You are on page 1of 10

Latihan Pengukuhan

1. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia


memberikan kesan kepada perkembangan sistem pendidikan dan suasana
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya tersebut terhadap seseorang guru?
A. Guru seharusnya mementingkan suasana pembelajaran murid-murid yang
mesra berasaskan latar belakang kelompok sosiobudaya tertentu
B. Guru seharusnya membeza-bezakan jantina murid-murid supaya
memudahkan guru itu menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
C. Guru seharusnya mewujudkan suasana interaktif pembelajaran yang berkisar
di kalangan murid-murid tertentu tanpa bergaul dengan kelompok yang lain
D. Guru seharusnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan
bersikap profesional tanpa membezakan keturunan dan jantina murid-
murid yang berkenaan supaya peluang berinteraksi terbuka luas


2. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya murid-murid yang boleh mengakibatkan
mereka kurang bersemangat dan berisiko menghadapi masalah keciciran daripada
persekolahan adalah
A. perwatakan dan bentuk fizikal badan
B. penguasaan bahasa dan bahasa ibunda
C. gaya pemikiran dan gaya pembelajaran
D. kelas sosial dan taraf sosioekonomi keluarga

3. Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada pendidikan tidak saa rata
untuk semua penduduk

Antara berikut, faktor manakah yang menyumbang kepada ketaksamaan
peluang dalam pendidikan.


(A) Kelas sosial, lokasi dan etnik
(B) Kelas sosial, lokasi dan gender
(C) Kelas sosial, etnik dan gender
(D) Kelas sosial, etnik dan kebolehan individu

4. Cikgu Nori mengajar di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum,
latar belakang dan agama yang berbeza. Misalnya murid-murid Melayu
pemalu dan kurang semangat untuk belajar manakala murid-murid Cina pula
suka bercakap di dalam kelas.
Apakah yang perlu dilakukan oleh cikgu Nori dalam menangani masalah ini?

A. Tidak melakukan apa-apa tindakan
B. Mengasingkan pelajar mengikut bangsa
C. Menghantar pelajar kepada guru disiplin
D. Memahami cara gaya pembelajaran murid-murid tersebut
dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu


5. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menangani keperluan murid-murid berkeperluan khas kecuali
(A) mewujudkan persekitaran sekolah mesra orang kurang upaya
(B) menyediakan rel pejalan kaki bagi murid-murid bermasalah penglihatan
(C) menyediakan kemudahan akses laluan untuk murid-murid berkerusi roda
(D) kelas orang kurang upaya direka bentuk khas di semua tingkat dalam
bangunan.

6. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang berkesan boleh merangsangkan
pembelajaran yang positif dan produktif.
Berikut adalah perkara-perkara yang ditekankan oleh pengurusan persekitaran
fizikal tersebut kecuali
A. hiasan bilik darjah
B. keadaan kerusi dan meja murid-murid
C. pemupukan nilai-nilai moral murid-murid
D. kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan

7. Budaya terdiri daripada cara hidup berasaskan sistem kepercayaan sesuatu
kelompok sosial.

Yang berikut merupakan ciri-ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok kecuali
(A) ia boleh diwarisi
(B) budaya perlu dipelajari
(C) budaya adalah bersifat statik
(D) ia mempunyai unsur simbolik





8. Apabila dua atau lebih individu berinteraksi dalam sesuatu kelompok, mereka
akan saling bergantung dan bergabung untuk mencapai kesejahteraan

(A) kendiri
(B) komuniti
(C) keluarga
(D) masyarakat

9. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia
memberikan kesan kepada perkembangan sistem pendidikan dan suasana
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya tersebut terhadap seseorang guru?
A. Guru seharusnya mementingkan suasana pembelajaran murid-murid yang
mesra berasaskan latar belakang kelompok sosiobudaya tertentu
B. Guru seharusnya membeza-bezakan jantina murid-murid supaya
memudahkan guru itu menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
C. Guru seharusnya mewujudkan suasana interaktif pembelajaran yang berkisar
di kalangan murid-murid tertentu tanpa bergaul dengan kelompok yang lain
D. Guru seharusnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan
bersikap profesional tanpa membezakan keturunan dan jantina murid-
murid yang berkenaan supaya peluang berinteraksi terbuka luas


10. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya murid-murid yang boleh mengakibatkan
mereka kurang bersemangat dan berisiko menghadapi masalah keciciran daripada
persekolahan adalah

A. perwatakan dan bentuk fizikal badan
B. penguasaan bahasa dan bahasa ibunda
C. gaya pemikiran dan gaya pembelajaran
D. kelas sosial dan taraf sosioekonomi keluarga


11. Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada pendidikan tidak samarata
untuk semua penduduk.

Antara berikut, faktor manakah yang menyumbang kepada ketaksamaan
peluang dalam pendidikan.


A. Kelas sosial, lokasi dan etnik
B. Kelas sosial, lokasi dan gender
C. Kelas sosial, etnik dan gender.
D. Kelas sosial, etnik dan kebolehan individu



12. Cikgu Nori mengajar di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum,
latar belakang dan agama yang berbeza. Misalnya murid-murid Melayu
pemalu dan kurang semangat untuk belajar manakala murid-murid Cina pula
suka bercakap di dalam kelas.

Apakah yang perlu dilakukan oleh cikgu Nori dalam menangani masalah ini?

A. Tidak melakukan apa-apa tindakan
B. Mengasingkan pelajar mengikut bangsa
C. Menghantar pelajar kepada guru disiplin
D. Memahami cara gaya pembelajaran murid-murid tersebut dengan
menggunakan kaedah-kaedah tertentu


13. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menangani keperluan murid-murid berkeperluan khas kecuali


A. mewujudkan persekitaran sekolah mesra orang kurang upaya
B. menyediakan rel pejalan kaki bagi murid-murid bermasalah penglihatan
C. menyediakan kemudahan akses laluan untuk murid-murid berkerusi roda
D. kelas orang kurang upaya direka bentuk khas di semua tingkat dalam
bangunan.

14. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang berkesan boleh
merangsangkan pembelajaran yang positif dan produktif.

Berikut adalah perkara-perkara yang ditekankan oleh pengurusan persekitaran
fizikal tersebut kecuali
A. hiasan bilik darjah
B. keadaan kerusi dan meja murid-murid
C. pemupukan nilai-nilai moral murid-murid
D. kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan




Struktur
1. Budaya adalah cara hidup manusia sesuatu kelompok.

(a) Huraikan ciri-ciri penting budaya sesuatu kelompok.

- Boleh dipelajari
- Boleh dikongsi
- Bersifat sejagat
- Boleh diwarisi
- Sentiasa berubah
- Mempunyai unsur simbolik
- Mempunyai pandangan semesta


Kelompok ditakrifkan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi dan
saling bergantung serta saling bergabung untuk mencapai sesuatu matlamat.

(b) Jelaskan sebab-sebab mengapa manusia saling bergantung dan saling
bergabung dalam kelompok.

- Keamanan
Merasa lebih kuat dan kurang tidak aman apabila menjadi sebahagian
daripada kelompok

- Status
Dipandang lebih penting oleh yang lain apabila termasuk dalam
kelompok

- Harga diri
Kelompok dapat memberikan individu berperasaan dirinya berharga

- Afiliasi
Kelompok dapat memenuhi keperluan sosial seperti interaksi di tempat
bekerja

- Kekuatan
Sesuatu yang sukar/ tidak dapat dicapai oleh individu boleh mudah
dicapai melalui tindakan kelompok

