You are on page 1of 3

SMK SIKUATI,

Peti Surat 355,


89058 Kudat, Sabah.

POST MORTEM PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2014
KESUSASTERAAN MELAYU

ANALISIS PERBANDINGAN GRED PENCAPAIAN KESUSASTERAAN MELAYU, SPM.

TAHUN BIL CALON Bil hadir Bil. Tidak
Hadir
% GP MP PERBEZAAN
GPMP
2012 38 37 1 48.65 6.95
2013 24 24 0 66.67 6.50 - 0.45
2014 30 29 1 82.7 6.45




ANALISIS
Secara keseluruhan, keputusan Peperiksaan Semester 1 pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan peratus lulus sebanyak 16.3% iaitu 82.7%
berbanding 66.67% pada tahun 2013. Di samping itu, GPMP juga menunjukkan peningkatan. Situasi ini disebabkan oleh beberapa faktor.


TAHUN
A+ A A- B+ B C+ C D E G TH

LULUS

BEZA
%
JUM.
CALON
JUM.
HADIR GPMP

BEZA
2012
0 3 0 2 2 4 4 0 3 19 1 18 (48.65%)

38 37 6.95

2013
0 1 0 3 2 3 1 3 3 8 0 16 (66.67%)
+18.02
24 24 6.50
-0.45
2014
0 2 2 2 1 4 7 2 4 5 1 24 (82.7 %)
+16.3
30 29 6.45
-0.05
KEKUATAN
Terdapat beberapa perkara yang mendorong kepada peningkatan % dan GPMP keputusan tersebut bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
Kekuatan tersebut dilihat daripada dua sudut iaitu:
Guru:-
i) Guru yang mengajar merupakan opsyen Kesusasteraan Melayu.
ii) Telah didedahkan dengan beberapa kursus yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan
Kesusasteraan Melayu.
iii) Pengalaman guru mengajar semakin bertambah.
iv) Penguasaan terhadap isi pelajaran juga semakin kukuh setelah teks baharu diperkenalkan sejak tiga tahun lepas.
Pelajar/Murid:-
i) Murid telah dibimbing sejak tingkatan 4.
ii) Murid menunjukkan minat dan semangat yang tinggi untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.
iii) Murid memberikan kerjasama ketika proses P&P dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik serta menunjukkan disiplin
yang baik ketika pembelajaran berlangsung.
iv) Murid mudah menerima ilmu/ pelajaran yang dibincang.
Disamping itu, penyumbang peningkatan keputusan ini juga banyak dipengaruhi oleh galakkan dan bantuan yang diberikan oleh pihak pentadbir
dan rakan-rakan guru sama ada daripada aspek material, idea mahupun sokongan.
KELEMAHAN
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam peperiksaan untuk
subjek ini. Antaranya ialah,
i) Sumber rujukan agak terhad memandangkan teks kajian telah ditukar. Buku-buku rujukan amat sukar diperolehi.
ii) Buku kerja juga masih terhad dan sukar didapati di pasaran.
iii) Masalah murid yang malas membaca teks yang dipelajari.
iv) Kekangan guru yang seringkali terlibat dengan aktiviti luar seperti sukan, kursus dan sebagainya sehingga terpaksa meninggalkan
proses p&p.
v) Masalah disiplin murid khususnya ketidakhadiran ke sekolah yang banyak menganggu proses P&P.
vi) Format soalan baharu yang diperkenalkan agak menyukarkan murid untuk mendapatkan markah maksimum.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mempastikan pencapaian SPM 2014 lebih baik berbanding SPM 2013, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan supaya kelemahan/
kekurangan dapat diatasi. Antaranya ialah,
i) Memperbanyak latihan dan pengukuhan kepada murid khususnya selepas proses p&p dijalankan.
ii) Memperbanyakkan masa bersama-sama murid khususnya semasa p&p dan juga perbincangan serta bimbingan di luar waktu p&p
(Kelas Tambahan)
iii) Memperkenalkan sistem modul pembelajaran.
iv) Mempastikan murid bermotivasi untuk mempelajari sastera khususnya minat membaca karya-karya yang dikaji.
v) Guru perlu bersedia lebih awal khususnya bagi mengatasi masalah kekangan mendapatkan buku rujukan dan latihan yang berkaitan.
vi) Melengkapkan bahan bantu mengajar dan sumber-sumber ilmu yang berkaitan supaya murid lebih terdedah dan mendapat
pengetahuan yang luas dalam subjek sastera.
vii) Mengaplikasikan sumber IT dalam proses P&P untuk memudahkan lagi murid menguasai subjek tersebut.
Secara keseluruhan, Usaha gigih dan kreativiti guru serta kerjasama semua pihak sangat penting untuk mempastikan pencapaian akademik
khususnya Kesusasteraan Melayu terus meningkat dan cemerlang sekaligus menyumbang kepada kegemilangan pencapaian sekolah.


Disediakan oleh,


(RONEY BIN ARIF)
Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu,
SMK. Sikuati.

You might also like