You are on page 1of 21

1

1.0 Konsep Pengajaran Mikro.


Pengajaran mikro merupakan satu kaedah untuk memantapkan
pengajaran dan boleh di latih. Kaedah pengajaran ini telah diasaskan di
University Stanford. Kemudian kaedah pengajaran ini telah dimantapkan dan
dijadikan satu teknik latihan dalam pengajaran oleh Allen dan Ryan pada tahun
1969. Kaedah pengajaran mikro ialah satu bentuk latihan pengajaran secara
praktikal yang dipermudahkan pengurusannya seperti skop pengajaran dan
organisasi yang lebih kecil.
Dari sudut bahasa, istilah mikro membawa maksud sesuatu yang lebih
kecil seperti microscope dan microwave. Jadi dapat difahami kaedah pengajaran
ini merujuk kepada cara mengajar yang lebih difokuskan kepada perkara yang
lebih kecil. Oleh itu, seseorang guru boleh memantapkan pengajaran dengan
cara memperbaiki kelemahan dalam pengajaran menggunakan kaedah
pengajaran mikro. Selain itu, guru juga dapat memajukan gaya pengajaran
dengan menggabungkan semua kaedah pengajaran mikro yang telah dibaiki
kelemahannya dalam subtopik pelajaran.
Terdapat tiga jenis aspek utama dalam pengajaran mikro iaitu saiz kelas,
masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Tiga aspek tersebut dikecilkan
skopnya dalam kaedah ini. Hal ini bertentangan dengan kaedah pengajaran
makro yang tiga skop utama yang dinyatakan tadi adalah bersaiz besar.
Seseorang guru disyorkan menguasai kaedah pengajaran mikro kerana akan
memudahkan proses kaedah pengajaran makro yang sememangnya digunakan
dalam kelas.
Proses mengajar adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan
seseorang penyampai iaitu guru dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang
cukup dan kemahiran kemahiran yang mantap untuk berdepan dengan situasi
realiti kehidupan di sekolah. Umumnya, realiti sebenar dalam kelas memerlukan
guru mempunyai skil pengajaran yang luas untuk mengurus situasi yang
2

kompleks di sekolah khususnya semasa dalam kelas untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru baharu yang tidak
mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam pengajaran dalam
kelas kerana situasi sebenar akan menyebabkan guru melalui proses yang
kompleks. Walaubagaimanapun, proses yang kompleks tersebut akan dapat
dipermudahkan dengan kaedah pengajaran mikro. Hal ini kerana, proses
pengajaran tersebut dapat dianalisis dan dipecahkan kepada pendekatan
pendekatan dan kemahiran spesifik dengan cara menguasai skil pengajaran
melalui mikro pengajaran.
Banyak kemahiran kemahiran pengajaran boleh diperolehi menerusi
proses pengajaran mikro seperti melalui situasi simulasi. Guru guru pelatih
yang diberikan latihan secara bersistematik akan melahirkan guru yang
mempunyai konfiden yang tinggi dan efektif dalam menangani situasi sebenar.
Antara ciri ciri pengajaran mikro ialah guru pelatih diberi peluang mencuba
kemahiran mengajar. Walaubagaimanapun, mereka hanya akan mencuba hanya
satu kemahiran.
Sesi mengajar sesuatu kemahiran tersebut akan diulang guru pelatih
terbabit hingga guru pelatih tersebut berupaya menguasai kemahiran mengajar
tersebut. Pengajaran mikro memberikan tumpuan kepada kemahiran mengajara
maka topik atau mata pelajaran tidak begitu penting. Semasa proses pengajaran
mikro berjalan, penyelia dan rakan ahli perlulah memberikan kerjasama dan
saling bantu - membantu.Setiap ahli dibenarkan memberikan kritikan membina
kepada guru pelatih agar dapat memberikan pengajaran yang lebih baik di masa
hadapan.
Pengajaran mikro juga bertujuan memberikan kemahiran pengajaran
kepada guru pelatih yang masih kekurangan ilmu dan tidak mantap, oleh itu
kaedah pengajaran mkro tidak sesuai dijadikan platform untuk menilai
3

