You are on page 1of 21

HBPE 2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTR 3 MEI/2013

HBPE 2103
PERGERAKAN ARISTIK DAN KREATIF

NO. MATRIKULASI

700630135178001

NO. KAD PENGNEALAN

700630135178

NO. TELEFON

0148778332

E-MEL

tekatsalmiah@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU LEARNING CENTRE

HBPE 2103

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0. PENGENALAN

2.0. TEMA PERSEMBAHAN

3.0. SINOPSIS PERSEMBAHAN ATAU JALAN CERITA

2-3

4.0. SENARAI WATAK ATAU PERANAN

3-5

5.0. JENIS PERGERAKAN, PERASAAN ATAU IDEA

58

6.0. MUZIK

8 10

7.0. PERALATAN DAN KOSTUM

10

8.0. LAKARAN REKAAN PERGERAKAN PERSEMBAHAN

10 18

9.0. JADUAL LATIHAN

18 19

10.0. TEMA PERGERAKAN

19

11.0. PENUTUP

19

RUJUKAN

20

HBPE 2103

1.0.

Pengenalan.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1997), pergerakan kreatif adalah salah

satu aktiviti penghasilan afektif yang dihasilkan oleh pergerakan. Ia meliputi 4 aspek iaitu
ruang, masa, gaya dan tubuh badan. Aspek-aspek ini merupakan asas pergerakan bagi
membolehkan

kanak-kanak

berkomunikasi

serta

memperkembangkan

dan

mempertingkatkan potensi kanak-kanak dalam meluangkan perasaan mereka melalui


pergerakan. Tuntasnya pergerakan kreatif mengabungkan aspek pergerakan tubuh badan
irama dan daya kreativiti bertujuan untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai
daya ekspresi.
2.0

Tema Persembahan.
Tema persembahan yang telah dipilih oleh saya dalam merancang persembahan

dalam Pertandingan Pergerakan Kreatif ini ialah Jiran Sepakat Teras Perpaduan. Tema
ini ada kaitan dengan perpaduan masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
Sebagai contoh kaum melayu, india dan cina.
3.0 Sinopsis Persembahan Atau Jalan Cerita.
Persembahan Pergerakan Kreatif ini adalah mengenai tiga orang yang berkawan baik
iaitu Pak Dollah , Ah Kong dan Ramasamy. Mereka bertiga tinggal di sebuah kampung
yang diberi nama Kampung Sepakat. Mereka hidup aman dan damai. Mereka juga sering
membantu satu sama lain jika salah seorang daripada mereka ditimpa masalah.
Namun sejak kebelakangan ini, mereka berada dalam ketakutan dan kebimbangan.
Hal ini terjadi disebabkan oleh kejadian kecurian yang kian menjadi-jadi. Pada suatu hari,
Pak Dollah mendapat berita bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya yang tinggal
bersebelahan dengan kampung mereka meninggal dunia. Pak Dollah merasa bimbang akan
keselamatan rumahnya.

Dia berasa takut jika semasa ketiadaannya, rumahnya akan

dimasuki pencuri.
Pak Dollah telah meminta pendapat Ah Kong dan Ramasamy untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. Ah Kong dan Ramasamy bersetuju untuk membantu Pak
Dollah. Mereka berdua telah sepakat untuk menjaga rumah Pak Dollah semasa ketiadaanya
2

HBPE 2103

nanti.

Pak Dollah merasa lega kerana masalah yang dihadapi telah dapat diselesaikan.

Dia amat berterimakasih kepada Ah Kong dan Ramasamy kerana sanggup menolong
menjaga rumahnya. Dapatlah dia menziarahi ahli keluarganya yang meninggal dunia itu
dengan hati yang tenang.
Pada malam tersebut, seorang pencuri sedang memerhati rumah Pak Dollah. Dia
merasakan bahawa penghuni rumah tersebut tiada di rumah. Dia pun mula mencuba untuk
menceroboh masuk ke dalam rumah Pak Dollah Pencuri tersebut tidak sedar bahawa
gelagatnya telah diperhatikan oleh Ah Kong.
Dengan tidak membuang masa, Ah Kong pergi berjumpa dengan Ramasamy untuk
memaklumkan kejadian kecurian tersebut.

