You are on page 1of 3

1

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KETIGA TAHUN 2014



Tarikh : 18 Julai 2014 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, SJK (C) Kg. Baru Petaling

Kehadiran : Pn. Lee Meng Chu Penasihat
En. Eu Hieng Mew Pengerusi / Setiausaha
Pn. Sum Siew Foong AJK
Pn. Evelyn Lee Yoong Hui AJK
Pn. Yong Lee Kian AJK
En. Chong Boon Wee AJK

Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua
3. Hal-hal Berbangkit
4. Pelaksanaan PdP TMK dan RBT
5. Aktiviti Tahunan
6. Hal-hal Lain



1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran GPK Pentadbiran selaku Pengerusi yang
memangku jawatan Guru Besar dan para guru kerana sudi menghadiri
mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi berharap semua guru dapat mengambil bahagian secara aktif dalam
perbincangan.

Tindakan : Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua
2.1 Dicadang oleh : Pn. Evelyn Lee Yoong Hui
2.2 Disokong oleh : Pn. Sum Siew Foong

Tindakan : Makluman

2

3. Hal-hal Berbangkit
3.1 Perkara 3.1 dalam Minit Mesyuarat Kedua
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) berdasarkan Surat Pekeliling Lembaga
Peperiksaan Bil. 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
haruslah dilaksanakan sepanjang tahun.
3.2 Perkara 3.3 dalam Minit Mesyuarat Kedua
Peruntukan PCG Panitia TMK berdasarkan Panduan Penggunaan Peruntukan
Bantuan Geran Per Kapita Bagi Mata Pelajaran Baharu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2, No. Rujukan Surat :
KP(BKEW/BT)1910/PCG/A4 Jld.9 (51) bertarikh 3 Mac 2014
3.2.1 Pihak pentadbir telah membuat keputusan bahawa 50% peruntukan
PCG untuk Panitia TMK manakala 50% peruntukan PCG untuk Panitia
KT.
3.3 Perkara 5.2 dalam Minit Mesyuarat Kedua
13 buah komputer murid dalam Makmal Komputer telah dibekalkan dengan D-
Link Wireless N 150 USB Adapter.
3.3.1 Hanya 12 buah komputer murid dibekalkan Adapter. Sebuah Adapter
digunakan oleh komputer dalam perpustakaan sekolah.

Tindakan dan Makluman: Semua Guru Panitia

4. Pelaksanaan PdP TMK dan RBT
4.1 Berdasarkan Lampiran 5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013:
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 2 Secara
Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2014, waktu PdP TMK dan RBT boleh
diajar secara bergilir-gilir atau serentak mengikut kesediaan sekolah.
4.2 Namun demikian, pihak JPN dan PPD telah memberi arahan secara lisan untuk
melaksanakan PdP secara bergilir-gilir.
4.3 Disebabkan PdP TMK telah dilaksanakan pada semester 1, maka, PdP RBT
perlu terus dilaksanakan pada semester 2. Arahan lisan tersebut akan dipatuhi
mulai tahun 2015.
4.4 Walau bagaimanapun, Ketua Panitia tetap berpendapat bahawa arahan
tersebut tidak memanfaatkan guru dan murid.
Hal ini demikian, pembelajaran amali tidak dilaksanakan secara berterusan.
Guru terpaksa mengulangi PdP lepas dan ini akan membazirkan masa serta
membantutkan perkembangan pembelajaran murid.
Tambahan pula, PdP berselang-seli akan mengelirukan murid-murid tentang
kandungan yang ingin disampaikan oleh guru.
Maka, diharapkan arahan tersebut dapat dikaji semula demi manfaat majoriti
murid-murid Tahun 4 di seluruh Malaysia dan bukan demi murid yang berhasrat
untuk pindah sekolah sahaja [urusan pindah sekolah belum tentu wujud lagi].

Tindakan dan Makluman: Semua Guru Panitia

3

5. Aktiviti Tahunan
5.1 Pertandingan Kuiz Bertulis TMK dijangka diadakan pada bulan Oktober.
5.2 Sasaran pertandingan ini merupakan murid-murid KSSR [Tahun 1 hingga
Tahun 4].
5.3 Soalan kuiz akan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing.

Tindakan : Ketua Panitia, Guru TMK dan Semua Guru DST

6. Hal-hal Lain
6.1 Latihan amali wajib dititikberatkan kepada murid-murid agar membantu murid-
murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK.
Latihan teori boleh diberikan mengikut kesesuaian tajuk.
Maka, tiada penetapan minimum latihan kerja murid bagi mata pelajaran TMK.
6.2 Guru-guru panitia digalakkan untuk menggunakan Makmal Komputer
sepanjang PdP dilaksanakan.
Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer telah disediakan oleh Ketua
Panitia.
Tiada percanggahan kelas dalam jadual penggunaan tersebut.
Guru-guru panitia diingatkan untuk memastikan murid-murid menjaga
kebersihan Makmal Komputer. Segala alatan yang diguna perlu diletak balik ke
tempat asal.
6.3 Tiada ujian untuk mata pelajaran TMK. Amali lebih dititikberatkan.
6.4 Dalam penulisan RPH, item Penilaian perlu ditulis selepas item Aktiviti.

Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Guru Panitia



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.




Disediakan oleh, Disemak oleh,



____________________ ____________________
En. Eu Hieng Mew En. Eu Hieng Mew
Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK

You might also like