kebolehan mengajar seseorang guru pelatih yang baru hendak mendapatkan skil
dan pengalaman mengajar.
Model asal pengajaran mikro berasal daripada D. Allen dan K. Kyan iaitu
merancang, mengajar, mengulas, merancang semula, mengajar semula, dan
mengulas semula. Walaubagaimanapun, di Malaysia kaedah pengajaran mikro
telah di ringkaskan kepada empat peringkat iaitu peringkat pengenalan,
perancangan, pelaksanaan, dan maklum balas. Peringkat peringkat tersebut
telah diringkaskan dalam sukatan kaedah mikro di Malaysia bagi memudahkan
lagi guru pelatih mendapatkan skil pengajaran yang baik.
Dalam peringkat pengenalan pensyarah akan emberikan penjelasan dan
pengenalan mengenai apakah pengajaran mikro. Selepas itu, komponen
komponen kemahiran untuk sesi latihan pengajaran mikro akan dibincangkan
dengan lebih lanjut. Dalam proses pengenalan tersebut juga, para guru pelatih
akan diberikan boring bimbingan yang mengandungi kriteria kriteria tertentu
dalam pengajaran agi mengesan dan merekod kelemahan pengajaran guru
pelatih utuk dijadikan rujukan dan refleksi pada masa depan.
Dalam peringkat seterusnya iaitu perancangan, sesi akan diteruskan
dengan seorang guru pelatih yang telah dipilih untuk memulakan kemahiran
mengajar dengan cara mengendalikan satu sesi pengajaran mikro. Guru pelatih
tersebut juga dikehendaki merancangkan satu persediaan dengan berdasarkan
kemahiran mengajar tertentu yang telah ditetapkan. Dalam sesi perancangan ini
juga guru pelatih boleh mendapatkan bantuan pensyarah terlibat bagi
mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Peringkat seterusnya ialah peringkat pelaksanaan yang bermula apabila
guru pelatih selesai melakukan persediaan mengajar. Proses ini merujuk kepada
sesi demonstrasi tentang sesuatu kemahiran mengajar berdasarkan persediaan
mengajar yang telah dirancangkan oleh guru pelatih untuk sesi pengjaran mikro
tersebut. Dalam sesi tersebut juga rakan rakan yang bertindak sebagai murid
4

murid akan memberikan kerjasama manakala pensyarah akan menyemak
menggunakan boring bimbingan.
Dalam peringkat terakhir, iaitu peringkat maklum balas, pensyarah akan
mewujudkan suasana perbincangan agar para pelatih guru dapat membuat
analisis, tafsiran dan rumusan terhadap demonstrasi pengjaran yang telah
dibentangkan dengan menggunakan boring bimbingan yang disediakan. Selain
itu, pensyarah juga akan berbincang dengan guru guru pelatih mengenai
kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam sesi pengjaran mikro yang telah
dijalankan. Aktiviti sumbang saran tentang kelebihan dan kelemahan juga boleh
diwujudkan semasa proses maklum balas berlaku.
Sekiranya rakaman video pengajaran telah dibuat, rakaman tersebut
boelh ditayangkan semula untuk menerangkan situasi mana yang perlu
diperbaiki dan situasi yang menjadi kekuatan seseorang guru pelatih tersebut
untuk dicontohi dan diteruskan. Komen komen dan semua cadangan boleh
diusulkan agara guru pelatih yang membentang dan semua rakan rakan guru
pelatih boleh menjadikannya rujukan dan memperbaiki kemahiran pengajaran
mereka lebih baik lagi.
Pengulangan sesi pengajaran mikro akan berlaku dengan dibentangkan
semula oleh guru pelatih bergantung kepada penilaian pensyarah terhadap
pengajarannya . Misalnya, sekiranya terdapat banyak kelemahan yang perlu
diperbaiki maka guru pelatih perlu mengulanginya dan memastikan tidak
melakukan semula kelemahan yang telah diperjelaskan dalam sesi maklum
balas yang berlaku. Refleksi oleh guru pelatih amat penting dan perlu
dipraktikkan untuk menjadikannya amalan seterusnya memastikan pengajaran
guru pelatih tersebut adalah berkualiti.
Oleh itu , jelaslah bahawa dengan menggunakan pengajaran mikro yang
berbentuk praktikal, guru pelatih dapat memantapkan gaya pengajaran mereka
dengan lebih baik lagi.

5

2.0 Kemahiran Kemahiran Pengajaran Mikro.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pengajaran mikro adalah suatu
teknik simulasi dalam sesi pengajaran dengan tujuan utamanya adalah untuk
memberikan pengalaman dan skil mengajar yang dapat membantu seseorang
guru pelatih mengadaptasikannya dalam realiti situasi yang sama dengan aktiviti
pengajaran di bilik darjah di sekolah. Kemahiran kemahiran yang dipilih dalam
pengajaran mikro adalah kemahiran yang penting agar guru pelatih bejaya
mengurus kelas dan memberikan pengajaran dengan jaya.
2.1 Set Induksi
Kemahiran pengajaran mikro yang perlu ada sebelum memulakan
pengajaran ialah set induksi. Kemahiran induksi ini mempunyai perkaitan dengan
kaedah untuk guru memulakan sesi pengajarannya dalam kelas ataupun untuk
memperkenalkan sesuatu sub topik tertentu kepada murid - murid. Impak set
induksi amat penting kerana ia adalah permulaan pengajaran yang menentukan
murid memberikan focus sepenuhnya kepada guru atau tidak. Guru yang baik
akan dapat menimbulkan perasaan ingin tahu murid melalui set induksi dan
merangsang murid untuk minat kepada pengajaran yang akan diajar.
Dalam setiap sesi pengajaran guru dalam kelas juga, penerangan yang
jelas dan tegas kepada murid mengenai tugasan yang akan dibuat perlulah
lancar dan tepat agar murid memahami dengan betul dan melaksanakan
tugasan seperti yang sepatutnya. Untuk itu, guru perlu menguasai kemahiran
mengawal kelas dengan baik. Dalam usaha melaksanakan set induksi yang baik,
seseorang guru perlulah bersiap sedia dan memiliki ilmu pengetahuan yang
mencukupi dalam bidang pengajarannya.
Dengan persediaan yang mantap guru akan dapat menyediakan suasana
permulaan pembelajaran yang memberangsangkan dan aktif. Permulaan
suasana pembelajaran yang kondusif membolehkan guru mendapat penglibatan
dan respons yang baik daripada murid - murid. Respons yang baik daripada
murid murid menunjukkan guru berjaya menarik minat mereka untuk belajar
6

