REFLEKSI

You might also like

You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdulillah. Pada semester 2 bagi tahun 2013 ini, saya dan rakan-rakan
sekumpulan dan sekelas saya di wajibkan untuk menjalankan Program Bina Insan
Guru Fasa 2/2013 yang terbahagi kepada dua iaitu ceramah dan khidmat
masyarakat. Sebelum kami melaksanakan program Bina Insan Guru tersebut kami
telah mengadakan mensyuarat beberapa kali bagi memastikan perjalanan program
tersebut berjalan dengan lancar. Mesyuarat yang diadakan adalah sangat penting
kerana untuk memnetukan ahli jawatankuasa atau oragnisasi bagi menguruskan
aktiviti sepanjang program BIG yang akan dilaksanakan. Terdapat beberapa AJK
yang akan menguruskan buku program dan dokumentasi, peralatan, makanan dan
minuman , hadiah dan sebagainya.
Pada 11 september 2013 kumpulan 2 PISMP ambilan Januari 2013 telah
menjalankan satu sesi ceramah bagi Program Bina Insan Guru fasa 2. Terdapat
beberapa permasalahan yang berlaku sepanjang merangka sesi ceramah ini.
Antaranya adalah tarikh yang tidak tentu untuk mengadakan sesi ceramah yang
dirancang. Hal ini kerana di sebabkan dengan kesukaran untuk mencari
penceramah lebih-lebih lagi daripada Ipg Kampus Pendidikan Teknik kita sendiri
untuk menjalankan program yang wajib dilaksanakan ini. Pada mulanya pensyarah
yang dijemput bagi memberi ceramah adalah Encik Yusoff dari Jabatan Kokurikulum
tetapi diatas beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan beliau tidak dapat
menghadirkan diri sebagai penceramah tambahan pula pada masa beliau
mempunyai komitmen lain. Jemputan penceramah yang kedua iaitu Dr Zahariah Bt
Aiyub juga terpaksa membatalkan jemputan beliau sebagai penceramah bagi
Program Bina Insan Guru kerana beliau mempunyai jemputan daripada kampus lain
untuk memberi ceramah beliau. Dan alhamdulillah jemputan yang terakhir adalah
Puan Junaidah Bt Mat Lia ataupun lebih mesra dikenali sebagai Bonda telah
bersetuju dan menerima pelawaan kami sebagai penceramah bagi program tersebut
dan seterusnya dapat menggantikan kedua-dua pensyarah yang tidak dapat
memberikan ceramah kepada kami.
Pada hari tesebut sebelum memulakan ceramah semua guru pelatih 2PISMP
ambilan januari 2013 telah berkumpul di dewan kuliah tepat pada 2.00 petang bagi
sesi pendaftaran. Ceramah dimulakan dengan bacaan doa bagi melancarkan sesi
ceramah yang dijalankan dan juga ucapan kata-kata aluan daripada pengerusi
Program Bina Insan Guru Fasa 2 iaitu saudara Zul Aizat Bin Awang.
Selepas ucapan kata aluan daripada saudara pengerusi, program diteruskan
dengan menjemput penceramah iaitu Puan Junaidah Bt Mat Lia bagi menyampaikan
ceramah beliau. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh Puan Junaidah ialah Guru
Jutawan Akhirat. Guru merupakan insan yang mengajar insan yang lain. Bagi kita
ibu bapa merupakan guru pertama kita. Guru dikatakan jutawan di akhirat kerana
sumbangan atau ilmu yang di sampaikan tidak ternilai harganya. Walaupun guru itu
sudah meninggal dunia, pasti ada anak muridnya yang akan mendoakan
kesejahteraan guru mereka. Ceramah ini telah membuka minda saya bahawa
betapa untungnya saya memilih profesion perguruan ini. Bonda juga telah
menyatakan bahawa profesionn perguruan merupakan satu bidang yang sangat
mencabar. Tugas kita bukan sahaja hanya untuk mengajar bahkan kita perlu
menjadi akauntan, tukang kebun, kerani, doktor dan banyak lagi. Jadi banyak guru di
luar sana yang telah menghadapi tekanan yang tinggi sehingga menyebabkan
mereka menjadi tidak waras. Bonda telah berkongsi cara untuk mententeramkan
jiwa kita apabila kita berada di dalam tekanan. Apa yang dilakukan oleh beliau
hanyalah menyanyi.
Banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang ceramah tersebut.
Daripada ceramah yang disampaikan oleh bonda banyak yang menyedarkan saya
bahawa apa guru itu sebenarnya. Guru seharusnya mempunyai peribadi yang baik.
Bonda telah menerangkan melaui konsep islam sendiri bahawa Allah SWT
merupakan guru kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya kepada anak Adam
bagi membawa kepada jalan yang benar. Seorang guru haruslah mempunyai akhlak
yang baik agar dapat diikuti dan dicontohi oleh anak murid pada masa akan datang.
Bonda juga banyak menceritakan pengalaman beliau selama menjadi pensyarah di
institut perguruan teknik. Menjadi seorang guru memang banyak cabaran yang
harus dilalui tetapi sebagai seorang harus sabar dan tidak putus asa dalam
menhadapi cabaran yang dihadapi. Cabaran sebagai seorang guru sangatlah berat
untuk dilalui.



Alhamdulillah, saya juga berharap dengan berakhirnya sesi ceramah ini dapat
memberi penjelasan dan sedikit kesedaran terutamanya kepada diri saya dan rakan-
rakan yang lain. Tugasan ini memberikan saya satu dimensi baru melalui ilmu yang
telah diperolehi dengan menjadikan saya celik ilmu pengetahuan dunia terhadap
matematik. Saya juga berharap dapat memperbaiki segala kekurangan saya seperti
sahsiah serta mutu kerja pada masa kini untuk kebaikan pada masa akan datang.
Semoga semua pekara yang baik dapat saya amalkan dan mengaplikasikannya
untuk pekara-pekara yang positif serta berkongsi dengan pihak-pihak lain. Sekian

You might also like