You are on page 1of 15

H

arian Metro
Isnin,08 September 2014

UTAMA SETEMPAT MUTAKHIR BISNES ARENA GLOBAL RAP FOTO VIDEO

Hati Ekstra Bestari Agro IT@Metro Santai Nuansa Dekotaman Gen Y Selebriti Majalah M
Hati
Bentuk tabiat pemakanan
sihat
0 0 Google +0 0 0
Cetak
Oleh Siti Zarinah Sahib
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan
pada 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk di seluruh dunia
akan mempunyai berat badan berlebihan, manakala 700 juta
daripadanya mengalami masalah kegemukan keterlaluan
atau obesiti.
Apa yang membimbangkan, masalah obesiti dalam kalangan kanak-
kanak semakin menular tahun demi tahun di negara-negara
membangun. Di Malaysia, sehingga 2010, peningkatan kes obesiti
yang direkodkan dalam kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur
antara tujuh hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.
Masalah ini menjadi lebih serius apabila meningkatnya risiko
kesihatan lebih kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit
jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser.
Apakah faktor menyumbang kepada masalah kegemukan dalam
kalangan kanak-kanak ini?

Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan juga
Pengerusi Jawatankuasa Pakar Program Kanak-Kanak Sihat Nestle
(NHK), Dr Tee E Siong, faktor utama penyumbang masalah obesiti
kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau
makanan dengan kadar banyak atau terlalu kurang.

DR CHIN...ikut panduan piramid makanan untuk pengekalan berat
badan.

Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan ringan
seperti keropok, coklat, jeruk serta makanan segera yang tidak
mempunyai zat seimbang untuk tumbesaran mereka. Ini disebabkan
mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan
atau jualan dilakukan pengeluar dan juga penjual.

Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting membentuk tabiat
pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak serta membekalkan
nutrisi seimbang sejak awal kelahiran lagi. Ini boleh dipastikan
dengan memberikan susu ibu sepenuhnya sehingga enam bulan
pertama kemudian bersambung sehingga dua tahun.

Apabila kanak-kanak ini mula bersekolah, pendidikan mengenai
pemilihan makanan seimbang boleh diberikan guru-guru di sekolah.
Namun begitu, walaupun terdapat kurikulum mengenai pemakanan
seimbang di sekolah, tetapi tidak begitu jelas dan terperinci, malah
guru-guru juga tidak dilatih sepenuhnya bagi memberikan latihan
serta pengajaran kepada pelajar secara eksklusif , katanya.

Menyedari pentingnya meningkatkan pengetahuan pemakanan dan
menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak,
bermula Ogos 2010, Nestle (Malaysia) Berhad dengan kerjasama
Persatuan Pemakanan Malaysia melaksanakan program Kanak-Kanak
Sihat Nestle yang bukan saja memberi manfaat kepada kanak-kanak
malah ibu bapa dan guru amnya.

Ini secara tidak langsung mendedahkan ibu bapa kepada corak serta
gaya pemakanan sihat di samping memainkan peranan penting
dalam tabiat pemakanan anak masing-masing supaya mereka
membesar menjadi dewasa yang sihat dan memberi sumbangan
kepada keluarga dan negara.

Menurut Dr Tee, program NHK terbahagi kepada dua bahagian iaitu
memberi kesedaran kepada khalayak ramai dan kajian penyelidikan
intervensi jangka panjang bagi membentuk, melaksana dan menilai
keberkesanan modul pendidikan pemakanan dan aktiviti yang
diadakan di sekolah-sekolah terbabit.

Program ini membabitkan 2,600 pelajar berusia tujuh hingga 12
tahun yang diberi pendedahan menerusi bengkel pemakanan dan
kesihatan, pameran dan program intervensi.

Matlamat utama pada akhir program ini adalah membentuk modul
pendidikan yang boleh digunakan Kementerian Pelajaran bagi
pelaksanaan program kesihatan di sekolah rendah di Malaysia,
katanya.

Dalam pembentangan hasil kajian pada bengkel ibu bapa dan guru
anjuran Nestle Malaysia di Kuala Lumpur, Dr Tee mendedahkan,
kanak-kanak yang terbabit dalam program ini menunjukkan minat
memberangsangkan hanya selepas setahun kajian dijalankan dengan
peningkatan pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pemakanan
mereka.

Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak menunjukkan
peningkatan dalam skor pengetahuan mereka dalam kesemua enam
modul pendidikan pemakanan dan kesihatan yang diajar kepada
mereka.

Hasil menggalakkan ini diperoleh pada akhir tahun pertama
pelaksanaannya dan ia turut menunjukkan kanak-kanak mendapat
pengajaran daripada program berkenaan. Hari ini (bengkel) ibu, bapa
dan guru yang hadir turut dimaklumkan bahawa kanak-kanak
menunjukkan peningkatan dalam amalan sihat dengan lebih ramai
murid membuat pilihan makanan yang lebih menyihatkan berbanding
pada awal program berkenaan, katanya semasa membentangkan
laporan NHK.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Eksekutif Sumber Manusia dan
Hal-Ehwal Korporat Kumpulan Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf,
pelaksanaan program ini tepat pada masanya, memandangkan orang
ramai dan kerajaan kini semakin prihatin terhadap kes penyakit tidak
berjangkit yang kian meningkat.

