You are on page 1of 12

Dibawakan Oleh: Rujukan Kerjaya

Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan


Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Kerjaya Kerajaan. Kenapa Menjadi PILIHAN?
Majoriti graduan apabila selesai graduasi memilih untuk masuk bekerja sebagai
Penjawat Awam. Dengan gaji yang kompetatif dan manfaat lain ianya pasti menjadi
kerjaya tepat buat graduan
Lihat sahaja antara manfaat yang dinikmati oleh Penjawat Awam;
Elaun perumahan
Cost of living allowance (COLA)
Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Kenaikan gaji setiap tahun
Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Cuti tahunan mengikut kelayakan
Cuti bersalin
Pinjaman perumahan
Caruman KWSP atau pencen
Peluang kenaikan pangkat
Peluang melanjutkan pelajaran
Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

Bagaimana Untuk Masuk Kerjaya Kerajaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah pintu masuk kepada jawatan
perkhidmatan awam. Jawatan-jawatan yang ada di Kementerian dan Jabatan
kerajaan adalah wajib melalui SPA. Terdapat lebih 40 jawatan yang harus melalui
SPA, antaranya;
1. Ahli Fotografi Gred B17
2. Ahli Fotografi Gred B27
3. Ahli Muzik Gred B17
4. Ahli Muzik Gred B27
5. Ahli Muzik Gred B41
6. Akauntan Gred W41
7. Artis Budaya Gred B17
8. Artis Budaya Gred B27
9. Juruaudit Gred W41
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
10. Latihan Separa Perubatan
11. Pegawai Antidadah Gred S41
12. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
13. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
14. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
15. Pegawai Kebudayaan Gred B17
16. Pegawai Kebudayaan Gred B27
17. Pegawai Kebudayaan Gred B41
18. Pegawai Keselamatan Gred KP41
19. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
20. Pegawai Penerangan Gred S41
21. Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41
22. Pegawai Psikologi Gred S41
23. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
24. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
25. Penerbit Rancangan Gred B17
26. Penerbit Rancangan Gred B27
27. Penerbit Rancangan Gred B41
28. Penguasa Bomba Gred KB41
29. Penguasa Kastam Gred W41
30. Penguasa Penjara Gred KX41
31. Penolong Akauntan Gred W27
32. Penolong Juruaudit Gred W27
33. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
34. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
35. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
36. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27
37. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
38. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
39. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
40. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
41. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
42. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
43. Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
44. Perangkawan Gred E41
45. Pereka Gred B17
46. Pereka Gred B27
47. Pereka Gred B41

Setiap tahun permohonan masuk melalui SPA melebihi 1 juta permohonan
menjadikan ianya satu destinasi prima graduan. Untuk tempoh Januari Disember
2013, sebayak 1.6 juta permohonan diterima dan di proses.
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Mulai tahun 2010, SPA telah melakukan transformasi dalam pengambilan calon untuk
semua jawatan yang dikendalikannya bagi menangkis persepsi negatif orang ramai
mengenai proses pengambilan
KRONI? Orang dalam?
SPA memperkenalkan sistem myRecruitment iaitu kaedah pengambilan secara
profiling bagi menangkis persepsi itu. Ianya dilancarkan pada Januari 2010 oleh Dato
Seri Najib Tun Razak.
Dalam majlis tersebut juga, pengurusi SPA Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad
Damanhuri berkata Dalam kaedah yang akan dilaksanakan ini, setiap calon yang
akan dilantik oleh SPA akan melalui saringan dalam bentuk peperiksaan teori, ujian
fizikal dan kecergasan, ujian praktikal, ujian psikologi, penilaian kompentesi dan temu
duga
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Apa itu myRecruitment
Maklumat rasmi SPA

Kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi
kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA). MyRecruitment bertujuan untuk mengesan calon yang mempunyai profil yang
sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan
antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi menjamin
kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian
produktiviti yang tinggi.
Pelaksanaan MyRecruitment
PelaksanaanMyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringan
sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan
temuduga
Proses saringan dalam MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:
(i)Tapisan Awal
Calon yang mendaftar secara online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama
ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;
(ii) Peperiksaan
Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi
menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan
masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat
juga diadakan;
(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini
bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek
v Attitude
v Skill
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
v Knowledge
(ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa - bahasa
lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen,
disiplin, teamwork dan lain-lain; dan
(iv)Temuduga
Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan
sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang
dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan
dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e -SMSM) dan
disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah
melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesi
penilaian kompetensi dan temu duga.Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian
kompetensi ini, hanya calon calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah
dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga
membolehkan bilangan calon
dipanggil temu duga lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam
tempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di
kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Cara Untuk Memohon Jawatan Penjawat Awam di
SPA
Graduan haru mengisi borang SPA8i dan memilih jawatan yang ingin dipohon. Dari
semasa ke semasa SPA akan membuat paggilan peperiksaan kepada calon-calon
yang layak
Jika sekiranya GAGAL peperiksaan bertulis, calon akan dipanggil ke sesi peperiksaan
yang seterusnya samaada jawatan yang sama atau jawatan yang lain bergantung
kepada kekosongan dan permohonan.
Daftar borang SPA8i di http://app.easybrander.net/c/67391
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Persaingan di SPA. Mudah LULUS atau GAGAL?
Untuk tahun 2013, sebanyak 111,435 calon menerima lantikan. Satu jumlah yang
ramai dan pastinya ramai graduan mengatakan ianya mudah kerana begitu banyak
lantikan jawatan dikeluarkan oleh SPA
Satu perkara yang anda kena ingat, jumlah permohonan pada tahun 2013 adalah 1.6
juta. Cuba kira berapa peratus sahaja yang lulus dan yang lain gagal! Rujuk data
2013 di laman SPA
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap tahun lebih 1 juta permohonan diterima
oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bermakna, setiap calon bersaing
dengan 1 juta graduan yang lain dan calon yang berjaya tidak pernah melebihi 8%
Maklumat Laporan Tahun SPA 2010, 2011 dan 2012 mendedahkan berapa ramai
graduan yang gagal dalam tapisan SPA
Tidak dinafikan peluang untuk anda dapat jawatan kakitangan kerajaan besar di SPA,
tetapi atas sebab persaingan dan perlaksanaan myRecruitment, ramai calon yang
terkandas sebelum sampai ke sesi Temuduga.
Tingkatkan usaha, buat persediaan secukupnya untuk lulus dengan jayanya dan
diterima masuk ke perkhidmatan awam. Anda boleh melakukannya!
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Cara Alternatif Tanpa SPA
Tahukah anda, untuk masuk ke skim perkhidmatan awam, anda juga boleh masuk
melalui agensi kerajaan atau negeri yang mempunyai system tapisan bebas dari SPA.
Kebanyakannya terus menganjurkan sesi temuduga tanpa perlu melalui ujian bertulis
seperti di SPA
Ianya lebih mudah. Tetapi boleh dikatakan, ramai graduan yang mengabaikan kerjaya
melalui saluran ini dan sebab UTAMANYA adalah kerana mereka TIDAK TAHU!
Satu soalan untuk anda.. Dah cuba mohon pekerjaan di;
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Lembaga Pembangunan Langkawi
Perbadanan Bukit Bendera
Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Yayasan Negeri Sembilan
Institut Pengurusan & Integriti Melaka (INSPIM)
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Semua ini adalah di bawah kerajaan negeri dan agensi kebangsaan. Berapa banyak
jawatan kosong di sana dan berapa ramai graduan yang tahu mereka boleh memohon
terus di sana?
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Bagaimana Untuk Memohon Kerja Kosong Di
Agensi?
Permohonannya mudah tetapi graduan perlu sedikit gigih kerana;
1. Perlu rajin melihat laman web / iklan oleh agensi tersebut
2. Perlu rajin follow-up dengan pegawai yang berkaitan. Pegawai Sumber Manusia
biasanya
Langkah pertama adalah dapatkan sebanyak mungkin senarai Agensi dalam
simpanan dan pengetahuan anda. Dari masa ke masa secara berkala, lawati pejabat
atau laman web mereka untuk kerja kosong
Sebagai contoh, untuk kerja kosong di Perbadanan Bukit Bendera, ianya akan
diiklankan di laman rasmi mereka melalui link;
http://app.easybrander.net/c/67393

Begitu juga untuk agensi-agensi yang lain. Sebenarnya ada ratusan agensi di
Malaysia, Cuma calon kena sedikit rajin mencari senarai tersebut
Untuk 30 Senarai Agensi, anda boleh terus muatturun di sini. Ianya adalah senarai
agensi di pelbagai negeri. Muatturun secara percuma di;
[+] http://app.easybrander.net/c/67395
Penutup
Moga sedikit perkongsian ini memberikan sedikit maklumat berguna untuk anda.
Jangan hanya tumpu kepada SPA tetapi tambah lagi potensi untuk masuk ke
perkhidmatan awam juga melalui Agensi Kerajaan (negeri mahupun Persekutuan)
Kongsikan bersama rakan-rakan yang lain untuk sama-sama memburu cita-cita
menjawat jawatan kerajaan.
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan
Share this ebook with your friends
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google+
Click the buttons above to share this ebook with your friends!
Bagaimana Untuk Masuk Ke Kerjaya Kerajaan
Muatturun 30 Senarai Agensi Kerajaan

You might also like