dan memberikan perhatian penuh kepada sesi pengajarannya. Salah satu cara
menyediakan set induksi yang baik adalah menyediakan aktiviti yang menarik di
awal pembelajaran.
Aktiviti yang menarik perhatian murid murid tersebut juga seharusnya
menimbulkan persoalan kepada murid murid tentang sesuatu mata pelajaran
yang hendak di ajar. Oleh itu, guru perlu mengekalkan minat murid tersebut dan
menarik perhatian muridnya . Guru juga perlu menggerakkan mereka untuk
membuat aktiviti, dan belajar berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan set induksi
juga guru boleh mengaitkan pelajaran lalu dengan pelajaran yang sedang
dipelajari dan ini dapat meningkatkan daya kemahiran murid mengaitkan sesuatu
pelajaran. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid terhadap pembelajaran.
Terdapat beberapa aspek dalam set induksi yang perlu dititikberatkan iaitu :
2.1.1 Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid, guru boleh menggunakan suara yang
lantang dan jelas, gerakgeri yang aktif, serta pandangan mata yang mampu
menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang sedang diajar. Guru juga boleh
menggunakan bahan bantu mengajar atau sebarang alatan mengajar untuk
mempelbagaikan intraksi dengan murid dalam pengajaran. Kepelbagaian guru
mengajar dapat menarik minat murid untuk terus fokus kepada guru semasa
pengajarannya.
2.1.2 Menimbulkan Pergerakan
Guru juga perlu menggerakkan muridnya untuk mengekalkan fokus murid
dan merehatkan minda mereka. Misalnya guru mengarah muridnya melakukan
pergerakan senaman ringkas bersama dan ini dapat melegakan kepenatan
murid murid .Aktiviti tersebut dapat menunjukkan kemesraan seseorang guru
dan menunjukkan semangat serta kesungguhan guru tersebut mengajar. Guru
boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau
7

menarik minat murid dengan bercerita sebelum memulakan aktiviti
pembelajaran.
2.1.3 Struktur
Selain itu, guru juga perlu melaksanakan sesi pengajaran secara
berstruktur dan terancang. Pengajaran yang berstruktur dan sistematik akan
melicinkan lagi tahap keberkesanan murid belajar. Misalnya, sebelum
membincangkan sesuatu perkara atau tugasan yang diberikan kepada
muridnya, guru boleh memberikan arahan seperti Tengah hari ini kita akan
melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya.
Dengan ini murid akan tertanya tanya dan menyiapkan mindanya untuk
menerima apa yang akan ditunjukkan oleh gurunya dan apa yang akan
dipelajarinya daripada gambar tersebut. Selepas perbincangan itu guru boleh
mengarahkan murid menulis cerita berdasarkan gambar dan perbincangan yang
telah dijalankan sebelum itu .
2.1.4 Membuat Perkaitan
Bagi merangsang minda dan memori murid murid, guru boleh
melakukan aktiviti perbandingan dan perbezaan semasa dalam pengajrannya.
Sebagai contoh, guru membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di
Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Dengan
ini murid akan dapat melihat perbezaan dan persamaan yang wujud diantara dua
tempat yang berbeza.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa set induksi memainkan peranan yang
penting dalam memastikan proses perjalanan pengajaran berjalan dengan
effisien. Set induksi yang berkesan mempunyai ciri ciri seperti bermakna
kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat mereka. Set induksi juga
mestilah mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran yang
akan diajar. Disamping itu, pelajaran yang baru perlulah dikaitkan dengan
8

