You are on page 1of 1

EMAS

Ciri-ciri umum
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran,
boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan
serta menaruh perhatian.
Kata Kunci utama Peraturan dan saya bertanggungjawab
Ciri-ciri Diri Saya
1. Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
2. Bertanggungjawab, taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
. !ahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
". Saya seorang yang peneliti dan bersifat wajar
#. Saya menghormati masa
$. %ahu dianggap sebagai seorang yang berguna
&. Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumahtangga
'. Bersifat keibubapaan

Ciri-ciri Saya Di Tempat Kerja
o Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan
tempat kerja
o Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
o Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang
belakang organisasi.
o Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain,
walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.
o Kerja mengikut peraturan, kerjasama dan mengikut kebiasaan

You might also like