You are on page 1of 32

1.

1 Masyarakat Feudal (England dan Jepun)


1.1.1 Masyarakat Feudal England
Soalan 1: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di negara England pada abad ke-16 hingga ke-
17.
Pendahuluan
Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar
Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Abad tersebut memperlihatkan era masyarakat yang digelar
masyarakat feudal. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan
seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian
secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.
kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan
bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan.
Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem
masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin.
Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah
petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf
Isi-Isi Penting:
1) Golongan Raja

Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603). Walaupun raja-raja
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah
wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai
hak untuk membantah pemerintahan raja.
Raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat. Rakyat tidak
mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan.
Rakyat perlu memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Mereka tidak mempunyai hak untuk membantah
walaupun raja tidak menjalankan pemerintahannya dengan baik.
Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka,
pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan
bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England
tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan
pemerintahan.
Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal
dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan
oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang
menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri
sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk
menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan
berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.

2) Golongan Bangsawan atau Baron

Golongan Bangsawan atau Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja akan
mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam hierarki
tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di
tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau
serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan. Tanah yang dimiliki
oleh golongan bangsawan sangat luas. Dianggarkan kira-kira 400 golongan bangsawan memiliki 3 peratus tanah
pertanian di England. Golongan bangsawan mi tidak mengusahakan tanah yang dimiliki untuk mengekalkan kekayaan
mereka. Oleh itu, golongan bangsawan mi telah memajak tanah tersebut atau disewa untuk mendapatkan pendapatan.
Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah, memberi
ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja. Tanah yang diberi oleh raja
boleh diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan. Misalnya, William de Conqueror telah membina rumah di kawasan
yang luas yang dipenuhi oleh pahlawan yang terdiri daripada golongan bangsawan. Golongan bangsawan juga
menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada raja dan kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat sekitar
kerajaannya.
Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya kepada knight. Bagi
mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem
primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya
adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan
bangsawan akan dikekalkan.
Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga tahun 1485 antara
golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam golongan bangsawan. Ramai golongan
bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti
Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh
England. Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan
bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik golongan pentadbir
dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.
Kini raja-raja bertanggungjawab mengawal golongan bangsawan. Apabila golongan bangsawan semakin lemah dengan
meningkatnya kekuasaan raja dan perkembangan ekonomi wang dalam kawasan luar bandar, para petani tidak lagi
terikat dengan golongan bangsawan. Penguasaan mi membolehkan raja mengawal keseluruhan pemerintahan dan
berkuasa mutlak tanpa dibayangi oleh golongan bangsawan. Oleh kerana sokongan dan segi kewangan daripada golongan
bangsawan masih diperlukan oleh raja, maka raja telah memberikan gelaran dan anugerah kepada golongan bangsawan
untuk mengekalkan taraf kebangsaan golongan bangsawan. Penganugerahan mi membolehkan kedudukan golongan
bangsawan diiktiraf oleh masyarakat feudal tanpa menggugat kuasa raja.

3) Golongan Knight

Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah sebagai balasan
terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja. Mereka Berkhidmat dengan raja,
lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab
untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang menghendaki
mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.
Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah tersebut semasa
ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan
keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai
pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.
Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan baron. Oleh itu, mereka akan
menumpukan masa mereka dengan meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan seperti mempelajari strategi
peperangan, teknik pengepungan, dan penggunaan senjata.
Ads by Plus-HD-9.4Ad Options
Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal.Raja telah mengukuhkan
kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera
upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu,
knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah
memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah
menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.
4) Golongan Rakyat biasa

Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat
Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di bawah pengawasan raja
dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh
tuan tanah untuk keperluan harian dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan
keperluan lain.
Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi manor) akan
melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan
mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah
digunakan dalam manor dan mewakili ekonomi primitif. Dalam sistem mi, kehidupan petani tertutup dan mereka tidak
mempunyai hubungan dengan dunia luar selain daripada tuan tanah. Keperluan para petani seperti pakaian, makanan,
peralatan, dan keagamaan semuanya disediakan dalam institusi manor.
Ads by Plus-HD-9.4Ad Options
Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16,
banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial
turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada man tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan,
kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan. Petani keluar dan desa dan mencari pekerjaan di
bandar. Kesannya, hubungan antara tuan tanah dengan petani pada abad ke- 16 hingga ke- 17 tidak begitu rapat. Tuan
tanah hanya menyifatkan petani sebagai buruh upahan dan hubungan adalah antara majikan dengan pekerja.
Penutup
Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada raja dan bangsawan
manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat biasa.
kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang
terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England.
Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan
antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.
Soalan 2: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di England.

Pendahuluan
Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat pada zaman
pertengahan di Eropah .
Selain benua Eropah , masyarakat feudal muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15 .
Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki
yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri .
Isi-Isi Penting
1. Kedudukan Raja

Munculnya sistem pemerintahan monarki mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam
bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
Raja juga mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil langkah seperti yang
dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya .

2. Kemerosotan Pengaruh Bangsawan

Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17. Kedudukan raja semakin kukuh
ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam bidang ekonomi kapitalis
mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya .
Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir muncul
apabila berlaku kemerosotan pengaruh bangsawan .
Mereka menerima gaji daripada raja kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. Mereka juga terdiri
daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalan pentadbiran .

3. Kedudukan Knight

Golongan knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan. Tanggungjawab mereke ialah mempertahankan raja dan
golongan bangsawan daripada ancaman musuh . Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda
daripada raja dan golongan bangsawan .
Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan kedudukan mereka mula berubah kerana pemerintahan England tidak perlu lagi
bergantung kepada khidmat mereka untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh .
Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaan sendiri . Perkembangan ini
menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja malah golongan petani dan rakyat biasa juga
boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan tentera.

4. Kewajipan Peribadi

Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak tersebut
adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan manakala satu lagi
menawarkan perkhidmatan tentera .
Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan pada abad ke16 dan 17. Kedudukan raja yang
semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan
ketenteraan .

