You are on page 1of 35

ADAB, AKHLAK DAN

ETIKA DALAM
ISLAM
Ahli kumpuan :
Matlamat Asas Kehidupan Manusia
Mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri
kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.
Mematuhi dan menjadikan apa yang telah
digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan As-
Sunnah sebagai garis panduan hidup.
Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan
kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi
selaras dengan pemuliaan Allah kepada
manusia.
Tujuan Pembentukan Akhlak
1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang
sempurna dan ibadah yang sahih.
2. Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara
rasional, jelas & benar serta memberi
komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah
s.w.t.
3. Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan
hak kepada yang berhak berdasarkan
kepertanggungjawaban akal dan syarak
dengan itu mendapat redha jiwa & manusia
melalui akhlak Islam.
Definisi Akhlak
Akhlak dari segi bahasa bermaksud
kebiasaan, tabiat atau maruah.
Imam al-Ghazali memberi maksud istilah
akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam
jiwa yang daripadanya timbul perbuatan2
dengan mudah, dengan tidak memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah
keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan2 tanpa melalui
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Kecantikan batin akan terhasil dengan sempurna apabila
asasnya baik & cantik. Asas-asas yang menjadi tonggak
kepada kecantikan batin ialah:-
1. Kuasa ilmu/hikmat kebaikan ilmu tercapai
melalui kesusahannya untuk mengetahui dan
membezakan antara benar & bohong dalam percakapan,
antara hak & batil dalam iktiqad dan antara yang baik &
buruk dalam perbuatan. Apabila kekuatan ilmu itu baik
maka ia akan meningkat kepada peringkat hikmat.
Firman Allah dan barangsiapa yang mencapai tahap
hikmat maka ia akan mendapat kebaikan yang amat
banyak al-Baqarah ayat 269.
(hikmat ialah satu keadaan jiwa di mana
menerusinya dapat mengetahui perkara yang betul dan
salah bagi membuat pilihan)
2. Kuasa Kemarahan kebaikan marah ialah apabila ia
mengecut dan mengembang selaras dengan kehendak
hikmat. Kebolehan mengurus marah dikatakan baik &
berani. Jika kemarahan melampaui had dikatakan
pengacau. Jika kemarahan lemah dikatakan penakut.
3. Kuasa Syahwat - Kebaikannya apabila ia berada di
bawah arahan hikmat iaitu arahan daripada akal dan
syarak. Kebolehan mengurus syahwat dikatakan baik
dan suci. Jika syahwat melampaui batas dikatakan jahat.
Jika syahwat kurang dikatakan beku.
4. Kuasa Keadilan iaitu mengawalselia syahwat &
kemarahan di bawah arahan akal & syarak. Jika berlaku
perbuatan menjangkaui batasan maka ia dikatakan zalim
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk
merupakan 2 jenis tingkahlaku yang berlawanan
dan lahir daripada kualiti kerohanian yang
berbeza. Kedua2nya memberikan kesan secara
langsung kepada kualiti kehidupan seseorang
manusia dalam masyarakat.
Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh
nilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkan
masyarakat yang sejahtera dan sebaliknya jika
masyarakat dikuasai oleh individu yang
mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang buruk
maka akan porak peranda dan kacau bilau
masyarakat sekelilingnya.
Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlaku
yang dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini
oleh seseorang dan sikap yang menjadi
sebahagian daripada keperibadiannya.
Nilai2 dan sikap itu terpancar daripada
aqidahnya iaitu gambaran tentang
kehidupan yang dipegang dan diyakininya.
Aqidah yang benar dan gambaran tentang
kehidupan yang tepat dan tidak
dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan
falsafah2 serta ajaran2 palsu akan
menerbitkan keimanan yang sebenar.

