You are on page 1of 31

GARIS PANDUAN MENGENAI

PROGRAM PENGESAHAN:
SISTEM LEVI BERBEZA DAN PENGIRAAN PREMIUM





TARIKH DIKELUARKAN : 6 JANUARI 2014











No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

i


ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: PENGENALAN ....................................................................................... 1
LATAR BELAKANG ........................................................................................ 1
OBJEKTIF ...................................................................................................... 2
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG .............................................................. 2
BAHAN RUJUKAN ......................................................................................... 2
PERTANYAAN ............................................................................................... 3

BAHAGIAN 2: KEPERLUAN PELAPORAN ....................................................................... 4

BAHAGIAN 3: PROGRAM PENGESAHAN ...................................................................... 6
GAMBARAN KESELURUHAN ....................................................................................... 6
TARIKH PENYERAHAN LAPORAN PENGESAHAN BEBAS DAN PELAN
TINDAKAN YANG TERPERINCI DAN JANGKAMASA ............................................. 7

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN 1: PROGRAM PENGESAHAN UNTUK JURUAUDIT DALAMAN ......................... 10
LAMPIRAN 2: PROGRAM PENGESAHAN UNTUK JURUAUDIT LUARAN..14
LAMPIRAN 3: LAPORAN PENGESAHAN BEBAS JURUAUDIT DALAMAN ............................ 17
LAMPIRAN 4: LAPORAN PENGESAHAN BEBAS JURUAUDIT LUARAN ............................... 21
LAMPIRAN 5: CONTOH LAPORAN TERHADAP PELAN TINDAKAN DAN JANGKAMASA
OLEH ANGGOTA ......................................................................................... 24
LAMPIRAN 6: ALIRAN MAKLUMAT DARIPADA BORANG-BORANG LAPORAN DLS DAN
RCP ............................................................................................................ 25

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 1


BAHAGIAN 1: PENGENALAN


LATAR BELAKANG

1.1 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan berkanun
yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 (Akta
PIDM). Objektif PIDM adalah untuk mentadbir sistem insurans deposit dan sistem
perlindungan manfaat takaful dan insurans, menyediakan perlindungan insurans bagi
kehilangan sebahagian atau keseluruhan deposit dan manfaat takaful atau insurans
terhadap institusi ahli yang menerima deposit dan anggota penanggung insurans
(anggota) masing-masing, menyediakan insentif untuk amalan bagi pengurusan
risiko yang mantap dalam sistem kewangan, dan menggalak atau menyumbang
kepada kestabilan sistem kewangan.

1.2 Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) adalah satu sistem yang
ditubuhkan untuk melindungi benefisiari takaful dan orang yang diinsuranskan
daripada mengalami kerugian terhadap manfaat takaful dan insurans sekiranya
sesebuah anggota mengalami kegagalan dan tidak berkemampuam memenuhi
tuntutan manfaat takaful dan insurans. TIPS telah berkuatkuasa semenjak 31
Disember 2010.

1.3 Di bawah Garis Panduan Mengenai Sistem Levi Berbeza bagi Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans dan Garis Panduan Mengenai Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans: Penyerahan Pelaporan untuk Pengiraan Premium
bagi Perniagaan Takaful dan Insurans (2011), anggota-anggota dikehendaki
menyerahkan maklumat kuantitatif Sistem Levi Berbeza (DLS) dan Pelaporan
Pengiraan Premium (RCP) kepada PIDM. Berdasarkan kepentingan integriti
maklumat, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran anggota-anggota dikehendaki
melaksanakan pengesahan bebas terhadap maklumat kuantitatif DLS dan RCP yang
diserahkan kepada PIDM. Ini adalah untuk memastikan bahawa maklumat yang
diberikan kepada PIDM adalah tepat dan mematuhi keperluan garis panduan
tersebut.

1.4 Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi Berbeza dan Pengiraan
Premium ("Garis Panduan") adalah untuk membantu anggota-anggota, juruaudit
dalaman dan juruaudit luaran melengkapkan proses pengesahan maklumat
kuantitatif DLS dan RCP untuk PIDM.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 2


1.5 Garis Panduan ini akan berkuatkuasa dari tahun taksiran 2014.

1.6 Bagi tujuan Garis Panduan ini, "levi" atau "levi" mempunyai maksud yang sama bagi
"premium" atau "premium" seperti di dalam Akta PIDM.

OBJEKTIF

1.7 Objektif utama Garis Panduan adalah seperti berikut:

(a) untuk menjelaskan skop program pengesahan untuk maklumat kuantitatif
DLS dan RCP;

(b) untuk menyediakan prosedur-prosedur (skop pengesahan untuk juruaudit
dalaman dan prosedur yang dipersetujui bagi juruaudit luaran); dan

(c) membantu juruaudit dalaman dan juruaudit luaran untuk mengesahkan
ketepatan maklumat kewangan di dalam maklumat kuantitatif DLS dan RCP
seperti yang dilaporkan kepada PIDM.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

1.8 Seksyen 96 Akta PIDM memperuntukkan bahawa PIDM boleh memeriksa atau
melantik individu lain untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap operasi anggota-
anggota, dan bahawa skop audit tersebut adalah mungkin termasuk pemeriksaan
seperti:

(a) sama ada rekod-rekod liabiliti manfaat takaful atau insurans diselenggarakan
dengan betul dan mencukupi oleh institusi angota;

(b) sama ada laporan-laporan yang dibuat oleh anggota berkenaan dengan
premium atau liabiliti takaful atau insurans adalah betul.

BAHAN RUJUKAN

1.9 Angota-anggota boleh merujuk pada dokumen berikut untuk proses penyediaan
borang-borang pelaporan DLS dan RCP:

(a) Akta PIDM;


No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 3


(b) Peraturan-peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Manfaat
Dilindungi) 2011;

(c) Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Had Manfaat Dilindungi)
2011;

(d) Garis Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans:
Penyerahan Pelaporan untuk Pengiraan Premium bagi Perniagaan Takaful dan
Insurans (2011);

(e) Garis Panduan Mengenai Sistem Levi Berbeza bagi Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans;

(f) Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Levi
Berbeza berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2012; dan

(g) Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Premium Pertama dan
Premium Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2012.

