You are on page 1of 4

JURNAL

Bilangan Jurnal : 3/12


Minggu Praktikum : Minggu ketiga
Tarikh Peristiwa : 10 - 14 Februari 2014
Tajuk Jurnal : Bahan Bantu Mengajar Efektif

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, saya telah diselia oleh pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing. Bagi tujuan itu, saya telah menyediakan beberapa perancangan
aktiviti dan merancang untuk menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar yang
menarik dan dapat memberikan impak kepada pembelajaran murid. Selain itu, saya
mencuba untuk menyediakan lembaran kerja yang kreatif agar dapat menarik minat
murid dalam menyiapkan tugasan yang diberikan agar murid lebih bermotivasi
dalam pembelajaran. Pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang membuat
persediaan pengajaran dan saya telah berjaya menghadapinya.

2. Analisis

Berdasarkan perancangan yang telah dibuat, saya begitu bersemangat
sekali untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Saya cuba untuk
berfikir di luar jangkaan agar tidak terikat dengan idea yang sama. Selain itu, saya
ingin bahan bantu mengajar yang dihasilkan dapat digunakan secara maksimum
dan dapat mengaitkan kemahiran yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Hal
ini kerana, menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai bahan bantu
mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan
muridmurid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut
memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar.


Selain itu, saya juga ingin menyediakan sesuatu yang menarik untuk dijadikan
aktiviti kumpulan agar murid dapat memberikan komitmen dalam menjalankan
tugasan yang diberikan. Oleh itu, saya mengambil pendekatan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu Liquid Crystal Display (LCD)
untuk menyediakan bahan bantu mengajar ini. Kajian Gayeski (1986), penggunaan
komputer untuk pengajaran graf, carta dan kerja lukisan kini kian mudah dan
canggih.

Namun, masalah timbul apabila saya menghadapi kekangan masa untuk
menyediakan bahan-bahan bagi tujuan penyeliaan. Dengan keadaan lesu dan
keletihan, saya hampir sahaja tidak mampu menyiapkan bahan pengajaran
tersebut. Berkat kesungguhan, saya akhirnya berjaya menyiapkan kesemua bahan
pengajaran bagi penyeliaan walaupun terpaksa tidur lewat. Walaupun begitu, saya
amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi apabila saya melihat murid begitu
teruja semasa melaksanakan aktiviti dan menunjukkan maklum balas yang baik.

Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya akan cuba untuk memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang menarik bagi
menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang telah saya rancangkan.
Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam
kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman
(Omardin Ashaari, 1999)

b) Saya akan berusaha untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk
penyelesaian masalah atau permainan yang melibatkan kemahiran yang
diajarkan kerana keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan
oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah
(Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).




c) Bagi meningkatkan minat murid, saya akan membina bahan bantu mengajar
yang berwarna warni, menarik, kreatif dan dapat digunakan secara maksimum.
Keberkesanan media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh
menimbulkan minat yang berterusan dalam diri pelajar (Naim Ahmad,1989).


3. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba menggunakan pengalaman ini dengan sebaik mungkin. Sebaik
sahaja perkara ini telah saya kenalpasti, saya akan melaksanakan tindakan susulan
yang telah saya rancangkan. Hal ini kerana Bahan Bantu Mengajar tidak kurang
pentingnya dalam menarik minat para pelajar (Dale, 1963). Pencapaian objektif
pembelajaran merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya tindakan ini dapat dijalankan dengan segera, sudah pasti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan lancar.



Disemak oleh guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : Tandatangan :..
Nama :. Nama :...
Tarikh : Tarikh :..





Bibliografi
Dale, E. (1969). Audio Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and
Winston
Gayeski. D. M (1986). Interative Media. New jersey: Prentice Hall PTR
Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu
Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu
Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 280.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan
Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 65.

Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah
dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

You might also like