You are on page 1of 18

HBMS2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 3 MEI/2013

HBMS 2103
PENGAJARAN MUZIK 11

NO. MATRIKULASI

700630135178001

NO. KAD PENGNEALAN

700630135178

NO. TELEFON

0148778332

E-MEL

tekatsalmiah@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU LEARNING CENTRE

HBMS2103

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0. LATIHAN TEKNIK NYANYIAN FONASI

2 -3

2.0. NYANYIAN SOLFA DENGAN ISYARAT TANGAN

38

CURWEN
3.0. KAEDAH BARIS DEMI BARIS
4.0. AKTIVITI IMPROVASI DAN AKTIVITI

8 - 11
11 - 12

SOAL JAWAB
5.0. ANALISIS SKOR LAGU BUNGA BERKEMBANG
RUJUKAN

13 - 16
17

HBMS2103

1.0.

Latihan Teknik Nyanyian Fonasi.


Menurut Modul Alat Muzik Utama Vokal 11, Terbitan Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2011), fonasi bermaksud sebutan atau pertuturan yang
terhasil daripada bunyi. Pertuturan dihasilkan melalui beberapa cara. Ianya bukan sahaja
melibatkan sebutan dari segi konsonan dan vowel tetapi ianya juga melibatkan berbagai
aktiviti yang bersangkutan dengan bunyi yang dihasilkan melalui sebutan seperti
menjerit, bercakap, ketawa, menyanyi dan sebagainya. Pertuturan ini terhasil daripada
kod yang terdapat di kawasan tekak. Bunyi yang dihasilkan akan dibentuk oleh lidah,
lelangit, kawalan otot-otot mulut dan bibir, seterusnya keluar menjadi sebutan.
Peranan fonasi dalam percakapan dan nyanyian ialah bertujuan untuk menghasilkan
sebutan yang betul dan tepat. Teknik nyanyian fonasi amatlah penting bagi kanak-kanak
kerana ianya mengajar mereka untuk menyebut setiap perkataan dalam lirik dengan
menggunakan sebutan yang betul. Kesemua 26 abjad boleh digunakan dalam teknik
nyanyian fonasi ini. Kanak-kanak yang berlainan bangsa biasanya mempunyai masalah
fonetik yang berlainan.
Kanak-kanak Melayu biasanya mempunyai masalah untuk menyebut perkataanperkataan inggeris. Contohnya..bunyi the, akan disebut de, sebutan share, akan disebut
saer. Bunyi f contohnya kadang-kadang memberi masalah kepada kanak-kanak melayu
kerana mereka biasanya akan menyebut sebagai p.
Kanak-kanak cina pula kebiasaanya mempunyai masalah dengan huruf L dan R.
Contohnya perkataan lori akan disebut loli, lari akan disebut sebagai lali. Red lorry
yellow lorry akan disebut ld loli yellow loli. Kanak-kanak India pula kebiasaanya akan
keliru dengan huruf W dan V. Contohnya sebutan waktu akan disebut vaktu. Mereka juga
kebiasaanya akan menambah konsonan H di hujung perkataan.
Di bawah ini merupakan lima latihan teknik nyanyian fonasi.

1.1

Latihan Teknik Nyanyian Fonasi ( 1 )


Latihan pembentukan mulut untuk menghasilkan sebutan vowel a, e, i, o dan u

dengan sebutan :
- Panjang/lanjut

( a......e......i......o......u)

- Pic menaik, mendatar dan menurun.


2

HBMS2103

- Pendek/terputus-putus.
1.2.

(aaaa/eeee/iiii/oooo/uuuu)

Latihan Teknik Nyanyian Fonasi ( 2 )


Latihan pembentukan mulut termasuk bibir,

gigi,

lelangit dan lidah bagi

menghasilkan artikulasi lirik lagu yang tepat dan betul.


- Sukukata tertutup. Contoh pa...n, la...n, mu...n, bu...n.
- Sukukata terbuka. Contoh ma/la/pa/ku/lo/ne/gu.
1.3. Latihan Teknik Nyanyian Fonasi ( 3 )
Cuba bayangkan anda sedang menyambut hari jadi dan sedang meniup lilin pada kek
hari jadi. Mulakan latihan dengan menghembus keluar udara seterusnya menyebut bunyi
ooo pada pic yang selesa.
1.4. Latihan Teknik Nyanyian Fonasi ( 4 ).
Menggunakan perkataan Ssss bagi menyanyikan lagu mudah seperti lagu Lompat
Katak Si Katak Lompat.
1.5. Latihan Teknik Nyanyian Fonasi ( 5 ).
Melakukan aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Mulakan aktivti dengan
pic yang tinggi kemudian ke pic yang rendah. Gunakan bunyi vokal oh atau ah semasa
menguap.