pengetahuan sedia ada murid seperti pelajaran sebelum itu. Ringkasnya murid
akan belajar daripada ilmu yang telah diketahui kepada yang akan diketahui.
2.2 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Dari sudut kemahiran penggunaan papan tulis pula seseorang guru
memerlukan kecekapan dalam merancang dan menyusun tulisan, nota dan
gambar rajah di atas papan tulis. Ini kerana sekiranya guru tidak mahir maka
murid akan sukar memahami tulisan atau persembahan guru tentang mata
pelajaran di atas papan tulis. Tetapi sekiranya guru dapat menguasai kemahiran
penggunaan papan tulis dengan effisien , guru akan berupaya membantu
memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan
tepat .Bukan itu sahaja, sekiranya penggunaan papan tulis dapat digunakan
dengan kreatif maka guru juga mampu untuk menarik minat mereka mengikuti
pelajarannya.
2.2.1 Prinsip-Prinsip Penggunaan Papan Tulis
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diawasi guru dalam menggunakan
papan tulis. Prinsip pertama ialah, guru perlu merancang dengan rapi terlebih
dahulu penggunaan papan tulis dengan lebih awal .Hal ini agar tulisan, nota dan
gambar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dapat diletakkan oleh guru
pada tempat yang sesuai dan menarik minat murid - murid. Selain itu, guru juga
perlulah cuba untuk memahirkan diri dalam kemahiran melukis agar lukisan guru
juga menjadi menarik.
Guru juga memainkan peranan penting semasa menggunakan papan tulis
kerana tulisan guru menentukan murid dapat memahami sesuatu pelajaran.
Guru perlu bijak menyesuaikan tulisan di papan tulis agar tidak terlalu kecil dan
tidak menghalang murid daripada membacanya terutamanya murid yang berada
di bahagian belakang kelas. Aspek kejelasan dalam penggunaan papan tulis
perlu dititik beratkan guru. Hal ini termasuklah, kekemasan dan kejelasan
gamabar yang dilukis.
9

Lukisan yang cantik dapat mendorong murid murid untuk fokus semasa
pengajaran berlangsung. Selain daripada cantik, tulisan dan sebarang bentuk
lukisan yang terpampang diatas papan tulis mesti jelas kelihatan dan dapat
dilihat semua murid murid.Tulisan yang berwarna mestilah digunakan untuk
menggambarkan penonjolan dan penekanan sesuatu perkataan samada
menggunakan kapur berwarna, pen marke berwarna atau apa apa alat tulis
yang relevan bagi menonjolkan penekanan terhadap tulisan tersebut..
Tambahan itu, aktiviti penggunaan papan tulis juga amat penting untuk
dipelbagaikan supaya murid murid tidak akan bosan dengan pengajaran guru
di dalam kelas. Sebagai contoh, selain daripada menulis dan melukis
menggunakan warna yang berwana warni, guru juga boleh menggunakan papan
tulis untuk menggantung peta atau gambar-gambar menarik yang dapat
membantu guru sebagai alat bantu mengajar.
Aspek susunan juga tidak boleh diabaikan guru semas menggunakan papan
tulis. Hal ini supaya guru menggunakan papan tulis secara efektif dan dapat
membahagikan ruang papan tulis secara effisien. Sebagai contoh, guru tidak
mencampur adukkan sesuatu tajuk dengan tajuk laindalam pelajaran agar murid
tidak menjadi keliru. Ruang papan tulis mestilah digunakan dengan sebaik
baiknya oleh guru sama ada dengan menulis, melukis atau menggantung
gambar.
Murid murid juga perlu diberikan peluang untuk terlibat dan menyertai guru
untuk menggunakan papan tulis. Hal ini bermaksud guru melakukan aktiviti yang
membolehkan murid untuk memberikan respons dengan cara menulis jawapan,
menggariskan, membulatkan, melorekkan, melukis mahupun sebarang catatan
yang menjawab soalan mengikut arahan guru tanpa mengira betul atau salah.
Penglibatan murid amat penting kerana menunjukkan sama ada mereka
memberikan fokus atau tidak, malah guru juga boleh mengetahui prestasi murid
sama ada faham atau tidak.
10

