You are on page 1of 2

SEREMBAN 14 Mei - Sebanyak enam pelajar dari pelbagai sekolah di negeri ini terpilih

menerima anugerah Tokoh Murid Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2013.
Anugerah itu disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis
Pelancaran Pameran dan Festival Hari Guru 2013 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan,
Paroi dekat sini hari ini.
Mereka ialah Tokoh Murid Lelaki Sekolah Rendah, Akid Iusuv Amal; Tokoh Murid
Perempuan Sekolah Rendah, Nur Farah Zahidah Norazam dan Tokoh Pelajar Lelaki Sekolah
Menengah, Amir Lamzah.
Selain itu, Ira Zalis Ismail menerima anugerah Tokoh Pelajar Perempuan Sekolah Menengah;
Nur Fahima Husna Ghazali (Tokoh Murid Kemasyarakatan) sementara Maria Melisa
Mokhtiar (Tokoh Murid Pendidikan Khas).
Kesemua penerima anugerah yang menerima sijil serta wang tunai itu dipilih melalui
kecemerlangan serta prestasi membanggakan meliputi pelbagai lapangan dan bidang
termasuk akademik dan kokurikulum.
Menurut Ira Zalis, 17, dia amat bersyukur kerana menerima anugerah itu dan akan
menjadikannya sebagai motivasi untuk berusaha memajukan diri pada masa akan datang.
"Anugerah ini amat bermakna kerana merupakan pendorong untuk bergiat aktif dan berjaya
dalam apa jua bidang yang diceburi," kata pelajar Kolej Tunku Kurshiah yang juga penerima
tempat ketiga Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan itu.
Bagi Akid Iusuv, 12, yang juga penerima anugerah Tokoh Kokurikulum Sekolah tahun lalu,
dia gembira dan menyifatkan anugerah itu kejayaan yang perlu dikongsi bersama kedua ibu
bapanya.
"Saya bersyukur kerana dipilih menerima anugerah ini dan berharap umembuat yang lebih
terbaik kelak," kata murid tahun enam yang cemerlang dalam bidang akademik dan aktif
kokurikulum tersebut.
Sementara itu, Amir Lamzah, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak,
Seremban, berkata, anugerah itu merupakan hasil usaha serta sokongan keluarga serta rakan-
rakannya.
Amir yang merupakan Ketua Pengawas bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik
malah aktif dalam sukan ragbi termasuk membantu sekolahnya menjadi naib johan dalam
Kejohanan Ragbi Cobra 10 Antarabangsa dan Kejohanan Ragbi Ansara 10 peringkat
kebangsaan.
Tokoh Murid Perempuan Sekolah Rendah, Nur Farah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Jempol
pula aktif dalam permainan sofbol dan badan beruniform selain pemegang tali pinggang hijau
Gosyin Ryu Karate-Do.
Nur Fahima Husna yang menerima Tokoh Murid Kemasyarakatan pula pernah menerima
anugerah Perak dalam Simposium Sekolah Berasrama Penuh Berintegrasi serta aktif dalam
kerja amal selain pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Jalan Lasak peringkat
kebangsaan.
Dalam pada itu, Maria Melisa, 19, penerima Tokoh Murid Pendidikan Khas yang cacat
pendengaran, cemerlang dalam bidang sukan selepas berjaya merangkul pingat emas selain
memecah rekod kebangsaan dalam acara lontar peluru dan rejam lembing tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130515/dn_15/Enam-
pelajar-terima-anugerah-Tokoh-Murid-Negeri-Sembilan#ixzz35bnSFNjd
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like