Skor 1 : Contoh Notasi


2.0 Nyanyian Solfa Dengan Isyarat Tangan Curven.
Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari do bawah yang berada di paras
pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga do atas yang terletak di paras
kepala.
3

HBMS2103

Berikut lima cara bagaimana nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen dapat
diaplikasikan untuk membantu pelajar memahami kedudukan pic lagu Bunga Berkembang.
2.1 Menayangkan skor lagu beserta dengan lirik lagu.
Guru menayangkan slaid skor lagu beserta dengan lirik lagu kepada murid-murid. Guru
membaca lirik lagu

Bunga Berkembang baris demi baris berdasarkan skor lagu yang

ditayangkan. Selepas itu muird-murid pula akan membaca lirik lagu tersebut baris demi
baris. Guru akan memperbetulkan sebutan murid. Murid-murid akan membaca lirik lag
tersebut dengan betul dan tepat. Akhir sekali, guru dan murid-murid membaca lirik lagu
tersebut baris demi baris secara serentak .

HBMS2103

Skor 2 : Skor Lagu Bunga Berkembang


2.2. Menyanyikan lagu Bunga Berkembang.
Terlebih dahulu guru memperdengarkan murid-murid dengan nyanyian lagu Bunga
Berkembang. Selepas itu guru dan murid-muird menyanyikan Lagu Bunga Berkembang
berdasarkan slaid yang ditayangkan.
Lirik lagu Bunga Berkembang :
Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya
Janganlah dipetik sayang nanti kau merana
Bunga berkembang di dalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih sayang telah bersemi
Diriku seakan berminpi
Sengaja aku nyanyikan lagu yang syahdu
Selalu aku bayangkan wajahumu nan ayu

2.3 Nyanyian Solfa


Selepas guru dan murid-murid membaca lirik lagu, guru akan memperkenalkan teknik
nyanyian solfa. Teknik ini telah diperkenalkan oleh Kodaly berdasarkan sistem Tonik Solfa.
Dalam sistem ini,

notasi silibel Do,

Re,

Mi digunakan bagi menolong murid-murid

mengenal pic not-not. Menurut Kodaly, nyanyian solfa ini dapat membantu murid-murid
untuk mengenal pic not dan hubungan satu not dengan not yang lain.
Berikut ialah contoh latihan solfa yang boleh digunakan untuk mengajar solfa kepada
murid-murid :

Do

Re Mi Do So Fa

La La

Ti

Do Re Ti La So

Skor 3 : Contoh Latihan Solfa


5

HBMS2103

Pada permulaan, guru akan membuat ulangkaji solfa dengan pic la, so, fa, mi, re dan
do. Kemudian guru akan menayangkan skor lagu Bunga Berkembang yang mempunyai pic
la, so, fa, mi, re dan do. Guru akan menyanyi berdasarkan skor lagu yang mempunyai pic
la, so, fa, mi, re dan do tersebut. Setelah muird-muird telah menguasai teknik solfa
tersebut, guru dan murid-murid bersama-sama menyanyikan skor lagu yang mempunyai pic,
la, so, fa, mi, re dan do tersebut.

Bunga Berkembang

Do

Do

Re Mi Do So Fa

Re Mi Do So

Mi Mi Mi Mi Mi Re Do Mi

Fa

Re

Mi Mi Mi Mi Mi Re Do Mi Re

La La

Ti

La La

Ti

La La

Do Re Ti La So

Do

Re Fa

Mi Re Do

Re Re Re Re Re Do Ti La Do

La La

La So

Re Re Re Re Re Do Ti Re Do

Skor 4: Skor Teknik Solfa Lagu Bunga Berkembang

HBMS2103

2.4. Isyarat Tangan Curwen.


Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu Bunga Berkembang. Muridmuird menyanyikan lagu berdasarkan isyarat tangan guru.
Ini dilakukan secara baris demi baris.
Panduan isyarat tangan seperti gambarajah di baawah :

Rajah 1 : Isyarat Tangan Curwen


2.5. Menyanyi keseluruhan lagu.
Akhir sekali, guru akan membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Kumpulan
yang petama akan menyanyikan lagu Bunga Berkembang mengikut iringan muzik.
Kumpulan kedua akan menyanyikan lagu Bunga Berkembang berdasarkan teknik solfa.
7

HBMS2103

Manakala,

kumpulan yang ketiga akan menggunakan sistem isyarat tangan

berdasarkan lagu Bunga Berkembang.

