You are on page 1of 15

Soalan 1

Pedagogi bestari ialah satu bentuk pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan elemen-elemen bestari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan peta minda ataupun borang pengurusan grafik (GO) yang anda ketahui,
bincangkan salah satu elemen daripada komponen pengurusan pembelajaran bestari iaitu
berkaitan dengan kemahiran generik.

Pedagogi bestari ialah satu pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan elemen-
elemen bestari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk pelajaran. Satu daripada
komponen pengurusan pembelajaran bestari ialah kemahiran generik.

Generik menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (391:2002), merupakan sesuatu yang umum atau
berkaitan dengan cirri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok atau golongan. Kemahiran
generik merupakan antara komponen kepada pengendalian atau pengurusan pembelajaran bestari. Ia
mestilah digunakan oleh guru-guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat lima elemen bestari dalam kemahiran generic. Kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan
akhir sekali kemahiran fasilitator.
Penjelasan aspek kemahiran generik boleh dilihat dengan jelas di dalam grafik di bawah.
KEMAHIRAN BERFIKIR

Selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan Negara ke arah
perkembangan dunia globalisasi, kemahiran berfikir merupakan unsur utama yang perlu diberi
penekanan. Kemahiran berfikir di sini dapat disimpulkan sebagai proses penggunaan minda sama ada
bagi mencari makna serta pemahaman terhadap sesuatu, menyelesaikan masalah, meneroka pelbagai
idea dan membuat pertimbangan atau keputusan. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua, iaitu kritis
dan kreatif.

KEMAHIRAN
BERFIKIR

MENYELESAIKA
MEMBUAT KRITIS KREATI N MASALAH
KEPUTUSAN F

 Meneliti  Menjana idea


 Membanding & membeza  Menghubung kait
 Mengumpul & mengelas  Mengimlak
 Membuat urutan  Mencipta metafora
 Menyusun mengikut  Mencipta analogi
keutamaan  Mensintesis
 Membuat inferens  Mengitlak
 Menganalisis  Membuat gambaran mental
 Menerangkan sebab  Menganalogi
 Membuat ramalan  Mereka cipta
 Mengusul periksa andaian
 Mengesahkan sumber
maklumat
JENIS-JENIS ALAT BERFIKIR

PENGURUSAN GRAFIK SOALAN DAN PENYOALAN PETA MINDA

ARAS LINGKARAN
JENIS
JENISSOALAN
SOALAN ARASSOALAN
SOALAN LINGKARAN
(Taksonomi SOALAN
(bertumpu
(bertumpudan
dan (TaksonomiBloom)
Bloom) SOALAN
bercapah)
bercapah)

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar merupakan kaedah sistematik dan teratur bagi memperolehi serta
memproses maklumat. Kemahiran belajar ini, mengandungi pelbagai komponen seperti kemahiran
mendengar aktif, membaca, mencatat nota, menulis, mengingat, memproses maklumat, menemu
ramah dan membuat rujukan. Kesemua komponen ini perlu dikuasai oleh setiap murid, bagi membantu
menambah, meningkatkan kualiti ilmu serta kemahiran sedia ada, supaya berjaya dalam pembelajaran
dan kehidupan mereka.
Mendengar aktif
Membaca
Membuat rujukan

Mencatat nota
Menemu ramah

KEMAHIRAN

Memproses Menulis
maklumat
Mengingat
Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN
MEMBACA
Intensif Intensif Intensif Laju

- Membaca - Membaca - Membaca - Membaca


untuk untuk untuk dengan
mendapatkan mendapatkan mendapatkan laju/lancar.
maklumat maklumat maklumat
ringkas dan berdasarkan terperinci teks - Membaca dan
pantas tetapi persoalan yang yang panjangnya memahami
menyeluruh dikemukakan. terhad dalam dengan serentak.
tentang sesuatu masa yang
perkara. ditetapkan.

- Mencatat
maklumat
penting.

Kemahiran Mengingat

Mencipta
Menciptaakronim
akronim Mencipta
Menciptalagu
lagu

Menulis
Menuliscerita
cerita Membuat
Membuatsenarai
senaraisemak
semak

Membuat
Membuatrantaian
rantaian Membuat
Membuatilustrasi
ilustrasi

Membuat
Membuatlakonan
lakonan Membuat
Membuatcatatan
catatan

Rajah : Cara-cara Mengingati

Kemahiran Menemu Ramah

PERSEDIAAN SEBELUM
Kesesuaian tokoh atau kepakaran.
Menentukan tajuk/tugasan, masa temu janji dan
soalan-soalan temu ramah.
PERINGKAT-PERINGKAT
DALAM SESI TEMU SEMASA TEMU RAMAH
RAMAH Menepati masa, bersopan dan bersikap ramah.
Soalan hendaklah releven dengan tujuan temu ramah
dan latar belakang tokoh.
Merakam hasil temu ramah sekiranya perlu.

SELEPAS TEMU RAMAH


Teliti maklumat yang dicatat dan buat kerangka.
Lengkapkan maklumat yang kurang
lengkap/sempurna.
Tambahan (grafik, gambar & lakaran).