5. Mobiliti Sosial

Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai
kedudukan ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan .
Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan peranan
dan tanggungjawab yang telah ditetapkan .
Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17, mewujudkan mobiliti sosial
dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan .
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Ini
menyebabkan muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat .
Penutup
Dalam konteks ini , satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan tentera .
Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek sosial , politik dan ekonomi .
1.1.2 Masyarakat Feudal Jepun

Soalan 3: Huraikan struktur masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan :

Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu tertentu atau
kerajaan pusat
Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan
adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang
didominasi kekuasaan golongan atasan.
Sistem beraja dibantu oleh pembesr dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.masyarakat feudal terbahagi
kepada dua lapisan masyarakat
Golongan pemerintah dan golongan di perintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar daimyo dan
golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.
Isi-isi penting:

Golongan raja atau Shogun Tokugawa

Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja.secara teorinya maharaja dianggap sebagai pemerintahan keduniaan
dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yg bertujuan meningkatkan dan menguatkan
kedudukan maharajaserta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.
Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa pemerintahan di bawah shogun
Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto yang dikeliling oleh pengawal istana. Ini bermakna, sistem
ekonomi juga di pegang oleh shogun tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip cukai

Golongan Pembesar Daimyo

Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo
Fudai merupakan ahli keluarga tokugawa dan sekutunya. Mereka menbantu tokugawa menguasai pemerintahan dan
diberikan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang terdiri daripada saudara mara keluarga tokugawa . Keluarga
tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-sanke milik anak Leyasu yang terletak di daerah Owari ,kii dan mito.
Daimyo Tozama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh shogun tokugawa yang terdiri
daripada suku-suku barat seperti kato, ikeda, asano, shimazu. Tindak tnduk mereka sentiasa di awasi oleh shogun
tokugawa. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka mnjadi terlalu kuat dan
mengancam kedudukan shogun

Golongan Samurai

Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem susun lapis masyarakat
Jepun. Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan daimyo.
Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain

Golongan petani (nomin)

Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan dasar tutup pintu yang dilakukan
oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dgn negara luar. Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk
rakyat Jepun dan menbayar sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan
kerana hasil yang dikeluarkan untuk negara.

Golongan Artisan atau tukang mahir

Artisan adalah dibawah golongan petani dimana mereka akan membuat pedang serta peralatan yang
berguna. Mereka di beri penghormatan dan sumbagan masyarakat dan di beri gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu
juga turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilang pedang

Golongan Pedagang (chonin)

Pedagang di bawah tukang mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan pedagang dipandang rendah oleh masyarakat
feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina dan tidak menguntungkan. Namun begitu, keadaan yang aman
menjadikan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya mengumpul wang dan harta dengan banyak.
Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai bangsawan melalui hutang. Mereka telah memperkenalkan
cara pengurusan baru yg akhirnya diwarisi oleh syarikat moden Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal termasuklah
mitsui dan Noraya Mozaemon

Penutup

Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat di buat berdasarkan perkerjaan yang
diwarisi
Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan diaggap sebagai raja perlembagaan maharaja
dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Soalan 4: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil oleh
kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis
mengikut hierarki.
Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai
kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Dalam sistem feudal di
Jepun terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun. Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun,
Kedudukan Samurai, Pemilikan Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.
Isi-isi Penting:

Kedudukan Maharaja
Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan
yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.
Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara. Tetapi, Maharaja tidak mempunyai kuasa pemerintahan di
bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge
)
Kedudukan Shogun.
Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun
terjamin.
Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan
menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya
ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan
Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.
Kedudukan Samurai.
Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu mempunyai nama keluarga
dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan Negara dan keselamatan shogun serta
daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai
terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan
memiliki tanah, Samurai bersederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki.
Pemilikan Tanah.
Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun. Selain itu, shogun
memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo yang setia akan mengawasi gerak geri
daimyo yang di ragui kesetiannya.
Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah-
tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan tanah yang setia kepadanya.
Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah
itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan.
Kewajipan Peribadi.
Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo. Shogun menyerahkan tanah kepada
golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran
dan ketenteraan.
Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama, iaitu satu pihak memberikan
perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.
Mobiliti Sosial.
Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat
feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.
Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan status
dan mobility sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya, golongan pedagang merupakan
golongan yang di pandang rendah dan tak berlaku mobiliti sosial.
Penutup
Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat dibuat berdasarkan pekerjaan yang
diwarisi.
Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan di anggap sebagai raja
berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.
1.1.3 Perbandingan Masyarakat Feudal

Soalan 5: Huraikan ciri-ciri sistem feudal yang diamalkan England dan Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17.

Pendahuluan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan
pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki.
Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan
tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi
sejak zaman Kamakura.
Isi-Isi Penting :
1. Golongan Pahlawan

Di England, golongan pahlawan dalam sistem feudal England dikenali sebagai knight. Knight berkhidmat dengan golongan
bangsawan. Knight terikat kepada konsep kavalri. Pahlawan di England buta huruf. Mereka hanya menawarkan
perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Mereka tidak mempunyai minat dalam bidang kesenian dan intelektual.
Manakala di Jepun, golongan pahlawan dalam sistem feudal di Jepun dikenali sebagai samurai. Samurai berkhidmat dengan
golongan bangsawan. Samurai terikat kepada konsep bushido. Pahlawan di Jepun mempunyai minat dalam bidang
kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.

2. Peralatan Perang

Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju perisai. Baju perisai yang digunakan
oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam medan peperangan.
Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama seperti knight di England. Baju perisai yang digunakan
oleh samurai diperbuat daripada logam atau sutera.

3. Penyatuan Negara

Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja dari dinasti Tudor yang
memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan negara bangsa di England.
Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan beraja di Jepun menjadi lemah. Panglima tentera memainkan
peranan dalam memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.

4. Perkongsian Kuasa

Dalam sistem feudal di England , wujud perkongsian kuasa dalam pemerintahan. Raja berkongsi kuasa dengan badan
perwakilan.
Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian kuasa dengan badan perwakilan. Kekuasaan dan kesetiaan menjadi
sesuatu yang mutlak.

5. Pengaruh Agama

Feudalisme di England dipengaruhi oleh agama Kristian. Institusi gereja amat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat
feudal. Institusi gereja mengongkong segala aspek kehidupan masyarakat.
Feudalisme di Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha. Keadaan politik yang tidak stabil pada zaman Kamakura
menyebabkan rakyat mendapatkan perlindungan daripada institusi agama. Golongan pahlawan melakukan meditasi bagi
mendapat ketenangan.

6. Kewajipan Peribadi

Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme menekankan hak, undang-undang, dan
kewajipan peribadi antara lord dan vassal.
Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di Jepun menekankan aspek
moral berbanding undang-undang.

7. Pemilikan Tanah

Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka mengawal petani yang bekerja
di tanah mereka.
Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah. Mereka menerima gaji dalam bentuk beras daripada daimyo
(tuan tanah).
Penutup
Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di England dan Jepun.
Soalan 6: Bandingkan sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke 16 hingga ke 17.

Pengenalan

Definisi Masyarakat Feudal - masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan
oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun
lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara
satu sama lain.
masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti
oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)
manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak
terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan
kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Isi isi Penting
Persamaan:

1. Konsep masyarakat feudal dibina atas dasar keturunan dan sisitem kelas yang saling memerlukan antara golongan
pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid. Contohnya, dalam sistem piramid , golongan bangsawan
berada di atas diikuti oleh golongan tentera dan petani.

2. Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas antara kedua-dua negara. Contohnya,di
England sistem Primogeniture memberikan hak kepada anak lelaki tertua sahaja mewarisi harta pusaka bagi
mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun pula golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam
pentadbiran Jepun iaitu mereeka bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan bangsawan.

