You are on page 1of 11

~ S Y AHI R ~ AS Y R AF AR I F ~ VI VE K ~ S HAF I Q NAJ ME E

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJELANG TAHUN


2020
LATAR BELAKANG WAWASAN 2020
Pada Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang
mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa
yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-
benar maju menjelang tahun 2020.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang
benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur.
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara
maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada
sekarang.
Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur
dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu
masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh
negara-negara lain.
OBJEKTIF WAWASAN 2020
Terdapat banyak objektif yang perlu dicapai didalam wawasan 2020 ini antaranya ialah :

Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika
paling tinggi.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa
yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

Tetapi kami hanya ingin membincangkan berkenaan objektif Mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan



KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Kemajuan Sains dan Teknologi merupakan satu ciri sebuah negara maju. Sains dan teknologi
perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak
kemajuan sesebuah negara.

Perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (Sains & Teknologi) dan ekonomi
membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf
hidup masyarakatnya akan meningkat.

Ekonomi banyak bergantung kepada teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan
kemajuan sains. Melalui penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan.

Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan aktiviti
ekonomi.

Sebagai contoh, bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi.
Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat
pengangkutan, serta penggunaan mesin/robot dalam sektor pembuatan.

Tanpa sains dan teknologi, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti
ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan
pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.
STRATEGI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
SAINS DAN TEKNOLOGI
Mengintegrasikan rancangan pembangunan sains & teknologi dengan rancangan
pembangunan ekonomi bagi membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih,
memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan sains & teknologi
untuk membangunkan satu sektor pengeluaran setanding dengan sektor perindustrian di
negara-negara maju.

Strategi pembangunan sains & teknologi yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu
sektor perindustrian yang dinamik meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:

Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial sains & teknologi akan diberi
keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber sains & teknologi akan digunakan
untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan
kekayaan negara ini.

Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar Lain sains & teknologi akan
diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama
seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

Peningkatan Perkhidmatan Saintifik Perkhidmatan Sains dan Teknologi di negara ini yang
meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik sokongan akan dipertingkatkan
lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.


PERLAKSANAAN DASAR SAINS DAN
TEKNOLOGI
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Kelima (RM5) telah
memperuntukkan sebanyak RM4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan
Kemajuan Sains Negara

Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor Sains dan Teknologi telah diperuntukkan sebanyak
RM600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-
projek P & P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan.

Bagi membahagikan bajet-bajet ini , satu program telah diperkenalkan iaitu Program
Penekanan Penyelidikan. Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek
penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat
membangunkan keupayaan teknologi.

Di bawah strategi ini, projek-projek P & P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri,
strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus
daripada jumlah peruntukan P & P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus
sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.
PENCAPAIAN TEKNOLOGI MALAYSIA
MINT 1972
Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun
1983 PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan
teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali
sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia
bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam
pembangunan negara.

MIMOS 1985
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System)
ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi
sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS
bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya
menjadi lebih competatif dan inovatif.

Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) 1996
MEASAT merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh
MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada
tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center . MEASAT-
1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka
bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia
dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari
Beijing hingga ke Indonesia.
PENCAPAIAN TEKNOLOGI MALAYSIA
Koridor Raya Multimedia 1996
Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan
teknologi (ICT).Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan
Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya
Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan
menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi
tinggi.Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia
perkembangan MSC.

Aplikasi Perdana e-Government 1996
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh
inovatif Aplikasi Perdana.Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan
mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di
pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik
untuk rakyat Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar
Pelbagai guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan
Usahawan Teknologi.

ASTRO 1996
Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan
perdagangan.Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran
pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan
memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru
yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah
menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial
ke-enam Malaysia TV9.
PENCAPAIAN TEKNOLOGI MALAYSIA
MyKad / Kad Pintar 2001
MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam
melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi.Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada,
MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan
pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk
memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar
adalah teknologi cip dan biometrik.MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan
pelbagai ciri keselamatan.Di antara ciri-ciri tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci
kriptografi yang simetrik.Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan "firewall" dan platform cip
yang selamat.

My Government 2006
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia.
myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan
Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan
Malaysia.Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
KESIMPULAN
Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik
beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan
responsif kepada usaha membangunkan
keupayaan sumber-sumber Sains dan teknologi ke
arah mempertingkatkan sumbangannya dalam
proses melahirkan sektor perindustrian yang
dinamik.


PERBINCANGAN
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI SAINS.
TEKNOLOGI YANG PERLU DIBANGUNKAN DI
MALAYSIA
CABARAN YANG PERLU DIHADAPI UNTUK
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI BARU

You might also like