- Pencapaian tujuan
Bersama-sama mencapai keperluan/ kepentingan bersama


1. Budaya merupakan bahan rujukan identifikasi kekitaan dlm kepelbagaian
kumpulan manusia.
a. Huraikan pola-pola budaya tentang kenyataan tersebut.
- Wajib. Tiada pilihan lain melainkan patuh pada nilai yang sedia ada
- Terhad. Cara melakukan hanya dibenarkan kepada orang-orang tertentu shj
- Tipikal. Ada beberapa cara melakukan tapi tidak digemari namun ada satu cara
yang kerap dilakukan
- Alternatif. Beberapa cara dilakukan tanpa ada sesuatu yang digemari
- Preferred. Ada beberapa pilihan melakukan budaya, namun ada satu cara yang
lebih digemari
Kumpulan wujud di dalam masyarakat merupakan kesan saling kebergantungan di
antara satu sama lain.
b. Huraikan sebab-sebab individu saling bergantung dan bergabung di dalam
kumpulan.
- Status. Dipandang tinggi oleh orang lain dan pengikhtirafan diri dalam kumpulan
- Kekuatan. Individu mempunyai kekuatan terhad, tetapi akan menjadi lebih kuat
apabila melakukan dengan ahli-ahli kumpulan yang lain
- Keamanan. Dapat mengurangkan ketidakamanan dalam diri, berasa lebih kuat dan
yakin berhadapan halangan
- Harga diri. Memupuk nilai harga diri individu dan rasa kepunyaan dalam kumpulan
- Pencapaian tujuan. Kerjasama di antara ahli-ahli dalam kumpulan untuk mencapai
matlamat bersama
- Afiliasi. Memenuhi keperluan sosial melalui interaksi terus menerus di antara ahli-
ahli kumpulan


2. Pengurusan kelas yang mesra budaya akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan
hubungan dalam kalangan murid-murid.
a. Bincangkan cara-cara guru dapat menguruskan persekitaran fizikal kelas
dalam usaha menggalakkan suasana mesra budaya.
- Suasana kelas yang dinamik. Contoh guru memiliki gaya kepimpinan,
kemahiran merancang aktiviti berkelompok yang menggalakkan penglibatan
murid-murid pelbagai etnik
- Guru bijaksana menggunakan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal
dalam usaha menggalakkan pergaulan murid-murid pelbagai kelas sosial dan
kaum
- Guru menyediakan peraturan-peraturan kelas berpandukan pekeliling
dan peraturan sekolah. Contoh murid-murid belajar bertolakansur, saling
menghormati, saling mempercayai, bekerjasama, rasa bertanggungjawab di
antara mereka daripada pelbagai keturunan atau budaya
- Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, mentor, fasilitator
untuk membina modal insan terhadap murid-murid yang pelbagai budaya
- Penggunaan ICT/ TMK untuk menghasilkan mesra pembudayaan kelas
yang kondusif. Contoh memupuk semangat kekitaan, semangat berdikari dan
bekerjasama di antara murid-murid pelbagai kaum
b. Perjelaskan strategi-strategi pengajaran guru yang relevan budaya untuk
menggalakkan murid-murid berinteraksi antara pelbagai kaum.
- Kaedah kontekstual. Murid akan belajar mengaitkan bahan P&P kepada
situasi/ budaya kehidupan mereka yang pelbagai
- Kaedah direktif. Guru memberikan penerangan secara langsung kepada
murid-murid tentang kepelbagaian budaya mengambilkira kelompok mereka
- Kaedah Koperatif. Murid-murid belajar secara berkumpulan, berbincang
secara harmonis, berinteraksi secara mesra dengan murid-murid yang
pelbagai latar budaya
- Kaedah generatif. Menggalakkan murid-murid menjana idea-idea kritis dan
kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan
- Kaedah mediatif. Menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan membuat
hipotesis tentang budaya yang masih relevan untuk dipraktikkan dalam
pelbagai keturunan
- Kaedah kajian masa depan. Murid-murid mengambil bahagian dalam
penciptaan masa depan. Contoh guru membantu murid-murid berfikiran jauh,
mempunyai kuasa memilih untuk masa depan yang perlu dihadapi.Murid-
murid yang pelbagai latar budaya merancang kehidupan mereka.

