You are on page 1of 17

SPR menetapkan

tarikh penamaan
calon dan tarikh
mengundi
Penamaan calon
dijalankan
Parti atau calon
menyiapkan
manifesto
Kempen pilihanraya
dijalankan
SPR memberitahukan
tempat mengundi dan
tempat pengiraaan
undi
Pada Hari mengundi
Pengundi mengundi ditempat
yang tetalh ditetapkan
Pengundi diberikan kertas
mengundi
Pengundi memilih calon pada
kertas mengundi
Kertas undi dimasukkan ke
dalam peti undi
Kertas undi dikira
ditempat pengiraaan
undi
Pegawai pilihanraya
kawasan
mengumumkan
keputusan pilihanraya
NAMA DALAM BAHASA MALAYSIA ENGLISH VERSION
1 BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA (BN) -
2 PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)
3 PARTI PERSATUAN CINA MALAYSIA MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)
4 PARTI KONGRES INDIA MALAYSIA THE MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)
5 PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA MALAYSIA PEOPLE'S MOVEMENT PARTY (GERAKAN)
6 PARTI LIBERAL DEMOKRATIK THE LIBERAL DEMOCRATIC PARTY (LDP)
7 PARTI PROGRESIF MALAYSIA PENDUDUK PEOPLE'S PROGRESSIVE PARTY OF MALAYSIA (PPP)
8 PERTUBUHAN PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT
BERSATU
UNITED PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT
ORGANIZATION (UPKO
9 PARTI PROGRESIF SABAH (PPS) SABAH PROGRESSIVE PARTY (SAPP)
10 PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU SARAWAK (PBBS) -
11 PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) -
12 PARTI REFORMASI NEGERI SARAWAK STATE REFORM PARTY SARAWAK (STAR)
13 PARTI BARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA ALL MALAYSIAN INDIAN PROGRESSIVE FRONT (AMIPF)
14 BARISAN JAMAAH ISLAMIAH SE-MALAYSIA (BERJASA) -
15 PARTI RAKYAT BERSATU SARAWAK SARAWAK UNITED PEOPLE;S PARTY (SUPP)
16 KONGRESS INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA) -
17 PARTI PUNJABI MALAYSIA MALAYSIAN PUNJABI PARTY (PPM)
18 PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK SARAWAK PROGRESSIVE DEMOCRATIC PARTY (SPDP)
19 PARTI KEADILAN RAKYAT -
20 PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR(KITA) -
21 PARTI SETIA RAKYAT SABAH (PSRS) SABAH PEOPLE'S PARTY (SPP)
22 PARTI BARISAN RAKYAT SABAH BERSEKUTU FEDERATION SABAH PEOPLE FRONT PARTY (BERSEKUTU)
23 PARTI KONGRES CEYCLONESE MALAYSIA MALAYSIAN CEYCLONESE CONGRESS (MCC)
24 PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) -
25 PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) -
26 PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK DEMOCRATIC ACTION PARTY,MALAYSIA (DAP)
27 PARTI BERSATU SABAH SABAH UNITED PARTY (PBS)
28 PERTUBUHAN PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA WORKER'S PARTY OF MALAYSIA
29 PARTI KEBANGSAAN SARAWAK SARAWAK NATIONAL PARTY (SNAP)
30 PARTI RAKYAT SARAWAK
31 PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)










ARNAB BAJU BEG BUKU BUNGA










BURUNG CANGKUL CAWAN CEREK CERMIN MATA










GAJAH GELAS IKAN JAM KAPAL TERBANG










KERETA KERUSI KUDA KUNCI MEJA










MOTOSIKAL PEN PERAHU POKOK RUMAH










TALI LEHER TELEFON TV UDANG CINCIN
CARTA ORGANISASI

SEJARAH
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957
mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa
penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang
Pengerusi dan 2 orang Ahli.
Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri
bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe
Boon dan Encik Ditt Singh.
Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli
Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada
dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk
Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili
2 negeri berkenaan.
Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan
Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan
Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang
pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002,
pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi
menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang
iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli
termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.
Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan
Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang
Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi
urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H.
Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat
Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark,
Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya
beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan
P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum
berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan
Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat
Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.




Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang
berikut:-
1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-
bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak
kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian
dan persempadanan semula yang terdahulu;
2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar
pemilih; dan
3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil
sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara,
menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini
melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi
tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat
memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap
pilihan raya.

KOMPONEN PARLIMEN
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk
memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat
dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum
permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua
atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih
dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya
Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh
pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan
Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni
Al-Marhum Tuanku Muhammad

Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam
Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan
Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-
Marhum Syed Hassan Jamalullail

Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September
1965
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin

Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September
1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam
Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September
1975
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-
Marhum Sultan Ibrahim

Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH

Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan
Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam
Shah

Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni
Al-Marhum Sultan Ismail

Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin
Shah Ghafarullahu-lah

Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH

Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni
Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj

Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS
Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku
Syed Putra Jamalullail

Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal
Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 12 Dec 2006 - kini
DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui
pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun,
dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
Warga negara Malaysia
Tidak kurang dari 21 tahun
Waras fikiran
Bukan seorang muflis
Tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan
Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan
mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli
tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan
taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan.

DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua
orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua
ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putra Jaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

* warganegara Malaysia
* tidak kurang dari 30 tahun
* waras fikiran
* bukan seorang muflis
* tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi,
sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih
dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam
profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah
bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang
mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.


LAMAN WEB
http://www.parlimen.gov.my

You might also like