You are on page 1of 4

Rukun Negara

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama, nilai hidup, kebudayaan, ekonomi dan norma-norma kehidupan yang berbeza.
Disebabkan oleh perbezaan inilah usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia menjadi
rumit. Ini ditambah lagi dengan perbezaan taraf ekonomi yang dimonopoli oleh kaum dan
kawasan tertentu sahaja. Ini mewujudkan jurang yang ketara dalam soal sosial, kebudayaan
dan ekonomi di kalangan kaum. Pada 13 Mei 1969 tercetusnya rusuhan perkauman yang
dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Kerajaan telah mengesyorkan supaya Yang di-Pertuan
Agong mengistiharkan keadaan Darurat seterusnya menggantungkan persidangan Parlimen,
Dewan Negeri dan Pilihan Raya di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN)telah dibentuk di samping dua organisasi baru iaitu Majlis Perunding
Negara dan Jabatan Perpaduan Negara. Dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat, negara
memerlukan satu ideologi dan is dikenali sebagai Rukun Negara.
Definisi Rukun Negara
Semasa berucapdi Maktab Perguruan Lembah Pantai pada hari Sabtu 2 Ogos 1969, Tan Sri
Ghazali Shafie berkata:
Pemimpin kita hendaklah memahami landasan kebumiputeraan dan serentak itu juga,
hendaklah mengakui serta mematuhi norma dan nilai yang dijunjung tinggi oleh umum iaitu
Ideologi Negara atau Rukun Negara.
Ketika berucap melalui Radio Malaysia pada 17 Julai 1969, beliau menyebut:
Adalah satu daripada tugas utama Jabatan Perpaduan Rakyat (Negara) ini untuk
membantu Tun Abdul Razak secara sistematik dengan membentuk Rukun Negara
berdasarkan Perlembagaan Malaysia yang terang-terang mencerminkan cara hidup
Malaysia.
Daripada dua teks ucapan di atas, dapat disimpulkan bahawa Rukun Negara
didefinisikan sebagai cara hidup Malaysia yakni suatu berdamping dan berganding bahu,
bersemangat timbang rasa dan yang memberi kemakmuran saksama kepada rakyat.

Pengisytiharan Rukun Negara
Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan ialah untuk membantu kerajaan menggerakkan dan
menbimbing rakyat ke arah perpaduan negara. Jabatan ini diketuai oleh Tan Sri Ghazali
Shafie, Setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, salah seorang ahli Majlis
Gerakan Negara. Jabatan ini telah mencadangkan suatu ideologi negara yang kemudiannya
dibahaskan di Majlis Perundingan Negara. Seterusnya draf tersebut diluluskan oleh Majlis
Gerakan Negara. Draf ini bertujuan untuk memberi panduan kepada rakyat Malaysia dalam
usaha untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang rakyatnya bersatu teguh. Ideologi
negara, Rukun Negara telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1981.
Kepentingan Rukun Negara kepada Rakyat dan Negara
Rukun Negara penting kerana:
1. Ia asas perpaduan rakyat (perpaduan nasional) untuk memulihkan semula hubungan
antara semua kaum dan rakyat Malaysia agar terjamin kekal selama-selamanya
selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
2. Ia adalah ideologi negara yang melambangkan cara hidup rakyat Malaysia.
3. Ia adalah landasan yang menentukan bagaimana rakyat dapat berhubung antara
satu sama lain. Berhubung dengan negara dalam usaha mencari persamaan dan
perseimbangan yang menjadi idaman dan hasrat rakyat yang berbilang kaum.
4. Ia adalah satu lambang yang menyuarakan bentuk rupa masyarakat dan bentuk rupa
bangsa yang dikehendaki dan diingini oleh rakyat.
Secara keseluruhannya, Rukun Negara penting kepada rakyat dan negara kerana ia adalah
manifestasi kepercayaan, keazaman dan hasrat rakyat untuk bertindak mencapai matlamat
yang diidamkan, rancangkan bersama dan tenaga pengikat yang akan menyatupadukan
rakyat Malaysia.