PERTANYAAN

1.10 Sebarang pertanyaan mengenai Garis Panduan ini boleh diajukan kepada:

Pengurus Besar
Bahagian Insurans, Penilaian dan Pemantauan Risiko
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Aras 12, Quill 7
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia

Talian Am: : 03-2173 7436
Faks : 03-2173 7494


No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 4


BAHAGIAN 2: KEPERLUAN PELAPORAN


2.1 Sesebuah anggota dikehendaki mengemukakan kepada PIDM maklumat berikut
dalam contoh pra-format (salinan keras dan salinan elektronik) bagi setiap tahun
taksiran dalam tempoh yang berikut:

(a) maklumat kuantitatif DLS yang telah disahkan pada atau sebelum 30 April
(atau pada hari bekerja sebelumnya sekiranya 30 April jatuh pada hari bukan
bekerja atau cuti umum kebangsaan)
1
; dan

(b) RCP yang telah disahkan pada atau sebelum 31 Mei (atau pada hari bekerja
sebelumya sekiranya 30 April jatuh pada hari bukan bekerja atau cuti umum
kebangsaan).

2.2 Sesebuah anggota adalah dikehendaki untuk melengkapkan penyerahan DLS
dan/atau RCP berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada borang
pelaporan Statistik Syarikat-Syarikat Insurans (ICSS)/Statistik Pengendali-
Pengendali Takaful (TOSS), Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Syarikat-
Syarikat Insurans (RBC) dan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Pengendali-
Pengendali Takaful (RBCT), akaun yang telah diaudit/akaun pengurusan yang telah
diluluskan
2
dan lain-lain sumber maklumat sokongan untuk tahun kewangan berakhir
yang berkenaan.

2.3 Sesebuah anggota adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat
yang dikemukakan adalah tepat sepertimana maklumat yang terkandung dalam
maklumat kewangan yang telah diaudit atau diluluskan.

2.4 Memandangkan integriti maklumat adalah penting, pengerusi jawatankuasa audit
anggota, ketua audit dalaman dan ketua audit luaran adalah dikehendaki untuk
menyediakan kepada PIDM, pengesahan bebas berkenaan dengan maklumat
kuantitatif DLS dan RCP yang diserahkan oleh anggota-anggota. Sila rujuk kepada
Bahagian 3 untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program pengesahan.



1
Buat masa ini, Rangka Kerja DLS tidak berkenaan untuk pengendali-pengendali Takaful dan oleh yang
demikian pengendali-pengendali Takaful tidak perlu menyerahkan maklumat kuantitatif DLS.
2
Akaun pengurusan yang diluluskan adalah merujuk kepada akaun pengurusan yang telah diluluskan oleh
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 5


2.5 Sebarang ketidakpatuhan terhadap mana-mana keperluan garis panduan, peraturan
atau perintah yang dibuat oleh PIDM boleh dikenakan bayaran tambahan levi
menurut Seksyen 75 Akta PIDM.

2.6 Tambahan lagi, menurut Seksyen 193 Akta PIDM, mana-mana individu yang
menyediakan, meluluskan, bersetuju atau menandatangani mana-mana akaun,
penyerahan, laporan, penyata atau dokumen, yang perlu untuk penyerahan kepada
PIDM yang mana beliau mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai
bahawa maklumat ini adalah salah atau mengandungi kesalahan atau maklumat
yang mengelirukan, melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda dan/atau
penjara.
3



























3
Menurut Seksyen 193 Akta PIDM, berkenaan dengan pelaporan DLS dan RCP dan program pengesahan,
pegawai anggota-anggota, audit dalaman dan audit luaran juga tertakluk kepada peruntukan ini.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 6


BAHAGIAN 3: PROGRAM PENGESAHAN


GAMBARAN KESELURUHAN

3.1 PIDM mengkehendaki bahawa kedua-dua juruaudit dalaman dan juruaudit luaran
untuk mengesahkan maklumat kuantitatif yang telah disediakan oleh sesebuah
anggota di dalam borang pelaporan DLS dan RCP. Sehubungan dengan ini, anggota
pengurusan kanan hendaklah:

(a) menyediakan maklumat yang berkenaan kepada audit dalaman dan audit
luaran; dan

(b) bertanggungjawab memastikan maklumat tersebut adalah tepat dan lengkap
untuk juruaudit dalaman dan luaran membuat laporan.

3.2 Keperluan dan kandungan maklumat borang pelaporan kuantitatif DLS dan RCP,
digariskan di dalam:

(a) Garis Panduan Sistem Premium Berbeza untuk Sistem Perlindungan Manfaat
Takaful dan Insurans; dan

(b) Garis Panduan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans:
Penyerahan Pelaporan untuk Pengiraan Premium bagi Perniagaan Takaful dan
Insurans (2011).

3.3 Program pengesahan yang perlu dilaksanakan oleh juruaudit dalaman hendaklah
dilaksanakan mengikut skop pengesahan yang telah ditentukan oleh PIDM. Lampiran
1 mengambarkan Program Pengesahan bagi Juruaudit Dalaman.

3.4 Pengesahan yang perlu dilaksanakan oleh juruaudit luaran hendaklah mengikut
piawaian International Standards on Related Services (ISRS) 4400 Penglibatan
untuk Melaksanakan Prosedur Yang Dipersetujui Berkenaan Maklumat Kewangan.
Lampiran 2 mengambarkan Program Pengesahan bagi Juruaudit Luaran.

3.5 Pengerusi jawatankuasa audit anggota, ketua pegawai audit dan juruaudit luaran
dikehendaki menyediakan kepada PIDM laporan pengesahan bebas berkenaan
dengan maklumat kuantitatif DLS dan RCP yang dikemukakan oleh anggota-anggota.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 7

Sila rujuk Lampiran 3 untuk Laporan Pengesahan Bebas Juruaudit Dalaman dan
Lampiran 4 untuk Laporan Pengesahan Bebas Juruaudit Luaran.

3.6 Sekiranya anggota mengubah atau mengamalkan dasar-dasar perakaunan baru bagi
mematuhi piawaian perakaunan baru, garis panduan dan peraturan Bank Negara
Malaysia (BNM) atau perubahan dalam operasi perniagaan, anggota harus
memastikan bahawa sebarang pelarasan yang perlu dinyatakan dengan betul ke
dalam maklumat kewangan anggota untuk tempoh penilaian. Oleh yang demikian,
anggota perlu melibatkan juruaudit luaran untuk melaksanakan kajian semula
pengesahan bebas mengenai pelarasan dalam maklumat kewangan bagi tempoh
tahun penilaian.

3.7 Sekiranya laporan penyerahan DLS dan/atau RCP perlu diserahkan semula, PIDM
akan menentukan berdasarkan kepada kes-kes yang tertentu sama ada pengesahan
semula perlu dilakukan sebelum dikemukakan semula.