Walaubagaiamanpun guru tidak boleh terlalai dengan teknik persembahan
pengajarannya dengan penggunaan papan tulis secara berlebihan dalam kelas.
Hal ini kerana jika guru tidak mengambil sikap waspada , akibatnya guru akan
kekurangan masa menyempurnakan pengajaran dan penjelasan lanjut.
Tuntasnya, guru hendaklah memastikan masa penggunaan papan tulis adalah
bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar
masa yang diperuntukkan adalah mencukupi. Guru juga mesti bijak
menggunakan papan tulis tanpa menggunakan masa berlebihan kerana murid
murid akan mula merasa bosan.
2.2.2 Objektif Penggunaan Papan Tulis
Penggunaan papan tulis dalam sesuatu pelajaran adalah sangat penting
kerana dapat menjelaskan sesuatu hal atau idea yang abstrak dalam pelajaran
secara visual dan juga dengan penerangan guru yang bertindak sebagai
audio.Dengan penjelasan guru beserta gambar rajah di atas papan tulis, murid
murid akan dapat memahami sesuatu perkara dalam pelajaran dengan cepat .
Hal ini disebabkan murid murid akan dapat melihat dengan jelas susun atur,
susur galur, mahupun carta alir sesuatu perkara atau proses. Justeru itu, untuk
meningkatkan tahap kefahaman murid murid, penggunaannya adalah sangat
penting.
Disamping itu juga, penggunaan papan tulis yang kreatif juga dapat
membantu guru untuk menarik perhatian pelajar terhadap mata pelajaran yang
diajar dalam kelas. Misalnya guru boleh menggunakan pen marker yang
berwarna warni unutk menekankan perkara-perkara yang penting di dalam
penjelasannya terhadap mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh
menggunakan kaedah demonstrasi langkah-langkah penyelesaian masalah
dengan melukis carta atau rajah tertentu agar murid dapat memahami dengan
lebih jelas.
Selain itu, penggunaan papan tulis juga bertujuan membantu guru untuk
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara visual dan
11

praktikal.kepada pelajar-pelajar untuk menulis sebarang perkara menganai
pelajaran di atas papan tulis dengan berdasarkan arahan guru.

2.2.3 Komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis.
a)Kejelasan
Kejelasan penulisan di papan tulis berkait rapat dengan saiz tulisan yang
bersesuaian, tulisan atau catatan yang kemas dan gambar rajah yang jelas dan
difahami.
b) Susunan
Guru perlu menggunakan ruang bagi tulisan dan rajah dengan sesuai dan
seimbang. Hal ini bermaksud, isi pelajaran di papan tulis dapat dilihat oleh
seluruh kelas dengan jelas dan tidak terhalang sama ada oleh tulisan yang kecil
atau sebaranmg halangan lain.Isi pelajaran yang diajar juga mesti disusun
secara sistematik agar tidak mengelirukan murid - murid.
c) Penonjolan atau penekanan
Penonjolan isi pelajaran yang penting boleh dibantu dengan penggunaan warna
yang terang dan sesuai seperti warna kapur atau pen marker yang berwarna
warni dan menarik.
d) Teknik persembahan
Teknik persembahan guru menyampaikan pelajaran dianggap effisien
sekiranya penggunaan papan tulis tersebut dapat membentuk konsep dengan
jelas dan tepat, memudahkan isi pelajaran yang sukar, dan berjaya melibatkan
secara aktif penglibatan semua pelajar dalam kelas serta dapat memastikan
penggunaan papan tulis tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar.

12

2.3 Kemahiran Variasi Rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan ialah kemahiran seseorang guru untuk
mempelbagaikan gaya dan tingkah laku pengajaran bagi menarik minat murid
terhadap penyampainnya terhadap isi pelajaran Kemahiran ini juga bertujuan
untuk mendapatkan penyertaan aktif murid murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Dengan variasi rangsangan, guru akan dapat
menyediakan ruang lingkup pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan
murid murid. Pembelajaran yang menyeronokkan murid akan lebih diingati oleh
mereka untuk suatu tempoh jangka masa panjang.
Apabila menggunakan kaedah variasi rangsangan, murid murid akan
berasa seronok dan kesannya mereka akan memberikan respons yang
memberangsangkan dan fokus yang tinggi di dalam kelas. Berikut adalah aspek
aspek penting dalam kemahiran variasi rangsangan yang harus dipraktikkan :
1.Pergerakan
Guru mestilah melakukan pergerakan semasa di dalam elas seperti
bergerak beberapa langkah di ruang hadapan atau di antara barisan-barisan
murid . Hal ini bertujuan membantu murid agar bersedia dan menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Walaubagaimanpun, elakkan pergerakan yang
bertumpu ke hadapan dan ke belakang kerana akan menimbulkan perasaan
resah dan akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
2. Gerak Geri Anggota Badan Guru
Salah satu cara lain untuk menarik perhatian guru dan mengekalkan
minat murid dalam pelajaran ialah penggunaan pergerakan anggota badan
badan guru seperti tangan dan muka secara semulajadi untuk menunjukkan
ekspresi penegasan perkataan yang dituturkan.


