You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek EDU 3106 Budaya dan
Pembelajaran saya berasakan tugasan ini amat mencabar dan sukar untuk dilakukan
.Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini. Namun
dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan
dapat saya meneruskan tugasan ini. Walaupun terdapat masalah kekangan waktu
dengan aktiviti aktiviti disekolah yang memerlukan komitmen saya. Cabaran dan
halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang
terbaik,
Bermula dengan berbincang dengan ahli kumpulan saya iaitu Kokulavani dan
Liang mengenai pemilihan budaya yang akan kami kupas dalam tugasan ini.Kami
mencari bahan dan nota yang berkaitan budaya yang ada disekitar kami dan kami
telah sebulat suara memilih budaya membaca.Setelah tajuk dipilih kami mula
mengumpul sebanyak mana bahan mengenai budaya membaca.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat
termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di
dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah
dipasarkan di pasaran.Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu
yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca
dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan
tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam diri seseorang. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang
kita miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis
perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang
Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang
berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali
banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam
bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan
mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus
globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan
menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat
menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang
disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan
yang lebih meluas mengenai budaya membaca yang mempunyai banyak faedah
kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat
membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan
negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk
amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Guru
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini
disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur
Buluh Biarlah dari Rebungnya. Guru juga bertanggungjawab menjadi suri teladan
kepada murid dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu
menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca
dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha
memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi
negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha
meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Encik Hatim Aziwir yang telah banyak membantu saya
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian
tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan
dan puan.
Disediakan oleh,


(AZLIN BINTI ABDUL AZIZ)
840527-06-5380

You might also like