Curwen

Ketiga-tiga kumpulan tersebut akan melakukan

aktiviti tersebut secara serentak.


3.0.

Kaedah Baris Demi Baris


Kaedah ini sesuai bagi lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara frasa

demi frasa atau bahagian demi bahagian, selepas itu diikuti dengan cantuman frasa-frasa
tersebut sehingga akhir dan menyanyi keseluruhan lagu tersebut. Berikut ialah sepuluh
urutan memperkenalkan lagu Bunga Berkembang kepada murid-murid untuk menarik minat
mereka.
3.1 Memperdengarkan keseluruhan lagu dengan muziknya.
Sebagai langkah yang pertama, guru akan memperdengarkan lagu Bunga Berkembang
kepada murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak empat kali
supaya murid-murid dapat mngingati corak melodi dan irama lagu tersebut.
3.2. Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
Guru akan menghummingkan lagu tersebut secara baris demi baris. Murid-murid akan
mengikut guru menghummingkan lagu tersebut scara baris demi baris.
3.3. Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
Guru akan menghummingkan keseluruhan lagu secara berulang-ulang dan muridmurid mendengar dan mengikut guru. Selepas itu guru dan murid menghummingkan lagu
tersebut secara serentak.
3.4. Membimbing murid menyebut lirik baris demi baris.
Murid-murid akan dibimbing oleh guru untuk membaca lirik lagu dengan sebutan yang
betul baris demi baris. Lirik lagu Bunga Berkembang . Lirik lagu Bunga Berkembang :
Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya
8

HBMS2103

Janganlah dipetik sayang nanti kau merana


Bunga berkembang di dalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih sayang telah bersemi
Diriku seakan berminpi
Sengaja aku nyanyikan lagu yang syahdu
Selalu aku bayangkan wajahumu nan ayu
3.5. Membimbing murid-murid membaca lirik lagu dengan sebutan yang betul secara
keseluruhan lagu
Murid-murid akan dibimbing oleh guru untuk membaca lirik lagu dengan sebutan yang
betul keseluruhan lagu tersebut.
3.6. Mengajar mengikut frasa-frasa lagu.
Dalam kaedah pengajaran baris demi baris lagu Bunga Berkembang haruslah
dibahagikan kepada baris ataupun dibahagi mengikut frasa seperti Skor di bawah. Frasa
pertama lagu Bunga Berkembang diberi dalam Skor 5.
dinyanyikan dengan melodi,

Frasa pertama hendaklah

irama dan nada yang betul agar murid-murid dapat

menyanyikan balik frasa ini dengan betul. Ulangi aktiviti ini untuk mengajar keseluruhan
frasa lagu.

Bi

ar

kan

Bu - nga

Ber -

kem - bang

Skor 5 : Frasa Pertama lagu Bunga Berkembang

HBMS2103

3.7.

Melukis kontur melodi dalam setiap frasa dan mengenali pic yang tertinggi dan

terendah.
Murid-murid dikehendaki untu melukis kontur melodi dalam setiap frasa dan
mengenali pic yang tertinggi dan terendah.
Frasa 1
Bi ar kan Bu nga Ber kembang
Rajah 2
3.8. Mengikut guru menyanyi lirik lagu baris demi baris.
Guru akan menyanyikan lirik lagu baris demi baris. Murid-murid akan mengikut guru
menyanyikan lirik lagu baris demi baris.
Lirik lagu Bunga Berkembang :
Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya
Janganlah dipetik sayang nanti kau merana
Bunga berkembang di dalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih sayang telah bersemi
Diriku seakan berminpi
Sengaja aku nyanyikan lagu yang syahdu
Selalu aku bayangkan wajahumu nan ayu
3.9. Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
Guru akan menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik dan murid akan mengikut
guru menyanyikan lagu tersebut.
3.10. Menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
10

