You are on page 1of 53

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

PEMILIK :
CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR

UNTUK

TETUAN PAM EDUCATION FUND
PAM Education Fund
Trustees
Sum Phoon Mun @ Shum Phoon Mun
Hussein bin Hamzah
No.4 & 6, Jalan Tangsi,
50480, Kuala Lumpur.
Tel : 03-2693 4182
Fax : 03-2692 8782


Ar. Boon Che Wee
Pertubuhan Akitek Malaysia
No.4 & 6, Jalan Tangsi,
50480, Kuala Lumpur.
Tel : 03-2693 4182
Fax : 03-2692 8782


AKITEK :

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 4
1.2 Tujuan Laporan Cadangan Pemajuan 5

2.0 LATAR BELAKANG CADANGAN PEMAJUAN
2.1 Latar Belakang Pembangunan 6

3.0 PERIHAL TANAH
3.1 Perihal Hartanah 7-8
3.2 Lokasi Tapak
3.3 Perihal Cadangan dan Tapak 9-10

4.0 ANALISIS GUNATANAH DAN INTENSITI PEMBANGUNAN
4.1 Zon Guna Tanah 22
4.2 Pembanguan Guna Tanah Semasa 22-23
4.3 Sistem Perhubungan dan Jalan Masuk 24-25
4.4 Topografi dan Kecerunan 24
4.5 Sistem Saliran Sedia Ada 24
4.6 Guna Tanah Sekitar 26-27
4.7 Kemudahan Awan dan Asas Di Kawasan Sekitar 26

MUKA SURAT
KANDUNGAN
PERKARA
KANDUNGAN
PERKARA
5.0 POTENSI DAN HALANGAN PERANCANGAN
5.1 Ciri-ciri Fizikal 28
5.2 Pembangunan Ekonomi 29
5.3 Justifikasi Pembangunan 29-30

6.0 DASAR DAN CADANGAN
6.1 Garis Panduan Perancangan Transit Zon 31
6.2 Ciri-ciri Guna Tanah dan aktiviti di kawasan Stesen Transit 31

7.0 CADANGAN PEMBANGUNAN 32
7.1 Konsep Perancangan Dan Pembangunan 33

8.0 PENUTUP 34
9.0 LAMPIRAN 39-49
MUKA SURAT
Laporan cadangan ini adalah untuk cadangan tambahan dan perubahan (tambah tingkat) ke atas
sebuah bangunan empat tingkat yang sedia ada kepada lapan tingkat di atas Lot 7, seksyen 96A, Jalan
Tandok, off Jalan Bangsar, Bangsar, 59000, Kuala Lumpur untuk tetuan Pam Education Fund.
Perlaksanaan projek ini adalah untuk menyediakan sebuah pusat pameran dan galeri muzium serta
pusat aktiviti seni bina dan seni kontemporari di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Laporan Cadangan Pemajuan ini mengandungi penerangan ringkas terhadap latar belakang tapak
cadangan ,hakmilik dan sekatan-sekatannya,dasar-dasar kerajaan negeri berkaitan dengan
pembangunan tanah, analisa fizikal tapak persekitarannya,potensi projek dan cadangan pembangunan.
1.1 Pengenalan
1.0 PENDAHULUAN
4
1.2 Tujuan Laporan Cadangan Pemajuan
Tujuan laporan ini disediakan bagi mencapai beberapa matlamat seperti berikut:

i. Menerangkan cadangan pembangunan yang akan dimajukan secara rasional;

ii. Menyediakan asas perancangan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat pertimbangan dan
penilaian terhadap cadangan membina sebuah bangunan lapan tingkat dengan cara tambah tingkat
kepada sebuah bangunan empat tingkat yang sedia ada;

iii. Membuat analisis terhadap aspek-aspek fizikal tapak,potensi dan halangan serta dasar-dasar
pembangunan yang berkaitan;

iv. Menerangkan kesesuaian kemudahan pembangunan yang dicadangkan berbanding keadaan sediada dan
persekitaran pembangunan tapak cadangan;

v. Sebagai rujukan kepada Jabatan-Jabatan Teknikal dan perunding yang terlibat dalam merangka aspek
pembangunan yang akan didasarkan dari perancangan yang telah digariskan ;

