You are on page 1of 1

Setiausaha,

Jawatankuasa Kampung Sentosa,


26052 Maran,
Pahang Darul Makmur.


Ketua Polis,
Daerah Maran,
26052 Maran,
Pahang Darul Makmur. 10 OGOS 2012.

Tuan,

Aduan tentang Kes Kecurian di Kawasan Kampung

Saya mewakili pendudk di kampong ini ingin memaklumkan kepada pihak polis bahawa
kejadian kecurian dan pecah rumah sering terjadi sejak beberapa minggu yang lalu. Penduduk
di kampung ini sering kali berada dalam keadaan takut dan bimbang kerana sudah berlaku
beberapa kali.
2. Kes kes kecurian ini berlaku pada waktu malam bermula pada pukul 12 tengah malam
hingga pagi. Barang-barang kecurian yang dilaporkan oleh mangsa termasuklah barang
kemas , pakaian, radio dan wang.
3. Kami berasa bimbang jika keadaan ini berterusan sehingga boleh mengancam nyawa
penduduk. Sesetengah penduduk sudah berjaga sampai malam kerana bimbang rumah
merreka dimasuki oleh pencuri. Kami mengesyaki kejadian ini berlaku kerana perbuatan
pendatang asing yang menghadapi masalah kewangan.
4. Saya merayu kepada pihak polis agar sentiasa meronda kawasan kampong ini bagi
menjamin keselamatan penduduk. Kami berharap dengan kerjasama daripada pihak tuan akan
dapat membantu kami menyelesaikan masalah ini dengan segera .

Sekian , terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


(LEE POH YENG)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kampung Sentosa.

You might also like