TARIKH PENYERAHAN LAPORAN PENGESAHAN BEBAS DAN PELAN TINDAKAN
YANG TERPERINCI DAN JANGKAMASA

Tahun Peralihan (Tahun Taksiran 2014)

3.8 Semasa tahun peralihan iaitu Tahun Taksiran 2014, juruaudit dalaman dan juruaudit
luaran perlu mengemukakan laporan pengesahan bebas masing-masing kepada PIDM
pada atau sebelum 31 Oktober 2014 (atau pada hari bekerja sebelumnya sekiranya
31 Oktober 2014 jatuh pada hari bukan bekerja atau cuti umum kebangsaan).

3.9 Sesebuah anggota juga perlu mengemukakan secara berasingan kepada PIDM pelan
tindakan yang terperinci dan jangkamasa untuk menangani pengecualian, sekiranya
ada, yang dinyatakan di dalam laporan pengesahan bebas, pada atau sebelum 31
Disember 2014. Dokumen ini seharusnya memberi keterangan dan huraian-huraian
yang lebih khusus mengenai pelan tindakan pengurusan di dalam menangani
pengecualian tersebut seperti yang dinyatakan dalam laporan pengesahan bebas.
Sila rujuk kepada Lampiran 5 bagi contoh laporan dari sesebuah anggota kepada
PIDM mengenai pelan tindakannya dan jangkamasa untuk membetulkan
pengecualian atau penemuan.

3.10 Mana-mana penyerahan pembetulan selepasnya (selepas pensijilan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif dan Aktuari yang dilantik/Aktuari yang menandatangani/Ketua
Pegawai Kewangan) semasa tempoh peralihan yang menyebabkan perubahan

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 8

kepada kategori levi akan dikaji semula tertakluk kepada kes dalam menentukan
sama ada penalti atau bayaran tambahan levi perlu dikenakan.

Tahun-tahun Seterusnya

3.11 Bagi tahun-tahun yang seterusnya, anggota, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran
perlu merancang untuk melaksanakan program pengesahan di mana juruaudit
dalaman dan juruaudit luaran hendaklah mengemukakan laporan pengesahan
kepada PIDM pada atau sebelum 31 Mei (atau pada hari bekerja sebelumnya
sekiranya 31 Mei jatuh pada hari bukan bekerja atau cuti umum kebangsaan) bagi
setiap tahun taksiran.

3.12 Oleh yang demikian, semua pengecualian atau isu-isu yang dibangkitkan dalam
laporan pengesahan bebas mesti diperbetulkan sebelum maklumat kuantitatif DLS
dan RCP yang diperakui dikemukan kepada PIDM.

3.13 Sekiranya pengecualian atau isu-isu tidak diperbetulkan, pelan tindakan terperinci
dan jangkamasa untuk menangani pengecualian, seperti yang dinyatakan dalam
laporan pengesahan bebas perlu dikemukakan oleh anggota-anggota kepada PIDM
pada atau sebelum 31 Julai (atau pada hari bekerja sebelumnya sekiranya 31 Julai
jatuh pada hari bukan bekerja atau cuti awam kebangsaan) bagi setiap tahun
taksiran.

3.14 Pengurusan Kanan anggota, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran harus membuat
keputusan mengenai masa yang sesuai untuk proses pengesahan.

3.15 PIDM mempunyai semua kuasa-kuasa dan hak-hak di bawah Akta PIDM, termasuk
tetapi tidak terhad kepada hak mengambil tindakan di luar bidang kuasa program
pengesahan, seperti mengarahkan anggota membuat pengesahan tambahan ke atas
rekod-rekodnya.

SKOP

3.16 Pengesahan RCP melibatkan semua anggota-anggota. Walau bagaimanapun,
pengesahan borang pelaporan DLS tidak melibatkan pengendali-pengendali takaful
sementara menunggu pelaksanaan DLS untuk takaful.

3.17 Pendekatan untuk pengesahan angka-angka kewangan dalam maklumat kuantitatif
DLS dan RCP adalah seperti berikut:


No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 9


(a) DLS

(i) Juruaudit Dalaman

Juruaudit dalaman perlu mengesahkan borang-borang pelaporan DLS
yang berkenaan dengan maklumat yang diperolehi secara langsung
dan daripada penyerahan ICSS dan RBC; dan

(ii) Juruaudit Luaran

Skop juruaudit luaran adalah terhad kepada pengesahan komponen-
komponen yang terpilih daripada tiga (3) petunjuk DLS yang tidak
diperolehi secara langsung daripada borang pelaporan ICSS dan RBC.

(b) RCP

(i) Juruadit Dalaman

Juruaudit dalaman perlu mengesahkan borang pelaporan RCP yang
berkenaan dengan maklumat yang diperolehi secara langsung
daripada ICSS/TOSS dan/atau penyerahan RBC/RBCT; dan

(ii) Juruaudit Luaran

Juruaudit luaran perlu memilih sampel secara rawak untuk
mengesahkan klasifikasi polisi-polisi/sijil-sijil yang berkelayakan dan
tidak berkelayakan sebagaimana yang dilaporkan dalam RCP ini.

3.18 Aliran maklumat dari borang pelaporan DLS dan RCP ke sumber data ditunjukkan di
Lampiran 6.



Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
6 Januari 2014




No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 10

Lampiran 1

PROGRAM PENGESAHAN UNTUK JURUAUDIT DALAMAN

1. Pengesahan hendaklah dijalankan mengikut program pengesahan yang ditentukan
oleh PIDM.

2. Program pengesahan ini hendaklah dibaca bersama dengan garis panduan berikut:

(a) Garis Panduan mengenai Sistem Levi Berbeza untuk Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans diterbitkan pada 31 Januari 2013; dan

(b) Garis Panduan mengenai Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans:
Penyerahan Pelaporan untuk Pengiraan Premium bagi Perniagaan Takaful dan
Insurans (2011) diterbitkan pada 11 Mac 2011.

3. Tempoh rujukan bagi program pengesahan bermula daripada 1 Januari hingga 31
Disember untuk setiap tahun taksiran sebelumnya.