HBMS2103

Akhir sekali, dengan iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu Bunga
Berkembang.
4.0. Aktiviti Improvisasi Dan Aktiviti Soal Jawab Untuk Mengajar Konsep Melodi
Dan Irama.
Improvasi merupakan bahagian yang diberi keutamaan dalam pendekatan pengajaran
Orff. Guru boleh menetapkan mengembangkan daya kreativiti dalam mencipta melodi dan
irama mereka.
4.1 Aktiviti untuk improvasi irama.
Aktiviti ini harus dijalankan apabila murid-murid telah mahir dengan corak-corak irama
yang mudah. Hanya selepas semua murid dalam kelas telah mahir dengan corak-corak irama
mudah, barulah dteruskan dengan corak irama lagu Bunga Berkembang
Untuk aktiviti ini guru akan memberi corak irama lagu Bunga Berkembang dengan
sebutan berirama seperti ta ti-ti ta ta . Murid-murid kemudian dikehendaki untuk menepuk
irama ini dengan menggunakan corak irama yang tempoh nilai not yang berbeza. Latihan ini
dapat mengukuhkan pemahaman dan ingatan pelajar dalam sebutan berirama.

Ta Ta

Ta Ti Ti Ta Ta Too

Ta

Ta Ta

Ti Ti Toe

Skor 6 : Skor Impprovasi Irama


4.2. Improvasi melodi dalam nyanyian.
Soal jawab frasa melodi adalah hampir sama dengan soal jawab corak irama.
Perbezannya hanya adalah dalam soal dan jawab frasa melodi elemen muzik yang diuji ialah
melodi dan juga irama. Mulakan latihan menyanyi dengan menyanyikan melodi pendek lagu
Bunga Berkembang. Kemudian murid-murid dikehendaki untuk menyanyikan balik melodi
lagu Bunga berkembang yang telah dinyanyikan oleh guru. Pastikan bahawa mereka

11

HBMS2103

menyanyi dalam pic dan irama yamg betul. Latihan-latihan sebegini adalah penting kerana ia
dapat menguatkan lagi daya ingatan muzikal mereka.
Bunga Berkembang

Do

Re Mi Do So Fa
Do

Re Mi Do So

Mi Mi Mi Mi Mi Re Do Mi

La La
Fa

Ti

La La

Re

Mi Mi Mi Mi Mi Re Do Mi Re

Do Re Ti La So
Ti

La La

Do

Re Fa

Mi Re Do

Re Re Re Re Re Do Ti La Do

La La

La So

Re Re Re Re Re Do Ti Re

Skor 7 : Skor Improvasi Melodi Dalam Nyanyian


Selepas itu murid boleh membuat sedikit variasi kepada melodi lagu Bunga
Berkembang yang telah dinyanyikan oleh guru. Contoh melodi lagu Bunga Berkembang
untuk mengajar murid-murid improvasi :

Soal

Jawab
Skor 8 : Improvasi Melodi

12

HBMS2103

5.0 . Analisi Skor Lagu Bunga Berkembang


Semasa membuat penganalisaan skor, terdapat beberapa perkara penting dalam unsur
muzik yang harus dipertimbangkan seperti unsur tekstur, unsur bentuk dan unsur harmoni.
Di bawah ialah analisi bagi lagu Bunga Berkembang dari unsur tekstur, unsur bentuk dan
unsur harmoni.
5.1.

Unsur Tekstur.
Terdapat tiga tekstur utama dalam bahasa muzik. Tekstur ini adalah monofoni, polifoni

dan homofoni. Tekstur monofoni adalah tekstur muzik yang hanya mempunyai satu baris
melodi. Nyanyian solo tanpa sebarang iringan muzik mempunyai tekstur monofoni. Tekstur
ini dihasilkan oleh sekumpulan pemuzik atau sekumpulan penyanyi koir yang memainkan
atau menyanyikan sebuah lagu atau unison juga dikenali sebagai tekstur monofoni. Pada
asasnya dalam tekstur monofoni, hanya satu bunyi sahaja dapat didengar pada satu masa.
Tekstur polifoni pula adalah berbeza daripada tekstur monofoni . Dalam tekstur polifoni
terdapat lebih daripada satu suara yang dapat didengar pada satu masa kerana tekstur ini
mempunyai dua atau lebih lapisan suara atau bunyi. Dalam tekstur polifoni untuk setiap
suara mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan setiap lapisan suara ini memainkan peranan
yang penting untuk membentuk lapisan-lapisan dalam tekstur ini.
Manakala bagi tekstur homofoni ialah tekstur di mana suara nyanyian diiringi oleh
kod-kod yang dimainkan oleh alat muzik. Tumpuan utama dalam tekstur homofoni adalah
pada melodinya yang biasanya dinyanykan oleh penyanyi atau dimainkan oleh alat muzik.
Tumpuan utama dalam tekstur homofoni adalah pada melodinya yang biasanya dinyanyikan
oleh penyanyi atau dimainkan oleh alat muzik. Contoh muzik yang mempunyai tekstur
homofoni adalah nyanyian solo yang diiringi oleh piano dan gitar. Terdapat juga tekstur
homofoni yang hanya dimainkan oleh alat muzik.
Lagu Bunga Berkembang ini bertekstur monofoni kerana ia hanya mempunyai satu
baris melodi atau satu suara sahaja.

