You are on page 1of 11

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2 BAHAGIAN C

PANDUAN

Bahagian C merupakan bahagian yang wajib dijawab dalam Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan.Bahagian ini mengandungi
petikan sama ada bahan prosa
(pantun, puisi dan sajak) atau bukan prosa (cerita, dialog, ucapan dan sebagainya). Biasanya petikan yang diberi sekitar 150
200 patah perkataan. Masa menjawab ialah 20 minit. Pelajar dikehendaki mencari nilai dalam petikan diberi dan mengulas nilai
yang diperoleh. Panjang ulasan antara 50 60 patah perkataan. Jawapan terbaik ialah jawapan yang dapat memberikan lima
nilai atau pengajaran yang betul berserta ulasan atau contoh yang tepat dan bersesuaian dengan petikan diberi.

3. Bentuk Soalan

a. Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
b. Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
c. Tulis lima nilai positif yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.

Nota Penting

Walau pun bentuk soalan berbeza namun kesemuanya menjurus kepada satu matlamat iaitunilai murni


4. Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran merujuk kepada apakah teknik yang akan digunakan bagi mengembangkan pelajarannya. Teknik
pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran yang jelas dan menarik dapat memudahkan pelajar memahami
pelajaran yang diajar. Oleh itu pengajaran perlulah diajar secara berperingkat-peringkat daripada senang kepada yang susah.
Untuk mengajar Bahagian C agar pelajar lebih mantap menjawab Bahagian C maka beberapa kaedah boleh digunakan.

4.1 Memperkenalkan Nilai-Nilai Murni

Di peringkat awal pengajaran guru perlu memperkenalkan dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat nilai murni utama yang diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang perlu diketahui oleh pelajar. Bagi memantapkan pelajar, guru perlu menerangkan nilai dan pecahannya dan
memberikan contoh dalam bentuk peristiwa bagi memudahkan murid memahami. Murid juga digalakkan memberikan contoh
sesuai dengan nilai diberi. Lihat contoh di bawah:





NILAI-NILAI MURNI

BERTANGGUNGJAWAB
PRIHATIN
BAIK HATI
BERDISIPLIN
KERAJINAN
BERTOLAK ANSUR
BERHATI-HATI
BERJIMAT CERMAT
TOLONG-MENOLONG
BERDIKARI
KERJASAMA
BERHEMAH TINGGI
KESEDERHANAAN
KASIH SAYANG
BERSYUKUR
KEADILAN
RASIONAL
KEBEBASAN
SEMANGAT BERMASYARAKAT
KEBERANIAN
HORMAT-MENGHORMATI
KEJUJURAN
PATRIOTISME
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL



4.2 Kaedah Simulasi


Simulasi merupakan satu situasi pembelajaran yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama seperti situasi yang
sebenar. Simulasi boleh dijalankan sama ada secara sosiodrama atau main peranan. Dalam sosiodrama biasanya skrip
telah disediakan manakala main peranan lebih kepada lakonan. Beberapa pelajar melakonkan (main peranan) satu situasi dan
minta murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam lakonan tersebut. Contohnya pelajar melakonkan situasi bersalam
dengan ibu bapa. Kemudian minta pelajar menyatakan nilai murni daripada perbuatan tersebut. Kaedah ini amat menarik
pelajar kerana di samping dapat menonjolkan bakat, pelajar juga dapat menjelmakan nilai murni yang terdapat daripada
lakonan tersebut.


4.3 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita juga boleh digunakan semasa mengajar Bahagian C ini. Cerita yang disampaikan boleh dilakukan
dalam berbagai cara. Antaranya;

i. Guru bercerita sebuah cerita pendek (10 minit). Selepas itu, minta pelajar berikan nilai murni atau pengajaran
yang terdapat dalam petikan. Kemudian minta pelajar mengulas nilai murni atau pengajaran berdasarkan cerita tersebut.
ii. Guru atau murid membaca petikan yang disediakan manakala murid mencatat nilai murni dan pengajaran yang
diperoleh.
iii. Guru mendengarkan rakaman cerita, drama, deklamasi puisi dan sebagainya. Murid diminta mencatat nilai murni
atau pengajaran yang diperoleh.


4.4 Menukar Nilai Negatif Kepada Positif

Dalam petikan diberi bagi Bahagian C ini tidak semuanya menjurus kepada nilai murni. Terdapat bahan diberi
mengandungi nilai negatif. Guru perlu menerangkan kepada murid tentang arahan soalan yang mahukan nilai positif atau
pengajaran yang diperoleh daripada petikan. Justeru itu, pelajar perlu dilatih menukar nilai negatif dalam petikan kepada nilai
positif dan membuat ulasan berdasarkan petikan. Contoh;


Nilai negatif


Nilai positif dan ulasan
Ah Meng suka bercakap bohong dengan ibunya. Kita mestilah bercakap benar dengan ibu kita.
Muttu sangat malas menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh
gurunya.
Kita hendaklah rajin menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Ali suka berlagak dan sombong kerana dia anak orang berada. Kita sepatutnya berhemah tinggi walaupun kita orang berada.