Apa yang membimbangkan, penyakit tidak berjangkit seperti
diabetes, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi
semakin bertambah setiap tahun.
Bagi kami, apa yang lebih penting bukan saja memastikan produk
kami membantu mengurangkan masalah-masalah ini, tetapi juga
menggalakkan tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat secara lebih
aktif dalam kalangan pengguna.

Nestle memberi sumbangan dari segi pengetahuan pemakanan
dengan menggunakan pendidikan sebagai kaedah membantu kanak-
kanak memahami nilai pemakanan dan aktiviti fizikal.

Dua perkara ini akan memperkasakan mereka dalam membuat
pilihan yang tepat berkaitan tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat,
tambahnya.

Beliau turut memberitahu, program ini membabitkan lebih 60 buah
negara di seluruh dunia dan pihaknya akan meningkatkan jumlah itu
dalam tempoh tiga tahun lagi. Melalui program pemakanan sihat ini
pihaknya mensasarkan lebih enam juta kanak-kanak seluruh dunia
mendapat manfaat daripadanya menjelang 2014.

Bengkel pada petang itu turut disertakan perbincangan panel oleh
pakar-pakar pemakanan seperti Naib Presiden Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia, Prof. Dr.
Norimah A. Karim, Ahli Majlis Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Dr.
Zawiah Hashim dan wakil daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia, Dr.
Chin Yit Siew.

Menurut Dr Chin Yit Siew, pendidikan dalam pemilihan makanan
yang betul harus diberikan kepada ibu bapa kerana mereka
berperanan menyediakan keperluan makanan seimbang sejak anak
dilahirkan sehingga dewasa. Ini boleh dilakukan dengan merujuk
kepada garis panduan pemakanan Malaysia atau piramid makanan
yang memberikan senarai berguna mengenai pemakanan seharian.

Namun begitu makanan tanpa aktiviti fizikal juga masih belum
cukup dan inilah yang ingin kami tekankan kepada ibu bapa, guru
dan juga kanak-kanak supaya mereka dapat menyeimbangkan
keperluan harian bukan saja pada pengambilan makanan tetapi
senaman, katanya.

Ibu bapa boleh menyediakan cara hidangan yang pelbagai bukan
dengan cara menggoreng tetapi kukus, panggang, bakar dan rebus
dengan memastikan mengambil tiga jenis sajian sayur-sayuran dan
dua jenis buah-buahan dalam setiap hidangan.

Mungkin bagi kanak-kanak, menu sayur-sayuran tidak menjadi
pilihan mereka, dalam hal ini ibu bapa perlu bijak memilih sayur-
sayuran pelbagai warna dengan cara masakan berbeza setiap hari.
Apa yang penting pastikan dalam setiap hidangan seimbang,
pelbagai serta mengikut piramid makanan, katanya.

Pada majlis itu juga turut diadakan demonstrasi masakan sihat oleh
chef selebriti Florence Tan yang menunjukkan cara mudah
menyediakan tiga jenis makanan berkhasiat untuk anak-anak iaitu
salad segar, jus tembikai susu dan lempeng pisang.


Panduan pemakanan seimbang


Makan nasi, produk bijirin dan ubi terutama bijian penuh
yang mencukupi.

Ini termasuk nasi, produk bijirin seperti mi, roti dan
gandum atau ubi seperti kentang dan keledek pada setiap
hidangan.


Pilih produk bijirin seperti roti, biskut yang tinggi serat dan
rendah lemak, gula dan garam.


Bijian penuh mengekalkan kesemua bahagian bijirin asli
iaitu bran dan germ. ia mengandungi pelbagai vitamin,
mineral, fitokimia (bahan kimia tumbuhan) dan serat
berbanding bijirin terproses.


Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap
hari.


Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur-sayuran
dan dua hidangan buah-buahan setiap hari.


Amalkan kepelbagaian dengan makan buah dan sayuran
berlainan setiap hari.


Ambil sayuran berdaun hijau gelap dengan batang boleh
dimakan seperti sawi atau kailan setiap hari atau sekurang-
kurangnya beberapa kali seminggu.


Ambil sayur-sayuran buah dan akar seperti tomato, peria,
kacang bendi, lobak merah dan sayur-sayuran tidak berdaun
seperti bunga kubis, brokoli beberapa kali seminggu.


Fitokimia dalam buah dan sayuran memberikan warna hijau,
merah, oren, kuning dan ungu yang menjadikannya menarik.
Kebanyakan fitokimia bertindak sebagai antioksidan dan
melindungi sel tubuh.


Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan
bijian secara sederhana.


Ambil daging, ayam dan itik secara sederhana.