Ah Kong dan Ramasamy berpakat untuk

menangkap pencuri tersebut. Meraka berdua secara senyap telah memasuki rumah Pak
Dollah melalui pintu belakang. Pencuri tersebut tidak menyedari kehadiran Ah Kong dan
Ramasamy. Mereka berdua telah berjaya menangkap pencuri tersebut. Pencuri tersebut
telah dibawa ke balai polis. Pihak polis telah memuji sikap Ah Kong dan Ramasamy kerana
telah berjaya menangkap pencuri tersebut.
Setibanya, Pak Dollah ke kampung. Ah Kong dan Ramasamy telah menceritakan
kejadian yang telah berlaku. Pak Dollah berasa amat terharu kerana kesanggupan Ah Kong
dan Ramasamy menangkap pencuri yang mencuri di rumahnya. Dia juga mengucapkan
terimakasih kepada mereka berdua. Pak Dollah berasa gembira kerana mempunyai jiran
yang baik hati. Dia berjanji akan membalas budi jiran-jirannya itu.
Selepas kejadian tersebut Kampung Sepakat menjadi bertambah aman dan penduduknya
hidup dengan aman dan damai.
4.0. Senarai Watak Atau Peranan.
Di dalam persembahan ini terdapat lima orang pelajar yang memegang watak watak
tertentu. Watak-watak tersebut ialah Pak Dollah yang berbangsa melayu, Ah Kong yang
berbangsa cina, Ramasamy yang berbangsa india , seorang pencuri dan seorang polis.
4.1. Watak Pak Dollah.

HBPE 2103

Watak Pak Dollah merupakan watak yang terdapat dalam persembahan ini. Di dalam
persembahan Pak Dollah mewakili bangsa melayu yang cintakan kedamaian dan
perpaduan.
Peranan Pak Dollah di dalam persembahan ini ialah sebagai seorang jiran yang
ditimpa masalah.

Dia telah meminta tolong daripada jiran-jirannya yang lain yang

berbangsa india dan cina untuk membantunya menjaga rumahnya dari dimasuki oleh
pencuri.
4.2. Watak Ah Kong
Watak Ah Kong juga merupakan watak yang terdapat dalam persembahan ini. Dia
mewakili bangsa cina yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Dia juga seorang yang
baik hati dan suka menolong jirannya ketika ditimpa masalah.
Peranan beliau dalam persembahan ini ialah menolong menjaga rumah Pak Dollah.
Dia juga telah berjaya menangkap pencuri yang telah mencuri rumah Pak Dollah.
4.3. Watak Ramasamy.
Watak Ramasamy juga merupakan watak yang terdapat dalam persembahan ini. Dia
berperanan mewakili kaum india yang cintakan kedamaian dan perpaduan.

Dia juga

seorang yang suka menolong jirannya yang lain ketika mereka ditimpa masalah.
Peranannya dalam persembahan ini ialah menjaga rumah Pak Dollah semasa
ketiadaanya bersama-sama dengan Ah Kong. Dia juga telah berjaya menangkap pencuri
yang telah mencuri rumah Pak Dollah.
4.4 Watak Pencuri.
Watak pencuri merupakan seorang lelaki yang berperanan sebagai pencuri yang
mencuri rumah-rumah yang terdapat di kampung tersebut.

Pencuri tersebut telah

merancang untuk memecah masuk ke dalam rumah Pak Dollah. Setelah dia mendapati Pak
Dollah tidak berada di rumahnya.
4.5 Watak Polis.