4. Dalam menyediakan pengesahan, sebelum melaksanakan prosedur kerja, juruaudit
dalaman perlu memahami garis panduan dan proses-proses, sebagai sebahagian
daripada prosedur perancangan, dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

(a) memahamani garis panduan dan peraturan-peraturan berkaitan dengan DLS
dan RCP, dan memeriksa maklumat yang terkandung dalam laman web PIDM
untuk sebarang perubahan terhadap garis panduan semasa pengesahan yang
mana akan mempunyai implikasi terhadap penyediaan, isi kandungan dan
penyerahan maklumat kuantitatif DLS dan RCP;

(b) memahamani garis panduan BNM atau keperluan dalam pelaporan bagi
maklumat kewangan kepada BNM;

(c) memahamani aktiviti perniagaan, sistem-sistem, proses-proses, prosedur-
prosedur dan kawalan pengurusan dalam melengkapkan maklumat
kuantitatif DLS dan RCP;

(d) mengkaji kemampuan sistem atau kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat untuk memastikan bahawa maklumat yang

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 11

diperolehi adalah boleh dipercayai dan mencukupi untuk penyediaan
maklumat kuantitatif DLS dan RCP;

(e) memastikan ketersediaan dokumentasi polisi-polisi operasi dan prosedur-
prosedur yang berkaitan untuk penyediaan dan penyerahan maklumat
kuantitatif DLS dan RCP dan memastikan permatuhan terhadap polisi-polisi
dan prosedur-prosedur; dan

(f) mengkaji proses kelulusan oleh institusi anggota dalam penyediaan maklumat
kuantitatif DLS dan RCP.

5. Prosedur pengesahan yang perlu dilakukan oleh juruaudit dalaman - DLS

Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan untuk perniagaan am dan/atau insurans hayat:

Langkah 1 Dapatkan borang pelaporan ICSS dan RBC yang dikemukakan kepada
BNM.
Langkah 2 Dapatkan borang pelaporan DLS yang disediakan untuk penyerahan
kepada PIDM.
Langkah 3 Bagi maklumat kuantitatif yang diperolehi secara langsung daripada
borang pelaporan ICSS dan RBC, bandingkan baki-baki tersebut terhadap
baki borang pelaporan DLS. Rujuk kepada Lampiran 6, perenggan 2(b),
untuk aliran maklumat borang pelaporan DLS yang boleh diperolehi
secara langsung daripada ICSS dan RBC.

Bagi Tahap Modal Sasaran Individu ("ITCL") di bawah penunjuk Indeks
Modal Lebihan, semak ITCL seperti yang dinyatakan di bawah Garis
Panduan mengenai Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman untuk
anggota penanggung insurans oleh BNM.
Langkah 4 Kira semula semua maklumat kuantitatif DLS seperti di dalam borang-
borang pelaporan DLS.
Langkah 5 Nyatakan pengecualian yang diperhatikan di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Dalaman.

Bagi anggota-anggota dengan tahun kewangan berakhir 31 Disember, proses
pengesahan adalah berdasarkan kepada borang-borang pelaporan ICSS dan RBC yang
telah diaudit. Bagi anggota-anggota yang bukan tahun kewangan berakhir 31 Disember,
proses pengesahan adalah berdasarkan kepada borang pelaporan ICSS dan RBC yang
diluluskan oleh pengurusan.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 12


Juruaudit dalaman hendaklah berbincang dan menyertakan bersama mana-mana
pengecualian yang dibangkitkan oleh juruaudit luaran di dalam Laporan Pengesahan
Bebas Juruaudit Dalaman.

6. Prosedur-prosedur pengesahan yang perlu dilakukan oleh juruaudit dalaman RCP

Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan bagi perniagaan insurans/takaful am:

Langkah 1 Dapatkan jumlah bersih premium/sumbangan dan pecahan mengikut
kelas perniagaan seperti yang dilaporkan di dalam borang-borang
pelaporan ICSS/TOSS yang dikemukakan kepada BNM.
Langkah 2 Dapatkan RCP bagi perniagaan insurans/takaful am dan bandingkan
jumlah bersih premium/sumbangan dan pecahan mengikut kelas
perniagaan dengan borang-borang pelaporan ICSS/TOSS yang
dikemukakan kepada BNM.
Langkah 3 Dapatkan semua senarai polisi-polisi/sijil-sijil yang tidak berkelayakan
seperti yang dilaporkan di dalam RCP kepada PIDM.
Langkah 4 Bandingkan jumlah bersih premium/sumbangan polisi-polisi/sijil-sijil yang
tidak berkelayakan seperti yang dilaporkan di dalam senarai yang
diperolehi dengan jumlah yang dilaporkan di dalam RCP.
Langkah 5 Kira semula maklumat yang dilaporkan di dalam RCP.
Langkah 6 Semak bahawa kadar levi yang betul telah digunakan dalam pengiraan
levi yang perlu dibayar. Bagi anggota-anggota komposit, sekiranya jumlah
levi yang perlu dibayar adalah levi minimum, sila pastikan bahawa
pembahagian premium/sumbangan adalah betul.
Langkah7 Nyatakan pengecualian yang diperhatikan di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Dalaman.

Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan bagi perniagaan insurans hayat/takaful
keluarga hayat:

Langkah 1 Dapatkan jumlah bersih liabiliti/penilaian liabiliti aktuari seperti yang
dilaporkan di dalam borang-borang pelaporan RBC/RBCT yang
dikemukakan kepada BNM.
Langkah 2 Dapatkan RCP bagi perniagaan insurans hayat/takaful keluarga.
Langkah 3 Dapatkan semua senarai polisi-polisi/sijil-sijil yang tidak berkelayakan
seperti yang dilaporkan di dalam RCP kepada PIDM.
Langkah 4 Bandingkan jumlah liabiliti bersih/penilaian aktuari liabiliti termasuk

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 13

polisi-polisi/sijil-sijil yang tidak berkelayakan yang dilaporkan dalam RCP
dengan jumlah bersih liabiliti/amaun penilaian aktuari seperti di dalam
borang pelaporan RBC/RBCT yang dikemukakan kepada BNM.
Langkah 5 Kira semula maklumat yang dilaporkan di dalam RCP.
Langkah 6 Semak bahawa kadar levi yang betul telah digunakan dalam pengiraan
levi yang perlu dibayar. Bagi anggota-anggota komposit, sekiranya jumlah
levi yang perlu dibayar adalah levi minimum, sila pastikan bahawa
pembahagian premium/sumbangan bersih adalah betul.
Langkah 7 Nyatakan pengecualian yang diperhatikan di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Dalaman.

Bagi anggota-anggota dengan tahun kewangan berakhir 31 Disember, proses
pengesahan adalah berdasarkan kepada borang-borang pelaporan ICSS dan RBC yang
telah diaudit. Bagi anggota-anggota yang bukan tahun kewangan berakhir 31 Disember,
proses pengesahan adalah berdasarkan kepada borang pelaporan ICSS dan RBC yang
diluluskan oleh pengurusan.

Juruaudit dalaman perlu berbincang dengan juruaudit luaran untuk membincangkan
keputusan prosedur-prosedur pengesahan yang telah dilaksanakan oleh juruaudit
luaran.




















