You are on page 1of 9

KAEDAH LARI PECUT

BALAPAN

KEPERLUAN ASAS MEMBINA BALAPAN

Membina padang balapan memerlukan kawasan yang lapang, berumput dan rata. Padang yang
bakal dibina balapan seharusnya mempunyai keluasan yang diperlukan. Keluasan padang akan
menentukan panjang dan lebar kawasan balapan yang akan dibina.

BENTUK BALAPAN

(Peraturan 160 KOAM) Bentuk balapan adalah bujur. Di mana 2 bahagian adalah lurus (sama
jarak) dan 2 bahagian lagi melengkung (sama jarak).

ARAH PERGERAKAN

Arah pergerakan balapan adalah bergerak arah lawan jam.



LUAS KAWASAN BALAPAN

Bagi balapan 400 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan:
- lebih 16,804 m2 - 8 lorong
- 15,480 m2 - 16,000 m2 (6 lorong)
- 14,210 15,450 m2 (4 lorong)

Bagi balapan 300 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan:
- lebih 10,240 m2 (8 lorong)
- 9,210 10,200 m2 (6 lorong)
- 8,230 9,200 m2 (4 lorong)

PENYEDIAAN LUKISAN BALAPAN


Bahagikan kawasan kepada 4 bahagian
Lukis garis lurus 1
Lukis garis lurus 2
Jarak garisan lurus 1 ke 2 = 9.76 meter ( 1.22 meter x 8 lorong )
Lukis garis lurus 3
Lukis garis lurus 4 Jarak garisan lurus 3 ke 4 = 9.76 meter ( 1.22 meter x 8 lorong)
Lebar kawasan (X) - (9.76 meter x 2) = Y
Bahagikan Y kepada 5 bahagian
Contoh: 100 - 9.76 - 9.76) 5 = 16.01 meter
Jarak rs = sy = yr = 16.01 meter



















ACARA BALAPAN / PADANG


ACARA 100 METER


Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 4 fasa:
Mulaan
1. Penambahan kelajuan (pick-up)
2. Pelajuan (acceleration)
3. Kelajuan maksimum


FASA MULAAN
Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk
mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

PENAMBAHAN KELAJUAN (Pikc-up)

Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana posisi yang
diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan larian. Fasa ini dipanggil
pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam
jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong kepada lebih
kurang 9 meter sesaat.

PELAJUAN
Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up.

KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi
lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus
meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga
tamat larian.


PENGHABISAN
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara lengan tegak
ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.


PENGGUNAAN BLOK DI DALAM ACARA 100 METER
Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah amat penting untuk membantu
pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter
blok perlu diletakkan di tengah-tengah lorong.


ACARA 200 METER
Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam
keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah
dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan
kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi
teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan
dilari pada bahagaian selekoh.

Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar
yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada
selekoh; iaitu 5 6 meter melepasi garisan.

BERLARI ATAS SELEKOH

1. Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal force)
mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.
2. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit
tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.
3. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.

BERLARI DI LORONG LURUS

1. Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian
lorong lurus.
2. Lebih kurang antara 80 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan
selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.
3. Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri
sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi dapat berlari dengan
bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.


LATIHAN DAN AKTIVITI UNTUK LARI PECUT

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu pelajaran
olahraga. Antaranya:
1. Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas.
2. Lari Pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang.
3. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya Sebelum
sampai di tandaan 30 meter.
4. Berlari anak denan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter.
5. Lari kutip mata (lari ulang-alik)
6. Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan, kedudukan
kepala dan sebagainya.
7. Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam iaitu ke arah
lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.



ACARA 400 METER

Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan
keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter pelari-pelari berlari dalam
satu pusingan trek.

Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu 200 meter
pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu
peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200
meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa
begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25
saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian
pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama
meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan
pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini,
pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada
daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian
yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan
penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik
sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

BERLARI DALAM ACARA 400 METER

1. Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlet
dalam jarak yang lebih pendek.
2. Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya bertambah
secara beransur-ansur.
3. Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha untuk
mendapatkan suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter yang awal.
4. Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai
dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200 meter).
5. Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.
6. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha
mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.


