You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG





NAMA : LEONG SHU MIN
NO. INDEKS : 2011302310036
NO. IC : 930313-10-5278
KUMPULAN : 1 PISMP SN 2
NAMA PENSYARAH : ENCIK AZMI BIN ABDUL HAMID
TARIKH SERAHAN : 12 APRIL 2013


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDU 3102
Pengenalan

Ramai tokoh telah mengemukakan teori-teori mereka terhadap
perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak sejak masa lalu. Mereka
percaya bahawa perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak mempunyai
peringkat-peringkat tertentu. Teori-teori yang mereka kemukakan itu telah
banyak memberi sumbangan kepada generasi yang seterusnya. Para
pendidik juga boleh mengikut teori-teori tersebut untuk merangka sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai untuk mencapai hasil P&P
yang berkesan.
Tokoh-tokoh perkembangan kognitif kanak-kanak termasuklah Jean
Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygosksy dan sebagainya. Antaranya, Jean
Piaget telah digelar sebagai Bapa Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.
Beliaulah yang mencadangkan empat peringkat kognitif kanak-kanak, iaitu
sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Beliau juga
mencadangkan teori pembelajaran kognitif yang merangkumi skema,
adaptasi, asimilasi dan akomodasi.
Manakala tokoh-tokoh perkembangan fizikal pula termasuklah Arnold
Gesell dan Robert Havighurst. Gesell telah merumuskan bahawa baka dan
persekitaran adalah faktor yang penting dalam menentukan perkembangan
kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak ini adalah unik dan berbeza
antara satu sama lain. Robert Havighurst pula terkenal dengan
mengemukakan teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan
sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya.
Dalam tugasan ini, saya telah menemu 2 orang murid yang berlainan
tahap, di mana seorang berumur 7 tahun dan seorang lagi berumur 11 tahun
semasa saya mengadakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya.
Saya telah memerhati perkembangan mereka dari segi kognitif dan fizikal.
Seterusnya, saya cuba mengaitkan perkembangan tersebut dengan teori-teori
yang telah dikemukakan. Semua situasi yang diperhati telah selaras dengan
teori-teori yang telah dikemukakan.
Objektif

Tugasan ini dijalankan bertujuan untuk membolehkan para guru pelatih
mengenalpasti dengan teori-teori perkembangan kanak-kanak serta kaitannya
dengan pendidikan. Kerja kursus ini juga boleh mengaitkan fahaman guru
pelatih terhadap perkembangan kanak-kanak dan seterusnya membantu
mereka dalam meningkatkan pembelajaran.
Selain itu, tugasan ini dilaksanakan turut bertujuan untuk
membolehkan para guru pelatih dalam mengaplikasikan teori dan proses
pembelajaran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam
bilik darjah. Bukan itu sahaja, kerja kursus ini juga mempunyai objektif untuk
membolehkan para guru pelatih mengaitkan situasi yang mereka dapati atas
murid-murid dengan teori-teori yang telah diperkenalkan.


Penghargaan

Selama sebulan saya berusaha, akhirnya kerja kursus ini telah dapat
saya siapkan. Saya telah menghadapi kerumitan dalam proses penyiapan
kerja kursus ini. Namun, saya berasa amat syukur dengan adanya bantuan
dan pertolongan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak secara langsung atau
tidak langsung.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah Perkembangan Kanak-Kank saya, Encik Azmi bin Abdul Hamid
yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang
kerja kursus ini dijalankan. Beliaulah yang membantu saya meyelesaikan
masalah yang saya hadapi.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas saya. Mereka telah banyak berkongsi maklumat yang
berkenaan dengan kerja kursus dengan saya. Mereka juga membantu saya
dalam tugasan tersebut semasa saya menghadapi kesusahan.
Saya turut berasa syukur dengan adanya galakkan dan sokongan
moral daripada ibu bapa walaupun saya berjauhan dengan mereka. Dengan
adanya bantuan dan galakkan tersebut, saya sentiasa bersemangat untuk
melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.


