secara terbalik

37

32. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir
sama dalam suku kata.
38


B. Membaca
Ya Tidak

33. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca
berbanding rakan sebaya.
39

34. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa
membaca ialah;


i. menggugurkan perkataan;

40

ii. menambah perkataan pada bacaannya

41

iii. melangkau baris

42

iv. menggantikan perkataan

43

C. Menulis
Ya Tidak

35. Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. 44



36. Tulisan murid sukar dibaca

45

37. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan
sebaya.

46



38.

Murid menulis secara terbalik;
i. abjad-abjad tertentu
47

ii. perkataan.

48


ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor

Ya Tidak

39. Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan
sedikit.

49

40. Murid tidak boleh membezakan saiz.

50

41. Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9.

51

42. Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10
secara lisan.
52

43. Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9.

53






















PEMARKAHAN
BAHAGIAN B

Lengkapkan skor mengikut Elemen dan buat rumusan di bahagian catatan.


HURAIAN
SKOR
(Jumlah
Ya)

CATATAN
( @ X)

ELEMEN 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran



Berkemungkinan
ada masalah
pendengaran

Ada masalah pendengaran sekiranya skor Ya sekurang-
kurangnya 1.

Jika ditanda pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Audiologis @ Klinik Kesihatan untuk
pemeriksaan lanjut.

ELEMEN 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan

Berkemungkinan
ada masalah
penglihatan

Ada masalah penglihatan sekiranya skor Ya sekurang-
kurangnya 1.
Lampiran 1
Jika ditanda pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.


ELEMEN 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas
perkembangan individu.

Berkemungkinan
mempunyai ciri
berkeperluan
khas

Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas
sekiranya skor Ya lebih daripada 21.
ELEMEN 4 : Tahap penguasaan mengeja, membaca
dan menulis

Berkemungkinan
mempunyai ciri
berkeperluan
khas

Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas
sekiranya skor Ya lebih daripada 6.
ELEMEN 5 : Tahap penguasaan nombor Berkemungkinan
mempunyai ciri
berkeperluan
khas

Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas
sekiranya skor Ya lebih daripada 2.
Jika semua /@ ketiga-tiga elemen 3,4 dan 5 ditanda , murid perlu dirujuk kepada Pengamal
Perubatan untuk pemeriksaan lanjut.
RUMUSAN (Diisi oleh Penilai)

Murid berkemungkinan:



i) tidak mempunyai ciri berkeperluan khas

ii) mempunyai ciri berkeperluan khas.




Tandatangan Penilai :


Nama :

Tarikh :



Disahkan oleh:


....
(GURU BESAR )



Cop sekolah :

You might also like