You are on page 1of 3

Laporan Program Sukan Dan Rekreasi

Pada 09 April 2013 hingga 12 April 2013, Program Sukan dan Rekreasi
2013 telah diadakan di Kem Rock View, Lundu. Seramai 18 orang guru
pelatih daripada PPISMP GSTT BC Ambilan Jan 2012 telah mengikuti
program ini. Program Sukan dan Rekreasi ini juga disertai oleh dua orang
pensyarah Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.
Dalam Program Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Keselamatan
telah ditubuhkan untuk menjaga keselamatan serta harta benda para peserta.
Ahli jawatankuasa telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan jadual
bertugas bagi aktiviti pemantauan untuk melancarkan pelaksanaan program
dan jadual memantau pada waktu malam. Pada hari pertama, jadual bertugas
pemantauan (Lihat lampiran A) telah ditunjukkan kepada semua peserta
untuk mereka merujuk nama sendiri dan masa pemantauan mereka. Selain
itu, ahli jawatankuasa juga perlu memastikan bahawa semua peserta
menjalankan tugasan masing-masing dengan penuh amanah. Pada hari
pertama, peserta yang meronda memang mempunyai semangat yang tinggi
semasa meronda.Tetapi pada hari kedua, peserta mula berasa letih dan
mengantuk semasa meronda, hal ni disebabkan aktiviti-aktiviti lasak yang
djalankan pada hari kedua meletihkan mereka, contoh aktiviti lasak yang
dijalankan pada hari kedua ialah kembara dan abseiling. Pada hari terakhir,
para peserta juga meronda mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun
berasa penat. Kami amat bersyukur kerana tidak berlakunya sebarang
masalah pada waktu malam semasa meronda. Penambahbaikan perlu
dilakukan untuk memantapkan lagi ahli jawatankuasa bahagian keselamatan
bagi program yang seterusnya.
Dengan kerjasama yang diberikan oleh AJK Kebajikan, ubat malaria
telah diagihkan kepada para peserta pada tiga hari sebelum program ini dan
hari terakhir program ini untuk mengelakkan penyakit demam denggi.
Keselamatan dalam sesuatu aktiviti telah dititik berat dari semasa ke semasa
dalam semua aktiviti. Selain itu, dua kotak peti pertolongan kecemasan telah
disediakan kepada ketiga-tiga kumpulan iaitu Kumpulan Grateful, Kumpulan
Tolerant dan Kumpulan Self Initiate. Peti pertolongan cemas yang diberikan
telah dibawa bersama apabila aktiviti-aktiviti seperti Abseiling, Team Building,
Water Safety, berakit, Jungle Trekking, dan sebagainya dijalankan. Langkah
keselamatan ini memudahkan para peserta untuk mendapatkan rawatan
segera jika berlakunya terdapat sebarang kemalangan. Namun, kami telah
menghadapi masalah kekurangan peti pertolongan cemas, hal ini kerana
kami mempunyai 3 kumpulan. Oleh itu, ketiga-tiga kumpulan terpaksa
berkongsi peti pertolongan cemas untuk mengatasi masalah kekurangan ubat
rawatan. Walau bagaimanapun, kami amat bersyukur kerana tidak berlakunya
kecederaan serius mahupun kemalangan teruk sepanjang aktiviti Program
Sukan dan Rekreasi dijalankan.
Selaku ketua Jawatankuasa Keselamatan, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan Program Sukan dan Rekreasi khususnya
pensyarah Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Batu
Lintang, pihak Kem Rock View, para jurulatih dan sesiapa sahaja yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung. Kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak amatlah kami sanjungi.
Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh, 15 APRIL 2013

_______________________
(WONG MUI HIONG)
Ketua Jawatankuasa Keselamatan,
Program Sukan dan Rekreasi 2013,
PPISMP GSTT BC Ambilan 2012
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.

You might also like