4.5 Pengunaan Alat Bantuan Mengajar

Penggunaan alat bantuan mengajar seperti gambar boleh digunakan bagi
mengajar Bahagian C ini. Gambar yang ditunjukkan juga dapat memberikan mesej kepada pelajar. Sehubungan dengan itu,
dalam proses pengajaran untuk memudahkan pelajar mencari nilai murni maka gambar boleh digunakan. Gambar yang
dtunjukkan atau diberikan boleh merupakan gambar tunggal atau gambar bersiri. Selain itu, gambar melalui surat akhbar,
majalah, kartun atau dengan melayari internet juga boleh digunakan. Di peringkat tahap 1, proses pengajaran begini akan
menarik minat pelajar.


4.6 Menjelmakan nilai

Satu lagi teknik yang perlu diajar kepada pelajar untuk menjawab Bahagian C ini ialah menjelmakan nilai baik yang
sedia ada dalam petikan. Pelajar tidak boleh mengambil nilai baik yang dinyatakan dalam petikan kerana jika pelajar berbuat
demikian maka pelajar tersebut dianggap menyalin semula petikan. Contohnya jika dalam petikan ada nilai diberi terima
kasih maka terima kasih tidak boleh dinyatakan dalam ulasan diberi. Nilai terima kasih perlu dijelmakan dengan
perkataan baru yang mempunyai nilai yang sama iaitu bersyukur atau menghargai. Di bawah diberikan beberapa contoh
nilai yang sinonim dengan nilai diberi.

terima kasih = menghargai = bersyukur
berhati-hati = berhemah = cermat
belas kasihan = simpati
berbudi bahasa = hemah tinggi
adil = saksama = hemah tinggi

5. Langkah Penting Menjawab bahagian C

5.1 Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi penting
penting dan kenal pasti nilai baik berdasarkan kehendak soalan

Pelajar mempunyai masa yang mencukupi. Bacaan pertama adalah
untuk memahami petikan. Bacaan kali kedua untuk mengenal pasti nilai
dan garisi ayat yang ada nilai murni dan tuliskan nilai di tepi petikan
Contoh:

Aku anak petani.Namaku Firdaus. Walau pun hidupku ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang.Hubungan kekeluargaan kami masih erat. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepada kami.
Walaupun kami hidup susah, ibu tidak pernah mengeluh.
Harapan ayah dan ibu ingin melihat aku berjaya. Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah. Di sekolah aku sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Di rumah pula,
aku menyediakan jadual waktuuntuk belajar.
Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan, badanku menjadi cergas. Justeru, aku akan
dapat belajar dengan selesa.
Aku bertekad mengubah nasib keluarga aku. Untuk itu aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi
model terbaik kepada adik-adikku. Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang mencapai kejayaan.


5.2 Gunakan kata ganti nama kita.

Petikan dibaca oleh pelajar dan pelajar yang dapat pengajaran
daripada petikan. Justeru itu gunakan kata ganti nama Kita semasa
membuat ulasan.

5.3 Gunakan frasa kita hendaklah, kita haruslah,

Pelajar boleh menggunakan rangkai kata tersebut bagi memberi
penekanan nilai atau pengajaran yang diulas. Antara rangkai kata yang
sesuai digunakan seperti berikut:

kita haruslah ...
kita hendaklah ...
kita sepatutnya ...
kita sewajarnya ...
kita mestilah ...
kita perlulah ...

Contoh ulasan : Kita sepatutnya rajin menyiapkan kerja sekolah yang
diberi oleh guru.

5.4 Berikan lima idea penting dalam satu perenggan

Pelajar hanya perlu mengambil lima nilai daripada petikan. Jika ada
lebih daripada lima nilai dalam petikan maka pelajar harus memilih lima
sahaja nilai dan ulas setiap nilai dalam satu perenggan sahaja. Jika pelajar
menulis lebih dari lima nilai maka hanya lima nilai awal sahaja yang
diambil kira. Pelajar yang membina ulasan dalam bentuk berpoin, frasa
atau lebih satu perenggan tidak akan cemerlang.
5.5 Mesti mengambil nilai atau pengajaran dan contoh daripada
petikan sahaja.

Pelajar perlu mengambil nilai, membuat ulasan (huraian) atau contoh
berdasarkan petikan diberi. Maksudnya ulasan tidak boleh di luar petikan.
Ulasan di luar petikan menyebabkan pelajar tidak akan mendapat markah
yang baik.