13

HBMS2103

Skor 9 : Tekstur Monofoni

5.2. Unsur Bentuk.


Antara bentuk yang paling terkenal ialah bentuk AB dikenali sebagai Binari dan bentuk
ABA yang dikenali sebagai Tenari.

Bentuk Binari merujuk kepada muzik yang hanya

mempunyai dua bahagian yang utama. Bahagian yang pertama dilabel A yang mempunyai
elemen soal dan bahagian kedua dilabel B yang mempunyai elemen jawab. Bentuk Tenari
pula mempunyai tiga bentuk yang utama. Bahagian yang pertama dilabel sebagai A,
perrubahan melodi yang pertama dilabel B dan apabila melodinya kembali ke melodi asal,
bahagian ini dilabel A.

Terdapat juga lagu-lagu dalam bentuk AB yang mempunyai

pertukaran nada dalam bahagian B. Sebagai contoh A berada pada nada C major, nada dalam
Bahagian B boleh bergerak ke nada relative minor iaitu A minor. Perlu diperhatikan tanda
nada dalam setiap bar untuk menetukan sama ada nada lagu telah berubah.
Lagu Bunga Berkembang ini ditulis dalam tiga bentuk utama yang dinamakan Tenari
iaitu ada bahagian A, B dan A. Bahagian A diwakili oleh bar 1 hingga bar 8. Bahagian B
pula diwakili oleh bar 9 hingga 16. Manakala bahagian A diwakili oleh bar 17 hingga bar 24.

14

HBMS2103

Skor 8: Unsur Bentuk ABA


5.3. Unsur Harmoni.
Harmoni adalah gabungan dua atau lebih not yang dimainkan serentak. Gabungan notnot ini akan membentuk kod yang biasanya digunakan untuk mngiringi sesuatu melodi. Kod
yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad.

Not-not yang digunakan untuk

membentuk triad adalah not pertama, ketiga dan kelima daripada skel lagu.
Harmoni juga boleh wujud dengan hanya memainkan dengan hanya memainkan dua not
secara serentak.

Semasa menganalisi harmoni dalam lagu,

perkara utama yang harus

diambil kira adalah nada lagu tersebut. Pengenal pastian nada sesebuah lagu akan membantu
guru menentukan jenis kod yang boleh digunakan dalam setiap bar.
Lagu Bunga Berkembang ini tidak mempunyai harmoni kerana ia hanya ditulis dalam
satu baris melodi sahaja. Lagu ini telah disusun semula untuk nyanyian scara harmoni. Lagu
Bunga Berkembang telah diharmonikan 3 not lebih tinggi. Contohnya not A menjadi not C.
Not yang telah ditukar adalah di bar 9 hingga bar 16. Ianya sesuai untuk nyanyian secara
15

HBMS2103

nyanyian koir. Skor 9 menunjukkan lagu yang telah disusun semula menjadi lagu Bunga
berkembang yang mempunyai unsur harmoni

Skor 8 : Skor Lagu Bunga Berkembang ( Harmoni )


2501

16

patah perkataan

HBMS2103

RUJUKAN

C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik Tahun 4. Kuala Lumpur : Rhythm Distfibutor Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur :Pergerakan
Kreatif Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah
Rendah (semakan). Kuala Lumpur : PKK.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Kuala
Lumpur : Pusat Pekembangan Kurikulum.
Kheng L.P (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia. Kuala
Lumpur : Rhythm Distributor Sdn. Bhd.
Loh, P.K (1991). A Handbook Of Music Theory. Kuala Lumpur : Penerbit Muzikal
Pravina Manoharan (2011). HBMS2103 Pengajaran Muzik II Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.

17

You might also like