Refleksi
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah Perkembangan Kanak-Kanak saya, iaitu Azmi bin Abdul Hamid
yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Penghargaan
yang setinggi-tingginya juga ingin saya tujukan kepada rakan-rakan yang rela
berkongsi maklumat yang berkenaan dengan tugasan tersebut dengan saya,
termasuklah ahli keluarga saya yang telah memberi sokongan moral kepada
saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya dalam penyiapan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
Dalam tugasan ini, saya dapat mendedahkan diri kepada teori-teori
yang berbagai-bagai yang berkaitan dengan perkembangan kognitif dan
fizikal kanak-kanak dengan lebih mendalam. Banyak tokoh seperti Jean
Piaget, Jerome Bruner, Robert Havighurst, Arnold Gesell dan sebagainya
telah mengemukakan teori mereka berdasarkan perkembangan kanak-kanak.
Teori-teori tersebut amat berguna dalam bidang pendidikan, terutamanya
kepada mereka yang menjadi pendidik. Pendidik tersebut boleh menghadapi
masalah yang timbul berdasarkan teori-teori ini dan mencari jalan
penyelesaian yang sesuai.
Selain itu, melalui tugasan ini, saya juga telah mengetahui tentang
implikasi-implikasi perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak terhadap
sesi P&P. Murid pada tahap yang berbeza memerlukan pendekatan
pengajaran yang berlainan. Ini adalah bagi memastikan mereka dapat
menyerap apa yang mereka pelajari dengan lebih berkesan. Sekiranya
terdapat apa-apa masalah dalam sesi P&P, guru juga boleh mencari
penyelesaian dengan segera. Di samping itu, ini juga memastikan agar murid-
murid dapat hidup dengan sihat dan otot-otot dapat berkembang secara
optimum dan sempurna.
Tugasan ini juga memerlukan kami untuk memilih 2 orang murid bagi
memerhati perkembangan kognitf dan fizikal mereka semasa PBS. Di sini,
saya mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan murid-murid. Intonasi
hendaklah lembut agar mereka tidak menakutkan mereka. Saya turut tahu
cara untuk menemu bual kerana saya perlu megemukakan soalan kepada
mereka dan mengadakan aktiviti dengan mereka.
Bukan itu sahaja, saya juga menyedari bertapa pentingnya semangat
saling menolong dalam tugasan ini walaupun tugasan ini adalah tugasan
individu. Semasa saya tidak memahami dengan kehendak soalan, saya akan
merujuk kepada rakan-rakan saya. Saya turut akan mencuba sedaya upaya
untuk membantu rakan saya jika mereka menghadapi kesusahan dalam
tugasan tersebut.
Kekuatan saya dalam tugasan ini adalah saya dapat mengaitkan
situasi kognitif dan fizikal murid-murid yang saya pilih dengan teori-teori yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh. Di samping itu, saya dapat bergaul dengan
murid-murid dengan mesra di mana semua aktiviti itu dijalankan dengan
lancar. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mencari informasi yang berkaitan
dengan tugasan saya daripada pelbagai sumber.
Namun, terdapat juga kelemahan semasa saya menjalankan tugasan
ini. Kerja kursus ini diberi semasa waktu puncak tugasan. Saya mengalami
masalah kesuntukan masa. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya
telah membuat satu jadual waktu bagi mengaturkan masa saya. Tambahan
pula, saya telah mendapati sedikit masalah dalam pemahaman teori-teori
yang dikemukakan oleh Robert Havighurst. Saya menyelesaikan masalah
tersebut dengan menanya kepada rakan-rakan. Akhirnya, saya telah jelas
dengan apa yang dicadangkannya.
Akhir sekali, saya berasa besar hati kerana dapat menyempurnakan
tugasan tersebut dan dihantar pada tepat masa. Selain itu, saya juga telah
memperolehi banyak pengetahuan apabila membuat tugasan ini dan saya
percaya informasi yang saya dapat ini akan membantu saya bagi kegunaan
pada masa depan nanti.

You might also like