ACARA 1500 METER

Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk mencapai satu
tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari cara progresif, iaitu daripada yang
senang kepada yang susah penting untuk mencapai kejayaan. Larian ini memerlukan daya
ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada
dua minit. Untuk mencapai peringkat-peringkat seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus
melalui latihan untuk tempoh yang lama dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari
dapat dilazimkan supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat.
Peralatan yang diperlukan boleh dikatakan hampir sama dengan peralatan untuk acara 800
meter seperti kasut (spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang bersesuaian. Tetapi
yang berbeza sedikit ialah memandangkan larian ini lebih jauh daripada larian 800 meter, kasut
tanpa paku dibenarkan. Ada beberapa peralatan penting yang perlu digunakan seperti loceng
penamat pusingan, benang di garis penamat.

PERATURAN - PERATURAN

Permulaan Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400 meter dan mereka
diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan. Pelari yang diundi untuk lorong pertama paling
beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong
pertama atau lorong paling dalam agar masa larian dapat dicepatkan. Manakala bagi pelari
yang berada di lorong luar sekali perlu berlari dalam garisan lurus untuk suatu jarak sebelum
menuju ke lorong pertama. Mengenai cara bermula, kebanyakan pelari menggunakan kaedah
berdiri, sama seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi arahan yang dikeluarkan oleh
pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu bersedia dan mula berlari sebaik sahaja
pistol ditembak.

Larian batal Setiap pelari yang berlari sebelum dilepaskan oleh pelepas akan dianggap batal
dan akan diberi amaran. Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan dikeluarkan
daripada menyertai acara tersebut. Manakala pelari yang sengaja berlari di luar trek juga akan
dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi yang menolak akan dianggap sebagai
penyertaan tidak sah.

Jenis Trek Semua jenis trek sama ada berumput, bitumen atau tiruan boleh digunakan kecuali
trek yang diubahsuai seperti meletak spring yang boleh membantu pelari tidak boleh digunakan.

Tamat Larian Peraturannya adalah sama seperti acara 800 meter. Begitu juga cara masa
diambil.


APLIKASI

Apabial pistol dibunyikan, boleh dikatakan hampir semua pelari yang berlari untuk jarak 1500
meter, cuba mendapat kedudukan terbaik di depan kerana dapat berada di lorong terdalam. Ia
ada banyak manfaat, seperti menjimatkan tenaga dan masa serta dapat mengelakkan diri
daripada dihimpit oleh pelari lain. Oleh itu, satu taktik yang perlu digunakan ketika perlumbaan
bermula, pelari mesti berlari dengan pantas pada 100-150 meter pertama kemudian berlari
dengan kelajuan biasa.

Selalunya dalam satu-satu perlumbaan, pelari mempunyai dua matlamat, iaitu membaiki masa
ciptaannya dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari. Jadi untuk mencapai kedua-dua
hasrat di atas, seorang atlet mesti tahu akan kebolehan serta pihak lawan mereka. Selain itu,
pelari juga mesti ada strategi yang tersendiri. Oleh itu, jika boleh seorang pelari harus berlari
dalam kelajuan yang sama bagi menamatkan larian dan pada pusingan ketiga iaitu 220-400
meter terakhir dan pelari mesti memecahkan diri daripada kumpulan yang mengekorinya. Hal ini
bukan sahaja memberi semangat kepada diri sendiri malah memberi satu kesan psikologi
kepada pesaingnya. Apabila mengatakan tentang aplikasi, ia mempunyai hubungan yang rapat
dengan strategi (larian untuk mengatasi masa) dan taktik (pengubahsuaian ketika berlari untuk
menghadapi lawan). Berkenaan dengan kelajuan, ia harus dipelbagaikan dalam larian 1500
meter seperti menambahakan kelajuan untuk mencapai satu rentak yang dikehendaki,
meninggikan kelajuan untuk mengejar pelari lain atau meninggalkan peserta lain dari awal
hingga akhir perlumbaan.

LARI PECUT

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak
dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu
panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru
hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.

You might also like