vi. Mendapatkan kelulusan terhadap permohonan Kebenaran Merancang bagi membina sebuah bangunan
lapan tingkat dengan cara tambah tingkat kepada sebuah bangunan empat tingkat yang sedia ada.
5
Laporan ini disediakan bagi PAM Education Fund yang bertujuan untuk mendapatkan kelulusan terhadap
Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan dan Perubahan (Tambah Tingkat) Ke Atas
Sebuah Bangunan Empat Tingkat Yang Sedia Ada Kepada Lapan Tingkat di atas Lot 7, Seksyen 96A, Jalan
Tandok dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Laporan ini merupakan maklumat sokongan bagi memastikan prinsip-
prinsip perancangan dan faktor-faktor pembangunan diambilkira di dalam menghasilkan pembangunan yang
teratur, terkawal dan terancang yang akhirnya akan menghasilkan pembangunan yang selesa serta mematuhi
keperluan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.

Pihak pemilik iaitu Pam Education Fund telah membeli tanah tapak cadangan ini daripada pihak
The Carat Club Sdn. Bhd (No. Sykt : 347042-X) pada 6 January 2011. Para Trustees bagi tetuan PAM
Education Fund terdiri daripada Sum Phoon Mun @ Shum Phoon Mun (No.K/P: 390306-08-5323), Hussein bin
Hamzah (No. K/P: 440927-01-5427) dan Chee Soo Teng (No. K/P: 550407-08-5787). Sesalinan Geran Tanah
serta Sale and Purchase Agreement dilampirkan pada bahagian lampiran laporan ini.

2.1 Latarbelakang Pembangunan
2.0 LATAR BELAKANG CADANGAN PEMAJUAN
6
Keluasan tanah lot cadangan adalah 1120.437 meter persegi / 12,060.28 kaki persegi di atas no. lot 7
yang terletak di dalam Seksyen 96A, Jalan Tandok, Bangsar di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur(DBKL). Perihal terperinci bagi hakmilik dan pemilikan tanah ini adalah seperti berikut:-
a) Butir-butir Pemilikan Tanah
Pemilik : PAM Education Fund
Trustees:
Sum Phoon Mun @ Shum Phoon Mun (No.K/P: 390306-08-5323)
Hussein bin Hamzah (No. K/P: 440927-01-5427)
Chee Soo Teng (No. K/P: 550407-08-5787)
Alamat : No.4 & 6, Jalan Tangsi,
50480, Kuala Lumpur.
b) Butir Butir Maklumat Tanah
3.1 Perihal Hartanah
3.0 PERIHAL TANAH
Keluasan 1120.437 meter persegi / 12,060.678 kaki persegi
Negeri Wilayah Persekutuan KL
Daerah Kuala Lumpur
No. Lot Lot 7 Seksyen 96A
Tempat Jalan Tandok
Kategori Pengunaan Tanah Tidak dinyatakan, KLDCP 2008 zon
Komersial/Industri
Syarat Nyata Tiada
Sekatan Kepentingan

Tiada
7
c) Kedudukan tanah

Tanah terletak di dalam kawasan Dalam Bandaraya Kuala Lumpur
Tanah terletak di persimpangan Jalan Tandok dan Jalan Liku yang sedia ada.
Aras tanah adalah sama aras dengan aras jalan (Jalan Tandok) pada sebelah kiri tapak
manakala aras tanah adalah lebih kurang 2m dibawah paras jalan di sebelah kanan tapak.
Keadaan tanah bagi jiran-jiran sebelah juga adalah sama seperti sediaada (sila rujuk
gambarajah gunatanah sekitar pada m/s 16).

d) Keadaan Tanah
Bentuk muka bumi : Rata
Tumbuh-tumbuhan : Tiada
Dilintasi Oleh : Tiada