13

3. Kepelbagaian Intonasi Suara
Kepelbagaian intonasi suara guru amat penting dalam mengekalkan
tumpuan murid. Sekiranya guru hanya menggunakan suara yang mendatar
dalam pengajaran, maka guru akan gagal mengekalkan fokus murid murid. Ini
kerana murid murid akan menjadi bosan dan mudah hilang tumpuan terhadap
guru. Oleh itu, adalah perlu bagi seseorang guru untuk mengubah intonasi,
seperti nada suara yang pelbagai dan kelajuan perkataan yang berubah
mengikut kesesuaian agar dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran
yang disampaikan.
Walaubagaimanpun, intonasi suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan
nyaring akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam diri murid murid serta
resah gelisah kerana ketakutan. Sebaliknya, sekiranya suara yang digunakan
guru adalah mendatar, suara yang halus dan perlahan serta tidak bertenaga pula
akan menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. Justeru itu, guru mesti bijak
memainkan peranan dalam mengawal intonasi suara semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
4. Gerak Isyarat
Selain itu, gerak isyarat guru juga dapat memban tu mempelbagaikan
gaya pemngajaran. Sebagai contoh guru boleh melakukan permainan yang
memrlukan murid memahami kepelbagaian isyarat yang diberikan oleh guru.
Dengan ini minda murid murid akan dapat dirangsang untuk lebih cekap
mengean sesuatu secara visual.
Murid juga harus diberi peluang oleh guru untuk terlibat dengan aktiviti
perbincangan. Aktiviti seperti sumbang saran idea boleh melibatkan murid
secara lisan dan membolehkan mereka memberikan pandangan masing
masing seterusnya meningkatkan keyakinan diri sendiri. Penglibatan yang aktif
dapat membantu guru mengenal pasti aras kefahaman dan tumpuan yang
diberikan oleh murid murid semasa pengajarannya.
14

2.4 Kemahiran Menyoal
Tujuan guru menyoal murid adalah untuk mengetahui tahap kefahaman
murid murid terhadap pengajarannya bagi sesuatu topik. Teknik penyoalan
yang dilaksanakan dalam kelas perlulah jelas dari segi laras bahasa, dan frasa
yang digunakan. Selain itu, soalan yang dikemukakan oleh guru juga mestilah
berfokus dan khusus. Guru juga perlu memberi masa kepada murid untuk berfikir
sejenak sebelum memimnta mereka untuk menjawab. Guru juga mesti
memberikan peneguhan kepada murid jika soalan dapat dijawab seperti
memberikan pujian bagi merangsang motivasi murid murid. Keupayaan guru
menguasai teknik menyoal menjadi asbab kejayaan kemahiran ini dilaksanakan
dengan jaya.
Kelebihan utama penggunaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna
pemikiran murid murid agar berfikir. Dengan berfikir barulah murid murid
akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Hal ini kerana, soalan yang
dikemukakan secara automatic memerlukan seseorang untuk menganalisis,
mensintesis dan menilai fakta yang diterima sebelum diterjemahkan semula
dalam bentuk komunikasi. Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. Melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
ii. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid murid terhadap mata pelajaran
yang diajar guru.
iii.Menggalakkan murid murid berinteraksi seperti bertanya guru apa yamng
tidak difahami
iv. Menolong perkembangan daya pemikiran murid murid dengan cara
menyoal.

15

Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan
Terdapat beberapa prinsip tertentu yang perlu diperhatikan guru sebelum
menyoal murid. Prinsip prinsip tersebut ialah :
i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan guru hendaklah dirancang dengan
baik.
ii. Soalan-soalan mestilah sesuai dengan aras kebolehan murid murid.
iii. Aras soalan tidak boleh terlalu mudah dan tidak terlalu susah
iv. Perkataan, istilah, atau frasa yang digunakan mestilah boleh difahami murid
murid.
v. Guru perlu memberikan masa sejenak kepada murid murid untuk berfikir.
vi. Guru perlu mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas dan
elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja.
viiGuru perlu memberitahu soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama
murid yang akan menjawab.
viii. Guru perlu mempelbagaikan soalan untuk menarik perhatian murid.
ix. Guru juga perlu memastikan soalan itu dapat didengar dengan jelas seluruh
kelas.
x. Soalan yang disoal harus mendorong pelajar untuk berfikir
xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
xii. Soalan perlu ringkas dan jelas.



16

Aras Soalan mengikut Bloom (1956)
Terdapat aras tertentu dalam menyoal murid murid. Soalan-soalan yang
dikemukakan guru perlu meliputi beberapa aras tertentu seperti berikut:
i. Aras Pengetahuan
Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna
ingatan mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya
ketika menyampaikan tajuk, topik atau idea baru kepada pelajar.
ii. Aras Pemahaman
Apabila selesai pengajaran tentang sesuatu konsep dan pengetahuan, guru
boleh menyoal soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Soalan tersebut
memperlihatkan sama ada murid memahami atau tidak. Soaln juga menekankan
fakta, definisi dan konsep yang perlu diingat murid murid.
iii. Aras Aplikasi
Pada peringkat ini soalan hanya murid untuk mengeluarkan semula maklumat -
maklumat yang diperoileh untuk diterjemahkan dan diaplikasikan murid murid.
iv.Aras Analisis
Dalam aras ini guru akan melatih murid murid untuk mencerna fikiran dan
berfikir. Murid murid perlu menganalisis dan memahami dengan jelas sesuatu
pelajaran sebelum boleh menjawab soalan yang diberi. Murid murid pada aras
ini akan memeriksa maklumat untuk dikelaskan, diinterpretasikan, dan
diorganisasi sebelum membuat keputusan.
v. Aras Sintesis
Soalan dalam aras ini akan memerlukan pelajar untuk membentuk suatu
kesimpulan awal berdasarkan maklumat - maklumat awal yang didedahkan
kepada mereka. Guru perlu membimb ing murid murid untuk menimbang dan
membuat keputusan.
17