No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 14

Lampiran 2

PROGRAM PENGESAHAN UNTUK JURUAUDIT LUARAN

1. Proses pengesahan akan dijalankan mengikut piawaian International Standards on
Related Services (ISRS) 4400 - Penglibatan Untuk Melaksanakan Prosedur Yang
Dipersetujui Berkenaan Maklumat Kewangan.

2. Program ini hendaklah dibaca bersama dengan garis panduan yang berikut:

(a) Garis Panduan mengenai Sistem Levi Berbeza untuk Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans diterbitkan pada 31 Januari 2013; dan

(b) Garis Panduan mengenai Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans:
Penyerahan Pelaporan untuk Pengiraan Premium bagi Perniagaan Takaful dan
Insurans (2011) diterbitkan pada 11 Mac 2011.

3. Tempoh rujukan bagi program pengesahan hendaklah daripada 1 Januari hingga 31
Disember untuk tahun taksiran sebelumnya.

4. Prosedur pengesahan yang perlu dilakukan oleh juruaudit luaran DLS

(a) Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan bagi perniagaan insurans am:

(i) Nisbah Belum Terima

Langkah 1 Dapatkan rekod-rekod kewangan sokongan
4
untuk jumlah terhutang oleh
syarikat-syarikat insurans semula/pemberi yang melebihi enam puluh
(60) hari.
Langkah 2 Bandingkan jumlah terhutang daripada syarikat-syarikat insurans
semula/pemberi yang melebihi enam puluh (60) hari seperti yang
dilaporkan di dalam borang pelaporan DLS dengan baki rekod-rekod
kewangan sokongan.
Langkah 3 Nyatakan pengecualian yang diperhatikan di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Luaran.




4
Rekod-rekod kewangan sokongan boleh terdiri daripada penyata kewangan yang telah diaudit, akaun
pengurusan yang diluluskan, jadual pengusiaan, lejar am, lejar kecil dan jadual-jadual sokongan.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 15



(ii) Nisbah Margin Operasi

Langkah 1 Dapatkan rekod kewangan sokongan yang merupakan sumber kepada
nilai kasar rizab AFS sebelum cukai pada 31 Disember untuk satu tahun
sebelum tahun taksiran sebelumnya dan 31 Disember tahun taksiran
sebelumnya.
Langkah 2 Bandingkan nilai kasar rizab AFS sebelum cukai yang dilaporkan di dalam
borang pelaporan DLS dengan baki dari rekod-rekod kewangan sokongan.
Langkah 3 Nyatakan pengecualian yang diperhatikan di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Luaran.

(b) Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan bagi perniagaan insurans hayat:

(i) Hasil Pelaburan

Langkah 1 Dapatkan rekod kewangan sokongan yang merupakan sumber kepada
komponen-komponen penunjuk hasil pelaburan:
Pertambahan diskaun sekuriti bagi dana operasi berkaitan
pelaburan;
Masuk kira semula kemerosotan nilai sekuriti bagi dana operasi
berkaitan pelaburan;
Rosot nilai sekuriti bagi dana operasi berkaitan pelaburan;
Pelunasan sekuriti premium bagi dana operasi berkaitan
pelaburan;
Keuntungan tidak direalisasi terhadap sekuriti (termasuk unit
amanah dan dana pelaburan hartanah (REITS));
Kerugian tidak direalisasi terhadap sekuriti (termasuk unit amanah
dan REITS); dan
Nilai kasar rizab tersedia untuk dijual ("AFS") sebelum cukai pada
31 Disember untuk satu tahun sebelum tahun taksiran
sebelumnya dan 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.
Langkah 2 Bandingkan komponen-komponen yang dilaporkan dalam borang
pelaporan DLS (seperti yang dinyatakan dalam Langkah 1) dengan baki
daripada rekod-rekod kewangan sokongan.
Langkah 3 Nyatakan pengecualian yang diperhatikan di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Luaran.

Juruaudit luaran hendaklah membincangkan keputusan prosedur-prosedur
pengesahan dengan juruaudit dalaman.

No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 16


5. Prosedur-prosedur pengesahan yang perlu dilakukan oleh juruaudit luaran RCP

Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan untuk perniagaan insurans/takaful am
dan/atau perniagaan insurans hayat/perniagaan takaful keluarga:

Langkah 1 Dapatkan semua senarai polisi-polisi/sijil-sijil yang tidak berkelayakan
seperti yang dilaporkan di dalam RCP kepada PIDM.
Langkah 2 Daripada senarai tersebut, pilih secara rawak dua puluh (20) sampel bagi
setiap perniagaan insurans/takaful am dan/atau perniagaan insurans
hayat/perniagaan takaful keluarga untuk disahkan. Sekiranya senarai
tersebut mengandungi kurang daripada saiz sampel yang diperlukan, pilih
semua polisi-polisi/sijil-sijil untuk pengesahan.

Juruaudit luaran digalakkan untuk menggunakan kaedah-kaedah
persampelan statistik secara rawak.
Langkah 3 Untuk polisi-polisi/sijil-sijil yang dipilih, bandingkan polisi-polisi/sijil-sijil
mengikut keperluan yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Sistem
Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans: Penyerahan Pelaporan untuk
Pengiraan Premium bagi Perniagaan Takaful dan Syarikat Insurans (2011).

Sila ambil perhatian mengenai definisi polisi-polisi/sijil-sijil yang
berkelayakan sebagaimana yang ditentukan dalam perenggan 1.5 dalam
garis panduan dinyatakan di atas.
Langkah 4 Nyatakan pengecualian yang ditemui di dalam Laporan Pengesahan
Juruaudit Luaran.

Juruaudit luaran hendaklah membincangkan keputusan prosedur-prosedur
pengesahan tersebut dengan Juruaudit Dalaman.



No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 17

Lampiran 3

LAPORAN PENGESAHAN BEBAS JURUAUDIT DALAMAN

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
[Alamat]

Tarikh

Tuan,

PENGESAHAN TERHADAP MAKLUMAT KUANTITATIF SISTEM LEVI BERBEZA* DAN PELAPORAN
PENGIRAAN PREMIUM KEPADA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

1. Kami telah melakukan prosedur-prosedur yang dinyatakan dalam Lampiran 1 Garis Panduan
Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi Berbeza Dan Pengiraan Premium ("Garis Panduan")
berkenaan dengan maklumat kuantitatif Sistem Levi Berbeza ("DLS")* dan pelaporan pengiraan
premium ("RCP")* bagi [syarikat insurans A*/ Pengendali Takaful A*] untuk tempoh 1 Januari
hingga 31 Disember [tahun].

2. Berdasarkan prosedur-prosedur seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran 1 Garis Panduan,

(i) kami tiada sebarang pengecualian untuk dilaporkan; atau

(ii) kami ingin melaporkan pengecualian dan ianya dihuraikan dalam Lampiran A*.





