You are on page 1of 21

1

2


3


4


5


6


7


8


9


10


11


12

TUGASAN 1
ASPEK KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
Sekolah Kebangsaan Puteri (SK Puteri) merupakan sebuah sekolah yang terletak di
perkampungan Bidayuh iaitu terletak kira kira 15 km daripada bandar Serian. Jika
dilihat dari luar, saiz SK Puteri tidak begitu besar namun dapat menampung kanak
kanak yang tinggal di kampung berdekatan iaitu seramai 115 orang. Walaupun
sekolah ini kecil dan nampak daif manakala latar belakang ekonomi ibu bapa kepada
murid muridnya adalah petani, namun sekolah ini mempunyai aspek
kecemerlangan daripada aspek sukan badminton, bola jaring dan sebagainya. Bukti
bukti yang menunjukkan kecemerlangan ini telah dikumpul melalui gambar,
sijil,statistik senarai semak serta temubual bersama guru dan murid.

Bukti 1: Temu bual
Hasil temubual saya bersama jurulatih sukan badminton SK Puteri Cikgu William anak
Ranyah, beliau menyatakan bahawa antara usaha yang telah beliau lakukan adalah
dengan memberikan motivasi serta galakan kepada murid yang terlibat. Dalam pada itu,
beliau juga turut menyatakan bahawa ibu bapa murid di sekolah ini juga turut
memberikan kerjasama dalam mendorong anak mereka untuk berjaya dalam
kokurikulum sekolah ini. Ini dibuktikan melalui temu bual saya bersama beliau seperti di
bawah:
Guru Pelatih: Apakah rahsia kejayaan sekolah ini dari segi kokurikulum seperti sukan
badminton, bola jaring dan sebagainya?
Cikgu William: Saya rasa tiada apa-apa rahsia sebenarnya. Cuma bagi saya, apa
yang saya boleh katakan saya selalu memberikan galakan serta
motivasi kepada anak murid saya. Selain itu, saya juga akan
memastikan anak murid saya berdisiplin dalam menghadiri latihan
setiap tiga minggu sekali sebagai latihan intensif.
Guru Pelatih: Selain itu, apakah yang cikgu rasakan turut membantu dalam
menyumbang kejayaan sekolah ini dari segi kokurikulum?
Cikgu William: Bagi pendapat saya, antara sebab lain yang membolehkan mereka
berjaya dalam bidang ini adalah mereka sangat rajin dan tekun dalam
menjalankan latihan. Dalam pada itu, tidak dinafikan juga ibu bapa
murid juga menyumbang kepada kejayaan ini.
Guru Pelatih: Mengapa cikgu?
Cikgu William: Saya melihat murid yang menceburi bidang ini, sangat diberikan
13

galakan oleh ibu bapa mereka. Ini kerana, ibu bapa mereka
menyokong akan penglibatan anak mereka dalam bidang sukan ini.
Buktinya, ada ibu bapa yang sanggup membelikan raket sendiri untuk
anak mereka untuk anak mereka berlatih. Selain itu, ibu bapa juga
tidak pernah mengadu sekiranya anak mereka pergi menjalani latihan
pada tiga kali seminggu. Malah, mereka sendiri yang menhantar anak
mereka pergi ke sekolah untuk menjalani latihan tersebut bersama
saya.

( Tembual 21 Julai 2014)

Melalui ini , maka jelaslah membuktikan, bukan hanya murid dan guru sahaja
memberikan sokongan dalam mencapai kejayaan sukan di sekolah ini, malah ibu
bapa juga memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah kejayaan sukan
badminton di sekolah ini. Ini juga disokong melalui temu bual saya yang kedua iaitu
bersama murid yang menjalani latihan sukan badminton:

Guru Pelatih : Siapa yang hantar kamu pergi sekolah waktu latihan?
Justina : Ayah. Kadang-kadang mak..
Guru Pelatih : Ooo....Jadi, mak ayah kamu suruh la kamu berlatih tiap-tiap
petang?
Justina : (Angguk kepala)
Guru Pelatih : Wah..cantik la raket kamu ni..Kamu punya ke?
Justina : Ya. heeee
Guru Pelatih : Siapa beli?
Justina : Ayah. Dia tahu saya suka main badminton. Sebab tu dia beli.
( Tembual 23 Julai 2014)


Daripada temu bual ini, menunjukkan ibu bapa murid di sekolah itu amat memberikan
sokongan yang baik bukan sahaja kepada anak mereka, malah juga kepada sekolah. Ini
merupakan salah satu bukti yang menyebabkan sekolah ini berjaya dalam sukan
badminton. Di samping itu, melalui temu bual saya bersama jurulatih kedua sekolah ini
iaitu Cikgu Nell, beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa kejayaan yang telah
diperoleh oleh sekolah ini dalam sukan badminton. Di bawah merupakan temu bual
saya bersama beliau:

