You are on page 1of 12

(Nombor 1) TAJUK :

PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MINGGU


DI PEKAN PT SULONG, BATU PAHAT JOHOR
NAMA : _________________________________
KELAS : _________________________________
SEKOLAH : _________________________________
NAMA GURU : _________________________________
TARIKH HANTAR : _________________________________
(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )
(Nombor 3) PENGHARGAAN
1) Kepada Pengetua SMK Penghulu Saat kerana telah memberikan kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
2) En. ____________________ iaitu guru Geografi saya yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
3) Kepada kedua ibu bapa saya iaitu (nama bapa dan nama ibu) yang
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini.
(Nombor 4) PENDAHULUAN
1) Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit
iaitu pasar minggu yang diadakan pada setiap hari sabtu di Pekan Parit Sulong
Batu Pahat Johor.
2) Saya pilih tajuk ini kerana pasar minggu ini berdekatan dengan rumah saya.
3) Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula
bulan Februari sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu pekan
Parit Sulong.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan
Parit Sulong.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan
runcit di pekan Parit Sulong.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif
perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat
bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di
pekan Parit Sulong.
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2) Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 7.00 pagi hingga
1.00 petang. Pelbagai barangan dijual seperti
________________________________
3) Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
4) Pekan Parit Sulong ini mempunyai bentuk muka bumi _____________.
Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan
sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bandar
Batu Pahat dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.
PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Parit Sulong
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan
kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini
untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang
penduduk kampung untuk _________
3) Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi
_____________
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan
_____________________
(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah
perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir
dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi
rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan
runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan
minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian.
Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak
daripada satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat
memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
- perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk
meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.
3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
- pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke
bandar Batu Pahat.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan
jualan
- pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk
memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil
kraftangan dan lain-lain.
5) menyediakan barangan segar
- pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran
dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.
Unsur patriotisme
_____________________________________________________
8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan
kajian
1) Governan
- Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang
ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga
mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 RM 300 untuk berniaga di
pasar minggu ini.
3) Infrastruktur
- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan
kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli
belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin
bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
- lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah
pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6) Kesesuaian waktu berniaga
- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu
bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.
Unsur patriotisme
__________________________________________
8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang
telah dikenalpasti.
1. Masalah sosial
- pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan
melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan
memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai
runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan
mengalami kerugian.
3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini
akan dipenuhi dengan sampah sarap.
4. Kesesakan lalu lintas
- masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka
meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan
yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
- kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak
kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh
peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti
- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah
rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan
kesihatan.
Unsur patriotisme
__________________________________

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan
Runcit di Kawasan Kajian
1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat
kepada peniaga.
2. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual
di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak
peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran
kepada pengunjung dan peniaga.
4. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan
perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam
tong tersebut.
Unsur patriotisme
___________________________________
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang
sesuai.
(Nombor 9) RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga
dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli
barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.
(Nombor 10). LAMPIRAN
1. Surat pengenalan diri calon
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Gambar / foto yang berkaitan
7. Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan
internet
(Nombor 11). RUJUKAN
1) Buku Teks
2) Buku Rujukan
3) Internet
4) Orang Sumber
(Nombor 11). PENILAIAN UMUM
Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan
JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Parit Sulong
Batu Pahat Johor
1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan
Jenis Barangan Jumlah
Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran
Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk
menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar minggu pekan Parit
Sulong.
Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Parit Sulong Batu
Pahat Johor (Tandakan 4 kesan utama)
Kesan Tandakan
(x)
Masalah sosial
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Wabak penyakit
Harga tanpa kawalan
Barangan tidak berkualiti
Pembaziran (masa/wang)
Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina peta minda untuk
menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Minggu pekan Parit
Sulong.
Sumber: https://smkpenghulusaad.wordpress.com/. Terima kasih.

You might also like