HBPE 2103

Watak polis merupakan seorang anggota polis yang telah ditugaskan untuk menjaga
keamanan di kampung tersebut. Dia telah menangkap pencuri yang telah diserahkan oleh
Ah Kong dan Ramasamy kepadanya.

5.0. Jenis pergerakan, Perasaan Dan Idea.


Huraian aspek jenis pergerakan, perasaan dan idea mengikut segmen.
5.1. Segmen 1 ( 1 minit )

i. Pergerakan
Tiga orang murid yang mewakili kaum melayu, india dan cina berjalan beriringan
masuk ke dalam pentas( pergerakan lokomotor ). Selepas berada di tengah pentas mereka
akan berdiri tegak.

Dua orang murid akan bersalam dan seorang murid lagi akan

memegang bahu salah seorang daripada murid yang bersalaman tadi( pergerakan bukan
lokomotor). Selepas itu ketiga-tiga murid tersebut akan berjalan beriringan keluar daripada
pentas sambil berpegangan tangan ( pergerakan lokomotor ).
ii. Perasaaan Dan Idea
Pergerakann-pergerakan yang dihasilkan menggambarkan kehidupan di sebuah
kampung yang mempunyai penduduk berbilang bangsa yang terdiri daripada bangsa
melayu, cina dan melayu. Mereka hidup dengan aman dan damai serta bersatu-padu.
5.2. Segmen 2 ( 3 minit)
i.

Pergerakan.
Seorang murid yang berperanan sebagai pencuri berjalan masuk sambil ke dalam

seperti orang sedang menghendap (pergerakan lokomotor).

sambil membawa guni.

(manipulasi alatan). Kemudian dia berjalan keluar dari pentas.


Selepas itu, dua orang murid yang berperanan sebagai seorang yang berbangsa cina
dan india berjalan masuk ke dalam pentas ( pergerakan lokomotor ).

Salah seorang

daripada mereka membawa plastik yang berisi buah limau (manipulasi alatan). Sampai di

HBPE 2103

tengah pentas mereka terus duduk bersila sambil berbual-bual dan makan buah limau
(pergerakan bukan lokomotor).
Kemudian seorang murid yang berperanan sebagai seorang yang berbangsa melayu
berjalan masuk ke dalam pentas (pergerakan lokomotor). Dia membawa sepucuk surat
sambil mengesat-gesat air matanya (manipulasi alatan). Dia berjalan menuju ke arah dua
orang murid yang duduk tadi (pergerakan lokomotor) dan duduk bersama-sama dengan
mereka (pergerakan bukan lokomotor). Murid yang berbangsa melayu menunjukan surat
kepada kedua-dua orang murid yang berbangsa cina dan india. Murid yang berbangsa cina
akan mengambil surat tersebut dan membaca surat tersebut.

Kemudian murid yang

berbangsa melayu memegang dahinya dan murid yang berbangsa cina memegang bahu
murid berbangsa melayu tersebut. Kemudian murid yang berbangsa melayu menunjuk ke
arah pencuri. Keduadua orang murid yang berbangsa cina dan melayu menganggukanggukan kepala mereka dan menepuk-nepuk bahu murid yang berbangsa melayu
(pergerakan bukan lokomotor). Mereka kemudian berdiri dan berjalan beriringan keluar
pentas. (pergerakan lokomotor)
ii. Perasaan Dan Idea.
Menunjukkan masyarakat yang bersatu-padu dan saling bantu-membantu di antara satu
sama lain. Perasaan sedih dan resah yang ditunjukkan oleh watak di dalam persembahan
ini mengambarkan bahawa dia merasa sedih dan resah kerana ditimpa masalah P erasaan
simpati yang ditunjukkan oleh watak di dalam persembahan ini mengambarkan bahawa
mereka bersimpati terhadap rakan mereka yang ditimpa masalah.. Perasaan cemas yang
ditunjukkan oleh seorang pencuri mengambarkan dia berasa cemas kerana bimbang
tingkahlakunya diperhatikan oleh orang lain.
5.3. Segmen 3 (4 minit)
i. Pergerakan
Dua orang murid yang berbangsa cina dan india berjalan masuk ke dalam pentas
menuju ke arah tepi pentas (pergerakam lokomotor).