e) Kemajuan atas tanah
Bangunan : Bangunan Komersial sedia ada 4 tingkat
8
Tapak cadangan ini berada di dalam kawasan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur yang secara
langsung akan menyokong pembangunan sekitarnya. Secara keseluruhannya ,tapak ini berada di alamat
No.99L, Jalan Tandok , Off Jalan Bangsar, Bangsar, 59000, Kuala Lumpur. Kedudukan tapak cadangan yang
strategik serta mempunyai kemudahsampaian yang baik ini merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan pemilik berhasrat untuk membina bangunan lapan tingkat ini. Kawasan sekitar tapak
cadangan adalah terdiri daripada kawasan perdagangan dan kediaman seperti mana yang telah ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebagai kawasan mix-use dan perdagangan. Tambahan pula, tapak
cadangan terletak di dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur di mana berdekatan dengan dua kawasan
Transit Planning Zone yang menghubungkan tapak cadangan dengan Jalan Maarof dan Jalan Bangsar.
Kedua-dua jalan ini merupakan dua Jalan utama yang menhubungkan kawasa tapak ke kawasan
persekitaran . Terdapat Stesen Putra LRT Bangsar yang menjadikan tapak ini berpotensi dan mudah untuk
berhubung.

Jarak tapak cadangan dengan beberapa pusat pertumbuhan sedia ada dalam konteks setempat dan
sekitar adalah seperti berikut:-

i. Dari Stesen Putra LRT Bangsar - 1.4km Kereta (3mins) / 850m Jalan Kaki (11mins)
ii. Dari KL City Centre - 8.1km (14mins)
iii. Dari Bangsar Village 1 - 1.0km (3mins)
iv. Dari Bangsar Vilage 2 - 850m (2.5mins)
v. Dari Stesen Komuter Mid Valley - 2.5km (4mins)


3.2 Lokasi Tapak
9
PELAN KUNCI DAN PELAN LOKASI
10
The Tandok
Site Survey Drawing
Berdasarkan kepada Draft Kuala Lumpur 2020 City Plan, tapak cadangan dan persekitarannya adalah
dizonkan untuk pembangunan mix used komersial dan industri serta kediaman. Dengan ini, kawasan
sekitarnya terdiri daripada pembangunan perumahan,kediaman institusi, kilang (industri) dan bangunan
perniagaan.
4.1 Zon Guna tanah
4.0 ANALISIS GUNATANAH DAN INTENSITI PEMBANGUNAN
Sekarang, tapak cadangan adalah merupakan sebuah bangunan sedia ada dalam keadaan yang tidak
terurus dan tidak didiami.

Disebabkan oleh keadaan lokasi tapak yang strategik, pemilik berhasrat untuk membangunkan tapak ini
dan menggunakan sepenuhnya keluasan tapak di samping mengambilkira segala aspek yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan DBKL.
4.2 Pembangunan Gunatanah Semasa
22
GAMBARAJAH GUNATANAH SEMASA
Kawasan cadangan adalah sebuah bangunan sedia
ada dalam keadaan yang tidak terurus dan tidak
didiami.
23
Kawasan tapak berdekatan dengan dua jalan raya utama iaitu Jalan Bangsar dan Jalan Maarof yang dapat
meningkatkan lagi aspek akses di kawasan tapak cadangan. Kedudukan tapak pula mempunyai kemudahan
yang baik kerana berada di dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Berdasarkan kedudukan tersebut pembangunan yang dicadangkan akan tertakluk kepada kehendak-
kehendak pihak DBKL. Di samping itu, tapak pembangunan akan menerima kemudahan perkhidmatan
Bandar secara langsung daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Keseluruhan tapak cadangan adalah rata. Keadaan ini adalah sesuai bagi sebarang jenis pembangunan
dan ini memberi kelebihan kepada tapak cadangan untuk dibangunkan semula sebagaimana yang
dirancangkan . Jadi, pembangunan ini tidak melibatkan threshold cost yang tinggi terutamanya bagi
kerja-kerja pertapakan dan penyediaan infrastruktur.
Sistem perparitan yang tersusun telah disediakan di mana ianya terdapat di sepanjang sempadan tapak
cadangan yang terdiri dari longkang konkrit dan storm water drainage yang disalurkan ke simpanan parit
(lebar 3.55m) yang sedia ada di sebelah kiri bahagian tapak dan ianya akan menjadi saliran keluar
kumbahan dan limpahan air (run off) secara langsung dari tapak cadangan dan kawasan sekitarnya. Sistem
perparitan yang sedia ada adalah tersusun disebabkan tapak terletak dalam pembangunan keseluruhan
yang telah siap dibina yang secara tidak langsung telah menyediakan sistem peparitan yang baik.
4.3 Sistem Perhubungan dan Jalan Masuk
4.4 Topografi dan Kecerunan
4.5 Sistem Saliran Sedia Ada
24
GAMBARAJAH SISTEM PERHUBUNGAN DAN JALAN KELUAR MASUK
Jalan Tandok - jalan masuk ke tapak dari Jalan Maarof
Jalan Liku - jalan masuk ke tapak dari Jalan Bangsar
25
Oleh kerana tapak cadangan berada di dalam kawasan mixed use komersial dan industri serta kediaman,
bangunan-bangunan yang sedia ada terdiri daripada bangunan pejabat, kilang, kolej kediaman, flat dan
kondominium. Antara bangunan-bangunan yang terdapat di persekitaraan tapak adalah:

i. Bangunan Balai Berita NSTP (Kilang dan Pejabat)
ii. Menara Mutiara Bangsar ( Bangunan Pejabat 24 tingkat)
iii. Suasana Bangsar (kondominium 26 tingkat),
iv. Kolej Kediaman Universiti Kuala Lumpur (8 tingkat)

Secara umumnya, persekitaran tapak cadangan ini mempunyai kemudahan awam dan asas yang telah
disediakan. Ini kerana persekitaran tapak cadangan merupakan kawasan perdagangan dan kediaman yang
sedia ada dan bekalan air, elektrik, sistem perparitan dan jalan akses telah pun disediakan.

Kemudahan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi tapak cadangan telah dilengkapkan dan dijangkakan
tidak akan memberi sebarang masalah kepada tapak cadangan untuk diimplementasikan kelak. Bagi
sistem pembetungan, kawasan pembangunan kawasan ini telah mempunyai pelan pembetungan yang
tersusun dan disambungkan dengan kemudahan berpusat dari kawasan-kawasan sekitarnya.
4.7 Kemudahan Awam dan Asas Di Kawasan Sekitar
4.6 Gunatanah Sekitar
26
A
B
C
D
E
Analisis serta kajian termasuk lawatan tapak yang dijalankan ke atas tapak cadangan dan keadaan
pembangunan di sekitarnya mendapati bahawa cadangan pembangunan yang dikemukakan berpotensi
untuk dibangunkan sebagaimana yang dirancangkan ini. Antara faktor-faktor yang menyokong
pembangunan ini adalah:

i. Tapak cadangan adalah merupakan sebuah bangunan sedia ada yang tidak akan melibatkan
threshold cost pembangunan yang tinggi terutamanya bagi kerja-kerja pertapakan dan penyediaan
infrastruktur.

i. Pembangunan yang akan dibangunkan ini telah menepati ketetapan yang digariskan oleh Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan (DBKL) dari segi anjakan bangunan, nisbah ruang lantai, ketinggian
dan sebagainya.

ii. Dapat meningkatkan taraf keadaan persekitaran tapak yang lebih selesa, menarik dan keselamatan
yang terjamin.

iii. Kawasan tapak cadangan berada didalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur yang di mana
mempunyai populasi dan segala aset yang diperlukan yang dijangka akan dapat menjadikan cadangan
pembangunan ini diterima dan seterusnya menjadi satu keperluan yang boleh dijadikan sebagai
panduan bagi pembangunan seumpamanya.
5.1 Ciri-ciri Fizikal
5.0 POTENSI DAN HALANGAN PERANCANGAN
28
Tapak cadangan terletak dalam sebuah daerah yang pesat membangun dan maju di Kuala Lumpur iaitu
Bangsar. Secara tidak langsung pembangunan pusat aktivit dan pameran ini dapat meningkatkan lagi
pembangunan urbanisasi pada masa hadapan asalkan tidak bercanggah dengan kegunaan sekitaran.
Pembangunan ini akan meningkatkan lagi taraf hidup terutamanya kepada penduduk setempat berikutan
hasrat pemaju untuk membangunkan tapak yang tidak diurus pada masa ini sejajar dengan perkembangan
kawasan sekitarnya yang berdaya maju selaras dengan kemajuan Bandaraya Kuala Lumpur.
Justifikasi halangan, potensi tapak dan arah pembangunan kawasan sekitar memperlihatkan bagaimana
tapak cadangan ini mempunyai halangan fizikal atau sosial serta mempunyai potensi yang tinggi.

Sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun, cadangan permohonan ini terdapat beberapa justifikasi
pembangunan yang telah digariskan , antaranya:
5.2 Pembangunan Ekonomi
5.3 Justifikasi Pembangunan
Kedudukan tapak berada di dalam satu komuniti penempatan established yang memberi kelebihan
kepada tapak cadangan dari aspek kesinambungan aktiviti lain dari persekitaran kawasan ini. Selain itu,
laluan masuk dan keluar yang sedia ada ke tapak dan destinasi lain menunjukkan bahawa tapak cadangan
mempunyai aspek akses dan sirkulasi yang baik. Aktiviti gunatanah yang dicadangkan adalah tidak
bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan di dalam pengezonan dan juga hakmilik yang telah digariskan.
a) Kedudukan strategik
29
Cadangan pembangunan ini akan memberi peluang pekerjaan semasa pembinaan dijalankan serta
selepas siap dibina dari segi aspek operasi. Selain itu cadangan pembangunan ini mampu mewujudkan
identiti pembangunan yang efisyen dan komprehensif sejajar dengan urbanisasi moden.
Mewujudkan keseimbangan Bandaraya Kuala Lumpur di antara daerah-daerah, memajukan kawasan
yang masih ketinggalan dari arus pembangunan dan tidak hanya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur. Ia
juga mencapai hasrat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (DBKL) untuk mewujudkan bandaraya
cemerlang yang merangkumi segala kawasan yang tertakluk di bawahnya bagi memastikan
perkembangan yang selaras dan seimbang.
c) Keseimbangan Pembangunan
b) Meningkatkan kualiti kehidupan
30
Tanah di dalam lingkungan Perancangan Transit Zon hendaklah diberi keutamaan untuk merancang dan
merekabentuk kegunaan dan aktivitinya bagi mewujudkan pembangunan bandar yang baik.

Semua Perancangan Transit Zon hendaklah dibangunkan dengan garis panduan berikut:
i) Aktiviti gunatanah sepatutnya ada sokongan transit.
ii) aktiviti-aktiviti penggunaan bercampur adalah digalakkan dalam lingkungan Perancangan Transit Zon
untuk meningkatkan keberkesanan, estetik dan keselamatan kawasan Perancangan Transit Zon .
iii) Pembangunan intensiti tinggi untuk menyokong sistem transit.
iv) Rekabentuk bandar yang baik hendaklah mengutamakan pejalan kaki dan sistem pengangkutan
awam.

6.1 Garis Panduan Perancangan Transit Zon
6.0 DASAR DAN CADANGAN
6.2 Ciri-ciri Gunatanah dan aktiviti di kawasan Stesen Transit
Aktiviti gunatanah yang dibenarkan dalam lingkungan 400m radius adalah aktiviti seperti berikut:
i) Menjana peluang pekerjaan dan populasi yang tinggi.
ii) Meggalakkan pejalan kaki .
iii) Menjana penumpang transit yang tinggi.
iv) Menjana pergerakan reverse-flow
v) Mengalakkan dan mengaktifkan aktiviti pejalan kaki dan berbasikal.
vi) Membenarkan aktiviti malam pada masa waktu hari kerja dan hujung minggu.

31
Lot tapak cadangan berkeluasan kira-kira 1120.437 meter persegi/ 12,060.28 kaki persegi. Persekitaran
yang harmoni juga akan dilahirkan melalui penyediaan elemen-elemen landskap lembut dan kejur yang
menarik di samping mengekalkan nilai alam semula jadi sedia ada. Secara keseluruhannya, perincian
pembangunan adalah seperti dibawah:
7.0 CADANGAN PEMBANGUNAN
GUNATANAH METER PERSEGI PERATUS
Plinth Bangunan 604.45 53.95
Apron 115.70

10.32
Landskap 291.28 26.04
Laluan Pejalan Kaki 109.01 9.70
Kolam - -
LUAS KESELURUHAN
1120.437
100.00
PLOT RATIO :

JUMLAH KELUASAN TANAH : 1120.437mps
JUMLAH KESELURUHAN LANTAI KASAR CADANGAN : 3339.3mps
PLOT RATIO YANG DICADANGKAN : 3339.3mps/1120.437mps
: 2.98
KIRAAN RUANG LETAK KERETA & RUANG LETAK MOTOSIKAL YANG DI SEDIAKAN:

KEPERLUAN RUANG LETAK KERETA (RLK) : 1 RLK/500KP LUAS LANTAI BERSIH
JUMLAH RLK YANG DI PERLUKAN : LUAS LANTAI BERSIH / 500 KP
: 24,077.36KP / 500KP
: 48 RLK
JUMLAH RLK YANG DISEDIAKAN : 52 RLK

KEPERLUAN RUANG LETAK MOTOSIKAL (RLM) : 1 RLM / 3000KP LUAS LANTAI BERSIH
JUMLAH RLM YANG DISEDIAKAN : 12 RLM
32
Keseluruhan konsep cadangan ini adalah untuk memajukan sebuah bangunan lapan tingkat yang
terdiri daripada pusat aktiviti, galeri muzium dan pameran bagi perkembangkan seni bina dan
seni kontemporari di Kuala Lumpur. Komponen yang dicadangkan dan pembangunan
persekitarannya adalah untuk menghasilkan suatu zon aktiviti yang dapat menyumbangkan
terhadap pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur khususnya kawasan persekitaran tapak .Secara
tidak langsung ia juga akan mewujudkan pembangunan yang berkesinambungan dan bersepadu .

Adalah menjadi hasrat dan objektif cadangan ini untuk meningkatkan taraf urbanisasi di kawasan
tapak cadangan dan persekitarannya dan menggalakkan reverse flow disebabkan bangunan ini
akan dimajukan sebagai sebuah pusat perkembangan seni seterusnya menjana aktiviti harian
daripada golongan profesional,artis dan pelajar.


7.1 Konsep Perancangan dan Pembangunan
33
Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan dan Perubahan (Tambah Tingkat) Ke
Atas Sebuah Bangunan Empat Tingkat Yang Sedia Ada Kepada Lapan Tingkat di atas Lot 7, Seksyen 96A,
Jalan Tandok dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

Didapati konsep cadangan membina bangunan ini adalah menyeluruh dan efektif dari segi aspek ekonomi,
fizikal dan sosial. Ini juga adalah berdasarkan potensi dan kemampuan tapak cadangan untuk dimajukan
secara menyeluruh dan berkesan .

Berdasarkan kajian yang dilakukan dengan mengambil kira tren pembangunan semasa dan kehendak
aspek sosial dan akademik yang semakin berkembang serta taraf ekonomi yang semakin meningkat
cadangan ini berhasrat untuk menjadi panduan pembangunan pada masa hadapan .

Berdasarkan kepada faktor-faktor kesesuaian dan potensi tapak, selaras dengan Dasar Rancangan Struktur
dan keperluan kemudahan infrastruktur untuk perkembangan aktiviti para profesional dan pelajar dari
bidang kesenian serta menaik taraf keadan tapak ini adalah wajar permohonan ini dipertimbangkan
untuk kelulusan sebagaimana yang dipohon.
8.0 PENUTUP
34
Butir- butir luas lantai mengikut aras tingkat (Tingkat bawah- Aras 2)
35
Area (mps) Area (kp)
Butir- butir luas lantai mengikut aras tingkat (Aras 3 - Aras 7)
36
A
B
C
D
E
C
B
A
9.0 LAMPIRAN
39
CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
OPTION 1 - PANDANGAN AERIAL


CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
OPTION 1 - PANDANGAN HADAPAN


CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
OPTION 1 - PANDANGAN KANAN OPTION 1 - PANDANGAN KIRI


CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
PANDANGAN IMPAK PENCAHAYAN WAKTU MALAM


CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
OPTION 2 PANDANGAN AERIAL


CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
OPTION 2 PANDANGAN HADAPAN


CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND


OPTION 3 PANDANGAN AERIAL
CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN (TAMBAH TINGKAT) KE ATAS SEBUAH BANGUNAN
EMPAT TINGKAT YANG SEDIA ADA KEPADA LAPAN TINGKAT DI ATAS LOT 7, (PREMIS NO.99L),
SEKSYEN 96A, JALAN TANDOK, OFF JALAN BANGSAR, BANGSAR, 59000, KUALA LUMPUR
UNTUK TETUAN PAM EDUCATION FUND
OPTION 3 PANDANGAN HADAPAN

You might also like