vi. Aras Penilaian
Peringkat ini adalah peringkat yang paling tinggi kerana murid perlu menilai dan
membuat keputusan dengan lebih terperinci dan mendalam serta
mempertahankannya dengan bukti bukti tertentu.
Oleh itu dapat difahami bahawa guru tidak boleh menyoal murid secara
membuta tuli tetapi perlu secara sistmatik dan dirancang rapi. Hal ini kerana,
tujuan penyoalan adalah bagi membina dalaman murid - murid agar bersifat
proaktif dan menjadi pelajar yang lebih berkualiti. Justeru dengan menggunakan
kaedah kaedah sebenar dalam penyoalan akan dapat mengembangkan
potensi sebenar murid murid dalam sesuatu mata pelajaran disamping
memberikannya keyakinan kepada diri sendiri.

2.5 Kemahiran Menggunakan pengukuhan
Kemahiran ini adalah kemahiran yang menjadikan murid bermotivasi
untuk menjawab soalan. Peneguhan kepada murid memberikan keseronokan
kepad mereka dan hal ini menyebabkan mereka akan mengulanginya. Carl
Rogers dalam buku Noriati Abd. Rashid (2012) beranggapan bahawa manusia
pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai
potensi diri. Menurutnya lagi, semua insan mempunyai tahap keinginan yang
tinggi untuk belajar.
Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung tetapi hanya
membimbingnya. Manakala Abraham Maslow dalam buku Noriati Abd. Rashid
(2012) menghuraikan jika individu bermotivasi maka individu tersebut akan
berusaha untuk mengembangkan minat dan kecenderungan dalam hal
tersebut.Dalam teknik penyoalan di sekolah rendah, guru boleh menjadi
pendorong untuk mereka menjawab soalan .
Guru juga boleh memastikan pelajar-pelajar sekolah rendah bersedia
untuk aktiviti soal jawab seperti permainan kuiz dan memberikan maklumat yang
18

sewajarnya sesuai dengan permainan itu. Kesediaan yang cuba diterapkan guru
kepada pelajar seterusnya boleh diperkukuhkan dengan memberikan klu
terhadap aktiviti dan soalan yang dikemukakan.
Sekiranya para pelajar tersebut seronok dengan aktiviti tersebut, maka
pelajar-pelajar terlibat akan berkecenderungan untuk memainkan lagi permainan
tersebut dan berlakulah proses pengulangan yang akan mengukuhkan ingatan
mereka tentang pembelajaran baharu mereka. Ingatan mereka akan kukuh
tentang pelajaran baharu melalui permainan tuju selipar seperti kemahiran
psikososial, kognitif dan emosi. Perkembangan keseluruhan mereka juga akan
menjadi lebih stabil dengan adanya proses pengulangan.
Peneguhan boleh berlaku secara positif atau negatif. Peneguhan positif
dapat membina motivasi dalaman murid murid untuk berusaha. Manakala
peneguhan berbbentuk negatif bertujuan agar murid tidak mengulangi kesilapan
yang sama. Peneguhan boleh dibuat dengan bentuk isyarat seperti senyuman,
anggukan kepala, melihat atau memandang murid dan memuji murid.
Peneguhan lain ialah mengiktiraf jawapan murid dan menulisnya di papan tulis.
Untuk peneguhan negatif pula guru boleh sekadar menggelengkan kepala,
bermuka masam, dan membeliakkan mata.
Terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi melalui proses
peneguhan. Antaranya ialah memberikan motivasi intrinsik dalam diri murid
murid. Seterusnya peneguhan juga akan dapat menyebabkan berlaku perubahan
tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Murid murid juga akan berasa
usahanya dihargai. Perhubungan antara murid dan guru juga akan bertambah
erat dan memudahka guru mempengaruhi murid seterusnya mengawalkelas
dengan baik untuk ssi pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan itu, guru pelatih yang memilih latihan pengukuhan sebagai
latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah memahami semua komponen dan
aktiviti pengukuhan berupaya menyebabkan tingkah laku positif dapat
ditimbulkan.
19

