You are on page 1of 3

1.

0 NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli)
Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Alamat e-mel : bba8206@btpnsel.edu.my


2.0 PENYELIDIK

HAMDAN BIN KIPLIE
(810703-13-5097)
019-6969674
hamirah8187@gmail.com


3.0 TAJUK KAJIAN

MELENGKAPKAN NOTA SEJ ARAH BERPANDUKAN BUKU TEKS DAN
BAHAN EDARAN menggunakan KONSEP KATA TANYA


4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mula berkhidmat di SK Bukit Lanjan (Asli) pada Januari 2007. Apabila mendapat
tahu pihak KPM akan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah yang akan bermula
dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah pada tahun 2014, saya amat teruja kerana
pada ketika yang sama saya di tahun akhir pengajian saya dalam bidang Sejarah di
Universiti Sains Malaysia menerusi Rancangan Pengajian Jarak Jauh. Semangat untuk
saya menterjemahkan ilmu yang saya dapati dalam bidang sarjana muda ingin dikongsi
sama dengan anak murid lebih-lebih lagi genarasi masa kini amat jauh ketinggalan dalam
mengenali sejarah terutama sejarah negara sendiri. Berikutan itu saya telah mendapat
arahan daripada pihak pentadbiran sekolah untuk mengajar mata pelajaran tersebut
sekembalinya saya dari kursus intensif selama tiga minggu di USM iaitu bermula pada
akhir Februari 2014.
Walaupun dalam tempoh singkat, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya
mendapati pelajar-pelajar 4 Menteri tidak memahami apa yang dibaca walaupun nota
diberi dan merujuk buku teks, hanya segelintir sahaja yang memahami. Keadaan ini amat
membimbangkan saya kerana mereka akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar
iaitu Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR I & II) seperti mana yang telah
diputuskan oleh pihak pentadbiran bahawa mata pelajaran Sejarah turut menjadi mata
pelajaran yang perlu dibuat ujian kepada murid-murid tersebut. Tambahan pula amatlah
malang kalau generasi hari ini tidak mengetahui dan mendalami sejarah negaranya
sendiri. Setelah memahami permasalahan pelajar-pelajar 4 Menteri, saya mencuba
kaedah ini untuk meningkatkan peratus lulus mata pelajaran sejarah pada peperiksaan
akhir tahun 2014 nanti.



5.0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN)

Pelajar-pelajar 4 Menteri tidak dapat mengingati sepenuhnya fakta-fakta yang dipelajari
disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya :
i. Pelajar mudah lupa fakta yang dikemukakan.
ii. Pelajar tidak memahami apa yang dibaca.
iii. Pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran sejarah.
iv. Pelajar tidak mahu merujuk buku teks.


6.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Am
Dapat meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan peningkatan peratus lulus
sejarah dalam peperiksaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah II.

ii. Objektif Khusus
a. Meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengingati fakta.
b. Membantu pelajar mencari fakta sejarah.
c. Melatih pelajar mendapatkan maklumat sejarah menggunakan buku teks.
d. Melatih pelajar untuk berdikari tanpa mengharapkan guru semata-mata.


7.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar HALUS (Harapan Lulus) Kelas 4 Menteri, SK Bukit Lanjan (Asli), Petaling
Jaya, Selangor.
(Kumpulan pertama yang mempelajari mata pelajaran Sejarah bagi KSSR bermula 2014)


8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Antara aktiviti yang saya laksanakan dalam menjalankan hasil kajian ini ialah:
a. Melengkapkan nota berlatihan dengan jawapan yang betul berpandukan buku teks
semasa proses PdP berjalan.
b. Membincangkan jawapan di dalam kelas supaya pelajar dapat mengenalpasti
kesalahan dan terus membuat pembetulan.
c. Menggunakan konsep kata tanya sewaktu mencari fakta sejarah dan sewaktu
mengemukakan soalan latih tubi secara lisan.
d. Menilai keberkesanan sistem pembelajaran ini melalui pemantauan latihan dan
juga soal selidik secara lisan.
e. Membuat perbandingan keputusan peperiksaan Penggal 1 dengan Penggal Akhir.
f. Instrumen yang saya gunakan dalam penghasilan kajian ini ialah kertas A4, Pen
Drive .




9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN

A. Buku Teks
Bahan rasmi yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Penggunaan huraian kurikulum KSSR yang telah dibekalkan.

B. Media Cetak (Gambar Berkaitan Dengan Tema dalam Pembelajaran Sejarah)
Gambar-gambar aktiviti penduduk Desa Temuan Bukit Lanjan yang diperolehi
dari Muzium Desa Temuan.

C. Bahan Nota Sejarah yang diperolehi daripada PNI Neuron Sdn. Bhd.
Menggunakan PCG sekolah untuk membeli bahan yang berkaitan dengan tema
pdp Sejarah KSSR Tahun 4.



10.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL. AKTIVITI TARIKH
01 Menulis Proposal Kajian Tindakan Mac 2014
02 Merancang Kajian Tindakan Mac 2014
03 Soal Selidik Mac 2014
04 Teknik Menulis Nota Mac 2014
05
Teknik Memperbetulkan Kesalahan Dalam Nota &
Latihan
April 2014
06 Analisis Data Melalui Markah PKSR 1 April 2014
07
Pemerhatian Sepanjang pdp menggunakan isntrumen
pemantauan secara lisan
April Julai 2014
08 Menulis Laporan Lengkap Julai 2014


11.0 KOS KAJIAN

BIL. JENIS BAHAN KOS (RM)
01 Kertas A4 Jenama IK Yellow (1 rim) 9.50
02 Pensil (1 batang X 16 orang) 10.40
03 Pen Merah (1 batang X 16 orang) 19.60
04 Marker Pen Papan Putih (1 kotak) 8.90
06 Katrij Mesin Pencetak Canon MP258 (Hitam) 10.00
07 Bahan Nota Sejarah (PNI Neuron Sdn Bhd) 215.00
JUMLAH RM 273.40

You might also like