You are on page 1of 28

PENTAKSIRAN

Berasal daripada perkataan Greek Assidere


yang
bermaksud Duduk di sisi.
Definisi pentaksiran: Perihal menaksir
Definisi taksir: kira, hitung, nilaian
Pentaksiran dalam bidang pendidikan:
Prosedur formal yang melibatkan pengumpulan,
pentaksiran dan penggunaan maklumat untuk
menentukan status pelajar dan membolehkan
guru membuat keputusan keupayaan seseorang
pelajar.

Merupakan satu proses pengumpulan
maklumattentang perkembangan dan kemajuan
murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Tujuan: mengenal pasti kecerdasan dan potensi
murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan mereka.

Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil
tindakan susulan yang berkesan dan membantu guru
mengembangkan potensi murid ke tahap optimum
dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Guru boleh mereka bentuk pentaksiran bilik
darjah yang boleh diklasifikasikan kepada:

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning)
pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment
as learning)
pentaksiran kepada pembelajaran (assessment
of learning)


1. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (assessment as
learning)

Ini adalah proses membentuk dan menyokong
metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran sebagai
pembelajaran memberi tumpuan atau memberi
fokus terhadap peranan murid sebagai penghubung
yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran.
Apabila murid bersifat aktif, terikat dengan
pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang
kritikal biasanya mereka memahami dan berupaya
mengesan informasi dan maklumat,
menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada
pengetahuan berkaitan dan menggunakannya untuk
tujuan pembelajaran.


2. Pentaksiran Untuk Pembelajaran (assessment for
learning)
Ini adalah untuk membolehkan guru mendapatkan
informasi bagi tujuan memodifikasikan dan
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah
kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal pasti
corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid
dalam pembelajaran mereka. Ia memerlukan
rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi
hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja
apa yang diketahui oleh murid tetapi turut mendapat
pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada
murid sudah boleh mengaplikasi apa yang mereka
tahu atau pelajari dalam pembelajaran mereka.


3. Pentaksiran Kepada Pembelajaran (assessment
of learning)

Ini adalah berbentuk sumatif secara semulajadi
dan digunakan untuk memastikan apa yang
diketahui dan apa yang murid boleh lakukan,
mendemostrasikan sama ada mereka berjaya
mendapatkan atau memahami kehendak hasilan
kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan
bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan
dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Guru
memberi tumpuan dan penekanan dalam
memastikan mereka telah menjalankan dan
menggunakan pentaksiran bagi tujuan
memberikan dan membekalkan kenyataan yang
tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid.


Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)

Dilaksanakan melalui penggabungan hasil
pentaksiran berasaskan sekolah (pentaksiran sekolah)
dengan pentaksiran dan peperiksaan pusat.
Pengenalan secara meluas penggunaan ujian
psikometrik dalam pengumpulan data dan maklumat
tentang perkembangan dan pertumbuhan murid.
Merangkumi aspek penglibatan murid dalam
kegiatan kokurikulum dan aspek lain berkaitan
domain keinsanan dan sahsiah murid.
Konsep PADI
Akronim Profile, Achievement, Development
dan Involvement.
Dimensi pertama:
- membentuk profil psikometrik murid - merangkumi
data berkenaan kecenderungan, sikap dan minat
murid.
Dimensi kedua:
- menyentuh aspek Achievement (pencapaian) dan
Development (perkembangan) murid.
Dimensi ketiga:
- penegasan kepada aspek Involvement (penglibatan)
murid melalui aktiviti jasmani dan kokurikulum.
SPPK mencadangkan 5 bentuk pentaksiran untuk
melaksanakan konsep PADI:

a. Pentaksiran sekolah
b. Pentaksiran pusat
c. Peperiksaan pusat
d. Pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum
e. Ujian psikometrik

1. Pentaksiran sekolah

Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang
dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan
oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu
bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah boleh
dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif
yang dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir
tahun.

2. Pentaksiran Pusat
Pentaksiran pusat merupakan suatu pentaksiran yang
mempunyai piawai (standard prestasi), panduan dan
peraturan, instrumen pentaksiran dan kaedah
menganalisis data yang disediakan oleh agensi pusat
(LPM). Pihak sekolah bertanggungjawab mentadbir,
memeriksa respons murid dan menyediakan
pelaporan. Pentaksiran ini dilaksanakan secara
pentaksiran sumatif berdasarkan jadual yang
ditetapkan oleh LPM. Markah yang diperolehi akan
dihantar ke LPM untuk dianalisis dan dimederatkan
sebelum ianya dihantar semula ke sekolah untuk
pelaporan penguasaan sekolah.

3.Peperiksaan Pusat

Konsep pelaksanaan peperiksaan seperti sistem
sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh
LPM masih dikekalkan. Perkara yang ditaksirkan
adalah berkaitan dan memnuhi sukatan
pelajaran yang ditetapkan. Prestasi murid dalam
peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil
yang dianugerahkan oleh LPM dengan
mengambilkira prestasi murid dalam
pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan
kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum
adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai
prestasi, penglibatan dan penyertaan murid
dalam pelbagai aktivit jasmani. Kokurikulum dan
extra-curriculum. Instrumen dan panduan
pentaksiran akan disediakan oleh LPM bersama
organisasi yang berkenaan dengan bidang
kepakaran mereka.