3. Kurangnya perubahan status atau mobaliti sosial dalam masyarakat feudal. Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak
petani maka dibesarakan sebagai anak petani, sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap menjjadi golongan
bangsawan.

4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di England dan Jepun. Keadaan ini menyebabkan
golongan knight di Eropah dan Samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting pada zaman feudal . Kedua-dua
berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep
chivalry manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.

5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai di
Eropah diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju perisai Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera
atau saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak
memerlukan bantuan.

Perbezaan:

1. Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan
kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman feudal digunakan di
England. Manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius yang lebih
menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Dalam erti kata lain, kekuasaan dan kesetian menjadi kuasa
mutlak.

2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu. Bagi golongan bangsawan di
England pembinaan istana daripada batu sangat penting bagi melindungi mereka dan vassal dari serangan. Golongan
Daimyo di Jepun membina istana daripada kayu memandangkan banyak sumber hutan di Jepun.

3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu
yang mutlak.

4. Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan tanah, Di England golongna knight mendapat tanah sebagai bayaran
memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani atau serf yang berkerja di tanah-tanah
mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak mempunyai tanah. Hal ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani
untuk membayar gaji samurai dalam bentuk beras.

5. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera.

Penutup

Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di Eropah dan Jepun. Persamaan yang terdapat dalam
pelbagai aspek antaranya; Konsep, Pembinaan, Masyarakat, Mobiliti Sosial, Peperangan, dan Peralatan Peperangan.

Manakala perbezaannya daripada aspek ialah; Penyatuan, Pemilikan Tanah, Perkongsian Kuasa, dan sebagainya.


1.4 Masyarakat Industri (England dan Jerman)
1.4.1 Masyarakat Industri di England

Soalan 19: Huraikan ciri-ciri masyarakat Industri yang diamalkan di Eropah.

Pendahuluan


Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.Masyarakat ini
dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri
merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunkan mesin.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-
18. Masyarakat industri telah menggantika masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini
terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.
Istilah 'masyarakat industri' mula-mula diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis Perancis, Saint-Simon. Namun begitu,
idea berhubung dengan konsep masyarakat industri telah muncul lebih awal lagi. Dalam konteks ini, seorang tokoh
berbangsa Scott mengemukakan konsep'masyarakat komersial' dalam penulisan beliau. Menjelang abad ke-19, tokoh
sosiologi terkenal seperti seperti Herbert Spencer, Auguste Comte, Max Weber, dan Karl Marx menggunakan istilah ini
secara meluas.

Isi-isi penting:

1. Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat
bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan bagi menyara hidup. Masyarakat
industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan.
Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila
mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih ke sektor industri perkhidmatan.

2. Pengkhususan kerja

Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja. Pekerja-
pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan. Pembahagian kerja dan
pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran

3. Mobiliti sosial

Mobiliti bermaksud pergerakan sebagai salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri. Perkembangan pesat
dalam bidang perindustrian telahmenyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Tambahan pula peningkatan
dalam pengeluaran menyebabakan mereka menerima pendapatan yang tinggi.
Hal ini menyebabakan masyarakat dapat menikmati kehidupanyang mewah dan makmur.Ini telah meletakkan asas bagi
kemunculan golongan menengah dalam masyarakat.

4. Kemunculan kelas

Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada
pemilik kilang, tuan tanah, dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang-
kilang perindustrian.
Dalam pada itu, golongan pekerja mat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian
membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam
pengeluaran, muncul golongan profesional. Perkembangan ini menyebabakan taraf kehidupan golongan
pekerja meningkat.

5. Urbanisasi

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan bekerja di kilang-kilang. Selepas tercetus
Revolusi Perindustrian, ramai penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Kebanyakan daripada penduduk dari luar
bandar ke bandar untuk bekerja di kilang. Fenomena ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di bandar
perindustrian.
Ini menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan bandar. pekerja secara beramai-ramai
telah mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian. Antara bandar perindustrian yang mengalami proses
urbanisasi di England ialah Manchester, Leeds, Liverpool, dan Lyons.

6. Literasi

Masyarakat industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan.Oleh yang
demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat ini
menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial yang lain.

7. Semangat keusahawanan

Masyarakat industri juga merupakan pengusaha industri yang terlibat dalampertumbuhan sektor perindustrian. Antara
pengusaha industri yang terkenal ialah James Watt (1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).
Mereka mempubyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi dalam bidang perindustrian dan
mereka juga memiliki modal yang mencukupi bagi membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian.


8. Perkembangan sains dan teknologi

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang dan teknologi. Mereka
menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu dalam pertumbuhan sektor perindustrian.
Perkembangan ini menyebabkan lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi kegunaan perindustrian. Pada
peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh Thomas Newcomen dan James Watt.

Penutup

Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian yang rapat dengan Revolusi Perindustrian Masyarakat industri
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.

Soalan 20: Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di England dan Jerman.

A) Pendahuluan

Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini
melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
Negara England dan Jerman mengalami Revolusi Perindustrian memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti
penggunaan sains moden yang meluas dalam proses pengeluaran untuk pasaran, pengkhususan dalam bidang ekonomi,
pengeluaran secara besar-besaran, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan menggantikan usaha manusia
dan kemunculan kelas sosial yang ditentukan daripada pemilikan harta atau modal.

B Isi-isi penting:

1) Penggunaan sains moden yang meluas dalam proses pengeluaran

Pada tahun 1702, Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya digunakan secara
meluas dalam perlombongan arang batu. Dengan rekaan enjin ini, pam digunakan untuk mengatasi masalah rembesan
dan takungan air. Kesannya, kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat ditingkatkan.
Peningkatan penghasilan arang batu membantu proses Revolusi Perindustrian. Arang batu menjadi sumber utama
untuk mengendalikan enjin berkuasa wap. Oleh itu, peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah
kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti bidang pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan.
Pada tahun 1736-1819 James Watt berjaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen.Hasilnya, enjin itu dapat
mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien. Seterusnya, tertubuhnya syarikat hasil usaha beliau bersama Matthew
Boulten. Menjelang akhir tahun 1780an, syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk
pasaran domestik dan antarabangsa.

2) Pengeluaran secara besar-besaran

Sebelum revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga
manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin maka pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara
besar-besaran.
Barangan yang berlebihan telah diperdagangkan atau dieksport. Selain itu, dalam Revolusi Perindustrian turut merangkumi
beberapa aspek iaitu perubahan dalam teknik atau kaedah pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan
memperdagangkan barang kilang yang dihasilkan.

