You are on page 1of 10

KAMBING JAMNAPARI

KENALI JAMNAPARI
Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par)
diUttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat
di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena
diMadhyaPradesh.

Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah tulin (fullblood) *****a terdapat di 80
buah kampung di pinggiran Batpura dan Chakar Nagar di daerah Etawa. Jamnapari tulin
(Fullblood) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat
kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah
Jamna dan Chambal).

Jamnapari bersaiz besar. Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih
dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan.
Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut
nya berbentuk parrotmouth . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah.
Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan
panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai feathers merupakan ciri yang utama.
Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain
daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.

PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari
Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai
pengusaha/penternak di Malaysia . Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah
Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan
bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawahdan
kambing Kacang.

Jamnapari mula di impot ke Indonesia dari daerah Etawa, India sejak 1953. Tetapi dipercayai
sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar
1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim
dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan
sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan
mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas diantaranya ciri muka, hidung,
mulut, feathers, warna bulu , saiz , dll.

Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang
berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka
tempatan seperti Kacang dan Kambing Jawa dan di namakan Kaplo (Kaploh), Kaprindo, Bligon,
Jawa Rando (Jawa Randu / Jawarandu) dll. yang merupakan baka kacukan yang amat sesuai
untuk pembiakan kambing pedaging . Saiz nya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah
diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13 juta ekor populasi kambing (PE, Kacang,
Kambing Jawa, Jawarandu, Kaplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica (Sulawesi), Kambing
gembrong (Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian) dan 3 - 4 juta ekor
bebiri/domba (Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung , Domba Ekor
Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly )- Maklumat berdasarkan
perbincangan penulis dengan Balai Penelitian Ternak , Bogor.

Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat tahun 2000 , dianggarkan Indonesiamempunyai
populasi kambing berjumlah 15,209,720 juta ekor keseluruhannya. 60% dari populasi tersebut
terdapat di Pulau Jawa atau 8,783,890 ekor. Diluar Jawa, wilayah yang mempunyai populasi
kambing yang tinggi adalah ; Sumatera Utara ( 924,780 ekor), Lampung (747,806 ekor), Aceh (
681,823 ekor), Sulawesi Selatan (522,267 ekor), dan Sumatera Selatan (493,057 ekor).

PE banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo (Jateng), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Sleman
(Yogyakarta). Kambing PE juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur,
Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah
KAMBING SAANEN

KENALI KAMBING SAANEN (TENUSU)
Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang
popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).

Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short
fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu.
Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan
kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan
pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.

Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan)
dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg,
manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di
Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg 1200 kg
untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.
KAMBING TOGGENBURG

KENALI TOGGENBURG
Toggenburg juga berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua
diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya
mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland.
Kambing susu yang amat popular selepas Saanen terutama di Amerika Syarikat. Togs
merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan
(light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke
kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan
90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri
Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.
KAMBING BRITISH ALPINE

KENALI KAMBING BRITISH ALPINE
Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine
merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak
dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul.
Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan
tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. British Alpine
berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan
selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.Tinggi yang ideal adalah 83 sm untuk Doe dan 95
sm untuk Buck.
KAMBING ANGLO NUBIAN

KENALI ANGLO NUBIAN
Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke
belakang, Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan
bewarna campuran hitam dan kekuningan.
Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan
kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai
tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti
warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.










NI
KAMBING BOEER

Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai
ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi
binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil Souhtern
Bantu.

Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dariIndia,Angora dan Eropah. Kelahiran kambing
polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer
bermaksud farm atau ladang dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud
semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang diWilayah TimurCape, Afrika Selatan mula
membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan
dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeders Association (South
Africa).
Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeders Association of South Africa, ciri-ciri
Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehaziran
tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek ,
tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas
menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh
diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html

Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100
kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu
tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah
Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan
Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin
sukar diperolehi.

Ringkasan Ciri-ciri Boer

* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
* Terdapat pengaruh kambingIndia, Angora dan Eropah
* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian
paha dan belakang yang tegap dan berotot.
KAMBING KATJANG

KENALI KAMBING KATJANG
Kambing Kacang yang dipercayai berasal dariMalaysia dan Indonesia.
Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing
Kacang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing
tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya
adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.
Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang.
Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing
betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan
bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar.
Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki
atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan
pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6
bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (J antan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30
kg (J antan) dan 20-25 kg (Betina).

You might also like