You are on page 1of 7

pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer?

Try out the HTML to PDF API


Home Pembelajaran Bilik Darjah Mesra Budaya
Bilik Darjah Mesra Budaya
By huzaini ismail Posted at 4:43 AM Pembelajaran No comments
Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang
hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam
tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu
Enter your email address
Popular Posts Recent Posts
Connect with Us
Subscribe
Funny Football
Modul, Buku Pengajaran Guru
KSSR Tahun 3 (New)
Bilik Darjah Mesra Budaya
Isu - Isu Guru
Integrasi Nasional
Like Us On Facebook
10 Like
0

Tweet 0
Kickstory
Simple Traveler
Enter keywords Search
HOME HOTS ONLINE SHOP SKYSHUTTER SOFTWARE VIDEO GALLERY ADVERTISMENT
HOME EDUCATION DOWNLOAD TUTORIAL TRAVELOG
pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer? Try out the HTML to PDF API
penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak
didik.
Perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang
diperuntukan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu
pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan lebih-lebih lagi kelas yang
mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang
Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan
kepada semua murid.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan
persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa
sangat penting kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dimana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata dimana mereka
semua berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang
sesuai yang telah dirancang oleh guru.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yan pertama yang boleh diguna pakai oleh
guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah pembelajaran secara
kooperatif. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dimana semua murid tanpa
mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat
menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang
perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.
Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam satu
kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang,
bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid
dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi seasama mereka
dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang melibatkan asal usul bangsa
mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama
dapat direalisasikan dengan jayanya.
Find us on Facebook
Kickstory Official
145 people like Kickstory Of f icial.
Facebook social plugin
Like
pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer? Try out the HTML to PDF API
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penglibatan murid
secara aktif dan menyeluruh. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira bangsa memberi penyumbang
kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid dapat menjalankan
aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak mereka sendiri dengan bantuan
guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai.
Sebagai tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan
dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru perlu merancang
dan menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai kepada murid
yang berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat bantu mengajar(ABM)
yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana ABM itu perlulah mengikut
kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebat sebagai
alat untuk tujuan pembelajaran.
Suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan tahap
pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang kepada semua murid dimana
mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa mengira
perbezaan. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum
dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Oleh itu iklim
kelas yang mesra budaya akan mengurangkan peratus murid yang terpinggir dikalangan
golongan tertentu apabila hak kesaksamaan diamalkan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim kelas yang mesra
budaya justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
sempurna jika guru dan murid berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan untuk
mewujudkan kelas yang mesra budaya juga ialah guru perlulah merancang aktiviti
yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru menyediakan permainan bahasa, kuiz
dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam mewujudkan kelas yang mesra
budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang sebutan sesuatu
perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan apa khabar, orang Melayu
menyebut apa khabar, orang Cina menyebut ni hao ma dan orang India menyebut
wanekem.
Live Traffic Feed
A visitor f romNewark, New
Jersey
viewed "Bilik Darjah Mesra Budaya
Kickstory" 5 secs ago
A visitor f romKuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
viewed "Perodua Axia Kickstory" 1
min ago
A visitor f romShah Alam,
Selangor
viewed "Bilik Darjah Mesra Budaya
Kickstory" 4 mins ago
A visitor f romMiri, Sarawak
viewed "Isu - Isu Guru Kickstory" 21
mins ago
A visitor f romKuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
viewed "Pengaruh Teknologi
Pendidikan DalamSistemPendidikan
Kickstory" 33 mins ago
A visitor f romMalaysia
viewed "Isu - Isu Guru Kickstory" 36
mins ago
A visitor f romBukit Mertajam,
Pulau Pinang
viewed "Soalan Percubaan UPSR
Kickstory" 40 mins ago
A visitor f romPenang, Pulau
Pinang
lef t "Modul Perekodan Perkembangan
Murid Of f line Tahun 3 Kickstory" via
web.moe.gov.my 47 mins ago
A visitor f romDalat, Sarawak
viewed "Modul Perekodan
Perkembangan Murid Of f line Tahun 1
Kickstory" 48 mins ago
A visitor f romPenang, Pulau
Pinang
viewed "Kickstory" 48 mins ago
Real- t ime view Menu
pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer? Try out the HTML to PDF API
Bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya, isu yang sensitif tidak boleh
dibangkitkan didalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pendekatan dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan bagi mengawal iklim
kelas yang mesra budaya perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid dan latar
belakang mereka kerana hal ini boleh mempengaruhi minat mereka dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran justera itu proses untuk mewujudkan iklim dan persekitaran
yang mesra budaya dikalangan murid tidak dapat dilakukan dengan jayanya.
Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran
kelas yang mesra budaya, guru perlulah memainkan peranan yang penting dan
menjadi contoh kepada pelajar dalam mewujudkan situasi atau persekitaran yang
mesra budaya antara pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah yang boleh dipraktikan
oleh guru ialah kaedah membuat persembahan oleh pelajar. Dalan kes ini, pelajar
digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka dari pelbagai bangsa
dan mereka membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai
contoh jika guru mengajar tentang pakaian tardisional, murid-murid perlu membuat
persembahan tentang pakaian tradisonal bangsa mereka dengan menamakan pakaian
mereka contohnya orang Melayu baju kurung, orang Cina chong sam dan India sari.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, kaedah yang boleh digunakan
oleh guru ialah menyerap budaya dari pelbagai kaum mengikut kesesuaian aktiviti
yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru boleh memasukkan unsur budaya sesuatu bangsa dalam aktiviti yang dijalankan
dengan penjelasan bersama campuran unsur budaya justeru murid-murid akan
mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu bangsa dan mereka akan cuba untuk
menghormatinya. Disamping itu, guru juga digalakkan memberi dorongan kepada
murid dengan mengatakan bahawa sesuatu bangsa mempunyai kelebihan masing-
masing.
Kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran kelas
yang mesra budaya juga ialah guru dan murid-murid boleh menghias kelas dengan
mempamerkan semua unsur-unsur budaya sesebuah bangsa melalui hasil kerja tangan
murid dari pelbagai bangsa. Suasana kelas boleh dipadatkan lagi dengan hasil kerja
tangan mereka seperti lukisan, anyaman dan archa didalam kelas. Guru juga perlulah
pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer? Try out the HTML to PDF API
Anatomi dan Fisiologi
Related Posts
memberi dorongan kepada mereka dalam penghasilan karya seni dimana ia
menggambarkan identiti sesuatu bangsa.
Di samping itu juga, kaedah yang boleh digunakan ialah menyediakan ruang
belakang kelas yang dikenali sebagai red carpet. Di ruangan ini, guru dan murid
berbincang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil membuat
bulatan diatas karpet merah. Melalui kaedah ini hubungan silaturahim antara murid dapat
dilakukan dengan jayanya dengan kata lain mereka boleh belajar tentang cara untuk
belajar dan berbincang sesama mereka tanpa mengira bangsa.
Sebagai kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
akan memberi kesan positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan
kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa justeru ia menjadi menyumbang utama
dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budya.
Related Posts
Anatomi dan Fisiologi
Pembelajaran
About the Author
I'm a part time blogger
View all posts by: BT9
pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer? Try out the HTML to PDF API
pdfcrowd.com open in browser PRO version Are you a developer? Try out the HTML to PDF API
2013 Kickstory. Distributed By Blogger Themes | WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
Back to top

You might also like