Murid yang berbangsa cina

membawa surat khabar (manipulasi alatan). Sampai di tengah pentas salah seorang murid

HBPE 2103

tersebut duduk sambil membaca surat khabar. Manakala seorang lagi murid baring di atas
lantai (pergerakan bukan lokomotor).
Kemudian muncul seorang murid yang berperanan sebagai pencuri. Dia berjalan
masuk ke dalam dewan (pergerakam lokomotor) sambil membawa guni (manipulasi
alatan). Dia membongkokkan badannya sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Selepas
itu, dia berjalan perlahan-perlahan (pergerakan lokomotor) dan berdiri sambil membuat
aksi seperti membuka pintu (pergerakan buka lokomotor).

Dia berjalan lagi sambil

kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan (pergerakan lokomotor). Dia berhenti berjalan dan
membuat aksi membuka pintu almari (pergerakan bukan lokomotor).
Sementara itu, salah seorang murid yang telah berada di dalam pentas berdiri sambil
membuat aksi membuka jendela (pergerakan bukan lokomotor). Selepas dia membuat aksi
seperti seorang yang sedang memerhati dan kemudian dia membuat aksi terkejut
(pergerakan bukan lokomotor). Dia berlari ke arah seorang lagi murid yang sedang baring
di atas lantai ( pergerakan lokomotor).

Murid yang sedang baring itu membuat aksi

terkejut dan serta-merta duduk bersila di atas lantai (pergerakan bukan lokomotor). Murid
yang berlari tadi membongkokan badannya membuat aksi memberitahu sesuatu kepada
murid yang sedang duduk tersebut.
Kemudian, mereka berlari ke arah belakang pencuri tadi (pergerakan lokomotor).
Selepas itu,

salah seorang mereka membuat aksi membuka pintu (pergerakan bukan

lokomotor). Mereka berdua berjalan perlahan-lahan (pergerakan lokomotor) menuju ke


arah pencuri dan menangkap pencuri tersebut (pergerakan bukan lokomotor).
Seorang murid yang berperanan sebagai polis berjalan masuk ke dalam pentas
(pergerakan lokomotor). Dua orang murid tersebut membawa pencuri itu ke arah polis
tersebut (pergerakan lokomotor).

Mereka menyerahkan pencuri tersebut kepada polis

tersebut (pergerakan bukan lokomotor). Selepas itu, mereka berempat berjalan keluar
daripada pentas tersebut. (pergerakan lokomotor).
ii. Perasaan. Dan Idea.
Perasaan cemas ditunjukkan oleh murid yang memegang watak pencuri kerana takut
tingkahlakunya diperhati oleh orang lain. Perasaan terkejut yang ditunjukan oleh seorang
murid yang memegang watak seorang cina ketika melihat seorang pencuri memasuki
7

HBPE 2103

rumah jirannya. Perasan terkejut yang ditunjukkan oleh seorang murid yang memegang
watak sebagai seorang yang berbangsa india mengambarkan bahawaa dia terbangun dari
tidur apabila rakannya berlari ke arahnya.
Perasaan marah yang ditunjukan oleh dua orang murid yang berbangsa cina dan india
terhadap pencuri yang memasuki rumah jirannya.
5.4. Segmen 4 ( 2 minit )
i.