[Nama Pengerusi Jawatankuasa Audit] [Nama Ketua Audit Dalaman]

Pengerusi Jawatankuasa Audit

Ketua Audit Dalaman
Tarikh


Tarikh



* Potong mana-mana yang tidak berkenaan


No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 18

Lampiran A

1. Pengecualian dalam maklumat kuantitatif DLS, tanpa pembetulan di dalam
penyerahan

(a) Perbezaan di dalam jumlah/baki yang ditemui oleh juruaudit dalaman:

No. Pengecualian / Penemuan
Baki seperti di
dalam borang-
borang pelaporan
ICSS/RBC
(RM)
[a]
Baki seperti di
dalam
maklumat
kuantitatif DLS
(RM)
[b]
Perbezaan
(RM)
[c] = [a] [b]
1.


Kadar pertumbuhan premium kasar
Jumlah premium kasar pada:
(a) 31 Disember 2013
(b) 31 Disember 2012
(c) 31 Disember 2011
(d) 31 Disember 2010


110,000,000
107,000,000
98,000,000
89,000,000


130,000,000
110,000,000
100,000,000
90,000,000


(20,000,000)
(3,000,000)
(2,000,000)
(1,000,000)

(b) Perbezaan dalam jumlah-jumlah/baki-baki yang ditemui oleh juruaudit luaran:


No. Pengecualian / Penemuan
Baki seperti di dalam
penyata kewangan yang
telah diaudit/akaun
pengurusan yang
diluluskan /lejar am, lejar
kecil/jadual-jadual
sokongan
(RM)
[a]
Baki seperti di
dalam
maklumat
kuantitatif
DLS
(RM)
[b]
Perbezaan
(RM)
[c] = [a] [b]
1. Nisbah Belum Terima
Jumlah hutang daripada insurans
semula/syarikat-syarikat pemberi
yang melebihi enam puluh (60)
hari pada 31 Disember 2013.

700,000


500,000

200,000


(c) Ringkasan impak penemuaan oleh juruaudit dalaman dan juruaudit luaran terhadap
nisbah penunjuk-penunjuk aras dan markah:







No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 19


No. Penunjuk Aras
Nisbah seperti
yang dilaporkan
di dalam
maklumat
kuantitatif DLS
Nisbah jika
dilaraskan
Markah
sebagaimana
yang dilaporkan
di dalam
maklumat
kuantitatif DLS
Markah jika
dilaraskan
1.
Kadar pertumbuhan
premium kasar 14.00%

6.00%

20%

14%
2. Nisbah Belum Terima 10.00% 18.00% 20% 14%

(d) Keseluruhan impak markah kuantitatif DLS

No. Kriteria
Markah penunjuk aras
seperti yang dilaporkan di
dalam maklumat kuantitatif
DLS
Markah penunjuk aras
jika dilaraskan
1. Ukuran Modal: Indeks modal lebihan 1.30 1.30
2.
Penilaian operasi dan kemampanan:
Perniagaan Insurans Am 86%* 74%**
3.
Jumlah penilaian operasi dan kemampanan:
Bagi anggota penanggung insurans langsung 86%* 74%**
4.
Jumlah markah kriteria kuantitatif DLS (markah
maksima 60%) 60% 55%

* Markah penunjuk aras yang diandaikan adalah seperti berikut, sebelum pelarasan:
Penunjuk-Penunjuk Aras
Markah

Kadar pertumbuhan premium kasar

20%
Nisbah kepelbagaian perniagaan 16%
Nisbah belum terima

20%
Nisbah gabungan

20%
Nisbah margin operasi

10%
Jumlah Markah DLS sebelum pelarasan 86%

** Markah penunjuk aras yang diandaikan adalah seperti berikut, selepas pelarasan untuk penemuan
oleh juruaudit dalaman dan juruaudit luaran:

Penunjuk-Penunjuk Aras

Markah
Kadar pertumbuhan premium kasar

14%
Nisbah kepelbagaian perniagaan 16%
Nisbah belum terima

14%
Nisbah gabungan

20%
Nisbah margin operasi

10%
Jumlah Markah DLS selepas pelarasan 74%


No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 20


2. Pengecualian dalam RCP, tanpa pembetulan di dalam penyerahan

(a) Perbezaan yang dinyatakan dalam jumlah-jumlah/baki-baki:

No.
Pengecualian/
Penemuan
Baki seperti di
RCP
(RM)
[a]
Baki seperti di
dalam borang
pelaporan
ICSS/TOSS dan
RBC/RBCT
(RM)
[b]
Perbezaan
(RM)
[c]=[a] [b]
Kadar levi
(%)
[d]
Impak
kepada
levi yang
dibayar
(RM)
[e] = [c] x
[d]
1.
Jumlah Premium
Bersih
500,000,000 520,000,000 (20,000,000) 0.05 (10,000)
2.
Jumlah liabiliti
bersih / penilaian
liabiliti aktuari
1,200,000,000 1,400,000,000 (200,000,000) 0.025 (50,000)

(b) Ralat-ralat yang dikenal pasti semasa pengiraan semula levi yang dibayar:

No. Pengecualian/Penemuan
Levi yang dibayar
seperti dalam RCP
(RM)
Levi yang dibayar
selepas pelarasan
(RM) Catatan
1. Kadar levi yang salah digunakan 200,000 210,000
Terangkan sebab-
sebab pengecualian
yang dinyatakan.



No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 21

Lampiran 4

LAPORAN PENGESAHAN BEBAS JURUAUDIT LUARAN

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah
[Penanggung Insurans A*/Pengendali Takaful A*]
[Alamat]

Tarikh

Tuan,

Penanggung Insurans A*/Pengendali Takaful A*

LAPORAN PENYERAHAN PROSEDUR YANG DIPERSETUJUI TERHADAP MAKLUMAT KUANTITATIF
SISTEM LEVI BERBEZA* DAN PELAPORAN PENGIRAAN PREMIUM KEPADA PERBADANAN INSURANS
DEPOSIT MALAYSIA

1. Kami adalah juruaudit bebas [Penanggung Insurans A*/Pengendali Takaful A*] berkaitan dengan
piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh Institut Akauntan Malaysia.