Perbezaan Antara Akhlak dan Perilaku
Akhlak merupakan perkara atau sifat yang
maknawi(rohani) manakala perilaku merupakan
terjemahan atau kesan daripada akhlak yang bersifat
maknawi tadi.
Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dari
akhlak yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau ada
pengaruh dari luar.
Oleh yang demikian, 3 syarat utama untuk
memastikan bahawa perilaku adalah terjemahan dari
akhlak ialah:-
1. Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara
berterusan. (Istiqomah)
2. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripada
unsur luar.
3. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan al-
Quran dan as-Sunnah.
Perbezaan Antara Akhlak & Etika
1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah manakala etika bermaksud sistem
tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan
atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.
2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam
melakukannya manakala etika dilakukan kerana
peraturan atau keadaan masyarakat
berkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahir
dari keikhlasan semata-mata.
3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat
manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan
keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.
4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan
tidak berubah2 semenjak dari zaman
Rasulullah sehingga hari kiamat manakala
etika berdasarkan pemikiran dan pandangan
manusia sentiasa berubah mengikut tempat
dan masa.
5) Akhlak yang baik memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh kehidupan
seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani
manakala etika memberi kesan kepada satu
keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logik
akal semata2 dan bukannya atas pegangan
akidah.
Hubungan Akhlak Dengan Iman
Sumber akhlak Islam ialah al-Quran dan As-
Sunnah yang menjadi dasar kepada kaum
muslimin dan muslimat untuk berfikir dan
bertindak.
Dalam surah al-Qalam ayat 4 Allah s.w.t berfirman
bermaksud dan bahawa sesungguhnya engkau
(Muhammad)mempunyai akhlak yang sangat2
mulia.
Dalam surah An-Nahl ayat 90 Allah berfirman
bermaksud Sesungguhnya Allah memerintah
berlaku adil, berbuat kebaikan serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat dan melarang
daripada perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman




Surah al-Maidah ayat 13 di mana Allah berfirman yang
memberi maksud supaya orang2 Islam memberi
kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah.
Surah Fussilat ayat 34 Allah berfirman yang membawa
maksud supaya orang2 Islam menolak kejahatan dengan
cara yang sebaik2nya.
Rasulullah pula senantiasa berdoa sebagaimana
diriwayatkan oleh Ahmad


Hadith riwayat Baihaki Rasulullah s.a.w. ada menyebut
bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk
melengkapkan akhlak yang mulia.

Kedudukan Akhlak Dalam Islam
1. Akhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam
kehidupan manusia asas kepada kebangkitan &
kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa
manusia kepada kehidupan yang bertamadun.
2. Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa cara
hidup yang bermutu dan berkualiti & cemerlang untuk
menyusun kehidupan manusia.
3. Akhlak meningkatkan cara hidup/gaya hidup seseorang
manusia melalui tingkah laku yang sopan, pemakanan,
menjaga kebersihan dll. Akhlak juga mengangkat darjat
keimanan seseorang manusia. Surah Ar-Rad ayat 12.
4. Satu cara hidup yang membawa kepada
kejayaan manusia dalam melaksanakan misi &
visi yang telah diamanahkan oleh Allah di atas
muka bumi dengan menyebarkan perkara yang
makruf dan mencegah kemungkaran.
5. Akhlak ialah neraca kejayaan yang sebenar
kepada seseorang manusia di akhirat malah ia
juga merupakan salah satu aspek asas bagi
membebaskan diri dari azab api neraka &
memasuki syurga.
6. Akhlak membezakan antara mereka yang baik &
mulia dengan yang sebaliknya.
KAEDAH-KAEDAH PENINGKATAN AKHLAK
1. Mengurangkan pengaruh nafsu negatif serta
mengekang diri dari melakukan perbuatan yang
bersifat keji.
2. Berusaha untuk melakukan penyucian diri -
melatih & menerapkan perkara kebaikan dengan
melakukan ibadah wajib & sunat spt. Puasa,
solat, zikir, membaca al-Quran dan menjauhi
daripada sifat yang keji & tidak baik spt. Dengki,
malas, mengumpat dll.
3. Self recover iaitu menyedari & memahami
terhadap kebaikan & keburukan sesuatu
perbuatan yang dilakukan dan segera
memperbetulkannya dengan bertaubat,
memohon maaf dll.
AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
Al-Quran & As-Sunnah menggariskan akhlak2 mulia
dalam realiti kehidupan manusia iaitu melalui
persaudaraan. Surah al-Hujuraat:10 bermaksud
sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara
kamu
Hadith riwayat Ahmad Rasulullah s.a.w. bersabda
berbunyi perumpamaan orang2 yang beriman itu dari
segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah
seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit,
membawa seluruh jasad turut berjaga malam an
demam.
Perasaan kasih sayang yang disemai dalam diri orang2
mumin adalah sebagaimana ajaran al-Quran dan As-
Sunnah.
Hadith riwayat at-Tirmizi Rsulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud melemparkan senyuman kepada wajah
saudaramu adalah sedekah
Rasulullah bersabda lagi berkenaan kepentingan
mengucapkan selamat atau memberi salam berbunyi
..sebarkanlah salam di kalangan kamu
Orang2 Islam diingatkan supaya menyembunyikan
keburukan yang dilakukan oleh seorang mumin yang
lain. Hadith riwayat Muslim, Ahmad an Abu Daud yang
bermaksud Sesiapa yang menutup keaiban seseorang
Islam, Allah menutup keaibannya di dunia & akhirat
Menjadi kewajipan orang2 Islam juga untuk
memberikan nasihat & berpesan ke arah kebaikan
kepada semua orang Islam.
AKHLAK PENENTU HUBUNGAN ANTARA
MANUSIA DENGAN ALLAH
Menggunakan akal, hati atau nafsu scara positif
ke arah memberikan kepimpinan terhadap diri
dan perkara di luar diri. Allah turunkan mukjizat
yang agung iaitu al-Quran sbg petunjuk & ilmu
supaya manusia terus melakukan sesuatu yang
diredhai olehNya.
Al-Quran juga memberikan penegasan bahawa
Rasulullah pembawa rahmat bagi sekalian alam
dan contoh ikutan yang mempunyai watak atau
akhlak Qurani. Sesuai dengan hadith Rsulullah
yang berbunyi aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak manusia
ETIKA KERJA DALAM ISLAM
Keperluan bekerja dan berkemahiran dalam
sesuatu pekerjaan sangat dituntut dalam Islam.
Surah al- Jumah ayat 10 Allah berfirman
bermaksud ..bila selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu bertaburan
di merata tempat di muka bumi ini dan carilah
sesuatu dari limpah kurniaan Allah..
Bekerja ialah kewajipan sosial fardhu ain
kerana manusia wajib mencari makanan &
minuman untuk menjamin kesempurnaan hidup
dan menjalankan tanggungjawab terhadap
Allah, diri, keluarga, masyarakat & negara.

KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM
1. Wajib untuk membayar hutang & menyara keluarga.
2. Bekerja & berusaha sebagai membuktikan keimanan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud Sekiranya
mempunyai sangka baik terhadap Allah nescaya mereka
mengerjakan sesuatu yang baik
3. Pekerjaan meningkatkan martabat seseorang dan
sesuatu bangsa. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud
Seseorang itu jika terus menerus meminta kelak dia
akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya tiada
seketul daging pun, ertinya dia datang kepada Allah
tanpa muka, tanpa martabat, tanpa harga diri.

4. Bekerja boleh menghapuskan dosa. Rasulullah
bersabda berbunyi Dari sekian banyak jenis dosa, ada
dosa yang tidak dapat ditebus dengan sembahyang,
sedekah atau pun haji tetapi ia dapat dikikis dengan
susah payah mencari rezeki
5. Bekerja adalah setaraf dengan jihad. Rasulullah s.a.w
bersabda bermaksud Barang siapa yang bertungkus
lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti
mujahid fi sabilillah.
6. Bekerja hendaklah dengan niat yang baik dan halal.
Hadith terkenal Rasulullah bermaksud Setiap
perbuatan atau pekerjaan akan dinilai berdasarkan
niat & Allah suka melihat hambaNya bersusah payah
mencari rezeki yang halal.

7. Ganjaran dan perolehan adalah melalui usaha & kerja.
Surah al-Baqarah ayat 281 Allah berfirman yang
bermaksud Seseorang itu akan mendapat habuan
berdasarkan usahanya
8. Pekerjaan yang haram mencelakan seseorang di dunia
& di akhirat. Sabda Rasulullah yang bermaksud Orang
yang paling menyesal kerugian pada hari kiamat kelak
ialah orang yang mendapat sara hidup dan rezeki yang
tidak halal, sehingga dia masuk bersama2 hamba
tersebut ke dalam neraka.