Ambil telur dalam jumlah sederhana sehingga purata sebiji
sehari (seluruh atau dalam hidangan).


Ambil produk kekacang setiap hari seperti kacang pis atau
dal ke dalam sup atau sediakan produk kekacang seperti
tempe dan tauhu.


Ambil kacang sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai
snek atau pengganti daging, ayam dan itik dalam masakan.


Ikan membekal protein, vitamin B dan iodin. Ikan bersaiz
kecil dengan tulang boleh dimakan membekalkan kalsium.
Kebiasaannya ia lebih rendah kandungan kolesterol
berbanding daging, ayam dan itik. Sesetengah ikan tiada
kandungan asid lemak omega 3 yang dikaitkan dengan
penyakit darah tinggi dan jantung.


Ambil jumlah susu dan produk tenusu yang
mencukupi.


Susu adalah makanan berkhasiat mengandungi pelbagai
nutrien penting. Jadi individu daripada semua peringkat usia
harus mengambil susu dan produk tenusu setiap hari.


Tambahkan susu ke dalam makanan dan minuman. \


Pilih susu rendah lemak jika anda perlu mengurangkan
berat badan berlebihan.


Gunakan susu tepung atau cecair bukannya pekat manis
dan susu pekat sejat manis.


Jika pengambilan susu menyebabkan anda rasa kembung,
cirit-birit atau muntah, anda mungkin tidak boleh mengambil
laktosa. Namun anda masih boleh menikmati manfaat dengan
memilih produk tenusu bebas seperti dadih dan keju.


Makan secara pintar.


Mengamalkan diet seimbang untuk memperoleh nutrien
dalam kombinasi sepatutnya.


Memakan pelbagai jenis makanan dan pastikan memilih
makanan sihat.


Mengambil makanan secara sederhana bermakna
mengambil jumlah makanan sesuai untuk mengekalkan berat
badan sihat dan mengoptimumkan proses metabolisme
badan.


Mengambil makanan mengikut waktu makanan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/20
DISYORKAN


Mayat tertiarap dalam longkang


Lemas ditelan pusaran air


Saya lebih kenal siapa Saloma


Warga China terbabit IS





Recommended by
DARI SELURUH LAMAN WEB
Best Nasi
Melayu in
KL and
PJ(Hungry
GoWhere
Malaysia)
Easy Cekodok Pisang Recipe (HungryGoWhere)
Apa
Akibatnya
Bila Tak
Bayar
Penuh Bil
Kad Kredit
Anda (iMon
ey)
Samsung Galaxy Note 4 vs iPhone 6: Specifications Comparison;
How do (IBTimes)
The 24 Best
First-Class
Cabins (Flig
htfox)
Imminent Terrorist Attack Warning By Feds on US BorderFt.
Bliss (Judicial Watch)
Recommended by
0 0 Google +0 0 0
ARTIKEL LAIN
Nafi realiti anggap bebas ancaman
Utama kasut selesa untuk senaman
Kawal disiplin untuk kurus
Pic kaya pelbagai khasiat untuk tubuh
Kit sanitasi untuk jemaah haji
VIDEO
Lagi Video
PALING POPULAR
Filem hantu jejas akidah
Tolak syarat Israel
NATO hantar tentera
Panggil bomba pindah pesakit obes 280kg
3 maut motor bertembung

Hubungi Kami
Team myMetro
HM ePaper
Versi Mobile
Versi Tablet
HM Twitter
HM Facebook
RSS Feed
2012 Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. (4485-H) | Disclaimer | Notis Perlindungan Data
Peribadi| Isnin , 08 September 2014


http://www.hmetro.com.my/articles/Bentuktabiatpemakanansihat/Article













Kepentingan Makanan Seimbang Dalam Kehidupan
Shah | February 19, 2012

0SHARES
Share on Facebook Tweet on Twitter
Makanan Seimbang Dalam Kehidupan | Doktor menyuruh kita mengamalkan
makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau
mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil
makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh
tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah
menurun atau terjejas. Tidak semua orang mampu mengikut jadual seperti yang
terdapat dalam piramid di bawah ini. Mana tidaknya, setiap minggu ada sahaja
jemputan untuk majlis perkahwinan, open house dan sebagainya.

Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang
disarankan?
Kita cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama
ada saya dapat memenuhi keperluan makanan seimbang tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan
telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk
daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik,
nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk
dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan
seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid
makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum,
jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang
diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi beras coklat, kalau roti dari gandum
penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat
50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang
diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2
hidangan buah-buahan.Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko
mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis
panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut
dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil
tenusu 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi
kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh
manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Melayukini.net - Dapatkah kita penuhi keperluan makanan seimbang? Kalau hari-
hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah.
Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan
seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil
pemakanan tambahan.
Sumber: Kesihatan | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
http://i-malaysiakini.com/2012/02/kepentingan-makanan-seimbang-dalam-kehidupan/

You might also like