2. Kami telah melakukan prosedur yang dinyatakan dalam Lampiran 2 Garis Panduan Mangenai
Program Pengesahan: Sistem Levi Berbeza dan Pengiraan Premium (Garis Panduan)
berkenaan dengan maklumat kuantitatif Sistem Levi Berbeza (DLS) dan Pelaporan Pengiraan
Premium (RCP)* untuk [Penanggung Insurans A*/Pengendali Takaful A*] bagi tempoh 1
Januari hingga 31 Disember [tahun], dinyatakan di lampiran-lampiran yang disertakan.
Penglibatan kami telah dijalankan mengikut piawaian International Standards on Related
Services (ISRS) 4400 "Penglibatan untuk Melaksanakan Prosedur Yang Telah Dipersetujui
Mengenai Maklumat Kewangan" yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia, terpakai
terhadap penglibatan-penglibatan Prosedur Yang Dipersetujui. Prosedur-prosedur ini dilakukan
semata-mata untuk membantu anda dalam menilai kesahihan maklumat kuantitatif DLS dan
RCP* daripada [penanggung insurans A*/Pengendali Takaful A*] berbanding dengan rekod-
rekod kewangan [penanggung insurans A*/Pengendali Takaful A*] pada tarikh yang sama.


3. Berdasarkan kepada prosedur-prosedur seperti yang disenaraikan dalam Lampiran 2 Garis
Panduan,

(i) kami tiada sebarang penyecualian untuk dilaporkan; atau

(ii) kami laporkan kepada anda melalui pengecualian dan ianya dihuraikan dalam Lampiran
A*.



No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 22

4. Laporan ini merekodkan kerja-kerja Prosedur Yang Dipersetujui seperti yang telah dipersetujui
dalam bidang kuasa kami bertarikh [tarikh]. Kerja-kerja Prosedur Yang Dipersetujui kami adalah
terhad kepada prosedur-prosedur seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 2 Garis Panduan.

5. Prosedur-prosedur yang kami lakukan tidak membentuk apa-apa audit atau semakan semula
yang dibuat selaras dengan piawaian Pengauditan Yang Diluluskan di Malaysia dan, akibatnya
kami tidak menyatakan apa-apa jaminan mengenai maklumat kuantitatif DLS dan RCP* bagi
[penanggung insurans A*/Pengendali Takaful A*] untuk tempoh 1 Januari hingga 31 Disember
[tahun].

6. Sekiranya kami laksanakan prosedur-prosedur tambahan atau audit atau semakan semula ke
atas penyata kewangan selaras dengan piawaian Pengauditan Yang Diluluskan di Malaysia, lain-
lain perkara mungkin akan menarik pemerhatian kami yang akan dilaporkan bersama kepada
anda.

7. Ia perlu difahami bahawa kami tidak membuat sebarang perwakilan tentang perihal undang-
undang atau kecukupan prosedur-prosedur yang disenaraikan dalam lampiran yang disertakan;
juga, sebarang prosedur tidak semestinya mendedahkan sebarang maklumat salah nyata yang
ketara yang dikenal pasti di dalam maklumat kuantitatif DLS dan RCP*. Di samping itu, kami
telah nyatakan bahawa kami adalah semata-mata melihat kepada data seperti yang diperolehi
daripada maklumat kuantitatif DLS dan RCP* dan tidak membuat sebarang kenyataan tentang
kecukupan pendedahan atau tentang sama ada mana-mana bahan fakta yang telah digugurkan.

8. Laporan kami adalah semata-mata untuk tujuan penyerahan [penanggung insurans
A*/Pengendali Takaful A*] kepada PIDM berkaitan dengan maklumat kuantitatif DLS dan RCP*
yang dikemukakan kepada PIDM dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain atau
digunakan oleh mana-mana pihak lain. Laporan ini hanya tertakluk kepada perkara-perkara yang
dinyatakan di atas dan tidak meliputi mana-mana penyata kewangan bagi [penanggung insurans
A*/Pengendali Takaful A*], yang diambil secara keseluruhan.


Yang benar,



Nama Firma Audit
(No. AF: XXXX)
Akauntan Bertauliah


* Potong mana-mana yang tidak berkenaan




No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 23

Lampiran A

1. Pengecualian dalam maklumat kuantitatif DLS, tanpa pembetulan di dalam
penyerahan

(a) Perbezaan yang dinyatakan dalam jumlah-jumlah/baki-baki:

No. Pengecualian/Penemuan
Baki seperti di dalam
penyata kewangan yang
telah diaudit/akaun
pengurusan yang
diluluskan/lejar am, lejar
kecil/jadual sokongan.
(RM)
[a]
Baki seperti di
dalam
maklumat
kuantitatif
DLS
(RM)
[b]
Perbezaan
(RM)
[c] = [a] [b]
1. Nisbah Belum Terima
Jumlah hutang daripada insurans
semula/syarikat-syarikat pemberi
yang melebihi enam puluh (60)
hari pada 31 Disember 2013.

700,000


500,000

200,000

2. Pengecualian dalam RCP, tanpa pembetulan di dalam penyerahan

(b) Ringkasan polisi-polisi yang berkelayakan yang telah tersalah dikelaskan di dalam
RCP:

No. Sampel yang dipilih
Premium bersih
daripada sampel
yang dipilih
(RM) Catatan
1. Perniagaan insurans am
Polisi Motor
5,000
Terangkan sebab-sebab
pengecualian yang dinyatakan.
Jumlah 5,000
Bilangan pengecualian/Jumlah bilangan
sampel (%)
5% [1/20]

No. Sampel yang dipilih
Premium bersih
daripada sampel
yang dipilih
(RM) Catatan
1. Perniagaan Insurans Hayat
Pelan Bertempoh Tetap
10,000
Terangkan sebab-sebab
pengecualian yang dinyatakan
Jumlah 10,000
Bilangan pengecualian/Jumlah bilangan
sampel (%)
5% [1/20]


No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 24

Lampiran 5

CONTOH LAPORAN TERHADAP PELAN TINDAKAN DAN JANGKAMASA OLEH
ANGGOTA

Penanggung Insurans A/Pengendali Takaful A*: Pelan tindakan dan jangka masa untuk
membetulkan pengecualian/pemerhatian

A. DLS*

Pengecualian/Pemerhatian Yang
Ditemui
Pelan Tindakan

Jangkamasa untuk
Pembetulan






B. RCP

Pengecualian/Pemerhatian Yang
Ditemui
Pelan Tindakan

Jangkamasa untuk
Pembetulan





* Potong mana-mana yang tidak berkenaan





No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 25


Lampiran 6

ALIRAN MAKLUMAT DARIPADA BORANG-BORANG LAPORAN DLS DAN RCP

1. Hubungan dengan borang-borang laporan DLS dan RCP kepada sumber data, sama ada
borang laporan ICSS, TOSS, RBC, RBCT termasuk Lejar Am ("GL") dan/atau lain-lain
maklumat sokongan dan penyata kewangan yang telah diaudit/akaun pengurusan
yang diluluskan daripada data yang akan diambil untuk melengkapkan borang-borang
penyerahan dikenal pasti di muka surat berikutnya.