3) Penggunaan sumber-sumber modal secara pesat

Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran dikendalikan dengan menggunakan tenaga
manusia, haiwan atau air. Contohnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga manusia
digunakan untuk mendayungnya.
Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak. Keupayaan terhad tenaga manusia dan binatang akan
mengakibatkan sesuatu kerja atau tugas tidak dapat dijalankan secara berterusan. Apabila mesin berkuasa wap
digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau didaratan, masalah ketidakupayaan ini dapat diatasi.
Penggunaan mesin oleh pengusaha-pengusaha ini menyebabkan barangan daat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.
Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah.

4) Pengkhususan dalam bidang ekonomi

Pembelian mesin memelrukan pelaburan modal yang tinggi. Pemodal-pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri
mereka dalam terlalu banyak bidang kerana ingin mengawal kos pengeluran. Pengkhususan kerja ini dapat
mendatangkan faedah kerana para majikan dan pekerja menjadi semakin mahir dalam bidang yang dipilih. Mereka dapat
menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang tersebut.
Apabila prestasi dibaiki, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan. Sekiranya kuantiti barangan industri ditingkatkan,
barangan tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negara. Biasanya mereka hanya
mengkhusus dalam satu bidang sahaja. Contohnya, bidang tekstil.

5) Kemunculan kelas sosial yang ditentukan daripada pemilikan harta atau modal

Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan
secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang
dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik
modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.
Peladang-peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam
bidang perindustrian. Mereka rela mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang baru yang belum
pasti menjanjikan pulangan.
C) Penutup

Perkembangan industri di England dan Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Soalan 21: Huraikan faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di England

Pendahuluan
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. masyarakat ini dicirikan
menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan
masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.masyarakat
industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2
golongan iaitu golongan pengusaha industri dan pekerjan.

Isi-isi Penting:
1. Faktor pertambahan penduduk. hal ini menyebabkan bekalan tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi.oleh
itu, pasaran bagi barangan keluaran kilang perindustrian meningkat. peningkatan penduduk di tanah jajahan
menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.

2. Faktor kekayaan bahan mentah. Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di
England.England muncul sebagai pengeluar terbesar keluli dan mendahului Negara-negara lain dalam pengeluaran arang
batu.penguasaan tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi
untuk kilang-kilang perindustrian di England.

3. Perkembangan merkantilisme di England juga turut menyumbang kepada peningkatan dalam revolusi perindustrian.
perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian. sistem
merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi dasar apprentice.dasar ini
juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir yang terlatih dan mudah diserapkan dalam mana-mana industri.

4. Faktor revolusi pertanian. Revolusi pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
peninkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang diperkenalkan semasa revolusi
pertanian. perkembangan ini menyebabkan bekalan makanan bagi penduduk semakin mencukupi.hal ini menyebabkan
England tidak perlu mengimport makanan dari luar Negara.dana lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam bidang
perindustrian.
5. Faktor keadaan iklim di England turut membantu perkembangan dalam bidang perindustrian. selain itu,
perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England. iklim lembab
sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas. anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire
menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk membasuh , meluntur, dan mencelup bulu yang digunakan dalam
industri tekstil.

6. Faktor kelemahan Negara-negara lain. revolusi perindustrian di England muncul kerana kelemahan Negara-negara
lain contohnya Negara Jerman dan perancis.negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam sector
perindustrian adalah kerana kongkongan adat, kemajuan ekonomi yang tidak menyeluruh, cukai tinggi, dan sekatan yang
dikenakan terhadap bidang perindustrian.selain itu, Negara perancis ketinggalan dalam bidang perindustrian adalah
kerana penekanan dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi, percubaan kerajaan untuk mengawal
industri, dan cukai yang tinggi dikenakan terhap pengusaha industri.perkembangan ini memudahkan England menguasai
perindustrian.

7. Faktor kemajuan sains dan teknologi juga menyumbang kepada peningkatan perindustrian di England. perkembangan
pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Oleh itu, penciptaan mesin
baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England. Tambahan pula, para pencipta diberikan paten
untuk hasil ciptaan mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.perkembangan ini menggalakkan orang ramai
untuk mencipta mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.

Penutup:
Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara perindustrian.Revolusi
perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan
ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik
kilang, saudagar, dan peniaga,.
car yg dicipta pada tahun 1730-an.Jentera berkuasa wap dan mesin memukul yg menggunakan kuasa wap mula digunakan
pada tahun 1798.
Soalan 22: Bincangkan Kesan-kesan revolusi perindustrian di England

Pengenalan
Revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks.
Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun (1760 1860).
Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat,
Rusia dan Jepun antara tahun (1860 1914).
Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara
perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk
yang tinggi.
Revolusi perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam bidang ekonomi. Antara
kesan Revolusi Perindustrian dalam bidang ekonomi ialah kemajuan dalam pertanian, perkembangan dalam industri
tekstil, kemunculan bandar perusahaan, perdagangan, kemajuan dalam pengangkutan serta perkembangan dalam
industri batu, besi,dan keluli.
Isi-isi Penting:

Kesan Ekonomi

1. Kemajuan Dalam Pertanian
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah perjanjian. Sistem Pemagaran
Tanah Pertanian diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah Terbuka. Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanh awam
dijadikan tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshed. Dalam sistem
penggiliran tanaman, tanah rang tidak wujud. Sebaliknya tanah rang ditanam dengan tanaman rumput untuk
mengekalkan kandungan nitrogen di dalam tanah.
Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of Holkham. Beliau member sumbangan
dalam kaedah menebus guna tanah pertanian. Beliau memperkenalkan tanaman akar seperti lobak putih, parnsnip,
Swedes, dan mangolds. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Beliau
mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri yang terbaik.
Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan. Petani juga
terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Penglibatan dalam aktiviti pertanian dan
penternakan menambahkan pendapatan petani. Kemajuan dalam pertanian menyebabkan pelbagai kaedah baharu
diperkenalkan. Jethro Tull telah memperkenalkan alat penggali dan penabur benih. Alat ini digunakan untuk menggali
lubang dan menabur benih pada jarak tertentu. Kaedah ini juga memudahkan petani kerja menggemburkan dan
membersihkan tanah pertanian.
2. Perkembangan Dalam Industri Tekstil
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Penemuan mesin baharu menyebabkan
industri tekstil berkembang dengan pesat. Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di
England. John Kay, James Hargreaves, Edmund Cartwight, Sir Richard Arkwight, dan Samuel Crompton merupakan tokoh
yang mencipta mesin dalam industri tekstil.
3. Kemunculan Bandar Perusahaan
Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang. Perkembangan ini
menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Antara masalah yang dihadapi oleh
penduduk bandar di England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan
air.
4. Perdagangan
Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan pesat. Perdagangan
antarabangsa menyebabkan negara industri menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran. Bagi meningkatkan
perdagangan antarabangsa, England melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian
dan pertanian.
5. Kemajuan Dalam Bidang Pengangkutan
Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang baik disediakan
bagi memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran. Antara tokoh yang memberikan sumbangan dalam pembinaan
jalan raya ialah John Metcalf, Thomas Telford, dan John McAdam. Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik
gerabak pada tahun 1801. Lokomotif berkuasa wap direka oleh George Stephenson pada tahun 1825. Pada tahun 1761,
James Bridley telah membina Terusan Worsley untuk mengangkut arang batu ke bandar perusahaan Manchester.
6. Perkembangan Industri Arang Batu, Besi, Dan Keluli
Revolusi Peridustrian menyebabkan permintaan untuk besi dan keluli meningkat. Perkenbangan ini menyebabkan
permintaan untuk bekalan arang batu turut meningkat. Menjelang tahun 1860, England mengungguli negara lain dalam
pengeluaran arang batu. Abraham Darby the Elder, Abraham Darby the Younger, Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir
William Siemens, dan Sir Henry Bessemer merupakan tokoh dalam penghasilan bijih besi dan keluli.
Kesan Sosial
1.Pertambahan Penduduk
Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di England. Antara tahun 1800 dan 1850, bilangan
penduduk di England meningkat dua kali ganda. Antara faktor yang menyebabkan pertambahan penduduk adalah seperti
peningkatan taraf hidup, kemajuan dalam kesihatan, pengurangan kadar kematian, penghijrahan penduduk, dan migrasi
penduduk.
Pertambahan penduduk menyebabkan berlaku penghijrahan penduduk ke luar negara seperti India, Australia, dan China.
2. Perubahan Gaya Hidup
Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup masyarakat. Revolusi ini menyebabkan ramai golongan
muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan
kekeluargaan mula merosot.
Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya. Dalam konteks ini, status
keturunan tidak menentukan kejayaan seseorang.