5. Ujian Psikometrik

Ujian psikometrik digunakan untuk mentaksir
trait psikologi murid yang berhubungan dengan
pembelajaran mereka. Instrumen ujian
psikometrik, cara menganalisis dan mentafsir
data akan dibina oleh LPM dan pentadbirannya
dilaksanakan oleh sama ada LPM atau sekolah.

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Merupakan satu proses pengumpulan maklumat
tentang perkembangan dan kemajuan murid
dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Penilaian
- tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan
- sebahagian daripada proses p&p
- dijalankan secara berterusan
- kekuatan dan kelemahan murid dapat dikenal
pasti

3 kaedah penilaian dan pentaksiran yang
biasa dijalankan di sekolah:

a. pemerhatian :
-melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja
amali, lukisan dan sebagainya.
b. lisan
-bersoal jawab, kuiz perbincangan, bercerita dan
sebagainya.
c. kerja bertulis :
-laporan projek, karangan, peta dan sebagainya.

Ketika mereka bentuk pentaksiran, terdapat
dua proses pelaksanaan pentaksiran yang
perlu dipertimbangkan oleh guru.Peringkat
tersebut adalah peringkat merancang dan
membina instrumen.


PERINGKAT
PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN
1. merancang
2. membina
instrumen


Peringkat sebelum sesuatu pentaksiran
dilaksanakan. Ini memerlukan guru merancang
perkara-perkara berikut:
Mengenal pasti murid yang hendak dinilaii
Menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai
Menentukan instrumen yang hendak digunakan
Menentukan aspek yang hendak diperhatikan
Menentukan tempoh masa pemerhatian
Menentukan bila hendak menjalankan penilaian
dan pentaksiran


1. Merancang


Semasa membina instrument, guru hendaklah
pastikan bahawa instrumen tersebut perlulah
mempunyai ciri-ciri berikut :
Tujuan yang jelas
Menepati apa yang hendak dinilai
Item boleh diukur
Setiap item hanya mengukur satu kemahiran
sahaja


2. Membina Instrumen

Setelah membuat pentaksiran terhadap
murid-murid, guru perlulah merekod apa-apa
yang telah perhatikan. Merekod adalah
aktiviti mencatat maklumat secara sistematik
berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Contoh
rekod yang boleh digunakan ialah seperti
yang berikut:
Senarai Semak
Skala Kadar
Rekod Anekdot
Rekod Berterusan
Senarai semak

Satu senarai perkembangan atau tingkahlaku
disusun mengikut urutan perkembangan atau
logik. Pemerhati akan menandakan tingkah
laku yangdapat diperhatikan pada senarai
semak.




Skala kadar
Merekod kadar seseorang kanak-kanak itu
melakukan sesuatu tingkah laku. Sesuai
untuk mengkaji kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku yang sama pada
masa yang sama

Rekod anekdot
Rekod anekdot adalah rekod mengenai
satu sahaja peristiwa. Ia
merupakan satu catatan ringkas yang merekod
tentang satu
kejadian atau tingkahlaku yang penting sahaja.
Rekod anekdot menerangkan secara fakta
dimana, bagaimana, bila, apa, dan siapa
secara objektif sesuatu kejadian yang berlaku.


Rekod berterusan / running record
Rekod berterusan adalah satu catatan
terperinci tentang kejadian
mengikut urutan masa.
Lazimnya urutan masa yang ditetapkanialah
dalam 5 hingga 10 minit. Catatan rekod jenis
ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat
secara berterusan.

Terdapat dua jenis penilaian:

Pentaksiran sistematik semasa P&P dalam satu
unit / topik untuk baiki proses P&P
Dilakukan bagi memastikan murid telah
menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru.
Contoh PF : Penilaian berterusan di sekolah /
Penilaian Kendalian Sekolah / Penilaian Portfolio.
Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Penilaian Formatif


Proses pengumpulan maklumat untuk kesan
tahap pencapaian murid-murid secara
keseluruhan ikut kursus, unit pembelajaran /
program dlm masa tertentu.
Dijalankan secara berkala (akhir / pertengahan
semester, akhir kursus / tahun) dgn beri markah /
gred
Contoh PS :
Peperiksaan Pertengahan Tahun / Semseter
Peperiksaan Akhir Tahun / Semester
UPSR, PMR, SPM, STPM, Akhir Kursus







Penilaian Sumatif

Melalui reka bentuk pentaksiran dan penilaian,
salah satu tanggungjawab guru adalah untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang boleh
merangsang murid untuk menerima
pembelajaran secara optimum.
Antara cara yang boleh digunakan termasuklah:
Menyediakan suasana saling menghormati dan
rapport
Mewujudkan budaya pembelajaran dalam
kalangan murid
Menguruskan prosedur bilik darjah
Menguruskan tingkah laku murid
Mengurus ruang fizikal

You might also like