ADAB PERGAULAN DALAM MASYARAKAT
1. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud Hak orang Islam atas orang
Islam ada 6 perkara. Apabila bertemu hendaklah ucapkan salam,
apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan, apabila dia
meminta nasihat hendaklah memberi nasihat, apabila dia bersin
dengan memuji Allah maka hendaklah mohonnkan rahmat buatnya,
apabila dia sakit hendaklah ziarahi dan apabila dia meninggal
hendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur.
2. Sabda Rasulullah lagi bermaksud Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehingga ia menyintai saudaranya apa yang dia
cintai buat dirinya sendiri.
3. Sabda Rasulullah lagi bermaksud orang mukmin terhadap
mukmin adalah laksana satu bangunan rumah, di mana satu
bahagian menguatkan bahagian yang lain.
4. Rasulullah s.a.w. juga bersabda bermaksud Dan Allah selalu
menolong hambaNya selagi hamba itu mahu menolong saudaranya

Adab Dalam Memilih Sahabat
akal, budi pekerti yang baik, tidak fasik & tidak tamak.
Allah s.w.t mengingatkan dalam al-Quran Surah al-
Kahfi:28 yang bermaksud Dan janganlah engkau
mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada mengingati & mematuhi pengajaran Kami di
dalam A-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya.
Alqamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya
dengan berkata Wahai anakku, jikalau engkau merasa
perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah
yang mempunyai sifat2 ini iaitu jikalau engkau
melayaninya ia suka melindungimu, jikalau engkau
bersahabat dengannya ia akan merupakan hiasan bagi
dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan
nafkah ia mencukupi keperluanmu-(rujuk buku Ihya
Ulumuddin m/s.466-468)

Adab Sopan Pergaulan Dengan Seluruh Lapisan
Masyarakat.
1. Hadapi kawan / musuh dgn wajah gembira & penuh
kerelaan, kesopanan & ketenangan. Jangan
menampakkan wajah angkuh/sombong.
2. Jangan gemar melihat ke kanan & kiri dan terlampau
tajam melihat orang lain. Duduk dalam keadaan tenang.
3. Jangan sesekali silangkan jari2 tanganmu dicelah2 jari
tangan yang lain dan jangan bermain dengan misai,
janggut, cincin. Jangan cungkil gigi dan memasukkan
jari dalam lubang hidung di hadapan orang atau ketika
bersolat.
4. Bertutur dan berbicara dengan penuh tata tertib dan
dengarlah percakapan orang di hadapanmu dengan hati2
tanpa menunjukkan kehairanan.


5. Jangan bercakap sesuatu yang membanggakan diri
sendiri, anak2 atau sesuatu yang menjadi kebanggaan
pada diri sendiri.
6. Jangan engkau bersikap bodoh sebagaimana seorang
hamba sahaya dan jangan terlampau mengharap dalam
meminta sesuatu yang engkau perlukan.
7. Hindarkan sikap keras hati dan suka bertegang urat
kerana kebaikannnya amat sedikit berbanding
keburukannya sebaliknya jikalau perlu bersikap lemah
lembut dan mengalah maka lakukanlah tanpa
menunjukkan sifat lemah dan daif.
8. Jangan beritahu berapa jumlah harta simpananmu
kepada keluarga atau orang lain kerana sekiranya
diketahui hartamu sedikit engkau akan dihina sebaliknya
jika hartamu banyak tentu mereka merasa kurang
senang.
9. Jikalau berdebat berpeganglah dengan kesopanan.
Jauhkanlah sikap tergesa2 dan banyak berisyarat dengan
menggunakan tangan. Sekiranya sedang marah, maka
diamlah dahulu dan apabila reda ucaplah isi hati dengan
baik.
10. Jangan jadikan harta itu dianggap lebih mulia daripada
kehormatan diri.
11. Jikalau memasuki persidangan/majlis hendaklah
mengucapkan salam dahulu kepada orang2 yang telah
hadir. Duduklah dimana2 tempat kosong dan rendahkan
lah diri dan jabatlah tangan orang yang duduk disebelah
setelah memberi salam.

