You are on page 1of 8

TAHAP

Binaan
Tubuh

Meneroka
Membongkar
OrbitBuku
Sneak Peak!
www.orbitbuku.com.my
Menaakul

Kandungan
Blok binaan tubuh ..................................6
Tulang dan sendi ....................................8
Kuasa otot ............................................10
Peredaran .............................................12
Bernafas untuk hidup ..........................14
Makanan untuk tenaga dan
pertumbuhan ....................................16
Serangan dan pertahanan ...................18
Pusat kawalan ......................................20
Sistem saraf..........................................22
Deria .....................................................24
Kelahiran dan pertumbuhan................26
Merentas zaman ..................................28
Padankan .............................................30

Glosari ..................................................31
Indeks ...................................................32

Orbit Buku Sneak Peak!


www.orbitbuku.com.my

Padankan
Padankan bahagian A dengan bahagian B.

2 Cahaya terpancar di
sini, iaitu di bahagian
belakang mata
3 Bahagian-bahagian
rangka
4 Nama bagi bahagian
kiri dan kanan otak
anda
5 Perkataan lain bagi
tempurung lutut
6 Salur darah yang
membawa darah ke
jantung
7 Tubuh kita
memerlukannya
untuk bergerak

otot

hemisfera

olfaktori

usus

tulang

retina

sentuhan dan
pendengaran

8 Nama bagi kawasan


di bahagian hadapan
hidung anda

vena

9 Makanan dari perut


anda pergi ke
tempat ini

pupil

10 Dua daripada deria


anda

patela

Orbit Buku Sneak Peak!


www.orbitbuku.com.my
Jawapan: 1 pupil 2 retina 3 tulang 4 hemisfera 5 patela 6 vena

1 Tempat cahaya
masuk ke dalam
mata anda

7 otot 8 olfaktori 9 usus 10 sentuhan dan pendengaran

BINAAN TUBUH

Blok binaan tubuh

etiap benda hidup terdiri daripada sel. Sel merupakan


bahagian yang paling kecil pada tumbuhan, haiwan, dan
manusia. Di dalam tubuh manusia terdapat kira-kira
100 juta sel yang berbeza-beza. Sel-sel ini umpama kilangkilang kecil yang tidak pernah berhenti bekerja. Ada kira-kira
200 jenis sel di dalam tubuh. Setiap jenis sel itu mempunyai
tugasnya sendiri, tetapi semua sel bekerja bersama-sama
untuk memastikan seluruh tubuh kekal sihat dan bertenaga.

DNA

DNA ialah singkatan bagi


k
istilah asid deoksiribonukleik
dan berada di tengahtengah setiap sel. DNA
mengawal cara sel
terbentuk dan berfungsi.

PELBAGAI JENIS SEL


Sel ada pelbagai jenis dan mempunyai bentuk
serta saiz yang berbeza-beza. Setiap jenis sel
mengawal cara sesuatu bahagian tubuh itu
bekerja.
Sel otot licin
Sel ini membolehkan
otot di dalam organ
bergerak.

Kromosom X dan Y
Kromosom merupakan sebahagian
daripada DNA sel dan menentukan
sama ada seseorang itu lelaki atau
perempuan. Sel dalam tubuh
perempuan mempunyai dua
kromosom X. Sel dalam tubuh lelaki
mempunyai satu kromosom X dan
satu kromosom Y.

Sel darah putih


Sel ini membantu melawan
kuman dan bendasing.

Sel saraf
Sel ini mengawal cara
manusia bertindak balas
terhadap rasa, seperti rasa
sakit, sejuk, dan panas.

Menakjubkan!

Sel sperma
Sel ini bertugas untuk
membentuk bayi
manusia dan anak
haiwan.

Sel-sel yang lama akan mati dan


sentiasa digantikan oleh sel-sel yang
baru. Pada setiap minit, lebih daripada
50 juta sel mati di dalam tubuh anda
dan digantikan oleh sel-sel yang baru.

Orbit Buku Sneak Peak!


www.orbitbuku.com.my

BLOK BINAAN TUBUH

Nukleus
Di sinilah tempat simpanan
DNA dan kromosom.

Membran plasma
Inilah selaput luar sel.

Di dalam sel
Sel mempunyai banyak bahagian.
Bahagian luar disebut sebagai membran
plasma. Bahagian tengahnya ialah
nukleus. Nukleus sel mengandungi DNA
yang menentukan bentuknya, saiznya,
dan tugasnya.

Orbit Buku Sneak Peak!


www.orbitbuku.com.my

BINAAN TUBUH

Tulang dan sendi

Kranium
(tengkorak)

ulang sangat kuat dan keras. Semua tulang dalam


tubuh manusia atau haiwan membentuk rangka
tubuhnya. Tanpa tulang sebagai penopang, tubuh
anda akan menjadi lembik dan terkulai. Anda tidak
akan dapat berdiri, duduk tegak, atau bergerak ke
sana sini. Saiz serta kedudukan tulang yang berbezabeza memberikan bentuk yang tertentu kepada tubuh.

Sternum
(tulang dada)
Tulang rusuk

SENDI
Tulang tidak dapat membengkok, tetapi sendi yang
berada di antaranya membolehkan tulang bergerak
ke atas dan ke bawah serta dari sisi ke sisi. Sendi
terdiri daripada pelbagai jenis dan bergerak dengan
cara yang berbeza.

Pelvis

Femur
(tulang paha)
Sendi ellipsoid
(tangan)

Sendi pangsi
(cara kepala bergerak)

Patela
(tempurung lutut)

Sendi gesel tulang


belakang (spina)

Sendi engsel
(lutut)

Fibula
(tulang kering)
Tibia
(tulang betis)

Sendi lesung (pinggul)

Sendi pelana
(hanya pada ibu jari)

Tulang jari kaki Sneak Peak!


Orbit Buku
www.orbitbuku.com.my

TULANG DAN SENDI

Tengkorak

Muka dan tengkorak manusia terdiri


daripada 22 tulang. Tulang-tulang ini
semuanya melindungi otak dan
memberikan bentuk kepada wajah.

Tulang parietal

Tulang frontal

Tulang nasal

Tulang temporal

Rangka

Bayi yang baru lahir


mempunyai lebih daripada
300 tulang, tetapi apabila
ia membesar, ada antara
tulang tersebut yang
bercantum. Manusia
dewasa mempunyai lebih
daripada 200 tulang.
Bentuk dan saiznya
pelbagai dan masingmasing mempunyai
tugasnya yang tersendiri.

Tulang zigomatik
(tulang pipi)
Tulang maksila
(tulang rahang atas)

Tulang mandibel
(tulang rahang
bawah)

Orbit Buku Sneak Peak!


www.orbitbuku.com.my

Binaan Tubuh
Binaan Tubuh daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri
buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda.
Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang sains sosial, sains,
dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca
muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan
teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara
kritis dalam kalangan pembaca muda.
Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.
Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.
Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com

Orbit Buku Sneak Peak!

Menarik Mengasyikkan
Mendidik
www.orbitbuku.com.my

You might also like