3. Kemunculan Golongan Kelas Menengah
Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul golongan kelas menengah yang mempunyai kuasa politik. Golongan ini
berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen. Golongan ini menuntut hak-hak ekonomi serta hak golongan
pekerja dalam parlimen. Antara tokoh yang memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England ialah David
Ricardo. Pada abad ke-18, ramai anggota parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.
4. Kemunculan Golongan Proletariat
Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat. Mereka terdiri
daripada pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian. Golongan pekerja melancarkan gerakan yang dikenali
sebagai Gerakan Luddite bagi membantah penggunaan jentera di kilang-kilang.
5. Kepupusan Industri Kecil
Revolusi Perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman mereka untuk bekerja di kilang
perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan industri kecil yang dijalankan di kawasan luar bandar terjejas.
6. Kesesakan Di Bandar Perindustrian
Antara bandar perindustrian yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons. Kesesakan yang
berlaku di bandar perindustrian menyebabkan timbul masalah perumahan, kesihatan, dan sanitasi. Persekitaran yang
kotor menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun, dan batuk kering.
7. Pengkhususan Kerja Dan Pengeluaran Besar-Besaran
Menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran secara besar-besaran.
Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.
8. Ekspoiltasi Terhadap Pekerja Wanita Dan Kanak-Kanak
Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerjadi kilang dan lombong arang batu. Ekspoiltasi terhadap pekerja
wanita dan kanak-kanak berlaku kerana tiada batasan had masa kerja. Umpamanya buruh kanak-kanak dipaksa bekerja
di kilang selama 13 hingga 15 jam sehari. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta Kilang yang mengehadkan masa
bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama lapan jam sehari.
Pada tahun 1842, Parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak dan wanita bekerja di lombong arang
batu.
Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam
sehari diperkenalkan.

Penutup
Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara perindustrian.
Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan
pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri
daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doctor, peguam, dan jurutera.

Soalan 23: Bincangkan kesan-kesan ekonomi ke atas Revolusi Perindustrian di England.

Pendahuluan

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat ini dicirikan
menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan
masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barang serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat
ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Revolusi perindustrian yang berlaku di
England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam bidang ekonomi.

Isi-isi Penting:

1. Kemajuan dalam pertanian.

Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku kemajuan yang pesat dalam teknologi pertanian. Berlaku perubahan dalam
sistem pemilikan tanah pertanian. Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan dan telah menjadikan tanah awam
menjadi tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend.
Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik serta sistem pemajakan jangka panjang diperkenalkan oleh Coke
Holkham. Beliau menyumbang dalam kaedah menebus guna tanah pertanian. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah
baharu dalam perternakan lembu dan biri-biri. Penggunaan baja tiruan diperkenalkan hasil daripada kemajuan dalam
bidang sains. Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan perternakan.
Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan pelbagai kaedah pertanian baharu diperkenalkan. Jethro Tull telah
memperkenalkan alat penggali dan penabur benih.

2. Perkembangan dalam industri tekstil.

Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Kemajuan mesin baharu menyebabkan
industri tekstil berkembang dengan cepat. John Kay mencipta mesin penenun yang dikenali sebagai Flying Shuttle pada
tahun 1733. James Hargreaves mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Spinning Jenny pada tahun 1765.
Edmund Cartwight mencipta mesin menenun kain yang menggunakan kuasa air. Sir Richard Arkwright mencipta mesin
pemintal benang yang dikenali sebagai Water Frame yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1769. Samuel Crompton
mencipta mesin pemintal yang dikenali sebagai Mule yang dapat mempertingkatkan pengeluaran tekstil sehingga sepuluh
kali ganda.Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England. Perkembangan ini menyebabkan
ramai penduduk di England mencari pekerjaan di kilang-kilang.

3. Kemunculan bandar perusahaan.

Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang. Perkembangan ini
menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Pertambahan penduduk di kawasan
bandar perusahaan menyebabkan keadaan hidup menjadi teruk. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di
England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air yang tidak baik.
Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan pesat. Pedagangan antara bangsa
tidak terhad kepada komoditi, malah melibatkan pengeluaran barang industri secara besar-besaran. Kerajaan England
melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian dan memansuhkan tarif
import bahan-bahan mentah bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa dan meluaskan pasaran.

4. Kemajuan dalam bidang pengangkutan.

Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan memudahkan pergerakan barangan dan
pemasaran. John Metcalf memperbaiki sistem saliran di jalan raya. Thomas Telford membina jalan raya dalam dua
lapisan. John McAdam membina jalan raya dengan menggunakan batu hancur dan jalan raya tar. Kemajuan ini
menyebabkan penggunaan kereta kuda dan kereta sorong meningkat.
Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada tahun 1801. George Stephenson mereka lokomotif
berkuasa wap pada tahun 1825. Kereta api pertama di Britain beroperasi antara manchester dengan Liverpool pada
tahun 1829. Sistem pengangkutan laut berkembang ekoran daripada kemajuan dalam teknologi pembinaan kapal. James
Bridley membina Terusan Worsley untuk mengangkut batu ke bandar perusahaan Manchester.