Contoh :


Rupa-rupanya budak itu telah kehilangan duit. Rosman telah memberikansebahagian wangnya kepada
budak itu.


Ulasan salah : Kita mestilah memberi bantuan kerana itu adalah
amalan yang mulia.

* salah kerana ulasan di luar petikan walaupun nilainya tepat.

Ulasan sepatutnya : Kita mestilah memberi bantuan kewangan
kepada orang yang memerlukan pertolongan.

* Betul kerana ulasan berdasarkan petikan .

Ulasan sepatutnya : Kita mestilah membantu orang lain seperti Rosli
yang memberikan sebahagian wang kepada
budak itu.

* Betul kerana ulasan mengambil contoh dalam petikan.



5.6 Jelmakan nilai yang terdapat dalam petikan

Petikan diberi biasanya mengandungi nilai yang tersirat (nilai tidak
dinyatakan secara terus) dan nilai tersurat (nilai yang dinyatakan terus
dalam petikan). Nilai yang tersirat ini memerlukan pelajar menjelmakan
nilai yang sesuai berdasarkan ayat diberi. Bagi nilai yang tersurat pelajar
perlu menjelmakan nilai baru yang sinonim dengan nilai yang tersurat itu.

5.6.1 Contoh petikan yang mengandungi nilai yang tersirat:

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk
kumpulannya.

* Nilai yang tersirat ialah rajin.

5.6.2 Contoh petikan yang mengandungi nilai yang tersurat:

Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima
kasih kepada Sang Semut.

* Dalam petikan telah terdapat nilai tersurat (sedia ada) iaitu terima kasih.




5.6.3 Menjelmakan nilai yang tersurat

Kita perlu menjelmakan nilai yang tersurat dengan nilai baru yang
sinonim dengan nilai tersebut. Jika tidak kita seolah-olah menyalin
semula nilai dalam petikan dan kemungkinan besar nilai yang disalin
semula itu tidak memberikan markah.

Contoh:

Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima
kasih kepada Sang Semut

Nilai tersurat terima kasih gantikan dengan menghargai atau
bersyukur.



5.7 Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan ayat

Penanda Wacana digunakan bagi menghubungkan ayat dengan ayat
yang lain agar lebih menarik. Untuk itu pelajar boleh menggunakan penanda
wacana dalam Fomula ASSDA bagi menjawab soalan bahagian C. Antara
penanda wacana yang sesuai digunakan ialah di samping itu, seterusnya,
selain itu dan akhirnya.

5.8 Garisi nilai yang ditulis dalam jawapan

Garisi nilai yang ditulis bagi memberi penekanan tentang nilai yang
dinyatakan. Selain itu ia memudahkan pemeriksa mengenal pasti nilai yang
disampaikan.


6. Fomula mudah menjawab

Bagi memudahkan pelajar menjawab bahagian C ini , satu fomula direka yang dikenali ASSDAseperti dinyatakan:


i. Antara nilai murni/pengajaran. A
ii. Seterusnya.. S
iii. Selain itu S
iv. Di samping itu. D
v. Akhirnya . A


Fomula ini memudahkan pelajar mengingat dengan menyediakan penanda wacana yang sesuai. Pelajar cuma
memasukkan nilai dan membuat ulasan dalam lima ayat sahaja. Ini dapat membantu pelajar daripada membuat ulasan yang
panjang. Untuk memudahkan lagi, terutama pelajar-pelajar lemah dan sederhana, masukkan frasa kita mestilah, kita
sepatutnya, kita perlulah selepas penanda wacana seperti contoh disediakan:

Antara nilai murni / pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah
.........................................
. Seterusnya, kita perlulah............................
................................................................................Selain itu, kita
mestilah.........................................................
Di samping itu, kita sewajarnya .............................................
.....................................Akhirnya,kita .............................

7. Kesilapan Semasa Menjawab

7.1 Menyalin petikan

Jangan menyalin petikan. Anda dianggap tidak menjawab tugasan dan
markah akan berada pada tahap Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

7.2 Meringkaskan petikan

Ada pelajar yang mengambil sebahagian ayat atau mengambil beberapa
ayat dalam petikan dan menyambungnya seolah-olah tidak menyalin
petikan. Ini juga tidak menepati tugasan dan berada pada pemarkahan
Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

7.3 Menyenarai nilai dalam bentuk poin atau frasa

Pelajar cuba ambil cara mudah dengan hanya menyenarai nilai dalam
bentuk poin atau frasa seperti contoh di bawah:

1. baik hati
2. berkerjasama
- mesti bertanggungjawab
* Perlu berhati-hati

Pelajar yang berbuat sedemikian dianggap juga tidak menepati tugasan dan
berada pada pemarkahan Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

7.4 Ada nilai diberi tanpa huraian

Pelajar yang memberi nilai sahaja tanpa huraian pemarkahannya
berada pada aras memuaskan.
Contoh:
Selain itu kita mestilah rajin. Kita juga perlu
bertanggungjawab.