Berikut adalah contoh borang kemahiran pengukuhan bagi mengesan
kelemahan guru semasa proses pengajaran mikro berlangsung :
Komponen Kemahiran
Pengukuhan
( Peneguhan)
Ada
(sesuai)
Ada
(tidak
sesuai)
Tiada
Lisan positif

Gerak isyarat positif

Dampingan

Sentuhan

Lisan negatif

Gerak isyarat negatif

Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan


2.6 Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang ialah suatu proses memberi penjelasan yang
mantap agar dapat difahami oleh pendengar, dalam konteks pengajaran,
pendengar adalah murid murid. Oleh itu banyak aspek perlu diperhatikan oleh
guru, seperti laras bahasa, istilah yang boleh difahami, dan kelajuan guru
menyampaikan maklumat. Guru yang mahir kemahiran menerang akan
berpotensi menjadikan murid muridnya untuk menguasai pelajaran dengan
baik. Hal ini kerana, mereka berupaya untuk faham dengan tepat isi kandungan
pelajaran yang disampaikan guru.
Terdapat beberapa objektif penting yang diharapkan dapat dicapai apabila
guru menguasai kemahiran menerang. Guru diharapkan dapat menjelaskan
dengan baik setiap isu dalam pelajaran dan murid pada akhir pelajarannya boleh
menghuraikan setiap isi pelajaran dan menghuraikannya, serta berupaya untuk
20

menaakul. Komponen komponen kemahiran menerang dapat dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu:
a) Arah Permulaan
Kemahiran ini melibatkan keupayaan guru untuk menimbulkan minat
murid - murid untuk belajar dan seterusnya mengekalkan minat mereka
terhadap pelajaran tersebut. Untuk itu, guru mesti memastikan minda
murid murid berada pada tahap sedia untuk menerima pemngajaran,
kerana minda murid yang bersedia akan lebih mudah menerima
pembelajaran.
b) Kemahiran Ilustrasi
Penerangan berserta dengan ilustrasi atau gambar rajah adalah lebih
mudah berbanding peneragan tanpa rangsangan visual seperti ilustrasi.
Oleh itu, guru perlu menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan
contoh contoh yang relevan dengan tajuk. Contoh yang jelas dan
menarik akan memudahkan dan mempercepatkan proses pemahaman
murid. Misalnya, murid akan dapat membayangkan situasi masa dahulu
dengan menunjukkan gambar rajah yang berkaitan dengan zaman silam.
c) Penyusunan Idea
Penyusunan idea adalah amat penting kerana dengan susunan isi yang
sistematik, guru dapat menerangkan kepada murid sesuatu subtopik
dengan lebih mudah kerana murid dapat melihat carta alir sesuatu topik.
Misalnya, guru boleh membuat carta susur galur peristiwa pembukaan
Kota Melaka.
d) Penutup
Dalam peringkat ini, guru boleh menerangkan semula dan mengulangnya
agar murid dapat mengimbas kembali apa yang dipelajari seterusnya
menguatkan lagi memori mereka terhadap pelajaran tersebut




21

2.7 Kemahiran Penutup

Kemahiran penutup pula bertujuan untuk memastikan murid berjaya
menguasai keupayaan merumus, mengulang peneguhan, dan membuat
penilaian objektif pelajaran tercapai atau tidak. Seperti kemahiran kemahiran
lain, kemahiran penutup juga perlu dirancang dengan rapi agar dapat
meninggalkan kesan yang positif kepada murid murid . Pada akhir pelajaran,
guru boleh menutup pelajaran dengan membuat ringkasan pelajaran serta
menghubungkaitkan pelajaran dengan pengalaman murid sama ada dalam
kehidupan harian ataupun mengimbas pelajaran yang lalu.
Dengan cara ini murid murid akan dapat mencerna minda mereka untuk
mengingat semula dan mula berfikir perkaitan, persamaan, perbezaan, dan
melihat sesuatu pelajaran dengan gambaran yang lebih jelas.kemahiran penutup
juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran penutup kognitif dan
kemahiran penutup sosial. Kemahiran penutup kognitif ialah kemahiran penutup
yang bertujuan mengukuhkan lagi isi pelajaran manakala penutup sosial pula
lebih bersifat motivasi iaitu menimbulkan perasaan kejayaan kepada murid
murid agar mereka semakin bersemangat untuk belajar.
Dalam kemahiran ini juga guru sendiri akan merumuskan segala isi
kandungan pelajaran dan mengulang kembali secara ringkas, padat dan
menyeluruh. Penutup yang effisien selepas pengajaran ialah penutup tersebut
memberi sesuatu yang bermakna dari segi umur, keupayaan dan minat murid,
penutup tersebut mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran, penutup dapat
merangsang murid membina perkaitan perkara yang diketahui dengan
pengalaman lalu, penutup tersebut boleh dikaitkan dengan aspek penting
sesuatu mata pelajaran, dan dapat mengukur sejauhmana pembelajaran murid.

You might also like