12. Jauhilah duduk berbual di jalanan tetapi sekiranya
terpaksa maka penuhilah hak2 jalanspt menjaga
pandangan mata, menolong orang yg dianiaya,
menunjukkan jalan kepada orag yg tersesat, menjawab
salam, mengajak ke arah kebaikan, tidak meludah
merata-rata dan jangan meludah ke arah kiblat.
13. Jangan suka bergurau senda dengan orang yang bijak
dan tidak juga dengan orang yang kurang akalnya.
14. Apabila dalam sesuatu majlis itu banyaknya gurau
senda maka sebaiknya sewaktu berdiri meninggalkan
majlis hendaklah ingat dan berzikir kepada Allah.
15. Jangan menganggap rendah, kecil, atau hina kepada
sesiapapun baik yang masih hidup atau telah mati.
16. Jangan menilai seseorang itu berdasarkan hartanya
atau keadaan keduniaan yang dimilikinya.
Adab-Adab Takziah
1. Selalu merendah diri.
2. Menunjukkan perasaan simpati dan dukacita.
3. Bersama-sama berkabung.
4. Mengurangkan percakapan.
5. Tidak tersenyum-senyum.
Adab Menghantar Jenazah
1. Bersikap tenang, sopan dan tidak mengenang-ngenang
keadaan mayat.
2. Berfikir tentang kematian dan bersiap sedia
menghadapinya.
3. Berniat untuk memperbanyakkkan amalan soleh dan
terus melaksanakannya.
4. 4. Mempercepatkan pengebumian jenazah adalah sunat.

Hak-Hak Jiran
1. Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya
setiap kali bertemu.
2. Jangan terlalu banyak bertanya keadaannya sehari-hari.
3. Ziarahilah jika diri & keluarganya ditimpa musibah atau
sakit.
4. Tunjukkan simpati dan berikan pertolongan walaupun
tidak diminta.
5. Menyatakan perasaan gembira apabila memperoleh
kesenangan atau kurniaan dari Allah.
6. Ampunilah segala kesalahannya apalagi yang tidak
disengajakannya.
7. Jangan mengintai kecacatan atau keburukannya.
8. Jangan buat sesuatu yang tidak menyenangkannya.
9. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
10. Jangan mengintai2 apa yang dibawa olehnya ke dalam
rumah.
11. Tutuplah kecacatan yang kamu nampak dan janganlah
hebohkan pada sesiapapun.
12. Berikanlah ia semangat untuk terus berusaha
menghadapi kesukaran.
13. Jangan mendengar kata2 orang lain yang mengeji
dirinya seperti umpatan dll.
14. Tundukkanlah matamu sewaktu melihat isterinya.
15. Bersikap lemah lembut terhadap anaknya baik dalam
percakapan dan perbuatan.
16. Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui olehnya baik
dalam urusn dunia dan akhirat.
Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Jil.2 hlm 190,
dinukilkan daripada Dr. Ahmad Shalaby,
Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam, hlm.
268-269. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hak
jiran adalah seperti berikut;
Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepad
jirannya
Melawatnya ketika sakit
Memberi taziyah dalam musibah dan turut sama
menanggungnya
Memberi tahniah dalam kegembiraanya dan turut sama
menikmatinya
Memaafkan segala kekhilafan
Tidak menggangu ahli rumahnya
Tidak menghalangnya berjalan ke rumahnya
Menutup daripada apa yang tersingkap daripada kesalahan-
kesalahan.

Mengawal rumahnya apabila dia tiada
Jangan mendengar kata-kata buruk mengenai dirinya
Berlemah-lembut kepada anak-anaknya dan mengajarkan perkara-
perkara berkenaan ad-Din dan dunia yang tidak diketahuinya

Imam al-Ghazali juga menegaskan;
Jiran yang miskin akan berpaut dileher jirannya
yang kaya pada Hari Kiamat seraya
berkata:Tuhanku, tanyalah orang ini mengapa
dia enggan menolongku dan menutup pintunya
kepadaku ketika perutnya kenyang padahal aku
selalu sahaja lapar.
KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN AKHLAK ISLAM
1. Beralasan dan mudah difahami berdasarkan logik akal.
2. Bersifat sejagat iaitu penetapan hukum adalah sama
tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama.
3. Sesuai dengan fitrah dan naluri manusia demi
kepentingan masyarakat keseluruhannya.
4. Memelihara realiti iaitu mampu dilaksanakan oleh
semua lapisan masyarakat dan adanya tolak ansur dan
penerimaan hakikat.
5. Bersifat positif bagi pengamal akhlak Islam iaitu
mendapat kekuatan dan menentang kelemahan.
6. Lengkap & menyeluruh.
7. Seimbang antara roh, jasad, dunia, akhirat, realiti &
idealistik.

You might also like