Pergerakan
Dua orang murid yang berbangsa cina dan india berjalan masuk ke dalam pentas

(pergerakan lokomotor). Setelah sampai di tengah pentas, mereka duduk bersila di atas
lantai sambil melakukan aksi sedang berbual-bual tentang kejadian kecurian yang telah
berlaku.
Setelah itu seorang lagi murid yang berbangsa melayu berjalan masuk ke dalam pentas
(pergerakan lokomotor). Dia berjalan menuju ke arah kedua-dua orang murid tadi dan
duduk bersama-sama mereka sambil mendengar perbualan mereka (pergerakan bukan
lokomotor).
Akhirnya, mereka bertiga berdiri sambil berpegangan tangan dan menghentakan kaki
mengikut rentak lagu (pergerakan bukan lokomotor). Selepas lagu yang dimainkan selesai,
murid-murid tadi menundukkan kepala secara serentak (pergerakan bukan lokomotort) dan
berjalan keluar dari pentas sambil berpegangan tangan (pergerakan lokomotor).
ii. Perasaan Dan Idea
Perasaan gembira yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga watak yang berbangsa melayu,
cina dan india menggambarkan bahawa mereka hidup dalam aman dan damai disebabkan
mereka mengamalkan prinsip perpaduan di kalangan rakyat yang berrbilang kaum seiring
dengan hasrat kerajaan yang inginkan keamanan dan kedamaian negara kita.
6.0. Muzik.
Huraian penggunaan muzik mengikut segmen.
6.1. Segmen 1
8

HBPE 2103

- Muzik latar yang mengambarkan suasana sebuah kampung.


6.2. Segmen 2.
- Muzik latar yang mengambarkan suasana cemas.
- Muzik latar yang mengambarkan suasana sedih.
6.3 Segmen 3
_ Muzik latar yang mengambarkan suasana cemas.
6.4 Segmen 4
- Lagu yang bertajuk Perpaduan Teras Kejayaan Lagu ciptaan Pak Ngah.
Lirik lagu :
Kini semangat jalan seiring
Satu amanah kerjasama
Jadi teras bangsa mulia
Sehati sejiwa
Bantu membantu agar sepakat
Agar teguh dipersada
Dalam hidup harmoni
Sirami rasa kasih sayang
Jadi benteng hidup yang harmoni
Nurani ikhlas
Dihati murni
Menjadi kekuatan kita
Bersatu........bersatu
Bersatu gagah bercerai roboh
Hindarkan hasrat sengketa kita
Perpaduan teras kejayaan
Bersatu...... berpadu
9

HBPE 2103

Berpadu bulat kata sepakat


Menjadi cita negara jaya
Perpaduan teras kejayaan
Perpaduan teras kejayaan
Perpaduan teras kejayaan.
7.0. Peralatan dan kostum
7.1

Peralatan
- Kain rentang gambar kampung Sepakat.
- Guni.
- Surat khabar.
- Plastik berisi limau.

7.2 Kostum
- Pakaian tradisional india (choti).
- Pakaian tradisional melayu (baju melayu) dan songkok.
- Pakaian tradisional cina (sam foo).
- Pakaian seragam polis.
- Pakaian yang mengambarkan seorang pencuri.
8.0. Lakaran rekaan pergerakan persembahan (koreografi)
Lakaran mengikut segmen.
Petunjuk :
Watak 1 Bangsa melayu

Watak 2 Bangsa cina

Watak 3 Bangsa india

Watak 4 pencuri

Watak 5 Polis

10

HBPE 2103

8.1. Segmen 1

8.1.2.
Watak 1
a.

Berjalan seperti biasa.

b.

- Berdiri sambil bersalam-salaman dengan watak 2 dan 3.

8.1.3. Watak 2
a.

Berjalan seperti biasa.

b.

- Berdiri sambil berbual-bual dan bersalam-salaman dengan watak 1 dan


3

8.1.4. Watak 3
a.

Berjalan seperti biasa.

b.

- Berdiri sambil berbual-bual dan bersalam-salaman dengan watak 1 dan


11

HBPE 2103

2.
8.2. Segmen 2.

8.2.1. Watak 1
a.

- Berjalan sambil membawa surat.

b.

- Duduk dan memberi surat kepada watak 2. Kemudian memegang dahi


sambil berbual-bual dengan watak 2 dan 3.

