You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

LAPORAN DOKUMENTASI
BINA INSAN GURU (BIG)
WAJ 3114

SAYANGI KAWASAN SEKOLAH

NAMA PELAJAR : AMUTHAVALLI A/P KUPPUSAMY
NO.K.P : 680625-05-5688
AMBILAN : FEBRUARI 2012
UNIT : SAINS
SEMESTER : 6 / PPG 2012
PENSYARAH
PEMBIMBING : PN.FATHIYAH BINTI DAHLAN
PENSYARAH BIG : TN.HJ.MOHD AFFENDI BIN AYUB

SJK(T) TELUK MERBAU


KERTAS KERJA
SAYANGI KAWASAN SEKOLAH



MENGECAT DAN
MENCERIAKAN KOLAM IKAN



ANJURAN PELAJAR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN FEBRUARI 2012

1.0 PENGENALAN
Program Bina insan Guru (BIG) menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat
dan berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara.Selain itu, program ini juga
merupakan satu kejayaan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi.
Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial amat diperlukan untuk menjadi guru yang
cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah murid-murid,
masyarakat dan bangsa yang betamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang
tinggi, Hal ini kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik
kepada pelajar dan masyarakat.
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga
dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan
ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru pelatih
Program Pensiswazahan Guru (PPG) akan mengambil peluang ini bagi menceriakan
persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja
dikalangan guru dan murid-murid sekolah.
2.0 RASIONAL
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda
utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang
perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada
guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran
sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya
diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran
yang mendidik melalui aktiviti mengecat dan menceriakan kolam ikan akan terasa lebih
mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan merasai dan
menikmati keindahan natural serta mengenal motif seni yang dijadikan landskap di
sekeliling kolam. Landskap yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan
budaya sekolah yang harmoni.
3.0 OBJEKTIF
i. Untuk menjadikan kawasan sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik
bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
iii. Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan keceriaan dan keindahan di kawasan
sekolah.
iv. Mewujudkan sikap tanggungjawab di kalangan guru-guru dan murid-murid
terhadap keindahan sekolah.
v. Menceriakan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjaya.
vi. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
vii. Hasil kerja guru pelatih (PPG) sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
program (PPG) di sekolah ini.
viii. Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih (PPG) dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila berkhidmat
sebagai guru siswazah pada masa akan datang.

4.0 ANJURAN
Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Februari 2012, Institut Perguruan
Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan,
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid dari Tahun lima seramai15 orang SJK(T) Teluk Merbau dan guru-guru
yang berkenaan
6.0 TARIKH AKTIVITI /HARI
23 ogos 2014 / Sabtu

7.0 TEMPAT AKTIVITI
SJK(T) Teluk Merbau
8.0 TENTATIF PROGRAM

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA/BUTIRAN JUMLAH
1 Berus cat RM 20.00
2 Cat minyak RM 50.00
3 Barang / Bahan keceriaan RM 200.00
4 Pokok bunga RM 70.00
5 Makanan tengahari RM 70.00
6 Minuman petang RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 430.00
MASA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

07.30 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan

07.40 pagi Taklimat menceriakan, mengecat kolam & pembahagian kerja

08.00 pagi Aktiviti membersihkan kawasan kolam ikan, mengecat kolam ikan

12.30 tengah harii Makan tengah hari dan Rehat

1.30 tengah hari Aktiviti menanam pokok-pokok bunga

2.30 petang Membina lanskap

4.30 petang Minuman petang

5.30 petang Pulang ke Rumah.

10.0 AHLI JAWATANKUASA

You might also like