You are on page 1of 4

Profil Jabatan

Jabatan Bahagian Pendidikan Guru


Ketua
Jabatan
Pengarah
YBhg. Dato' Haji Mohd Ghazali bin Ab. Rahman
Alamat
Aras 2 - 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62604 Putrajaya
Nombor
telefon
03-88846000
Nombor faks 03-88841081/03-88843507
Laman web http://apps1.moe.gov.my/bpg
Alamat e-mel

Pengenalan
Bahagian Pendidikan Guru atau singkatan BPG ialah
bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang
mengendalikan program Pendidikan Perguruan Pra-
perkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan. Program
pendidik keguruan berhasrat untuk memenuhi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk
melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya
tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya
fikir dan cekap teknologi.

Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia
berdasarkan kepada tiga fungsi. BPG merupakan satu
bahagian dalam fungsi Pembangunan Profesionalisme
Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini
bertanggungjawab merancang dan memantau
Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPK) yang
dilaksanakan oleh IPG.
Visi
Visi
Guru Berkualiti Penjana Modal Insan Cemerlang
Misi
Melaksanakan Pembangunan Guru Berkualiti Secara Kontinum
Moto
Melestari Kualiti Guru
Piagam Pelanggan
Kami Warga BPG Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar
Dan Berjanji Menumpukan Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada
kursus-kursus Peningkatan Profesionalisme guru
yang dirancang dalam Pelan Operasi Latihan
Tahunan dapat dilaksanakan setiap tahun;

2. Memastikan perjanjian pendidikan guru dapat
dilaksanakan 100% dalam tempoh 60 hari selepas
pelajar mendaftar di Institut Pengajian;

3. Menguruskan pengambilan calon guru pra
perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dalam
tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan;


4. Memaklumkan calon guru yang berjaya mengikuti
latihan di IPG dalam tempoh 14 hari bekerja
sebelum tarikh pendaftaran;
Piagam Pelanggan

5. Memastikan sekurang-kurangnya 80%
penyelidikan dan penilaian program BPG dapat
disempurnakan setiap tahun;

6. Memastikan kertas dasar/cadangan latihan pra
dan dalam perkhidmatan disediakan sekurang-
kurangnya enam (6) bulan sebelum sesuatu
program dilaksanakan;

7. Memastikan sekurang-kurangnya 90% daripada
kursus-kursus peningkatan profesionalisme untuk
pembangunan kompetensi kakitangan yang
dirancang dapat dilaksanakan setiap tahun;

8. Membekalkan data latihan guru kepada
pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh
permohonan;

9. Memastikan pembayaran bil, baucer dan tuntutan
perjalanan yang diterima diproses dalam tempoh
tidak melebihi 14 hari;

10. Memastikan tindakan diambil terhadap aduan
pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
Piagam Pelanggan
selepas aduan diterima.

11. Mengeluarkan pelaporan tindakan pembetulan,
pencegahan dan penambahbaikan hasil laporan
audit dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Audit
Dalaman dijalankan.

You might also like