You are on page 1of 1

PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa merupakan salah satu teknik untuk mempelajari bahasa melalui
permainan. Permainan bahasa sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran
bahasa. Permainan bahasa juga merupakan satu strategi pengajaran yang sesuai
digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa merupakan aktiviti
yang dirancang dalam pengajaran dan mempunyai hubung kait dengan isi kandungan
pelajaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Objektif permaian bahasa adalah untuk :
1. Merangsang interaksi verbal pelajar
2. Menambah kefasihan dan keyakinan
3. Menyediakan konteks pembelajaran
4. Alat mengikis rasa bosan
5. Alat pemulihan, pengayaan dan pengukuhan
Antara permainan bahasa yang biasa digunakan adalah dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bahasa ialah :
1. Teka silang kata
2. Mencari perkataan tersembunyi
3. Membentuk kata
4. Menangga kata
5. Sisip vokal

You might also like