Matlamat Rukun Negara
Matlamat Rukun Negara ialah seperti di bawah:
bahawa Malaysia harus berusaha: untuk hidup lebih demokrasi; mewujudkan masyarakat
yang adil, kekayaan negara dinikmati sama rata; memastikan bahawa pendekatan kepada
kebudayaan tradisi yang kaya dan beraneka jenis iitu dilakukan secara liberal; membina
sebuah masyarakat yang progresif dengan menitikberatkan sains san teknologi.
Usaha untuk mencapai matlamat ini hendaklah berpandukan kepada lima prinsip
yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembangan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram. Tindakan cuba membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama dan kepercayaan adalah dilarang.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Malaysia ialah sebuah negara pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan negeri adalah lambang perpaduan rakyat dan negara. Menumpukan
sepenuh taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan bersikap jujur dan taat sebagai
warganegara Persekutuan. Kesetiaan kepada raja dan negara akan menyatupadukan rakyat
daripada pelbagai kaum menjadi satu bangsa yang bersatupadu.
Keluhuran Perlembagaan
Kewarganegaraan member faedah kepada seorang itu taraf keanggotaan sebuah negara.
Perlembagaan memberi kepada seseorang warganegara hak, keistimewaan tanggungjawab,
kewajipan terhadap bangsa dan negara. Tiap-tiap warganegara wajib menghormati
kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan yang berkaitan dengan kedudukan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja, kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain. Hak yang
adil bagi kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan. Adalah menjadi
tanggungjawab seseorang warganegara untuk mempertahankan negara dan menjunjung
Perlembagaan.
Kedaulatan Undang-undang
Keadilan adalah berasaskan kedaulatan undang-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi
undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Ini termasuklah
kebebasan seseorang, perlindungan yang sama di sisi undang-undang, kebebasab
beragama,kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negara.
Perlembagaan memberi kebebasan bercakap kepada rakyat; berhimpun dan menubuhkan
persatuan. Hak kebebasan yang dinikmati berasaskan undang-undang. Kedaulatan undang-
undang terjamin dengan adanya badan kehakiman yang bebas serta berkuasa untuk
memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi
Perlembagaan dan undang-undang.
Kesopanan dan Kesusilaan
Setiap orang dan golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing tanpa melanggar
tatasusila. Adalah dilarang sebarang perbuatan yang angkuh, menyentuh perangai dan
menyinggung perasaan sesuatu golongan yang lain. Seseorang warganegara tidak booleh
menyoal kesetiaan seseorang warganegara yang lain dengan alas an bahawa ia berasal
daripada keturunan tertentu.

Penutup
Rukun Negara telah diperkukuhkan lagi perlaksanaannya dengan pindaan Akta Hasutan
untuk mencapai matlamatnya kea rah perpaduan nasional. Dasar Ekonomi Baru telah
dilancarkan oleh kerajaan berdasarkan dua matlamat penting. Pertamanya ialah
meembasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua ialah menyusun semula masyarakat.
Matlamat yang tersilat di sebaliknya ialah untuk mencapai Perpaduan Nasional. Pendidikan
merupakan alat utama untuk menyusun semula masyarakat di samping bahasa Malaysia
menjadi bahasa pengantar yang utama di institute pendidikan negara. Kebudayaan
Kebangsaan telah diperkenalkan agar setiap masyarakat dapat memahami setiap
kebudayaan yang dianuti oleh setiap kaum. Tindakan kerajaan adalah selaras dengan prinsip
Rukun Negara ke arah Perpaduan Nasional.
Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia agar perpaduan yang telah wujud
dapat dipertahankan. Semoga Rukun Negara kekal sebagai lambang Perpaduan Nasional dan
Peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang kembali.

You might also like