8.2.3. Watak 2
a.

- Berjalan seperti biasa.

b.

- Duduk sambil berbual-bual kemudian membaca surat yang dibawa oleh


watak 1.

12

HBPE 2103

8.2.3. Watak 3
a.

- Berjalan seperti biasa sambil membawa plastik berisi limau.

b.

- Duduk sambil berbual-bual kemudian memegang bahu watak 1.

8.2.4.
a.

Berjalan perlahan-lahan sambil memandang ke kiri ke kanan dan


membawa guni.

8.3 Segmen 3.

8.3.1. Watak 2
a.
b.

- Berjalan seperti biasa sambil membawa suratkhabar


- Duduk sambil membaca suratkhabar. Kemudian berdiri sambil
13

HBPE 2103

aksi membuka pintu .


- Membuat aksi melihat ke arah watak 4.
c.

Berjalan dengan cepat menuju ke arah watak 3.

d.

- Duduk mencangkuk sambil bercakap dengan watak 3

e.

Berjalan menuju ke arah belakang watak 4.

f.

- Berdiri sambil membuat aksi membuka pintu.

g.

Berjalan-jalan secara perlahan-lahan ke arah watak 4.

h.

Berdiri sambil memegang tangan watak 4.

i.
j.

- Berjalan sambil memegang tangan watak menuju ke arah watak 5.


Berdiri berhadapan watak 5 dan menyerahkan watak 4 kepada watak
watak 5.

k.

- Berjalan seperti biasa keluar dari pentas.

8.3.2. Watak 3
a.
b.

- Berjalan seperti biasa .


- Berbaring di atas lantai sambil menutup mata. Bangun dan
membuat aksi terkejut.

c.

Berjalan menuju ke arah belakang watak 4.

14

HBPE 2103

d.

Berdiri tegak.

e.

Berjalan secara perlahan lahan menuju ke arah watak 4.

f.

- Berdiri sambil memegang tangan watak 4.

g.

Berjalan sambil memegang tangan watak menuju ke arah watak 5

h.

Berdiri berhadapan watak 5 dan menyerahkan watak 4 kepada watak


watak 5.

ii.

- Berjalan seperti biasa keluar dari pentas.

8.3.3. Watak 4.
a.

- Berjalan dengan badan membongkok sedikit.


- Melihat di ke kiri dan ke kanan sambil membawa guni.

b.

- Membuat aksi membuka pintu.

c.

Berjalan seperti biasa.

d.

Membuat aksi membuka almari.


- Berdiri tegak sambil tangannya dipegang oleh watak 2 dan watak 3.

e.

Berjalan secara perlahan lahan menuju ke arah watak 4.

f.

Berdiri tegak.
- Tangan diserahkan kepada watak 5.

g.

Berjalan seperti biasa keluar dari pentas sambil tangan dipegang


15

HBPE 2103

oleh watak 5.
8.3.4. Watak 5
a.

- Berjalan seperti biasa menuju ke tengah pentas.

b.

Berdiri tegak sambil memegang tangan watak 4 yang diserahkan oleh


watak 3 dan 4.

c.

Berjalan seperti biasa menuju keluar pentas sambil memegang tangan


watak 4.

8.4. Segmen 4

8.4.1. Watak 1.
a.

- Berjalan seperti biasa menuju ke tengah pentas.

16

HBPE 2103

b.

Berdiri tegak sambil bersalam-salaman dengan watak 2 dan 3.


- Berdiri sambil memegang tangan watak 2 dan mengoyangkan badan
mengikut rentak lagu.

c.

Berjalan seperti biasa menuju keluar pentas sambil memegang tangan


watak watak 2.

8.4.2. Watak 2.
a.

- Berjalan seperti biasa menuju ke tengah pentas.

b.

Berdiri tegak sambil berbual dengan watak 3. Dan bersalaman dengan


watak 1.
- Berdiri sambil memegang tangan watak 1 dan 3. Mengoyangkan
badan mengikut rentak lagu.

c.