7.5 Ambil nilai dalam petikan tetapi huraian luar petikan

Ada pelajar yang dapat memberi nilai dengan tepat berdasarkan
petikan tetapi ulasan nilai di luar petikan. Pelajar yang berbuat sedemikian
tidak boleh cemerlang dan hanya berada pada pemarkahan Aras
Memuaskan. Cuba lihat contoh di bawah yang mana ulasan di luar petikan.

Ali membuat latihan bahasa Melayu yang diberikan oleh gurunya.

Ulasan salah : Kita perlulah rajin kerana itu sikap yang
baik. (Ulasan di luar petikan)
Ulasan tepat : Kita perlulah rajin membuat kerja sekolah
yang diberikan oleh guru.



7.6 Tidak menjelmakan nilai.

Pelajar tidak dapat menjelmakan nilai. Pelajar biasanya mengambil
semula nilai yang telah ada dalam petikan. Sepatutnya pelajar perlu
menjelmakan nilai dengan memberi sinonim nilai yang terdapat dalam
petikan. Perhatikan contoh di bawah :


Ali mengucapkan terima kasih kepada Abu yang membantunya mengangkat mejanya.



Salah : Kita perlulah mengucapkan terima kasih kepada
rakan yang membantu kita.

Betul : Kita perlulah menghargai bantuan yang diberikan
oleh orang lain kepada kita.

7.7 Mengulang nilai atau idea

Pelajar tidak perlu mengulang idea yang sama walau pun dalam
petikan mengandungi nilai yang sama bagi aktiviti berbeza.
Pengulangan nilai atau idea yang sama tidak memberi apa-apa markah.
Oleh itu, pastikan hanya lima idea yang berlainan sahaja diulas.






8. Bentuk Ulasan Bahagian C

8.1 Bentuk Ulasan

Terdapat dua cara yang tepat untuk menjawab soalan Bahagian C ini
menggunakan fomula ASSDA seperti yang telah dijelaskan pada para 5 .
Dua cara tersebut ialah:

i. Memberi nilai dan membuat ulasan berdasarkan petikan.
Contoh:

Farid baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur menolong ibunya menghidang makanan tengah
hari.

Nilai : membantu

Ulasan : Kita mestilah membantu ibu menghidangkan makanan
di dapur bagi meringankan kerja ibu.

ii. Memberi nilai dan mengambil contoh yang terdapat dalam petikan.
Contoh:

Farid baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur menolong ibunya menghidang makanan tengah
hari.

Nilai : membantu

Ulasan : Kita mestilah membantu ibu seperti Farid yang menolong
ibunya menghidang makanan tengah hari.

* Pelajar boleh memilih salah satu cara menjawab mengikut kesesuaian.
Di bawah ini diberikan sepenuhnya contoh menjawab bahagian C
menggunakan kedua-dua cara yang telah diberikan.

9. Contoh Membuat Ulasan Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk
kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut
dihanyutkan air dan hampir lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut
berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang
Semut segera mengiggit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk
menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
UPSR 2009



Nilai yang diperoleh dalam petikan

- rajin - bertindak pantas / bijak
- bersungguh-sungguh - membalas / mengenang budi
- tekun / berusaha / berdisiplin - berhemah / menghargai
- berhati-hati - setiakawan / hubungan baik
- membantu / menolong / baik hati - berani / rasional
- prihatin / belas kasihan


Contoh Ulasan Bentuk 1 (Ulasan Berkaitan Petikan)

Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin mencari rezeki untuk keluarga kita. Seterusnya kita
perlulah tekun berusaha apabila menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu, kita sepatutnya menolong orang lain yang
memerlukan pertolongan. Di samping itu, kita perlulahbertindak pantas untuk menyelamatkan diri daripada bahaya.
Akhirnya, kita haruslahmenghargai pertolongan orang lain dengan mengucapkan terima kasih.


Contoh Ulasan Bentuk 2 (Ulasan Mengambil Contoh Dalam Petikan)

Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin membuat kerja seperti Sang Semut menjalankan tugas yang
diberikan. Seterusnya kita perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam sungai seperti Sang Semut. Selain itu, kita
perlu tolong menolong seperti Sang Merbuk yang menjatuhkan daun untuk Sang Semut berpaut. Di samping itu,
haruslah membalas budiseperti Sang Semut membantu Sang Merbuk daripada ditembak pemburu. Akhirnya,
kitamenghargai pertolongan orang lain seperti Sang Merbuk yang mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

You might also like