You are on page 1of 2

Makaroni bakar mudah

1.Makaroni-250gm
2.Bawang putih-2 ulas potong nipis
3.Bawang besar-1 biji potong dadu
4.Telur-5 biji (sedap letak banyak bagi aku)
5.Rempah kari daging-2 sudu besar
6.Daging kisar Abang Ramly
7.Sosej-3 batang
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Keju-optional
Daun bawang, bawang goreng-hiasan
Lada hitam-1 sudu besar kalau nak pedas



Cara-cara

1. Mula-mula baca Bismillah. Rebus makaroni sampai lembut dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar.

3. Masukkan daging kisar dan biar daging masak atau bertukar warna.

4. Masukkan rempah kari daging dan kacau sebati sesuka hati. Tambah gula dan garam
secukup rasa.

5.Sekarang baru masukkan watak utama iaitu makaroni. Gaul sampai nampak kasih sayang
antara bahan-bahan.

6. Sediakan loyang yang dah digris dengan marjerin. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke
dalam loyang.

7. Pukul telur macam nak buat telur dadar dan masukkan dalam loyang. Telur tu agak-agak
sampai makaroni tu tenggelam la. Kasi rata ahh.

8. Taburkan cheese atas semua bahan tadi kalau nak. Tapi aku tak letak sebab cheese takdak
stok.

9. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 45
minit.

10. Dah masak tu boleh la tabur bunga bawang dan daun bawang serta picit sos cili. Ini
hiasan sahaja.




Makaroni bakar

Bahan A:
1 pek makaroni
500 gm daging kisar
5 ulas bawang Putih - dicincang
2 labu bawang besar Holand dicincang
2 biji lada benggala dipotong kiub
1 pek sayur campur mixed vegetables
1 tin cendawan butang dipotong kiub
1 tin tomato puri
1 tin stewed tomatoes
1 cmb lada hitam serbuk
1 cmt mixed herbs
Mentega/minyak zaitun
Garam
Gula

Bahan B:
1 botol susu segar
6 biji telur
Bahan C:
1 pek keju parut pizza topping
Sos Mayonis:
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 cmb jus limau nipis
3 cmb mayonis
Garam
Gula
Mangkuk kertas

Cara Memasak (A):
Rebus makaroni sehingga al dente*, tos dan sejukkan sebentar. Panaskan
mentega/mnyak zaitun di dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang putih
dan bawang besar yang telah dicincang, masak sehingga naik bau. Masukkan daging
kisar dan seterusnya masukkan sayur campur mixed vege, cendawan butang dan lada
benggala yang telah dipotong kiub. Seterusnya masukkan tomato puri dan stewed
tomatoes dan masak sehingga agak pekat. Masukkan lada hitam, mixed herbs dan
perasakan. Padamkan api, satukan sos daging bersama makaroni yang telah direbus
tadi.

Cara Memasak (B):
Pukul telur dan susu segar sehingga sebati. Masukkan makaroni yang telah sedia ke
dalam loyang muffin yang telah dilapisi dengan mangkuk kertas, tekan sedikit sehingga
agak mampat. Curah adunan susu dan telur ke atas makaroni sehingga sama
paras. Tabur keju parut pizza topping di atasnya & bakar sehingga masak.

Cara membuat sos mayonis:
Masukkan cili merah dan bawang putih ke dalam mesin pengisar, mesin sehingga
lumat. Satukan bahan yang telah dimesin bersama mayonis. Perasakan dengan jus
limau nipis, garam dan gula.

Cara Menghidang:
Hidangkan makaroni yang telah siap dibakar bersama-sama sos mayonis.

You might also like