You are on page 1of 7

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SCIENCE
TINGKATAN 1
SCIENCE TINGKATAN 1
MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE
Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti
kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan
pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan
teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE

Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1 Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam semulajadi dan pengalaman harian
Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian
2 Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
4 Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan
nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
5 Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi
6 Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan
7 Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
8 Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan
bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat
9 Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat
10 Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh
penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal
11 Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaannya.
SCIENCE TINGKATAN 1



















BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

2

Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

3

Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

4

Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip
sains

5

Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam
menyelesaikan masalah

6

Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan
dengan sains dan teknologi
SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR





TEMA A
MEMPERKENALKAN SAINS


TAJUK 1
PENGENALAN KEPADA SAINS


1 menyatakan pelbagai fenomena semula jadi dan kerjaya dalam bidang
sains dengan betul.

2 menerangkan kuantiti fizik dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai konsep berat dan
jisim secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk
membuat pengukuran mengikut prosedur yang betul dengan
bimbingan.
5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor yang
mempengaruhi ayunan bandul dalam satu jangka masa mengikut
prosedur yang betul dan bersistematik.
6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai
kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian secara kreatif,
inovatif dan lengkap.
SCIENCE TINGKATAN 1


TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR



TEMA B
MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN
HIDUPAN


TAJUK 2
SEL SEBAGAI UNIT ASAS
KEHIDUPAN


1 menyatakan pelbagai jenis sel manusia dengan betul.

2 menerangkan maksud dan contoh organisma unisel dan multisel
dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai persamaan dan
perbezaan struktur serta fungsi bagi sel haiwan dan sel tumbuhan,
fungsi pelbagai jenis sel dalam badan manusia dan organisasi sel
dari mudah ke kompleks secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk
menyediakan slaid, menggunakan mikroskop dan melukis stuktur
sel haiwan dan sel tumbuhan mengikut prosedur yang betul dengan
bimbingan
5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk mengelaskan
organisma unisel dan multisel melalui kajian makmal mengikut
prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan untuk
menjelaskan manusia adalah organisma kompleks secara kreatif,
inovatif dan lengkap.




SCIENCE TINGKATAN 1





TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA C
JIRIM DALAM ALAM


TAJUK 3
JIRIM


TAJUK 4
KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI


TAJUK 5
UDARA DI SEKELILING KITA




1 menyatakan pelbagai objek yang mempunyai jisim dan memenuhi
ruang dengan betul.

2 menerangkan kegunaan pelbagai sumber di Bumi yang menyokong
kesinambungan hidup dalam kehidupan harian dengan jelas.


3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai perbezaan
susunan dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim secara
meluas.



4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik
untuk mengkaji udara, air, tanah, benda hidup mempunyai jisim
dan memenuhi ruang, perbezaan antara unsur, sebatian dan
campuran, kaedah pengasingan campuran, ciri-ciri logam dan
bukan logam serta pengelasannya,dan komponen udara, ciri-
ciri oksigen dan karbon dioksida mengikut prosedur yang betul
dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik bagi menyelesaikan
masalah berkaitan ketumpatan, menyiasat gas yang terlibat dalam
respirasi dan pembakaran,dan persamaan, perbezaan antara udara
sedutan dan udara hembusan mengikut prosedur yang betul dan
bersistematik.
6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan tentang
hubungan sumber dengan kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber di Bumi secara kreatif, inovatif dan lengkap.


SCIENCE TINGKATAN 1




TEMA / TAJUK

BAND



BAND

DESKRIPTOR


TEMA F
TENAGA DALAM KEHIDUPAN


TAJUK 6
SUMBER TENAGA


TAJUK 7
HABA



1 menyatakan pelbagai jenis dan sumber tenaga dengan betul.



2 menerangkan perbezaan antara haba dan suhu dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan tenaga
yang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu secara meluas.





4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk
mengkaji perubahan tenaga daripada tenaga keupayaan kepada
tenaga kinetik dan sebaliknya, Matahari membebaskan haba
dan kesan haba terhadap jirim mengikut prosedur yang betul
dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat konduktor
haba, penebat haba serta kegunaannya, dan objek yang gelap dan
kusam menyerap, membebaskan haba lebih baik daripada objek
putih dan berkilat mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.
6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai
keperluan memelihara sumber tenaga dan cadangan penggunaan
tenaga efisien secara kreatif, inovatif dan lengkap.

You might also like