5. Perkembangan industri arang batu, besi dan keluli.

Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan untuk arang batu, besi dan keluli meningkat. Arang batu diperlukan dalam
kuantiti yang banyak untuk melebur bijih besi. Arang batu terdapat dalam kuantiti yang besar di New Castle dan Wales.
Kemajuan yang pesat dalam industri besi, keluli dan arang batu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri di
England.
Abraham Darby the Elder memajukan kaedah melebur besi dengan bahan bakar daripada arang batu yang dipanggil Coke
pada tahun 1712. Abraham Darby the Younger memperbaiki hasil ciptaan ayahnya dengan menggunakan relau bagas
pada pertengahan abad ke-18. Henry Cort menemui kaedah menghasilkan besi yang lebih kuat. Benjamin Hunstmen
menghasilkan keluli yang berkualiti tinggi. Sir William Siemens menemui kaedah yang lebih baik dalam penghasilan keluli
pada tahun 1865 dan Sir Henry Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan
keluli daripada bijih besi.

Kesimpulannya:

perkembangan Revolusi Perindustrian telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada negara England dalam
bidang ekonomi. Perkembangan ini sekaligus meningkatkan kemajuan negara England dalam bidang ekonomi.

Soalan 24 :Bincangkan kesan-kesan sosial ke atas revolusi perindustrian di England

Pendahuluan :
Pengertian masyarakat industri ialah masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barang serta perkhidmatan dengan
menggunakan mesin. Masyarakat ini mengamalkan pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-
besaran. Terdapat dua golongan dalam masyarakat ini, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Seorang
tokoh, berbangsa Scott mengemukakan konsep masyarakat komersial dalam penulisan beliau. Istilah masyarakat
industri diperkenalkan oleh Saint-Simon yang merupakan tokoh sosiali Perancis.
Isi-isi penting :

1. Pertambahan penduduk

Pertambahan penduduk meningkat dua kali ganda, sekitar tahun 1800 dam 1850. Pada tahun 1800, bilangan penduduk di
England bejumlah 11 juta dan meningkat kepada 21 juta orang pada tahun 1850.
Antara faktor yang menyebabkan berlaku pertambahan penduduk ialah: Peningkatan taraf hidup penduduk, Kemajuan
dalam kesihatan, Pengurangan kadar kematian di dalam dan luar Negara, Penghijrahan penduduk dari luar Bandar ke
Bandar dan Migrasi penduduk dari Ireland. Pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk
keluar ke negara seperti India, Australia dan China.

2. Perubahan gaya hidup

Revolusi perindustrian mnyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke Bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
Suasana kehidupan di Bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan mula merosot dan menyebabkan berlakunya
masalah sosial seperti jenayah dan pelacuran. Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan
kekayaan yang dimilikinya. Status keturunan tidak menentukan kejayaan.

3. Kemunculan golongan kelas menengah

Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen bagi menyuarakan hak dan kepentingan mereka.
Mereka menuntut hak-hak ekonomi serta golongan pekerja dalam parlimen. Antara tokoh yang terlibat untuk
memperjuangkan hak pekerja dalam parlimen England ialah David Ricardo. Pada abad ke-18 ramai anggota parlimen
England terdiri daripada golongan kelas menengah.
Mereka berjaya mempertahankan hak mereka dengan meluluskan akta-akta bagi menjaga kepentingan politik dan ekonomi
mereka. Antara akta yang diluluskan oleh parlimen British bagi mempertahankan golongan menengah adalah: Pada tahun
1813 - Pemansuhan monopoli Syarikat HIndia Timur dan 1814 Pemansuhan Akta Perantis.

4. Kemunculan golongan proletariat

Revolusi perindustrian menyebabkan kemunculan kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat. Golongan ini
terdiri daripada pekrja yang berkerja di kilang-kilang perindustrian. Mereka terlibat dalam pekerjaan memintal, menenun
atau bekerja di kawasan lombong.
Pengenalan jentera berkuasa wap telah menyebabkan ramai pekerja di Britain kehilangan pekrjaan dan belaku masalah
pengangguran. Gerakan luddite dilancarkan bagi membantah penggunaan jentera di kilang.

5. Kepupusan industri kecil :

Revolusi perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman untuk bekerja di kilang
perindustrian.
Perkembangan ini menjejaskan industri keil dijalankan di kawasan luar Bandar terjejas.

6. Kesesakan dibandar perindustrian

Penghijrahan penduduk dari kawasan luar Bandar menyebabkan berlaku kesesakan dibandar perindustrian. Antara
Bandar yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons. Kesesakan ini menyebabkan timbul
masalah peumahan, kesihatan dan sanitasi.
Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun dan batuk
kering kerana Bandar yang sesak tidak mempunyai sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air yang baik.


7. Pengkhususan kerja dan pengeluaran besar-besaran

Revolusi perindustrian menyebabkan berlskunys pengkhususan kerja dan pengeluaran secara besar-besaran.
Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.

8. Eksploitasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak

Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerja di kilang dan lombong arang batu. Kemalangan sering berlaku
yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Pekerja wanita dan kanak-kanak dipaksa bekerja berjam-jam dengan
pendapatan yang rendah. Eksploitasi ini berlaku kerana tiada batasan had masa bekerja. Umpamanya buruh kanak-kanak
dipaksa bekerja dikilang selama 13 hingga 15 jam sehari.
Penindasan ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk membela nasib mereka. Pada tahun 1833, kerajaan
meluluskan Akta kilang yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama 8 jam sehari.
Pada tahun 1842, parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita bekerja do
lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri
tekstil selama 10 jam sehari diperkenalkan.

Penutup :

Revolusi perindutrian yang tercetus di England pada abad ke-18 dan abad ke-19 telah meninggalkan kesan yang amat
mendalam terhadap Negara Eropah. Revolusi ini telah melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat industri.
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber
kehidupan mereka. Masyarakat industri mempunyai kedudukan sosial yang menarik dalam sebuah masyarakat.
Masyarakat ini tinggal di kawasan Bandar dan terlibat secara langsung dalam sektor perindustrian.
Masyarakat ini juga terdiri daripada golongan proletariat (kelas pekerja) dan pengusaha kilang-kilang. Kemunculan
masyarakat industri menybabkan muncul pertubuhan dan pergerakan yang memperjuangkan hak dan nasib golongan
pekerja yang tertindas. Perkembangan ini menyebabkan perubahan dalam sistem sosial di negar Eropah.

Soalan 25: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas keadaan pekerja kilang di England.
Pendahuluan
Revolusi perindustrian memperlihatkan perubahan yang belaku di Britain dan negara perindustrian. Perubahan ini
menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Seorang
tokoh, berbangsa Scott mengemukakan konsep masyarakat komersial dalam penulisan beliau. Istilah masyarakat
industri diperkenalkan oleh Saint-Simon yang merupakan tokoh sosialis Perancis menerangkan tentang beberapa kesan
revolusi ke atas keadaan pekerja kilang-kilang di England.
Isi-isi Penting:
1. Perkembangan drastik dalam perindustrian telah menyebabkan pertambahan pekerja dalam perkilangan.
Pekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunya tempoh masa kerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan
enam setengah hari bekerja setiap minggu.Manakala upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup hidup sahaja.

2. Semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita antaranya kilang besi, kilang kulit kawasan
perlombongan dan pembinaan. dianggarkan pada tahun 1840an, 6000 pekerja wanita telah bekerja di lombong-
lombong. Buruh kanak-kanak di ambil bekerja di kilang dan lombong arang batu dan bekerja selama empat belas jam
sehari. kanak-kanak bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.mereka terpaksa menarik da menolak kereta
sorong di dalam lombong arang batu.kanak-kanak yang bekerja dalam sektor perkilangan pula menghadapi risiko
kehilangan jari.

3. Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran
mesin. Jika ke tandas atau berehat pekerja akan didenda. Keadaan ini menyebabkan pekerja keletihan dan
mengakibatkan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam mesin.

4. Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang. Rumah pekerja hanya dibina
sederet, tiada tandas dan tiada bekalan air etapi dikenakan sewa yang tinggi. keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak
menjaga kebersihan menyebabkan pelbagai penyakit melanda seperti taun dan batuk kering.

5. Tekanan yang dialami oleh pekerja menyebabkan mereka mengambil beberapa tindakan untuk menentang
penindasan. Antaranya penganggur telah meminta kerajaan menyekat penggunaan mesin namun ditolak oleh Parlimen.
Para pekerja membuat rusuhan antara yang terkenal ialah rusuhan Luddite yang dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir
dari bahagian penenunan. Mereka berjaya kerana kerajaan berjaya memansuhkan Akta Kombinasi 1800 dan
membenarkan pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.

6. Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang untuk meninjau keadaaan
kanak-kanak yang sedang bekerja. Penggubalan Akta kilang pada tahun 1833 iaitu masa bekerja kanak-kanak
dihadkan tidak lebih daripada 9 jam. Beberapa akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang. Akta tersebut ialah
Akta Lombong 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta sepuluh jam
1847 yang menghadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil ialah 10 jam.

Penutup
Perkembangan industri di England kepada perkembangan masyarakat meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi
kepada masyarakat.
1.4.2 Masyarakat Industri di Jerman

Soalan 26: Faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman

Pendahuluan:
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914.
Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem
pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony,
Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di
kawasan industri. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan
perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad
ke19.Antara ialah faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman.

Isi-isi Penting:
1. Antara faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman ialah revolusi perindustrian ini menyaksikan
perubahan penggunaan sumber tenaga manusia kepada penggunaan mesin. Revolusi perindustrian di Jerman
berlaku pada tahap kedua di Eropah,iaitu selepas revolusi perindustrian di England.Revolusi di Jerman bermula pada
tahun 1860-an hingga tahun 1914.Revolusi tersebut meninggal kesan mendalam di Jerman yang merangkumi aspek
politik,ekonomi,dan sosial.

2. Seterusnya, revolusi perindustrian di Jerman berkembang apabila kerajaan Jerman memberi banyak bantuan
modal dalam pembinaan kemudahan infrustruktur. antaranya ialah pembinaan jalan raya,terusan,dan jalan kereta
api.Selain itu,kerajaan Jerman juga memberi perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan telegraf. Kerajaan Jerman
juga memperkenalkan beberapa undang-undang yang memesatkan perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18.
Misalnya,pengenalan kadar tarif pada tahun 1879.

3. Selain itu, pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang murah dalam sektor perkilangan. Pada
abad ke-19,jumlah penduduk Jerman meningkat daripada 23 juta orang kepada 56 juta orang.Pertambahan penduduk
Jerman ini memperlihatkan bahawa satu pertiga daripada penduduknya merupakan kanak-kanak di bawah umur 15
tahun.Kesannya membawa kepada penawaran buruh kanak-kanak tinggi dalam pasaran perindustrian.

4. Tambahan pula, pertumbuhan perindustrian turut digalakkan dengan pertambahan penduduk yang berhijrah
dari luar bandar ke bandar-bandar utama di Jerman. Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di kawansan Ruhr,
Saxony, Silesia, dan Berlin.Penduduk di kawasan ini bertambah sekali ganda dan membawa pertambahan dalam peluang
pekerjaan.

5. Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah turut menyumbang kepada perkembangan perindustrian di
Jerman. Sumber bahan mentah yang ada ialah arang batu,bijih besi,bijih timah di Ruhr,Lorraine dan Silesia pada tahun
1870.kekayaan bahan mentah ini dibuktikan daripada peningkatan pengeluaran bijih besi pada tahun 1887 daripada 4.0
juta tan kepada 15.5 juta tan.Jerman juga terkenal dalam industri tekstil.Industri ini telah berkembang sejak tahun 1870
di Saxony,barat Bavaria,Wurttemberg,dan Rhineland.

Kesimpulannya,
perkembangan masyarakat industri di Jerman dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jerman menyebabkan Jerman
mempertingkatkan kemajuan dalam pelbagai bidang.

Soalan 27: Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 hingga ke 19

A) Pendahuluan

Masyarakat industri mengalami ledakan dunia Eropah dalam kekayaan kebendaan kesan kemunculan baharu dalam
perindustrian, sumber kuasa, dan pengeluaran .
B) Isi-isi penting
1) Masyarakat pertanian
Perkembangan Revolusi Perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18
dan ke-19 menyebabkan meningkatnya meknisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian
apabila terciptanya mesin.
Pengkajian saintifik tentang tanah.Misalnya,Humpry Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi
tumbuh-tumbuhan
Mengadakan beberapa uji kaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman. Contohya tahun
1840,Justus von Leibigtelah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.
2) Masyarakat perindustrian
Pertambahan pembukaan lorong arang batu dan besi di Saxony dan Silesia barat Jerman. Pengeluaran arang batu dan besi
bertambah antara tahun 1860 hingga tahun 1870. Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang
mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan masyarakat kepada gaya hidup mewah, pertambahan sistem komunikasi dan
pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.
Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony, dan Silesia. Bandar Berlin pula
mengeluarkan mesin- mesin yang menigkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
Ciptaan baru berkembang di Jerman. Misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran
keluli meningkat pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan
elektrik.
3) Kemajuan sistem pengangkutan
Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870.
Firma Jerman di Borsig menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman
4) Perluasan perdagangan antarabangsa
Pada tahun 1870-an, berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam
eksport sehingga menimbulkan masaah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan
mentah.Perindustrian di Jerman berkembang kepada 243.8% dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaa mengambil alih bahagian Barat daya
Afrika,Togonland,dan Cameron.Seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur. Perluasan empayar
dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya
penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.
Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina
pangkalan tentera laut di pinggir laut China.
5) Kemajuan sistem kewangan
Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan
pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di
Jerman yang terdiri daripada Disconto of Stuttgard (1851),Deutsche Bank (1870) dan Dresdender Bank (1872)
Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri
perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu, serta sisitem pengangkutan darat dan laut.
Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian.Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai
bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara
keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian.
Jerman menyelaraskan tariff dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.
6) Dasar kerajaan Jerman
Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir dan diiktiraf oleh Negara lain.
Undang-undang insuran sosial dikuatkuasakan pada tahun 1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika ditimpa
kemalangan semasa bertugas.
Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan
dua pertiga daripada pekerja.
Pada tahun 1884, Reichstag meluluskan Undang-undang Insurans Kemalangan. Memanipulasi pengeluaran akhbar di
Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
Penutup
Perkembangan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.
Soalan 28 : Bincangkan kesan-kesan revolusi perindustrian di Jerman

