You are on page 1of 4

Soalan 1

Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2006 dengan modal tunai di
bank RM 25 000.Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31
Mac 2006 adalah seperti berikut:

i) Anggaran jualan tunai:

RM
Januari 10 500
Februari 14 000
Mac 18 000

ii) Anggaran belian tunai:

RM
Januari 6 000
Februari 8 000
Mac 7 500

iii) Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai RM 2
500.

iv) Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac.

v) Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awal
bulan Januari.

vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

RM
Kadar bayaran 150
Gaji 450
Belanja am 100

vii) Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyak
RM 8 000.Pinjaman dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan.

Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006.










Soalan 2

Koperasi SMK Taman Jati telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan
berakhir 31 Ogos 2006.Anggaran tersebut adalah seperti berikut:

i) Baki tunai pada 1 Jun 2006 adalah RM 3 600.

ii) Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan dijangka akan
bertambah pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan
sebelumnya.

iii) Belian kredit bulan Julai berjumlah RM 6 500 dan akan dibayar pada bulan
Ogos.

iv) Koperasi menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan
Koperasi sebanyak RM 5 000 pada bulan Julai.

v) Pada bulan Jun koperasi menerima 150 orang ahli baru.Bayaran masuk
dikenakan RM 5 seorang.

vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

RM
Sewa 250
Kadar bayaran 120
Pelbagai belanja 180

vii) Pada akhir bulan Ogos koperasi dijangka akan membeli sebuah mesin
fotostat berharga RM 4 000.

Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2006.











Soalan 3

Syarikat Irfandini Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan herba di peringkat
antarabangsa. Pendapatan syarikat pada setiap tahun sentiasa meningkat dari masa ke
semasa ekoran pemasaran agresif yang dilakukan oleh pekerja syarikat tersebut.
Anggaran jualan syarikat tersebut untuk bulan Ogos hingga Disember 2009 adalah
seperti berikut:

Bulan RM
Ogos 60 000
September 100 000
Oktober 115 000
November 220 000
Disember 250 000

i) Daripada jualan di atas, 40% ialah jualan tunai, 60% dipungut sebulan
selepas jualan.
ii) Kos belian ialah 50% daripada harga jualan, dan kebiasaannya pembelian
bahan-bahan mentah dibuat sebulan sebelum jualan. Pembayaran belian
adalah secara tunai.
iii) Perbelanjaan yang dibayar pada setiap akhir bulan ialah

Perbelanjaan RM
Sewa 3000
Promosi 6000
Gaji dan Upah 7000
i) Berdasarkan maklumat di atas, sediakan belanjawan tunai Syarikat Irfandini
Sdn.Bhd untuk bulan Ogos hingga Disember 2009.
ii) Jelaskan maksud belanjawan tunai dan tiga kegunaannya kepada sesebuah
organisasi perniagaan.
iii) Huraikan dua objektif kewangan yang ada dalam perniagaan.












Latihan TPM

a. 1. Syarikat Azza dan Nadjmi menjual satu jenis barang pada harga RM10
seunit. Kos berubah seunit barangan tersebut ialah RM7. Bagi pengeluaran
antara 700 unit hingga 1,500 unit, kos tetap ialah RM3,000 seminggu.
Hitungkan titik pulang modal (TPM) dalam sebutan unit dan RM dalam masa
seminggu

2. Syarikat All England menjual sejenis barangan dengan harga RM 15
seunit. Kos berubah seunit barang tersebut ialah RM 10. Bagi pengeluaran
sebanyak 1 500 unit, kos tetap ialah RM 3 000 seminggu.
a. Hitungkan titik pulang modal (TPM)
b. Hitung jumlah kos operasi pada titik pulang modal

Latihan Carta Gantt
Wahida bercadang untuk membuat projek menyiapkan 50 helai pakaian dalam masa
4 minggu. Lakarkan sebuah carta Gantt yang menunjukkan aktiviti berkaitan dengan
perlaksanaan program tersebut

Latihan Carta CPM
Syarikat Speedier Sdn Bhd telah memenangi tender untuk pembinaan sebuah
gudang bagi pasar raya Segaria Berhad. Sebagai pengurus projek tersebut, anda
dikehendaki menggunakan maklumat di dalam jadual di bawah untuk membantu
pihak pengurusan dalam membuat keputusan.
Aktiviti Aktiviti Terdahulu Masa
A Tiada 4
B Tiada 8
C A 6
D B,C 3
E D 4

Lakarkan rangkaian CPM berdasarkan maklumat di atas

You might also like