Berjalan seperti biasa menuju keluar pentas sambil memegang tangan


watak 1 dan 3.

8.4.3. Watak 3.
a.

- Berjalan seperti biasa menuju ke tengah pentas.

b.

Berdiri tegak sambil berbual dengan watak 2. dan bersalaman dengan


watak 1.
- Berdiri sambil memegang tangan watak 2 danmengoyangkan badan
mengikut rentak lagu.

c.

Berjalan seperti biasa menuju keluar pentas sambil memegang tangan


watak 2.

9.0 Jadual Latihan.


17

HBPE 2103

Di bawah ialah jadual latihan Pertandingan Pergerakan Kreatif selama 8 minggu.

Minggu
1

Akiviti

Objektif

-Pengumuman kepada murid pada -Untuk memberitahu kepada murid


perhimpunan
pagi
tentang tentang akiviti pemilihan yang akan
pemilihan murid bagi menyertai dijalankan.
pertandingan.

-Pemilihan murid tahun 4, 5 dan 6 -Memilih murid seramai 5 orang yang


unuk menyertai pertandingan.
berkelayakan
unuk
menyertai
pertandingan.

-Perjumpaan kali pertama murid -Murid memahami tentang pertandingan


yang telah dipilih.
yang akan mereka sertai.
-Guru
menerangkan
kepada
murid tentang pertandingan yang
akan mereka sertai.

-Guru menerangkan peranan yang -Murid memahami peranan


akan dimainkan oleh murid dalam pertandingan tersebut.
semasa pertandingan tersebut.

-Mula
berlatih
melakukan -Murid memahami dan dapat melakukan
gerakan dalam segmen 1 dan 2 gerakan yang telah dirancang oleh guru
dengan bimbingan guru.
dalm segmen 1 dan 2.

Mula berlatih melakukan gerakan -Murid memahami dan dapat melakukan


dalam segmen 3 dan 4 dengan gerakan yang telah dirancang oleh guru
bimbingan guru.
dalm segmen 3 dan 4

Melakukan kesemua gerakan -Murid memahami dan dapat melakukan


dalam segmen 1 hingga 4.
gerakan yang telah dirancang oleh guru
dalam segmen 1 hingga 4.

Melakukan kesemua gerakan Murid memahami dan dapat melakukan


dalam segmen 1 hingga 4 dengan gerakan yang telah dirancang oleh guru
18

mereka

HBPE 2103

iringan muzik.

dalm segmen 1 hingga 4 dengan iringan


muzik.

10.0 Tema Pergerakan.


Tema pergerakan yang berkaitan dengan pertandingan pergerakan kreatif ialah tema
kesedaran tubuh badan, kesedaran rintangan kepada beban dan masa, kesedaran ruang,
aliran beban badan dalam ruang dan masa dan penyesuaian terhadap rakan
11.0. Penutup
Pergerakan kreatif merupakan pergerakan yang menekankan aspek kreativiti dalam
menghasilkan sesuatu pergerakan. Seterusnya, dapat melahirkan murid yang berfikiran
kreatif, berdaya inovasi serta cergas mengikut keserasian muzik yang digunakan semasa
melakukan pergerakan.
2,953 patah perkataan

RUJUKAN
19

HBPE 2103

Badura (1971),

Analysis Of Modeling Processes

Pychological Modelling. Chicago :

Alsine Asherton.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998), Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Koehler, M & Krarets (1997),

Social Psychology Understanding Human Intrasions.

Boson.
Salmah Ayub (1992),

Pergerakan Kreatif Dan Pendidikan.

Kuala Lumpur : Flo

Enterprise.
Shaifol Bahary Sulaiman , Hasnul Faizal Hushin Amri (2012) Edisi kedua. HBPE 2103
Pergerakan Arisitik Dan Kreaif. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

20

You might also like