You are on page 1of 2

S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.

18 ( 11 )







KEMENTERIAN KEWANGAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 1 TAHUN 2005


Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kerajaan


PERATURAN MEMECAH KECIL TENDER KERJA

Tujuan

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk menetapkan peraturan
bagi memecah kecil sesuatu projek kerja kepada beberapa pakej untuk ditender secara
berasingan.


Latar Belakang

2. Arahan Perbendaharaan (AP)181 tidak membenarkan agensi memecah kecil
perolehan untuk mengelak daripada pelawaan tender. Namun dalam keadaan tertentu,
projek-projek yang telah dipersetujui untuk ditender boleh dipecahkan kepada beberapa
pakej.


Kriteria Projek Yang Boleh Dipecah Kecil

3. Projek-projek yang dipecah kecil hendaklah memenuhi kriteria berikut:

a. projek yang terdiri daripada beberapa pakej kerja yang memerlukan
kepakaran khusus selaras dengan bidang-bidang pengkhususan CIDB dan
PKK;

b. kerja-kerja khusus yang perlu mematuhi standard atau keperluan
kejuruteraan yang ditetapkan;

c. keperluan untuk menyiapkan projek dengan segera yang melibatkan
penyampaian perkhidmatan yang kritikal kepada orang awam;


2
d. tidak menyebabkan pertambahan siling peruntukan yang disediakan bagi
projek berkenaan; dan

e. agensi pelaksana berkeupayaan untuk menyelaras dan menyelia projek
dengan berkesan.


Pihak Berkuasa Melulus

4. Projek yang memenuhi kriteria di atas boleh dipecahkecilkan kepada pakej-pakej
tertentu dan ditender secara berasingan. Perancangan pakej tender secara berasingan
hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada Lembaga Perolehan A
Kementerian/Agensi untuk kelulusan. Sebarang pindaan kepada perancangan pakej
tender asal yang diluluskan hendaklah dirujuk semula kepada Lembaga Perolehan A
untuk kelulusan. Namun, perakuan bagi setiap tender hendaklah diputuskan oleh
Lembaga Perolehan A atau Lembaga Perolehan B mengikut had nilai tender
berkenaan.


Tanggungjawab Pihak Terlibat

5. Peruntukan mengenai peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat
dalam setiap pakej projek terhadap kesempurnaan seluruh projek hendaklah dijelaskan
sepenuhnya dalam kontrak masing-masing.

6. Agensi hendaklah memastikan bahawa semua urusan tender mematuhi peraturan
perolehan dan prinsip akauntabiliti awam, telus, nilai faedah terbaik, saingan terbuka
serta adil dan saksama.


Kuat kuasa

7. Surat Pekeliling Perbendaharaan ini berkuat kuasa pada tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


(Dato Izzuddin Bin Dali)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan

24 Januari 2005

s.k.
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Semua Pegawai Kewangan Negeri

You might also like