Rajah : Peringkat-peringkat dalam sesi temu ramah

Kemahiran Membuat Rujukan


ENSIKLOPEDIA

PUSAT BUKU
SUMBER

KEMAHIRAN
MEMBUAT
RUJUKAN
KAMUS
INTERNE
T

KAEDAH LAMAN
TRADISIONAL WEB
DAN MODEN
KEMAHIRAN MENTAKSIR

Penilaian
portfolio
Penilaian
Penilaian kendiri
melalui
kontrak
pembelajaran
Pentaksiran
KOMPONEN Modular
MENTAKSIR
Penilaian
perisian kursus
DAN
MENILAI
Penilaian
projek
Ujian
Penilaian
melalui
pemerhatian

KEMAHIRAN MENTAKSIR DAN MENILAI

PENILAIAN PROJEK PENILAIAN KENDIRI PENILAIAN


PORTFOLIO

i) Maksud projek i) Maksud penilaian kendiri i) Maksud portfolio


ii) Objektif ii) Fungsi ii) Jenis portfolio
iii) Penilaian projek iii) Kaedah penilaian iii) Kegunaan portfolio
iv) Instrumen iv) Menentukan aspek dan
criteria penilaian

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Alat Bantu dalam semua urusan.

Medium pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan.
PERANAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
Alat dalam pengurusan dan
pentadbiran di sekolah.

TUTORIAL APLIKASI

TMK DALAM P&P

PENEROKAA KOMUNIKASI
N

Selain guru, para pelajar juga mendapat banyak manfaat daripada Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Melalui TMK ini pelajar dapat;
Mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

Mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama


atau terlalu mahal untuk diperolehi.

Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar


dengan berkesan melalui bimbingan yang minimum.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang


menyeronokkan dan mencabar.

Meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan


Komunikasi.

Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar.

KEMAHIRAN FASILITATOR
Fasilitator merupakan guru atau mentor yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat
pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan. Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh fasilitator
semasa pembelajaran ialah;

Penyoalan

Percontohan/model

Penstrukturan kognitif

Memberi maklum balas

Pengarahan/instructing
TEKNIK-TEKNIK
YANG
Memberi perhatian
DIGUNAKAN
OLEH
FASILITATOR Renungan

Penentuan tema

Fokus

Mencabar

Pendedahan

Penentuan matlamat

Menjejak

Soalan 2
Dengan memberikan contoh serta butiran yang lengkap, rancang satu set rancangan pengajaran
harian (RPH) yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5 dengan menekankan
kepada pengintegrasian pedagogi bestari serta kemahiran-kemahiran teknologi maklumat yang
sesuai.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MELAYU
TAHUN 5

Tarikh : 30 September 2009


Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)
Tahun : 5 Melati
Tajuk : Langkah Untuk Mengatasi Pencemaran
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
i) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Mengenal pasti sebab dan akibat berlakunya pencemaran dan menyusun
dalam bentuk grafik.
iii) Menentukan tindakan yang tepat perlu diambil bersesuaian dengan
situasi.
Kemahiran bahasa : Membaca, mendengar, bertutur dan menulis.
Sistem bahasa : Morfologi – Kata majmuk
Sintaksis – Ayat majmuk
Ilmu : Sivik dan Kewarganegaraan, Sains, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam
Nilai : Menghargai, kerjasama, kasih sayang dan bertanggungjawab.
Kemahiran Generik : Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Kemahiran Mentaksir dan Menilai
dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Langkah/ Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Isi Pelajaran
1) Guru menayangkan slaid gambar kesan Kemahiran Generik;
Set Induksi pencemaran alam sekitar. 1) Kemahiran fasilitator
(5 minit) 2) Guru bersoaljawab dengan murid tentang - menyoal
gambar yang dilihat. 2) Kemahiran berfikir
- Bercerita tentang - Apakah yang kamu dapat lihat dalam - menghubung kait
gambar yang gambar yang dipaparkan? Nilai;
dilihat. - Pernahkah kamu melihat atau mengalami - bertanggungjawab
situasi seperti ini? - kerjasama
- Apakah punca berlakunya bencana ini?
3) Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk
pelajaran hari ini.
“Pencemaran Alam Sekitar”

1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan Kemahiran Generik;


Langkah 1 kecil yang terdiri daripada 5 orang. Setiap 1) Kemahiran belajar
(15 minit) murid diberikan petikan bertajuk Pencemaran - membaca
Alam Sekitar. 2) Kemahiran mentaksir
2) Murid membaca secara senyap. dan menilai
-Membaca dengan 3) Guru memilih 4 orang murid untuk - pemerhatian
gaya dan intonasi membaca petikan secara kuat dan murid lain Nilai;
yang betul. mengikut bacaan murid tersebut. - bersungguh-sungguh
4) Guru memperbaiki bacaan dan intonasi - berani
yang salah dan kurang tepat.

