You are on page 1of 9

1

KBK 3043 PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM


PENDIDIKAN KHAS
TUGASAN 2
KUMPULAN
GROUP UPSI 01 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON


NAMA TUTOR E-LEARNING: EN . FAWZI BIN YUSOF
TARIKH SERAH: 11.5.2014





2

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA
SURAT

PENGENALAN 3


TINGKAH LAKU DISTRUPTIF

5

CARA CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU DISTRUPTIF

7

KESIMPULAN 9

RUJUKAN 10











3

PENGENALAN

Tingkahlaku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma masyarakat , tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat
mahupun di sekolah. Di peringkat sekolah khusunya , punca-punca terjadinya salah tingkahlaku
kebanyakannya disebabkan oleh diri pelajar itu sendiri . Kadang kala mereka terlalu mengikut
kehendak hati dari memikirkan kesan dan akibatnya apabila melakukan sesuatu perkara. Tidak
kurang juga, sebilangan kecil diantara mereka bertindak di luar kawalan adalah disebabkan
masalah keluarga, pengaruh persekitaran terutamnya rakan rakan sebaya.
Gejala tingkah laku bermasalah ini sering menjadi topic perincangan di kalangan masyarakat
umum kerana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan antara emosi dan aktiviti kehidupan
seharian individu. Sekolah rendah merupakan tapak yang utama untuk asa pendidikan para
pelajar. Mereka telah dibentuk melalu disiplin yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ibu bapa dan Guru adalah insan yang terpenting dalam membentuk
keperibadian dan tingkahlaku murid-murid dalam menghasilkan insan yang terbaik budi
pekertinya.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada
dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku
bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas
dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif
iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu.



4

Mengikut kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan , punca yang paling utama ialah , pelajar
sering ingin mencuba sesuatu yang baru dan mereka mungkin akan cenderung untuk melakukan
perkara yang negatif sekiranya mereka tidak mampu untuk kawal diri. Selain itu , pelajar juga
melakukan hal-hal yang negatif kerana inginkan perhatian dari insane yang mereka sayang , ibu
bapa terutamanya serta guru dan rakan rakan yang lain. Mereka akan memberontak sekiranya
mereka gagal menunjukkan mereka hebat dan seterusnya mereka akan merasakan keperluan
kendiri serta kasih sayangnya tidak dipenuhi.
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai
(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005) . Setiap guru perlu mengetahui cara cara
pengurusan tingkah laku di dalam kelas serta pembelajaran yang sihat dan produktif . James A.F
Stones & Charles Wienkel menyatakan bahawa pengurusan adalah proses merancang ,
menrorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Tingkah laku bermasalah boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku
bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran
dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu , cepat belajar , proaktif dan
pintar cerdas. Bagi tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
perlakuan distruktif yang mengikut kajian sering berlaku di antara umur 10 hingga ke 15 tahun,
distruptif dan sikap bergantung . Kadang kala sikap agresif mereka sering ditunjukkan sama ada
melalui sindiran , atau perbuatan fizikal seperti menumbuk , bergaduh atau melukai dan
menyakiti seseorang yang lain. Mereka menunjukkan tindakan agresif disebabkan rasa tidak puas
hati , benci , marah dan dendam .





5



TINGKAH LAKU DISTRUPTIF
Tingkah laku distruptif ini didefinisikan sebagai tingkah laku yang dapat mengganggu dan
mejejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan di dalam kelas. Seorang murid
yang mempunyai masalah tingkah laku distruptif ini mampu untuk menarik perhatian guru dan
dapat mengelakkan guru tersebut daripada member perhatian kepada murid-murid yang lain di
dalam bilik darjah.
Mereka sering untuk mencetuskan pergaduhan kecil sesama mereka disebabkan perkara yang
remeh dan sering untuk mengambil perhatian. Walaupun ini dilahat sebagai pergaduhan yang
kecil pada awalnya , namun ia akan member kesan yang buruk pada masa hadapan . Tindakan
perlu diambil walaupun ia hanyalah pergaduhan yang boleh diselesaikan tanpa memberitahu
penjada. Tindakan seperti amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan dan apabila ia
melebihi dari had yang sepatutnya makan murid tersebut perlu diambil tindakan berjumpa
dengan penjaganya.
Selain itu , tingkah laku ini juga kadang kala mengganggu di luar bilik darjah sama ada sesame
adik beradik mahupun rakan sebaya. Kebiasaannya , masalah ini berlaku adalah disebabkan
meraka berasa tidak kondusif ketika proses pembelajaran di dalam kelas mahupun ketika
bermain bersama rakan-rakan .Di dalam bilik darjah , murid-murid ini akan bercakap sesame
mereka , menjerit dan mengganggu rakan sekelas apabila tiada guru di dalam bilik darjah.
Tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain dan ia merangkumi tingkah laku seperti
hiperaktif iaitu kelakuan atau bertingkah laku yang terlalu agresif sehingga tidak mampu dikawal
dan kelakuan nakal iaitu suka untuk mengganggu kawan-kawan , bergaduh , membuli dan
menyakat rakan rakan sekelas sehingga timbulnya pergaduhan sesama mereka. Selain itu
mereka akan membuat bising sehinggal mengganggu ketenteraman bilik darjah serta bergerak
sesuka hati tanpa kebenaran , berjalan semasa proses pembelajaran dan melakukan aktiviti yang
mereka suka tanpa mengira waktu. Secara lisan pula mereka kadang kala menggunakan kata
kata kasar , lucah , kurang ajar dan tidak sopan.
6



Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic
atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah,
melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru
mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian
mengajar, guru menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan,
sikap semulajadi murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang
minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti
pendidikan jasmani.
CARA CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU DISTRUPTIF

Tingkah laku distruptif ini dapat diatasi sekiranya gru kelas memainkan peranan mereka dengan
cara yang betul atau guru kelas juga boleh menggunakan kaedah modeling . Kaedah modeling
ialah kaedah modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran in merujuk kepada peniruan
melalui dari pemerhatian tingkah laku seseorang model yang disanjung dan secara tidak
langsung murid tersebut dapat mengubah tingkah lakunya.
Teori modeling ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang menjelaskan kanak kanak
mempelajari pelbagai jenis tingkah laku sosial semasa tumbesaran mereka. Jenis-jenis tingkah
laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu
rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak.
Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya
tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak
terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan dalam sesebuah sesi pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlangsung . memamg masalah ini sering berlaku terutamanya di
kelas-kelas akhir dalam seseuatu darjah . Mereka kebiasaannya gemar melakukan perlakuan
agresif dan mengganggu ketenteraman pelajar lain seperti membuat bising dari segi perilaku
7

mahupun lisan. Kadang kala mereka bertindak begitu disebabkan oelh mereka tidak memahami
sesuatu tugasan yang telah diberikan oleh guru mereka.
Malah ada ketikanya , mereka juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga pelajar lain
sebagai contoh mereka memanjat pagar yang boleh mengakibatkan mereka cedera jika tidak
berhati-hati. Hal ini dapat mengganggu proses pembelajaran bagi murid murid lain . Mereka
kadang kala kekurangan perhatian daripada ibu bapa di rumah yang sentiasa sibuk dengan
pekerjaan masing masing seterusnya anak anak memberontak ketika di sekolah.
Antara kaedah lain yang dapat mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan kaedah
kehendak murid seperti memahami apa keperluan yang diperlukan oleh murid tersebut. Setelah
kehendak mereka dituruti memungkinkan mereka lama kelamaan dapat memberikan perhatian
yang secukupnya di dalam bilik darjah. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan kepada murid
keperluan khas Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi guru harus
mengikut aktiviti pelajar itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus
ada umpamanya berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk murid itu belajar.
Selain itu , pemerhatian dari ibu bapa di rumah adalah faktor yang paling utama dalam
membentuk keperibadian anak anak mereka . jika tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap
pembesaran anak anak maka anak anak tidak merasakan dirinya terasing dan seterusnya
melakukan sesuatu di luar jangkaan . Ibu dan bapa haruslah menasihati anak-anak dengan cara
berhemah agar mereka boleh menerima kesalahan mereka seterusnya memperbetulkan kesalahan
mereka dengan baik .






8

KESIMPULAN
Pada masa kini , anak-anak adalah peranyis utama negara dalam membentuk negara yang aman
dan harmoni oleh itu tingkah laku murid murid yang bermasalah perlu diberi perhatian yang
serious kerana jika ia dibiarkan akan menjadi satu kebiasaan dimana akan mendatangkan kesan
yang buruk .
Setiap perlakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid adalah disebabkan faktor
faktor tertentu yang boleh mempengaruhi perbuatan tersebut . namun , setiap perbuatan yang
negatif akan memberikan impak yang negatif terhadapa kesannya kepada diri sendiri mahupun
orang lain.
Oleh yang demikian , menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengenalpasti murid-murid
yang bertingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah agar strategi dan teknik tertentu dapat
digunakan untuk mengatasi murid tersebut. Cara cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah
ini hendaklah bersesuaian dengan masalah yang dihadapi memandangkan setiap masalah
mempunyai lain pendekatan yang boleh digunakan. Teknik-teknik modifikasi yang boleh
dipraktikkan ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah
laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan
pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran.








9

RUJUKAN
Dr. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani & Mohd. Zohir. (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Teori Skinner: Teori modifikasi tingkah laku Skinner. (2010, Mei).
http://akugpc.blogspot.com/2010/05/ teori-skinner.html

Mok, S. S. (2011). Psikologi pendidikan (2
nd
ed.). Puchong, Selangor
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Ee, A. M. (1999). Psikologi pendidikn I: Psikologi Pendidikan

(Semester I). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like