Pendahuluan
Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman. Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah
kapital kewangan mengatasi kapital industri. Antara teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah berasaskan
pelbagai bahan, sumber dan bentuk.
Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia dan petroleum di zaman ini. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi
Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang dan besi.
Isi-isi Penting:

Kesan ekonomi

Kemajuan Teknologi
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Antara perubahan yang berlaku
dalam teknologi adalah seperti berikut: Tenaga elektrik digunakan untuk membekalkan caaya dan mengendalikan
jentera, Petroleum menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin dan Keluli menggantikan besi sebagai galian
utama.
Selain daripada itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kilang
membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang
terlatih dan berpengalaman direkrut untuk menghasilkan barangan baharu.
Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan
yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik. Menjelang tahun
1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia. Di samping itu, kajian tentang
permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pasaran.
Kemajuan Penyelidikan
Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil
daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan.
Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak juga dihasilkan.
Pengeluaran Besar- Besaran
Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam
skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal dan kereta.
Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji membolehkan
mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang dihasilkan secara besar-besaran.
Imperialisme Baharu
Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan
bahan mentah. Persaingan ini menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh di Asia
dan Afrika.
Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang dikenali sebagai imperialisme baharu. Imperialisme baharu
menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China. Negara-negara
industri menggunakan teknologi untuk menghasilkan senjata untuk menguasai negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman
muncul sebagai sebuah negara industri yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.
Peningkatan Peranan Kerajaan.
Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan
mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import. Tujuannya supaya barangan tersebut tidak bersaing dengan
barangan tempatan.
Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal perniagaan dan buruh, Menyediakan pendidikan untuk melahirkan
lebih ramai golongan professional dan Pasaran baharu dibuka bagi menjamin pembekalan bahan mentah dan bahan api.
Perluasan perdagangan antarabangsa
Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri daripada sebuah
pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya
meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.
Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun
1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta
menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai
sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman
telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan
tentera laut di pinggir laut China.
Kemajuan sistem kewangan
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Sistem
perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman. Tugas D Bank ialah
menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan perniagaan di Jerman. D Bank turut menggalakkan
hubungan Jerman dengan Negara-negara luar serta aktif di Timur Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur Tengah.
Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman
pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal bank.
Bantuan modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan perkembangan perindustrian di Jerman
pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian.
Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan.
kesan sosial
Dasar kerajaan Jerman
Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara-negara lain. Bagi
memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang
dikuatkuasakan pada tahun 1883. Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu
bertugas.
Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang
membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen (reichstag) meluluskan undang-undang insurans
kemalangan. Pembayaran bagi rawatan perubatan.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.
Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.
Kemelesetan Ekonomi
Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-kilang menghentikan pengeluaran. Tambahan pula,
kilang-kilang perindustrian juga mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja.
Perkembangan ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja mengalami kesukaran hidup.

Kebajikan pekerja
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menjaga kebajikan golongan pekerja. Sebagai contoh, Bismarck telah
memperkenalkan Undang-undang Insurans Sosial pada tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga
kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.
Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh Parlimen Jerman. Undang-undang ini
membolehkan pekerja mendapat rawatan perubatan yang ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada
pekerja industri yang dihentikan kerja akibat penyakit.
Kemajuan sistem pengangkutan
Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat dalam sektor pengangkutan khususnya
pembinaan jalan kereta api.
Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api
di Jerman.
Penutup
Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan dua jenis kesan terhadap negara tersebut. Kesan dari segi ekonomi
dan sosial. Antara kesan ekonomi yang dapat dilihat ialah pengeluaran besar-besaran, kemajuan penyelidikan serta
lahirnya kuasa imperialisme baharu.
Dari segi sosial pula, kesan yang dapat dilihat ialah kemelesetan ekonomi akibat pengeluaran yang berlebihan serta
kebajikan pekerja yang dijaga oleh kerajaan Jerman.
Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari semua aspek. Revolusi perindustrian di
Jerman telah menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang maju.
Soalan 29: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan di Jerman
Pendahuluan
Perkembangan industri di Jerman membawa kepada kemajuan pengeluaran tenaga mahir. Sekolah pertukangan dan
teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara lain.
Terdapat beberapa kesan revolusi ke atas dasar kerajaan Jerman.
Isi-isi penting:
1. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang
insurans pada tahun 1883. Fungsi undang-undang insurans tersebut ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa
kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja
akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah-daerah
dan kos pembiayaan di tanggung stau pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada kalangan pekerja.
Reichstag telah meluluskan

2. Undang-undang Insurans Kemalangan pada tahun 1884, yang meliputi pembayaran bagi rawatan
perubatan. Pencen bagi pekerja industri yang berhenti kerja akibat penyakit.Kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya
oleh majikan.Skim ini seterusnya diperluaskan kepada pekerja dalam bidang pertanian. Pelbagai usaha dilakukan oleh
pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.

3. Memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyatnya. Membentangkan rang undang-undang
anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878. Kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah yang difikirkan
terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran.

4. Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman. Kesemuanya di kawal oleh pengurusan
professional yang lebih kepada dasar esprit de corps yang mengutamakan ganjaran dan penghormatan kenaikan pangkat
dalam masyarakat perdagangan daripada kepentingan individualistic dan kewangan. Kakitangan awam mentadbir jalan
kereta api, lombong, telegraf, dan perkhidmatan telefon di Jerman.

5. Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan. Jerman di kenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di
Eropah. Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke atas Perancis pada tahun 1870 hingga tahun 1871
menyebabkan semua Negara Eropah tertumpu ke atas Prusia.
Penutup:
Kegagalan golongan liberal memanfaatkan kesepakatan mereka dengan Bismarck dalam kes tarif telah membawa
perubahan besar dalam dasar ekonomi pasaran bebas di Jerman. Bismarck mengamalkan dasar ekonomi pasaran bebas
walaupun tidak di sukai oleh segolongan tuan tanah dan pengusaha industri.

Jerman mengalami kekurangan bijirin dalam Negara sendiri dan pemansuhan dasar ekonomi bebas. Tahun 1879, Bismarck
telah memperkenalkan Undang-undang Tarif.

You might also like