3. Nilai dan kepercayaan adalah saling berkait dan mereka memberi halatuju
kepada manusia tentang kehidupan.
a. Terangkan sebab-sebab adat resam itu penting dalam kehidupan sesuatu
masyarakat tidak kira apa keturunan sekalipun.
- diamalkan dalam kehidupan seharian
- diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat
- dijadikan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi
- amalan adat resam masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat
umum
- menggambarkan corak budaya sesebuah masyarakat

b. Huraikan perbezaan nilai-nilai berikut:
i. Nilai Etnosentrisme
- menilai budaya masyarakat lain berasaskan nilai, kepercayaan dan norma
masyarakat sendiri
ii. Nilai Xenosentrisme
- menganggap budaya masyarakat lain lebih baik daripada budaya
masyarakat sendiri

4. Apabila guru bercakap dalam bahasa tertentu bermakna beliau menggunakan
komunikasi jenis lisan, iaitu menggunakan bahasa sebagai symbol
komunikasi. Sekiranya beliau tidak berbahasa tetapi menggunakan tangan,
ekspresi muka, bahasa badan dan lain-lain, maka guru tersebut telah
menggunakan komunikasi bukan lisan (Robiah, 1998).
a. Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan prinsip-prinsip yang perlu
difahami oleh guru semasa berkomunikasi secara bukan lisan dengan murid-
muridnya.
- kualiti perhubungan di antara guru dan MMnya adalah dibentuk dan
dikekalkan
- sekiranya komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan,
mesej bukan lisan adalah lebih dipercayai daripada lisan
- isyarat bukan lisan hanya bermakna sekiranya ada murid yang boleh
mentafsirnya
- penafsiran guru teehadap pelakuan murid-muridnya harus mengambil kira
konteks dan hubungan di antara guru dan murid-muridnya
- tingkahlaku guru mesti selaras dengan pelbagai budaya etnik murid
- kepekaan terhadap komunikasi bukan lisan berbeza dari seorang murid ke
seseorang murid yang lain yang berlatarkan pelbagai budaya
b. Terangkan sejauh mana kemahiran komunikasi guru dapat membantu murid-
murid memahami kepelbagaian kumpulan sosio-budaya di dalam kelas.
- menyampaikan maklumat dengan baik
- mengawal disiplin murid-murid
- objektif P&P dapat dicapai dengan mudah
- proses P&P berjalan dengan lancer
- mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya

5. Terangkan cara-cara kominaksi lisan yang boleh digunakan oleh guru
semasa mengajar di dalam kelas.
- Renungan mata
- Bahasa badan (geleng/ angguk kepala)
- Pergerakan tangan
- Ukiran senyuman di bibir
- Ekspresi muka berdasarkan perubahan dir muka
- Pergerakan kecil tubuh badan
- Member gerak badan positif semasa berinteraksi

b. Implikasi-implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal menjalankan komunikasi
dengan berkesan dalam kelas.
Gagal mewujudkan suasana mesra budaya di mana
- murid tidak dapat menerima mesej dengan tepat dan jelas
- objektif P&P tidak tercapai
- murid tidak dapat mendengar dengan tepat dan jelas
- kawalan kelas kurang berkesan
- murid hilang motivasi untuk belajar
- murid tidak seronok dalam pembelajaran
- wujud masalah disiplin dalam kelas

Saya berharap latihan ini dapat membantu dalam membuat ulangkaji. Ada latihan
mungkin berulang latihan yang dahulu. Namun demikian, buku rujukan Oxford Fajar
oleh Noriati dan rakan-rakan perlu dibaca dan difahami.
Ingat
- Poin
- Huraian
- Contoh
bergantung kepada soalan dan markah.
Semoga Berjaya.

You might also like