Guru Pelatih : Cikgu rasa, setakat ini, apakah kejayaan tebesar sekolah ini
dalam sukan badminton?
Cikgu Nell : Mmm.. Setakat ni sekolah kita dapat tempat pertama dalam
14

sukan beregu badminton baru-baru ni. Jadi, mereka akan
mewakili bahagian serian untuk bertanding untuk bahagian
Kuching nanti . Pemain terbaik dalam badminton juga adalah
daripada murid sekolah kita. Apa nama dia....tak ingat pulak..
Guru Pelatih : Justina ke cikgu?
Cikgu Nell : Aaaa. Justina tu la.. Bagus budak tu. Pandai main.
( Tembual 23 Julai 2014)

Melalui temu bual saya bersama jurulatih sekolah sukan badminton ini menunjukkan
bahawa sekolah ini amat aktif dari segi bidang sukan. Falsafah humanisme
menyatakan bahawa setiap organisma mempunyai kecenderungan mencapai
sempurna kendiri. Hal ini melibatkan hasrat dan cita cita seseorang untuk
mencapai sempurna kendiri. Dalam hal ini, murid murid akan bekerja bersungguh
sungguh dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamatnya iaitu mencapai
kemenangan dalam mewakili setiap pertandingan yang dianjurkan (Kamarudin,
1997). Daripada yang diperhatikan, dapatlah disimpulkan bahawa dalam usaha
untuk mewujudkan sekolah yang berjaya dari segi kokurikulum dan akademik, maka
semua pihak perlulah bekerjasama dalam mencapai impian sekolah. Daripada yang
diperhatikan, dapatlah disimpulkan bahawa dalam usaha untuk mewujudkan sekolah
yang berjaya dari segi kokurikulum dan akademik, maka semua pihak perlulah
bekerjasama dalam mencapai impian sekolah.
Di bawah merupakan beberapa gambar yang membuktikan kejayaan murid di sekolah
tersebut dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan badminton:
Bukti 2: Gambar Kejayaan

Kejohanan sukan badminton
di Bintulu 2008
Kejohanan sukan badminton
di Sarikei 2012
15





























Kejohanan sukan badminton
di Kota Samarahan 2012
Pertandingan Badminton MSSR
Bahagian Samarahan 2009
Pertandingan bola jaring Wakil
Sekolah 2012
Kejohanan sukan badminton
di Kuching 2008
16


Kejohanan sukan badminton Daerah
Serian 2011
Kejohanan Sukan Badminton
2008
Kejohanan sukan badminton
di Kuching 2013
Gelanggang Badminton Gelanggang Bola Jaring
Kejohanan sukan badminton Daerah
Serian 2010
17

Daripada segala gambar di atas telah membuktikan kejayaan-kejayaan yang telah
dikecapi oleh murid di sekolah tersebut dalam sukan badminton. Bagi saya, ini
merupakan kejayaan yang perlu dibanggakan oleh warga sekolah, kerana bukan senang
hendak melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang ini. Cuma murid yang berbakat
sahaja mampu membawa kejayaan sebegini dalam sekolah mereka.
Dalam pada itu, di bawah merupakan beberapa sijil penyertaan murid di sekolah ini
dalam bidang sukan. Sijil sijil dan piala yang diperolehi merupakan pengukuhan
kepada usaha murid murid yang telah mencapai kejayaan dalam memenangi
pertandingan yang disertai. Teori behaviourisme yang diperkenalkan oleh B.F.
Skinner menyatakan apa juga tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan atau
keadaan yang menyenangkan maka tingkah laku itu akan menjadi lazim dan dengan
ini proses pembiasaan berlaku (Kamarudin, 1997). Maka, dengan adanya
pengukuhan begini, maka murid akan lebih bersemangat untuk lebih berusaha bukan
saja untuk memenangi pertandingan peringkat sekolah tetapi sehingga ke peringkat
negeri kerana mereka mendapat pengukuhan iaitu sijil dan piala.
Bukti 3: Sijil Penyertaan


Pertandingan Badminton,
Asajaya 2008
Kejohanan sukan badminton
Bintulu 2008
18





























Penyertaan Perkhemahan
Motivasi
Kejohanan sukan badminton
bahagian Sarikei
Kejohanan sukan badminton
di Sarikei 2012
Kejohanan sukan badminton
di Bintulu
19

Dalam pada itu, bagi mengukuhkan bukti gambar yang ditunjukkan, berikut
merupakan statistik peningkatan penglibatan murid dalam bidang sukan seperti
badminton dari 2008 sehingga 2013
Bukti 4: Statistik