1) Murid diminta mengenal pasti kata Kemahiran Generik;


Langkah 2 majmuk yang terdapat di dalam teks. 1) Kemahiran belajar
(10 minit) Contohnya; - membaca, menulis dan
a) Guru Besar mengingat
- Menyenaraikan b) muka bumi 2) Kemahiran berfikir
kata majmuk dan c) harta benda - mengelaskan
menulis ayat d) banjir kilat Nilai;
majmuk yang e) tanah runtuh - Keyakinan diri
lengkap. 2) Murid membina ayat majmuk daripada
kata majmuk yang telah disenaraikan.
3) Berbincang untuk mengesan ayat yang
telah dibina betul dan tepat.

1) Di dalam kumpulan, murid dikehendaki Kemahiran Generik;


Langkah 3 berbincang untuk melengkapkan borang 1) Kemahiran berfikir
(15 minit) pengurusan grafik seperti yang dipaparkan - kritis
oleh guru melalui LCD. - pengurusan grafik
2) Murid diminta mencari maklumat penting 2) Kemahiran fasilitator
- Mencatat isi yang terdapat di dalam teks. - membimbing dan
penting. Maklumat yang perlu dicari: memerhati
a) Tajuk - 3) Kemahiran belajar
b) Punca - - membaca
c) Kesan - 4) Kemahiran ICT
d) Mesej yang hendak disampaikan - Nilai,
e) Nilai/pengajaran - - Kerjasama
3) Guru memberi bimbingan kepada - Ketekunan
kumpulan murid yang lemah.
4) Kumpulan murid yang telah melengkapkan
jawapan, hendaklah mengisi borang
pengurusan grafik ke dalam komputer.
5) Wakil kumpulan diminta membentangkan
hasil tugasan mereka.

1) Daripada sebab dan akibat yang telah Kemahiran Generik


Langkah 4 diperolehi melalui pengurusan grafik tadi, 1) Kemahiran berfikir
(12 minit) murid dikehendaki menyenaraikan langkah- - Menyelesaikan masalah
- Mengenalpasti langkah atau tindakan yang perlu diambil bagi - Membuat keputusan
langkah atau mengatasi masalah tersebut. 2) Kemahiran Mentaksir
tindakan yang 2) Guru meminta murid ke hadapan secara dan menilai
perlu diambil. bergilir-gilir untuk melengkapkan peta minda - Penilaian kendiri
yang telah disediakan oleh guru di dalam Nilai;
komputer. - Tegas
3) Guru dan murid berbincang mengenai - Yakin
jawapan yang diberikan oleh rakan mereka.

1) Murid membuat rumusan tentang tajuk Kemahiran Generik;


Penutup yang telah dipelajari dengan bimbingan guru. 1) Kemahiran fasilitator
(3 minit) 2) Guru membuat rumusan tentang nilai-nilai - membimbing
yang perlu diserap dalam kehidupan Murid digalakkan
- Rumusan bermasyarakat. menggunakan ICT.

Lampiran Petikan

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong
Kanan, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid sekalian. Pada pagi yang
mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Langkah Untuk Mengatasi
Pencemaran”.

Kita sering berasa kesal dan berkata bumi kita sudah tercemar. Kita sering menuding jari kea
rah orang lain. Sedarkah kita bahawa kita juga terlibat dan menjadi penyumbang ke arah pencemaran
alam yang serius ini? Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengatasi pencemaran.

Murid-murid yang dikasihi,


Mula-mula, saya ingin memperkatakan pencemaran air. Kerajaan harus mengawal sikap orang
ramai yang membuang sampah ke dalam sungai. Mereka perlu dikenakan tindakan undang-undang.
Kita juga boleh mengadakan kempen dari semasa ke semasa melalui media massa dan media cetak.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Hutan-hutan yang menjadi tadahan air perlu dipulihara. Janganlah menebang hutan dengan
sewenang-wenangnya. Jika kita melihat ada pihak-pihak yang menebang hutan sesuka hati, kita
mestilah melaporkan kejadian ini kepada pihak yang berkuasa. Janganlah dibiarkan perkara seperti ini
berterusan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Masalah yang berlaku disekeliling kita perlukan perhatian kita. Tanamkanlah tekad bahawa
kita akan bertindak sekiranya ada orang menceroboh hutan dengan sesuka hati. Beritahu rakan-rakan
sekeliling kita supaya sama-sama menjaga bumi kita ini.

Saya sudahi syarahan saya dengan satu peringatan. Jika kita mahu alam kita bersih, tepuklah
dada tanyalah selera. Pilihan ada di tangan kita. Terpulanglah kepada kita untuk menentukan yang
mana baik dan yang mana buruk.
Sekian, terima kasih.
Bibliografi

Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Hj. Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman & Elly Chong. (1992). Kemahiran Membaca Dalam Asas
Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Tahun 5 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin Yusof, Kamarudin Jeon, Khadijah Yusuf. (2007). Bahasa Malaysia
Tahun 5 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin Yusof, Kamarudin Jeon, Khadijah Yusuf. (2007). Bahasa Malaysia
Tahun 5 Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Open Universiti Malaysia.

You might also like