DLS
2. Aliran maklumat untuk maklumat kuantitatif DLS daripada ICSS, borang laporan RBC
dan GL dan/atau lain-lain maklumat sokongan dan penyata kewangan yang telah
diaudit/akaun pengurusan yang diluluskan:

(a) Hubungan antara borang-borang laporan DLS dengan ICSS, borang laporan
RBC dan GL dan lain-lain maklumat yang berkaitan dan penyata kewangan
yang telah diaudit/akaun pengurusan yang diluluskan.









G
L
/
L
a
i
n
-
L
a
i
n

M
a
k
l
u
m
a
t

S
o
k
o
n
g
a
n

,

P
e
n
y
a
t
a

K
e
w
a
n
g
a
n

Y
a
n
g

T
e
l
a
h

D
i
a
u
d
i
t
,

A
k
a
u
n

P
e
n
g
u
r
u
s
a
n

D
i
l
u
l
u
s
k
a
n

Penyerahan Statistik
Penanggung
Insurans
Penyerahan Modal
Berasaskan Risiko
Lain-Lain Maklumat

Tertakluk kepada
keperluan pelaporan
pengawalselia dan
kewangan yang
khusus

Maklumat
Kuantitatif Sistem
Levi Berbeza



No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 26

(b) Sumber-sumber maklumat untuk borang-borang pelaporan DLS

No.
Kriteria Kuantitatif DLS /
Penunjuk Aras

Sumber Maklumat
ICSS RBC Lain-Lain Maklumat Sokongan
A. Ukuran Modal


1. Indek Lebihan Modal





B. Penilaian Operasi dan
Kemampanan-
Perniagaan Insurans
Hayat


1. Kadar Pertumbuhan
Perniagaan Baharu






2. Nisbah Penumpuan
Perniagaan






3. Nisbah Pengekalan
Perniagaan






4. Hasil Pelaburan
Dana operasi perlaburan berkaitan


Butir-butir mengenai unit amanah dan
REITS

Rizab AFS sebelum cukai


5. Nisbah Pulangan Atas
Modal Yang Diperlukan






C. Penilaian Operasi dan
Kemampanan-
Perniagaan Insurans Am


1. Kadar Pertumbuhan
Perniagaan Kasar





2. Nisbah Kepelbagaian
Perniagaan





3.
Nisbah Belum Terima
Jumlah terhutang dari penanggung
insurans semula/syarikat-syarikat
pemberi melebihi 60 hari




4.
Nisbah Gabungan



No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 27

No.
Kriteria Kuantitatif DLS /
Penunjuk Aras

Sumber Maklumat
ICSS RBC Lain-Lain Maklumat Sokongan
5. Nisbah Margin Operasi
Rizab AFS sebelum cukai




RCP
3. Aliran maklumat untuk RCP daripada borang-borang laporan ICSS, TOSS, RBC dan
RBCT dan GL dan/atau lain-lain maklumat sokongan dan penyata kewangan yang
telah diaudit/akaun pengurusan yang diluluskan:

(a) RCP untuk Institusi Anggota Konvensional

(i) Hubungan antara RCP daripada ICSS, borang laporan RBC dan GL
dan/atau lain-lain maklumat sokongan dan penyata kewangan yang
telah diaudit/akaun pengurusan yang diluluskan.











Pelaporan Mengenai
Pengiraan Premium:
Perniagaan Insurans Am
Pelaporan Mengenai
Pengiraan Premium:
Perniagaan Insurans Hayat
GL/Lain-Lain Maklumat
Sokongan , Penyata Kewangan
Yang Telah Diaudit, Akaun
Pengurusan Diluluskan
Penyerahan Statistik
Penanggung Insurans
Penyerahan Modal
Berasaskan Risiko
Jumlah
Premium
Bersih
Jumlah
Penilaian
Liabiliti Aktuari

Lain-Lain Maklumat Sokonan
Mengenal pasti Polisi-Polisi
Berkelayakan (QP) dan Tidak
Berkelayakan (NQP)
Mengenal pasti Polisi-Polisi
Berkelayakan (QP) dan Tidak
Berkelayakan (NQP)




No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 28


(ii) Sumber-sumber maklumat untuk borang laporan RCP


Pelaporan Pengiraan
Premium
Sumber Maklumat
No.
ICSS RBC
Lain-Lain Maklumat
Sokongan
1. Jumlah Premium Bersih



2. Jumlah Penilaian Liabiliti
Aktuari





3. Jumlah Polisi-polisi Yang
Berkelayakan dan Tidak
Berkelayakan




(b) RCP untuk Pengendali-pengedali Takaful

(i) Hubungan dengan RCP daripada TOSS, borang laporan RBCT dan GL
dan/atau lain-lain maklumat sokongan dan penyata kewangan yang
telah diaudit/akaun pengurusan yang diluluskan.









Pelaporan Mengenai
Pengiraan Premium:
Perniagaan Takaful Am
Pelaporan Mengenai
Pengiraan Premium:
Perniagaan Takaful
Perpaduan Keluarga
GL/Lain-Lain Maklumat
Sokongan , Penyata Kewangan
Yang Telah Diaudit, Akaun
Pengurusan Diluluskan
Penyerahan Statistik
Pengendali Takaful
Penyerahan Modal
Berasaskan Risiko untuk
Pengendali Takaful
Jumlah
Sumbangan
Bersih
Jumlah
Penilaian
Liabiliti Aktuari

Lain-Lain Maklumat Sokonan
Mengenal pasti Sijil-Sijil
Berkelayakan (QP) dan Tidak
Berkelayakan (NQP)
Mengenal pasti Sijil-Sijil
Berkelayakan (QP) dan Tidak
Berkelayakan (NQP)




No Rujukan TIPS/GL15/2014(VDLS) Dikeluarkan pada 6 Januari 2014

TAJUK
Garis Panduan Mengenai Program Pengesahan: Sistem Levi
Berbeza dan Pengiraan Premium

Muka Surat 29


(ii) Sumber-sumber maklumat untuk borang laporan RCP

No.
Pelaporan Pengiraan
Premium
Sumber Maklumat
TOSS RBCT
Lain-Lain Maklumat
Sokongan
1. Jumlah Sumbangan
Bersih



2. Jumlah Penilaian Liabiliti
Aktuari





3. Jumlah Sijil-sijil Yang
Berkelayakan dan Tidak
Berkelayakan

You might also like