Daripada statistik ini menunjukkan bahawa dari tahun ke tahun bermula dari tahun
2008 sehingga 2013, bilangan murid yang menyertai sukan badminton di sekolah
tersebut semakin meningkat. Ini dibuktikan daripada 2008 hingga 2010, bilangan
murid meningkat dari 4 peserta menjadi 7 peserta pada tahun 2010. Pada tahun
2011, bilangan berkurang iaitu sebanyak 6 peserta menyertai kejohanan
badaminton, namun pada tahun 2012 sehingga 2013 bilangan kekal meningkat
sebanyak 9 peserta yang menunjukkan peningkatan yang positif dalam penglibatan
murid alam sukan badminton ini.
Daripada segala bukti yang dinyatakan, maka sudah jelas kini, sukan badminton
adalah merupakan salah satu sukan utama di sekolah ini yang mengecapi kejayaan.
Bagi saya antara sebab utama yang mendorong ke arah kejayaan ini adalah
disebabkan oleh mempunyai jurulatih yang mempunyai penguasaan ilmu yang
mendalam serta kecekapan dalam bidang tersebut. Ini adalah merupakan salah satu
ciri dalam suatu profesion bagi mendorong kecemerlangan yang telah dinyatakan
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
2008 2009 2010 2011 2012 2013
Peningkatan bilangan murid
menyertai badminton
4 5 7 6 9 9
b
i
l
a
n
g
a
n

m
u
r
i
d

m
e
n
y
e
r
t
a
i


K
e
j
o
h
a
n
a
n

B
a
d
m
i
n
t
o
n

Peningkatan bilangan murid menyertai
Kejohanan Badminton
20

oleh Ornstein dan Levine (1993). Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak
dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting adalah
dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial,
fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.
Dalam pada itu, antara bukti lain yang mewujudkan kecemerlangan sekolah ini dari
segi bidang sukan adalah melalui kemudahan lain yang boleh dilihat di sekitar
sekolah ini adalah seperti gelanggang badminton dan padang bola sepak.
Sesungguhnya, otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Ini telah
membuktikan bahawa kesihatan badan juga amat penting dalam mewujudkan
pencapaian yang cemerlang dari segi akademik. Untuk itu, daripada pemerhatian
saya di sekolah tersebut, murid-murid amat bijak menggunakan peluang yang ada
seperti kemudahan yang terdapat di sekolah ini terutamanya penggunaan
gelanggang dan padang bola sepak. Untuk pengetahuan, hampir setiap hari padang
dan gelanggang di sekolah tersebut akan dipenuhi oleh murid-murid untuk
menjalankan aktiviti sukan. Bagi saya, ini adalah merupakan salah satu amalan yang
positif yang diterapkan oleh murid di sekolah ini. Bagi saya, dengan wujudnya murid
yang aktif sebegini, maka ia akan mendorong ke arah murid lebih cemerlang bukan
sahaja dari segi kokurikulum, malah juga turut cemerlang dari segi akademiknya.

Selain itu, antara bukti seterusnya adalah melalui senarai semak inventori peralatan
sukan awal tahun 2014. Berdasarkan graf di bawah menunjukkan bahawa jumlah
alatan sukan yang paling banyak adalah raket badminton iaitu sebanyak 57 batang.
Untuk peralatan kedua terbanyak adalah bulu tangkis iaitu sebanyak 53 biji. Dengan
adanya bukti senarai semak ini membuktikan bahawa ia merupakan salah satu bukti
yang menunjukkan faktor kecemerlangan badminton bagi murid di sekolah tersebut
iaitu kemudahan alatan sukan yang sekolah bekalkan untuk murid menjalani latihan
badminton. Untuk menjadi seorang yang sejati sempurna kendirinya, ia perlu
memastikan sebahagian besar keperluan peringkat rendahnya telah dipenuhi (Rahil
& Habibah, 2008). Oleh itu, peralatan yang mencukupi adalah antara keperluan yang
perlu dipenuhi oleh unit kokurikulum bagi murid mencapai kesempurnaan kendiri
dalam memberi sumbangan kepada bidang kokurikulum yang mampu
mengharumkan nama baik sekolah.
21

Bukti 5: Graf Senarai Semak Inventori
Dibawah merupakan Graf Inventori Peralatan Sukan Awal Tahun 2014.



















Daripada graf ini menunjukkan bahawa alatan sukan badminton seperti raket
badminton dan bulu tangkis merupakan jenis alatan sukan yang paling banyak
didapati di dalam stor sukan tersebut. Maka tidak hairanlah mutu sukan badminton di
sekolah tersebut menunjukkan pencapaian yang terbaik bukan sahaja dalam
peringkat sekolah, malah juga turut dalam peringkat bahagian Samarahan.

0
10
20
30
40
50
60
INVENTORI
J
u
m
l
a
h

A
l
a
t
a
n

s
u
k
a
n

Jenis Alatan Sukan
INVENTORI PERALATAN SUKAN AWAL TAHUN 2014
Bola sepak
Bola baling
Bola warna warni
Bola tampar
Bola keranjang
Sepak takraw
Raket badminton
Bulu tangkis
Bola pingpong
Bed pingpong
Jaring meja pingpong
Meja pingpong
Pengikat jaring
Alat penimbang
Kon besar
Skittle
Kayu hoki
Bola hoki
Gelong rotan besar
Gelong rotan kecil
Bola getah
Baton (pecut)
Lontar peluru
Kayu softball
Bola softball
Sarung tangan softball
Tali skiping
Meja papan pingpong

You might also like