You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI,

TAMAN PUTERI GUNUNG, 14120 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG




KERTAS KERJA
MAJLIS PERASMIAN
BULAN JULAI BULAN MEMBACA 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI


TARIKH :
14 JULAI 2014 (ISNIN)

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI
&
BARISAN PELAJAR GURU INTERNSHIP DARI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN
Bulan Julai Bulan Membaca merupakan program yang telah dianjurkan oleh Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Tasek Permai(SKTP) untuk menerapkan budaya membaca
dalam kalangan murid-murid. Pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat telah dirancang
sepanjang Bulan Membaca ini. Antaranya adalah Aktiviti Nilam 1 Hari 1 Buku, Mencari Gambar
Tersembunyi, Pertandingan Pembaca Terbanyak dalam 10 Minit, Pertandingan Mereka Kad
Raya dan Pengunjung Bertuah PSS. Program ini juga dapat memberi ruang kepada murid-
murid untuk membaca, meneroka pengetahuan baru dan menjalankan pembelajaran kendiri
bersama rakan-rakan. Justeru, Majlis Perasmian Bulan Membaca ini dijalankan untuk meraikan
dan memaklumkan kepada seluruh warga SKTP mengenai program yang julung-julung kali
diadakan ini.
Selain itu, Program Bulan Julai Bulan Membaca juga berperanan untuk memberikan
kesedaran kepada warga SKTP khususnya murid-murid tentang kebaikan pembelajaran di luar
bilik darjah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, masyarakat yang sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba pengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir
aras tinggi serta cinta akan ilmu dapat dilahirkan menerusi usaha ini. Secara tidak langsung,
nama baik SKTP dalam bidang pendidikan dapat diharumkan dengan melahirkan murid-murid
yang berkualiti tinggi.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, berintegriti,
berpengetahuan luas dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelektual selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0 OBJEKTIF
i. Meraikan dan memeriahkan Program Bulan Julai Bulan Membaca.
ii. Mendedahkan kepada warga SKTP mengenai aktiviti yang dijalankan dalam
Bulan Julai Bulan Membaca.
iii. Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid.
iv. Melahirkan murid-murid yang cinta akan ilmu pengetahuan.
v. Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan luas serta proaktif.
vi. Mewujudkan masyarakat yang mempunyai kemahiran aras tinggi serta berupaya
untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
vii. Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dan barisan pelajar guru dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

4.0 TARIKH
14 Julai 2014(Isnin).

5.0 MASA
7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

6.0 TEMPAT
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Simpang Ampat, Pulau
Pinang.

7.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.



8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Puan Rokiah binti Bakar
Pengerusi : Encik Ismail bin Hamid
Naib Pengerusi : Puan Siti Maryam binti Ahmad
Penyelaras Projek : Nurul Zalina binti Abdul Latiff
Penolong Penyelaras : Mohd Azizi bin Mat Arshad@Hashim
Setiausaha : Zainina binti Zulkifli
Naib Setiausaha : Athirah binti Md Desa
Bendahari : Muhammad Azrie bin Halili
Naib Bendahari : Noorul Faten Nazuha binti Johari

9.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
7.30 pagi - Nyanyian lagu Negaraku
- Nyanyian lagu negeri Pulau Pinang
- Nyanyian lagu sekolah
- Bacaan doa
7.45 pagi Ucapan Guru Besar SKTP
7.50 pagi Perasmian Bulan Julai Bulan Membaca 2014
8.00 pagi Persembahan murid
- Nyanyian murid Tahun 5
- Bacaan buku oleh murid prasekolah
8.10 pagi Bersurai




10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. ITEM HARGA(RM)
1 Banting 60.00
2 Bahan gimik perasmian 15.00
3 Buku program 2.00
JUMLAH 77.00

11.0 PENUTUP
Dengan ini, doa dan harapan dipanjatkan agar program yang dirancang akan dapat
dilaksanakan dengan lancar dan memberikan pelbagai pengalaman serta pengetahuan baru
kepada murid-murid. Lantas, usaha ini dapat memberikan impak positif kepada seluruh warga
SKTP. Oleh itu, komitmen dan kerjasama dengan menyeluruh daripada semua pihak amat
diperlukan untuk menjayakan Program Laluan Perpustakaan Bergerak ke SKTP mengikut
perancangan yang telah dipersetujui. Segala kerjasama yang dihulurkan didahului dengan
ucapan terima kasih.







Disediakan oleh, Disemak oleh,


..................................................... .....................................................
(ZAININA BINTI ZULKIFLI) (NURUL ZALINA BINTI ABDUL LATIFF)
Setiausaha Pengerusi
Majlis Perasmian Majlis Perasmian
Bulan Julai Bulan Membaca 2014 Bulan Julai Bulan Membaca 2014



Disahkan oleh, Diluluskan oleh,


..................................................... .....................................................
(ISMAIL BIN HAMID) (ROKIAH BINTI BAKAR)
Guru Penolong Kanan 1 Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tasek Permai Sekolah Kebangsaan Tasek Permai

You might also like