You are on page 1of 4

JURNAL

Bilangan Jurnal : 6/12


Minggu Praktikum : Minggu keenam
Tarikh Peristiwa : 3 7 Mac 2014
Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, seperti biasa saya telah menjalankan tugas-tugas yang
diamanahkan kepada saya. Namun, kali ini saya telah ditugaskan bersama dengan
guru lain untuk menyediakan satu persembahan untuk Pertandingan Tarian pada
April nanti. Pada minggu ini juga, saya dikehendaki untuk menghantar kertas
cadangan penyelidikan tindakan dan menghadapi penyeliaan oleh pensyarah. Oleh
itu, saya telah menghadapi kekangan masa bagi melaksanakan kesemua tugas
tersebut dengan baik. Guru pelatih khususnya yang telah berpraktikum dan
melanjutkan pengajian didapati mempunyai masalah dalam pembahagian masa,
cara pembelajaran yang berkesan dan mendisplinkan diri (Rusilah, Norzaini &
Mohammed Sani, 2011).

2. Analisis

Pada awalnya, saya telah menjalankan tugas seperti biasa. Walaupun
dengan tugas tambahan iaitu melatih murid membuat persembahan, saya masih
boleh membahagikan masa dengan baik. Namun, apabila saya membuat keputusan
untuk menghantar draf kertas cadangan penyelidikan tindakan pada hari Jumaat,
saya mula panik dan resah kerana saya belum melengkapkan. Saya mula risau
kerana saya merasakan tidak mempunyai cukup masa untuk menghantar kertas
cadangan tersebut tepat pada masanya.



Keadaan diburukkan lagi apabila pensyarah pembimbing minor telah
menyatakan bahawa beliau akan datang untuk menyelia. Bagi penyeliaan ini, sudah
pasti saya ingin membuat yang terbaik bagi mendapatkan markah yang cemerlang.
Namun, disebabkan oleh terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam satu
masa, saya menjadi buntu dan tidak tahu yang mana harus diutamakan terlebih
dahulu. Kajian yang dijalankan oleh Kearns dan Gardiner (2007) mendapati bahawa
kegagalan pelajar dalam menguruskan masa dengan baik telah dikenal pasti
sebagai salah satu faktor yang mendorong kepada stres dan kebimbangan. Setelah
bertungkus lumus dan berjaga selama beberapa malam, saya berjaya menyiapkan
kesemua tugasan tersebut tetapi saya tidak berpuas hati dengan hasilnya kerana
dilaksanakan secara tergesa-gesa. Saya berpendapat bahawa sekiranya terdapat
sedikit masa lagi, sudah pasti hasilnya adalah lebih baik. Saya juga mendapati
bahawa saya dalam keadaan lesu sepanjang minggu ini.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya berpendapat bahawa adalah tidak elok sekiranya seorang guru datang ke
sekolah dalam keadaan lesu. Jadi, saya akan cuba untuk mendapatkan rehat
yang secukupnya agar bertenaga ketika menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

b) Saya juga akan cuba membahagikan masa dengan sebaiknya agar semua
tugasan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa dijalankan secara tergesa-
gesa. Pengurusan masa yang baik dapat mengurangkan stres atau tekanan
(Mackenzie, 1997).

c) Saya seharusnya tidak menangguhkan kerja dan menjalankan kerja mengikut
perancangan supaya semua kerja dapat dijalankan mengikut jadual yang
ditetapkan. Allock (1996) menyatakan bahawa setiap hari setiap individu pasti
ada menetapkan atau menyetujui tarikh akhir.


d) Sekiranya saya tidak mampu menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada
masanya, saya perlulah berjumpa dengan pensyarah dan guru yang terlibat bagi
memohon kelonggaran agar dapat mendahulukan tugasan yang lebih penting.
Interaksi yang sihat antara penyelia dengan pelajar juga boleh membantu pelajar
mengurangkan tahap stres (Newbold, Mehta dan Forbus 2010). Contohnya
latihan tarian boleh ditangguhkan dahulu kerana pertandingan akan berlangsung
pada bulan April nanti.


4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Sebaik sahaja saya
saya mengenal pasti punca masalah ini, saya akan melaksanakan tindakan susulan
yang telah saya rancangkan. Pengurusan masa merupakan aspek penting dalam
persediaan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak diatasi
dengan segera, sudah tentu kualiti pengajaran dalam kelas akan terganggu dan
proses p & p akan tergendala.



Disemak oleh guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : Tandatangan :..
Nama :. Nama :...
Tarikh : Tarikh :..


BIBLIOGRAFI
Allock, D. (1996). Time and Workload Management. Petaling Jaya: Pelanduk
Publications.

Kearns, H. & Gardiner, M. (2007). Is it time well spent? The relationship between time
management behaviors, perceived effectiveness and work-related moral and
distress in a university context. Higher Education Research and Development,
26(2): 235-247.

Mackenzie, A. (1997). The Time Trap. Ed. Ke-3. New York: Amacom.

Newbold, J. J., Mehta, S. S. & Forbus, P. (2010). A study of non-traditional and
traditional students in terms of their time management behaviors, stress factors
and coping strategies. Proceedings of the Academy of Educational Leadership,
15(2): 67-72.

Rusilah Jais, Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. (2011). Tahap kualiti pelajar
sekolah dan pensyarah matrikulasi dalam menghadapi meritrokasi di Kolej
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Teknologi, 55:15-35.

You might also like